Followers

Tuesday, January 18, 2011

Luahan hati seorang jejaka sepi (cewah ayat tak boleh blah)

Agak lama blog aku menyepi dari sebarang posting. Ada idea tapi kemalasan nak menulis tu cukup menebal. Nak tulis cerpen, tapi idea asyik terlekat-lekat since aku bukanlah insan yang hebat dalam mengolah dari segi susunan idea dan jalan cerita. Huraian boleh berjela-jela namun mungkin nampak kosong banyak. Kalo lah cikgu BM aku baca blog aku nih, konfem dapat C je haha.

Tapi abaikanlah, posting kali ni aku nak cerita sikit pasal fenomena yang orang dok pandang sepi je, hanya kerana aku berstatus penganggur dan bukan terlibat di dalam sektor pekerjaan profesional. 

Rata riti mana-mana aku pergi mesti orang dok tanya kerja apa. Kalo yang jarang jumpa aku fahamlah, tapi yang boleh dikatakan selalu gak jumpa pon still tanya kerja apa? Aduhai kadang-kadang aku dah naik fedup nak jawap. Orang melayu ni tipikal sangat ke nak tanya kerja orang apa kan? Dah takde soalan lain ke nak ditanya?

Dan tu belum termasuk beberapa orang kawan-kawan yang agak iri hati tengok aku macam bersenang lenang aje ke sana sini bergumbira. Ingin aku jelaskan di sini, ramai yang tak tahu tugasan aku harian bagaimana. Tapi buat yang tahu, mungkin akan faham. 

Pernah dengar nama pekerjaan pembantu rumah? Kalo pernah dengar, aku berada di situasi yang sedemikian la, since aku dok dengan family akak aku, so kerja rumah mostly aku akan tolongkan untuk meringankan beban diorang yang bekerja. So apa yang menyebabkan ianya tidak disebut sebagai pekerjaan? Kerana aku tak dibayar sebarang gaji, tapi lebih atas dasar tolong sebab duduk rumah sekali. Aku pun tak kesah sebab tiap-tiap bulan aku still dapat sedikit duit poket dari mak aku untuk survive dekat bandar besar ni. Bukan mewah cukup sekadar makan minum, duit minyak, dan juga sedikit untuk membeli barang keperluan. Nak berkereta? Ada set TV sendiri? Oh tidaklah, aku tidak semanja itu.

Dan since korang dah tahu kamera D5000 aku yang baru tu pon aku loan dari mak aku, so aku tak anggap ianya sebagai satu kemewahan tetapi mungkin nasib aku agak baik sahaja, tu saja. Aku still kena bayar balik sebab aku dah niat itu loan bukan mintak. Sama la dengan D60 yang lepas tu, aku loan dengan akak aku. So aku tidaklah kaya or berharta, cuma nasib aku agak baik sebab berada dalam keluarga yang mampu.

Sementara nak menunggu mendapat pekerjaan yang lebih terjamin, ni je la yang aku mampu sumbangkan balik dalam bentuk tenaga pada family. Buat yang tak tahu, dalam sebulan aku akan balik jenguk mak aku 2-3 kali. Memanglah buat sesetengah orang benda tu tak bermakna, tapi buat insan yang dok sensorang macam mak aku, kehadiran anak-anak amatlah diperlukan. Aku tanya korang, boleh ke duduk rumah besar sorang diri sebulan tanpa orang teman? Mesti ada rasa rindu kan? Paling tidak, makan ada orang teman, ada orang nak diajak berborak, ada orang nak ajak bergaduh ke. Ni sensorang? Aku pun tak sehebat tu lagi, setakat sorang diri seminggu dua oklah, sebulan? Mau gila dok rumah.

So rutin bulanan aku itu jelah, jadi pembantu rumah, jadi babysitter, kadang-kadang jadi tukang masak, hujung minggu balik jenguk mak aku, kalo tak balik baru lah aku pergi jalan-jalan tengok suasana kota sambil bawa kamera, kot-kot ada benda menarik untuk dirakamkan. Nampak seronok, tapi dengan duit yang cukup-cukup untuk hidup, lama-lama insan macam aku ni akan keluar jugak mencari sesuatu yang lebih. Sape yang tak nak ada kereta? Paling tidak bila berjumpa kawan-kawan boleh belanja makan, dan yang paling penting berbangga duit tu hasil titik peluh sendiri. Sape yang tak bangga? Tipulah kalo aku nak jadi macamni selama-lamanya.

Aku masih mencari rentak untuk aku hayunkan langkah meniti perjalanan yang setapak aku di hadapan, ada berjuta langkah lagi untuk aku sampai ke destinasi. Jika kita fikir kita dah tahu segalanya, once kita tempuh dunia, kita akan rasa bagaikan tidak tahu apa-apa pun.

p.s: sorrylah buat yang sudi baca luahan dan coretan aku kali ni, tak kena dengan tema travel and living langsung, tapi takpelah, hidup ni kena kongsi gak dengan orang lain kan? Barulah ceria jadinya!

6 comments:

sarah zulk said...

n mmg orang malaysia tipikal.. nak ubah mindset org mmg susah.. tapi rezeki pasti ade.. keep up ur gud work.. =)

cEro said...

melayu tipikal sntiasa nk kompare2...
sgt sakit ati...
sakit sgt!!!

Mra Mastura said...

chilll.. tak apelahh =)

selalu2 balek umah ye =)

seposeng karat said...

bro, apsal ko x jd freelance photographer je?

Shukjessa said...

sebab aku bukan gifted dalam bidang seeing with the eye.

tak semuorg ade bakat dalam sesuatu. dan bila takde, diorang kene masuk kelas or belajar dari guru untuk gain more knowledge.

nak jump terus jadi fotografer amatur boleh tapi biarlah ada ilmu. aku ilmu biasa2 je, pada aku belum masanya lagi untuk jadikan bisnes.

sbb kalo jadikan bisnes pastikan ianya yang terbaik, sebab orang bayar bukan percuma. tak gune ambil job, orang bayar tapi hasil orang dok umpat keji.

p.s: tapi tak bermakna aku akan stay di situ sampai bila2, tahun ni aku pasti akan masuk kelas fotografi, itu azam aku!

EB said...

Aku doakn ko bjaya bro..
Amin...

"Photography make us family.."