Followers

Wednesday, February 9, 2011

Kisah porno di tepian jalanan


Hari ni dekat 3 jam aku tunggu repair motor. Dari berdiri, jalan-jalan tengok spare part motor yang berkilat-kilat dek aloi. Duduk lepas takut kisah lama berulang kembali. Bila dah duduk, mata dok ke hulu ke hilir, masih tertunggu-tunggu apa kisahlah motor Lagenda aku yang satu tu. 

"Nah bang, surat khabar, sesambil tunggu motor" sorang brader jaga kaunter sparepart tu menghulurkan surat khabar Kosmo. Aku yang time tu dah nak landing (kalo ada bantal sure aku landing) kes malam tadi tido lewat, terus segarkan mata baca paper. 

Tapi baca paper, setengah jam pun paling lama nak baca. Sedangkan waktu tu baru sejam berlalu. Dan mata kembali mengantuk. Sesekali bangun lagi nak kasi segar biji mata.

Dan bermula kisah aku cuci mata hanya dari kedai motor je.

Kisah pertama. Yang ni betul-betul segarkan biji mata. Ternampak kelibat warna pink di belakang aku, aku toleh. Agak terkedu bila aku nampak dengan jelas tali coli di tubuh pemakai. Maaf cakap, bukan niat aku nak fokus situ tapi disebabkan ketirisan bajunya yang boleh aku andaikan seperti baju tidur a.k.a lingerie yang jarang tu. Sebab tu aku terkedu, sebab si pemakainya bertudung, cuma bajunya... dia berlari, sebab time tu hujan renyai-renyai. Aku hanya mampu menggeleng.

Kisah kedua, seorang gadis turun dari celah-celah bangunan, atas premis ni rumah sewa. Manis berbaju kurung putih, seputih kulitnya. Aku hanya perhati je setiap pergerakan dia menuju ke sebuah kereta. "Dah ada pakwe kot?". Abaikan aje lah buat seketika. Tapi selang setengah jam lepas tu, si gadis yang sama turun berpakaian sedikit moden. Bertudung seperti seseorang yang aku kenal, berkemeja panjang, TAPI... skinny jeans yang agak memperlihatkan bentuk pau 2 biji itu. Dari jauh nampak macam legging, tanda ianya ketat. Oh sayang sekali, a moment ago she's like an angle. Aku masih menggeleng.

Yang ni kisah ketiga selepas motor aku siap repair. Aku ke Giant di Plaza Shah Alam. Tengah tengok buah, ada satu group ladies tengah belek-belek barang. Ada sorang yang menarik perhatian. Tapi mulanya aku sangkakan bukan orang kita, then pandang balik ooo. Agak moden berpakaian, tapi tak kesahlah, free hair.

Kisah keempat apabila aku berada di parking motor tengah nak keluarkan helmet. Melintaslah seorang gadis yang agak manis wajahnya berkemeja T tetapi pakai legging. Agak menarik perhatian sebab... korang sendiri paham je la kan apa yang menariknya dengan legging. Mula terpikir, diorang ni pakai camtu tak takut ke kena raba? Kena rogol? Semua tu adalah satu tarikan kepada manusia-manusia yang tak boleh dan tak reti nak kawal nafsu.

Tapi tu lah hakikatnya dunia sekarang ni. Aku just berharap si pemakai lebih bertimbang rasa. Memang hak kalian untuk berfesyen, memang hak kalian untuk tampak cantik dan menarik. Tapi apa hak kalian untuk menarik orang lain menambahkan dosa dan masuk ke dalam neraka hanya kerana ego dan keras kepala kalian demi fesyen? Ingatlah, ada orang lain yang lebih merana di akhirat kelak dari kalian. 

Tiba-tiba aku rasa, bagaikan melihat porno tapi hanya di tepian jalanan dan ianya percuma. Siapa yang menyalurkannya? Sendiri mau ingatlah~!


8 comments:

The Sharkox said...

Yeah, budak2 skag ni suka pakai legging. pakai tudung pun nak pakai legging. bila tersembul bentuk ponggong, nmpak line spender, lepas tu kena raba, marah. lepas tu salahkan laki pasal tak reti kawal nafsu. pigidah legging..


tapi dapat juga tengok pau free..haha

Mah@mahu said...

porno dimana2 sahaja dan dalam berbagai rupa boleh ditejemahkan malah dlm iklan tu tak terbendung lagi...

hans said...

yups
betul lah tu
kadang2 bila tanya diorang pakai kenapa n bila diorang kata saja2 memang rasa pelik je jawapan diorang kan
macam2

Update Terbaru Senarai Penaja Untuk 'Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda'

syafiqstatichot said...

memang stim tengok pempuan pakai leggings..haha

nampak beb.. ari nie tadi pon aku cuci mate kat giant.. ada amoi keje kat kedai spek mata duk pakai short skirt.. duk cuci2 rak spek tuh. siap duduk lagi, uishhh ternampak benda yang tak patot..haiiiii

Anonymous said...

Tp rasenye ramai laki yg mudah tertarik pd pompuan yg seksi atleast ketat dr yg bertutup sbb nmpk skema n xsosial atau lbh senang slalu diperli sbg 'ustazah'. Mungkin faktor tu jugak yg membuatkan pompuan yg bertutup pon akak ketat jugak..maybe

Anonymous said...

Ermm. Rasenye laki mudah tertarik pd yg seksi atau atleast ketat. Yelah klu pki longgar o labuh 'ustajah' katenye. Xsosial. So mungkin faktor tu yg menyebabkan rmi yg bertudung pon akan ketat sbb xnk nmpk skema. Cube bygkan bile pompuan pki ketat laki akan mngeji dan mengutuk, bukan memuji atau tertarik (wlupon saje2 nk lyn) nescaya pompuan2 akan pki labuh2 dan tutup aurat. Cubr kite try tngk.. Heheh~~

Anonymous said...

Tp rasenye ramai laki yg mudah tertarik pd pompuan yg seksi atleast ketat dr yg bertutup sbb nmpk skema n xsosial atau lbh senang slalu diperli sbg 'ustazah'. Mungkin faktor tu jugak yg membuatkan pompuan yg bertutup pon akak ketat jugak..maybe

Anonymous said...

Tp rasenye ramai laki yg mudah tertarik pd pompuan yg seksi atleast ketat dr yg bertutup sbb nmpk skema n xsosial atau lbh senang slalu diperli sbg 'ustazah'. Mungkin faktor tu jugak yg membuatkan pompuan yg bertutup pon akak ketat jugak..maybe