Followers

Monday, February 21, 2011

Kamera oh kamera Part 9 (WB dan editing)

Lame betol aku tak hapdet blog. Malas dan takde idea nak tulis apa dah. Hehehe padahal idea cerpen banyak je, dari mimpi-mimpi tidur malam boleh je aku olah jadikan cerpen tapi sebab aku ni jenis laju di mulut then bila nak tulis dia akan jadi sekat-sekat dan bahasa sudah bertukar gaya, membuatkan aku jadi semput nak menulis.

Aku masih di Bentong, ingat nak balik cuti hujung minggu je, tapi last-last hari Ahad punya penangan, kaki dah start sakit balik. Dan malam tadi aku berjuang habis-habisan nak lelapkan mata dek kaki kena muscle krem, uhuh lepas subuh baru heaven tidur. Akibatnya? Pukul 11.30 pagi baru celik dan menjamu nasi lemak.

Untuk siri kamera oh kamera buat kali ni, aku nak sentuh sikit pasal WB or nama panjangnya White balance. Satu benda yang dulu aku jarang amek kesah tapi recently lepas outing Putrajaya baru aku tahu sebab this and that kenapa ianya penting.

Dulu-dulu bila amek gambar pakai DSLR aku tertanya-tanya kenapalah warna gambar-gambar aku nampak sedikit flat? Nak saturatekan warna banyak sangat kang sakit mata lak.

WB ni dah lama dah aku perasan cuma aku jarang nak amek port sangat even time aku edit gambar. Tapi bila sorang member aku ni sangat concern pasal Kelvin dalam kameranya, aku pun cuba-cubalah tukar WB aku time editing since kamera aku takde WB Kelvin.

WB Kelvin ni ramai photog guna untuk naikkan seri warna dan juga warm feeling so kalau warna hijau tu akan lebih berseri. Dan bila photog ni edit gambar later on, diorang just akan main dengan cahaya, kontras dan sedikit warna, tu sahaja.

Mungkin ada yang kata tak banyak beza, tapi pada aku banyak bezanya dari segi mood, warna dan feel.

Auto WB non edit

Daylight WB + edit
Tapi jangan lak indoor guna WB outdoor, memanglah naik seri cuma dari segi warna pada aku agak menipu. Macam langit yang selalu aku edit, memang warna asal tak sebiru yang itu cuma cukup sekadar untuk mencantikkan gambar sahaja. So tak perlu tweak warna langit sampai biru orang tengok pon kata tipu sangat tu.

Kenapa editing tu perlu? Sebab kamera entry level hasil warnanya takkan secantik dan sesenang kamera yang harganya atas dari RM5k. Kalo warnanya lawa aku rasa orang ambil gambar model pakai entry level je la kot? Teorinya mudah aje, makin canggih kamera makin kurang kerja post processing (editing) lepas tu. 

So adakah editing tu salah? Tak salah asalkan tak terlalu over. Editing yang over akan nampak sangat obvious orang akan kata ni sah edit kaw-kaw ni. Yang manipulasikan gambar? Tu lain lak klasifikasinya, cabang yang agak lain tapi masih memerlukan stock photo yang baik.


3 comments:

Mah@mahu said...

Minat kamera sekarang ker bro best lah tutorial hehehehe.. bagus leh bukukan nanti..

NA. said...

thanks bro ! really helpful :)

Shukjessa said...

MM: kuikuikui aku hanya photog amatur sahaja. menulis based on apa yang aku paham.

Amie: same2, ada input kita kongsi same2 aje