Followers

Wednesday, February 23, 2011

Kamera oh kamera Part 10 (Canon main tipu)

Salam,


Buat Canonian jangan marah ye, topik tu saje je kasi panas hahaha. Tapi pada aku Canon agak cheating la dalam memasarkan DSLR siri EOS diorang yang terbaru iaitu 1100D. Seperti yang dah aku ceritakan serba sedikit dalam episod kamera oh kamera siri lepas, Canon bakal keluar pada bulan April? Itu yang apa aku dapat di Internet, tapi tadi masa tengah tengok berita TV3 ternampaklah cerita 1100D dengan 600D dah officially ada di Malaysia. Wah nampaknya memang nak bersaing betul dengan Nikon D3100 nih.

Aku tak nak cerita balik pasal spec Canon EOS 1100D cuma dengan topik seperti di atas izinkan aku menghuraikan sesuatu. Pada awalannya aku menyangkakan 1100D agak kureeeng sebab dari segi mekap body agak kosong dari segi rubber grip.

TETAPI...

Canon revealkan satu benda yang agak unsual dari segi koleksi DSLRnya iaitu warna.


Seperti yang korang tahu DSLR Canon dan Nikon ni hanya ada satu warna untuk body iaitu hitam. Paling rare pon kaler diorang adalah warna silver dan putih. Silver untuk Nikon D50 dan putih untuk Nikon D3 (limited edition). 



Tetiba untuk entry level baru Canon 1100D ada lak warna maroon, brown dan hitam. Wah, ni tiru taktik Pentax ke apa nih?


Pentax terlebih dahulu guna formula DSLR warna warni ni

Tak dinafikan benda ni dibuat untuk menarik perhatian sesetengah golongan termasuk wanita supaya nampak lebih trendy, CUMA apa yang dikhuatiri oleh para photog termasuk yang otai...

DSLR nanti hanya sebagai gajet perhiasan gantungan di leher sebab trend warna dah mula digunapakai kembali oleh pengeluar besar seperti Canon. 

Bagi aku? Terpulanglah, duit masing-masing cuma kalau rasa hanya nak bergaya, lebih baik pinjam aje kan dari membazir duit beli just untuk show off tetapi later on bosan, jual balik.

p.s: dalam komuniti photog pon banyak sangat politik dan perbezaan pendapat mengenai pemilikan DSLR, lebih-lebih bila DSLR diletakkan sebagai salah satu gajet muda-mudi sekarang ni.


7 comments:

Ena Faiz said...

I'm using Canon tp x suka la kaler2 nie. Kamera nmpk x macho..hehe..

Anonymous said...

Lantak ar, tiru pentax ke hape. ko tak puas hati ape. Yg penting brand canon nombor satu. Kau ade??? sial la tuih

Shukjessa said...

komen macam ko ni la namenye orang pemikiran sempit. baca blog pon penuh emosi ngalahkan perempuan datang bulan je.

aku just komen je tektik pemasaran canon, yg ko nak marah pehal? bukan aku kate brand canon macam TAIK pon. so rilek la, ko hanya memalukan komuniti fotografi pon.

akhir kata, "ko ade telor?" kalo ade ko takkan jadi se pengecut ni kan nak komen dalam blog orang tapi pakai anok ni muess. gi masok sekolah la weh, belajor dulu tinggi tmasok adab2 menghormati orang lain. sekian terima kasih sebab membaca dan komen pondan ko nih.

elizumir said...

ni namanye marketing. canon nikon pentax dah nampak market utk beginner lvl entry, so sbb tue keluar 1100d d 3100 dan mcm2 lagi, pelopor extravagant warna nie mmg dari pentax, so x salah rasanya kalau manufact camera lain yg nampak potential market utk mewarnakan camera mcm pelangi. x lama lg semua ni jadi niche market. banyak di pasaran. dan seperti saudara ckp perkara ni dah jd trend utk kanak2 bergaya dgn kamera warna pinknya. hehehe. "if you own a dslr, doesnt mean you can take great photo's. what makes great photos is to learn from sheer hard work"

Anonymous said...

dslr bende biase da skang nie.. mcm kamere digital biase tu.. law tgok student skang.. pelik law sape yg x pakai dslr.. skang da mampu mlik da semue tu.. so trend kaler xjadi masalah bg sy.. xla nampak dull jek ngn kale itam :)

auguster said...

salam, en Shukjessa.sy bercdg nk beli canon eos1100 atau nikon d3100...mana yg saudara suggest?sy mmg betul2 beginner ni baru nk belajar..tlg bg pndpt sikit..apa2 pun tqvm..

Shukjessa said...

auguster:

ni hanya pendapat peribadi saya sahaja. tak semesti kena follow sebab ape2 pon hanya jauhari mengenal manikam.

sebelum tu, nikon dah nak release D3200 dah. Regenye dlm rm2.3k camtulah. nak beli boleh jer tanak pon xpe.

1100D dgn d3100, yg mane satu?
1100D lebih bagus dari segi pelaburan lens jika kita pandang pada satu sudutnya. Akan tetapi d3100 pon lebih kurang sama, cuma masalah yg selalu orang utarakan adalah kes body tiada motor, so kena beli lens bermotor yg mahal (mahal ke?).

Saya akan beli 1100d hanya kerana butang shutter nye yg lebih best dari nikon. Dan saya juga akan cenderung kpade 1100d dari segi bentuk grip. Tapi saya akan beli d3100 kerana quality body yang lebih terasa padu daripada 1100d.

kalo nak kire markah, ianya lebih kurang je. makanya nasihat saya, anda kena cuba rasa sendiri kedua-dua model tersebut dan pilih yang mane anda rase sedap dan selesa dipegang. sbb ade org akan pilih d3100 sbb ade rubber grip berbanding 1100d yg lebih kepada plastik feel.

jgn terperangaruh sgt penyakit org malaysia perihal entry level, sbb di luar negara profesional photog pon ade simpan dslr entry level utk tujuan2 tertentu.

sekian trima kaseh kerana sudi membaca =)