Followers

Sunday, January 2, 2011

Travel: Berjaya Hills @ Bukit Tinggi, Pahang

Salam tahun baru,

Ni adalah entry aku yang pertama sempena tahun 2011. Agak membanggakan sebab 1st entry aku adalah perihal travel, selari dengan objektif blog ini diwujudkan pon.


1hb 1 2011 merupakan tarikh di mana aku dan beberapa orang kawan membuat mini gathering dekat Bukit Tinggi or nama komersialnya Berjaya Hills Resort. Dan dalam kumpulan tu, aku je yang tak pernah pergi walaupun dah duduk di Bentong dekat 26 tahun dah. 

So ia merupakan satu sejarah la buat aku. Walupun aku tahu ramai yang beri feedback "Takde apa pon sana, bandar France je dengan taman Jepun" tapi sebab dah takde arah nak pergi, baik lepak situ je la.

Pagi new year tu, aku agak resah sebab hujan yang turun slow memberi petanda ianya akan lama. Kerap gak la aku dok bersms dengan member aku sorang lagi yang lebih arif pasal Bukit Tinggi tu sebab hujan yang asyik turun dan berhenti.

Last-last nekad je la, setakat hujan gerimis tu redah aje janji tak lebat. 



Ditemani 4 orang lagi member sekolah menengah yang telah aku kenali lebih dari 10 tahun sudah, bukan perkara asing dah kalau kami berjumpa walaupun berlima sahaja. Usik mengusik, gelak tawa dan cerita kenangan sering meniti bibir masing-masing. Rindu zaman sekolah!

Sedar tak sedar dah sampai ke parking zone di Bukit Tinggi. Oh ye buat yang tak tahu, fee entrance ke Bukit Tinggi adalah RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Tapi hari tu kitorang masuk free aje sebab ayah member aku tu kerja sana. 

Agak ramai juga la time kitorang ke sana maybe sebab cuti new year. Siapa yang nak kerja kalau kena bayar triple pay? Since hari hujan, so pemandangan seperti di luar negara dengan kabus dan awan. Cuma jalan agak licin sebab mostly jalan adalah batu yang ada mold, bila kena air agak licin berjalan.


Aku dan member aku sorang ni, Sam adalah dua DSLR user so memang satu benda yang agak teruja nak ambil gambar. Dari gambar bangunan, mostly gambar kawan-kawan la dan ada juga gambar candid tak juga gambar awek. 


Satu je la yang agak membingungkan adalah harga benda dekat situ agak mahal. Bayangkan satu token RM2. Satu game untuk main paling sikit 2 token. Kitorang makan pizza untuk RM38 size besar tapi pada aku kecik dan crust dia nipis so takdelah berbaloi sangat cuma kalau terdesak telan aje lah.


Lepas makan round sikit lagi bandar Colmare dan turun ke shooting range paintball. Aku bila disamping kawan-kawan yang agak gila-gila kepala, mode akan bertukar dari budak pendiam kepada budak gila-gila. Even time makan pizza tu pon aku rasa table kitorang paling kecoh gelak. Serius! Siapa yang tengah berangan nak makan romantik time tu mesti tak jadi dengar kitorang gelak. 


Ada satu moment tu lepas tukar lens tele Sigma, aku carilah mangsa candid. Sekali jumpa la sorang awek ni berdiri nun jauh di sana. Peh macam bidadari siot! Cun gila! Kot tak kerana dia dah ada pakwe, nak juga la aku ngurat wakakak. Tapi aku sedar siapa aku, hanyalah mamat comel yang memakai baju Red Garage keluaran RIB haha.


Sesambil nak tunggu kereta tren naik ke Japanese garden, kitorang ambil gambar lagi. Sampai sana memang heaven la ambil gambar. Cuma keadaan agak kotor, airnya keruh since lepas hujan. Paip buluh tersumbat. Japanese house pun nampak agak kotor, ramai sangat orang kot. 


Di Botanical Garden, kami turun gak sebab nak layan macro. Turun memang la best, jumpa lak dengan group of super tele lens, cukup buat aku dengan Sam tercengang je la. Sanggup diorang usung benda alah berat-berat tu just nak amek gambar burung yang seekor je? Hish takdelah aku, kot nak ambil camtu baik pergi Taman Burung je bak kata member aku.


Time naik semula, part ni yang tak seronok. Semput tahap dewa aku naik tangga non stop, dah la tanah tinggi oksigen tak banyak cukup dada aku macam nak pecah, sikit je nak pengsan. Time tunggu kereta tren, awek yang aku minat tadi depan mata pun aku dah malas nak ambil (sebab aku dah ambil awal tu masa dekat Colmare). 

Balik dari Bukit Tinggi, aku turun bandar ke KFC, perut lapar gila. Telan Zinger dengan whip potato sementara nak tunggu makan malam. Tapi memang layan lah pergi Bukit Tinggi. Tak kesah la kalau aku dah pernah pergi 10 kali pun, pergi seorang diri dengan member-member lain maknanya. Kenangan tu lebih feel dengan senyum dan tawa mereka. Thanx to Sam, Pijul, Alang and Meor sebab sudi menjadikan mini gathering yang orang lain sikit pun tak nak respon or beritahu aku as organizer.



4 comments:

Mra Mastura said...

waa.. x sampai lagi ke sini.. hurm hurm.. cun ah awek tu.. pandai candidi! haha..

aku dgr cerita da jd lapar da .. g sane, bawak fud ah.picnic.. saving..leh x? heheh

Shukjessa said...

candid dari jauh hahaha.

piknik boleh cuma takde spot je lah

farahnas irina said...

Baru jer berplan nak picnic sakan atas puncak tuh this wiken... tp u kata x der spot la pulok...

ada x tpt laen yg berdekatan sesuai utk berpicnic kat situ?

Shukjessa said...

bukit tinggi untuk sekadar jalan2 ambil gambar ok la, tapi untuk piknik agak tak berapa sesuai. mungkin ada la kot spot menarik tapi kehadiran manusia tidak dapat dipastikan, takut takde orang sangat.

kalo rasa nak berpiknik best, boleh try pulau santap di janda baik, lebih sesuai untuk piknik, mandi manda. memang terbaek la dekat situ. nak gi janda baik, boleh ikut kampung bukit tinggi (kalo dari highway nampak perkampungan cina)