Followers

Sunday, January 23, 2011

Al kisah kaca mata, toyyiibbbbb....

Sebut je spek, mesti orang dah tahu. Benda alah yang orang letak depan mata untuk aid vision atau sekadar melawa. Melawa?


Aku sendiri dah pakai spek sejak aku darjah 3 lagi. Mula-mula aku tak tahu menahu langsung pasal istilah rabun yang sewaktu dengannya. Manalah nak tahu, sampailah pada satu tahap pelajaran aku sangat merosot. Bukanlah sebab aku malas or bebal sangat, tapi sebab aku tak nampak apa yang cikgu tulis dekat depan. 

Since die sekolah waktu tu, sistem duduk atur meja berdasarkan nombor yang kita dapat, so kadang-kadang kalau nasib aku baik, dapatlah duduk depan, so kalo cikgu tulis dapatlah aku salin. Tapi kalo malang nasib aku, dapat di belakang sekali, so aku akan hanya menyalin apa yang kawan aku salin.

Darjah 3, bukan sekali 2 aku kena berdiri atas kerusi sebab aku tak boleh nak jawap cikgu tanya apa. Bukan aku tak tahu, masalahnya aku tak nampak apa benda yang cikgu tulis, cane nak jawap? Nak beritahu parents? Aku sendiri tak paham istilah rabun tu sendiri. Sehinggalah one day semua rahsia terjawap, dan aku ke kedai cermin mata buat pertama kalinya.

Korang bayangkan budak darjah 3 pakai spek? Jangan bayangkan spek sekarang yang sangat cool design, bayangkan spek atok nenek or paling tidak spek ayah dan mak korang pakai, tu la yang aku pakai dulu. Serius! Dulu mana ada design untuk remaja sebab rata-riti penggunannya orang dah berumur or paling tidak dewasa. Dan bila spek pertama aku siap, sangat tak selesa pakai, yelah ada benda sangkut atas telinga dan depan idung.


Aku ingat lagi, masa di sekolah, member-member semua gelakkan aku since im the only one yang pakai spek. Sampai ada sorang teacher ni marah kata, siapa gelak kena rotan sebab kesian tengok aku. Aku? Hai apalaha nasib, tebalkan je la muka. Time tu aku pakai on off, time stadi je pakai, time lain aku try tak pakai kot-kot boleh baik (minda budak darjah 3). 

Tapi sebab puncanya banyak dan yang paling common adalah tengok TV yang dekat, baca buku takde lampu dan bla bla bla. Sampailah sekarang aku still pakai spek, bersilih ganti bingkai dan kanta, tapi lately power aku dah stabil, turun taklah cuma naik sikit-sikit je. And tambah satu lagi silau belah kiri dengan Astigmatism. Menatang apa astigmatism ni? Korang carilah sendiri hahaha.


Pernah satu kali owner tempat aku biasa beli spek nak jodohkan aku dengan kanta lekap or contact lens tapi tak berjaya. Aku berjaya pakai dan 1 jam je then buka balik sebab tak selesa dan asyik lari-lari je lens tu. Last-last fikir sebab aku ni jenis bukan orang yang agak rajin dan pembersih sangat, better not to wear la, biarlah jadi skema, aku taknak jadi buta oitttt!!!!

Tapi kalo korang perasan, trend ni dah agak lama, spek biasa diwujudkan dan dipakai oleh sesetengah golongan sebab nak nampak seperti orang terpelajar. Pakai for fesyen (bukan kaca mata hitam) supaya nampak cool. WTF kan??? Aku kalo boleh diberi pilihan antaranya tak nak pakai spek. Satu aku rimas, kedua sakit mata, ketiga kalo la spek tu patah or hilang, memang naya la sebab aku jenis rabun yang agak kronik. Still boleh cam orang, tapi kalo nak bawak motor or kereta, konfem hancur aku langgar je semua benda yang aku tak nampak.

Tu satu la. Ni satu hal lagi jenis berkaca mata hitam jenis main sapu je tak kira tempat. Hujan, panas, siang ke malam ke spek hitam pakai je. Alasan, sebab nak melawa? Kot time panas tu aku faham la kan, tetapi malam hari??? Ko biar betik dol, silap-silap haribulan longkang mari.


Dan akhir sekali, kalo ye pun la nak beli spek hitam, cari la yang sesuai dengan muka. Buat yang tak pernah pakai spek mungkin tak berapa tahu mengenai keserasian bingkai dengan bentuk muka. Ada orang tak sesuai bingkainya begitu, nampak pelik dan janggal. Kot dah bulat muka nak pakai yang bulat gak aduhai... Make an effort la kalo btol nak berfesyen biarlah betul-betul, study la sikit kesesuaian tu. Jangan dek kerana Brad Pitt or Angelina Jolie pakai spek camtu korang pon nak pakai yang macamtu. Kalo pelanduk dua serupa takpelah juga kan, tapi ni tapir jadian, aduhai. Tapi itulah, once again semuanya adalah hak masing-masing, so apa ko nak sibuk? Heheh aku hanya mengatakan dan nasihat aje, jangan terlebih perasan sudah lah nanti orang dok perli "machiam Bred Kepitt" pun kita nak kembang hidung. Sekian


5 comments:

hans said...

hahahaha
tergelak2 aku baca entry nih
teringat aku
ada sorang budak kelas aku masa sekolah dlu
tiba2 pakai cermin mata
memang nampak educated dan kacak sikit la bila dia pakai cermin mata
bila aku tanya power mata berapa
alih2 dia kata dia saja2 pakai
hahaahaha

yups...pakai cermin mata nih sebenarnya menambah kos hidup kut kalau cermin rosak or power mata naik
apa2pun alhamdulillah dah 4 tahun power mata aku tak naik
hehehehe

Korang Ada Petua Hilangkan Masalah Bibir Pucat?Kongsikan!

cEro said...

aku sentiasa anti dgn org pakai spek itam dlm bangunan..
tak kira laa ape alasan dia, silau ke, spek mahal boleh tukar kaler ke, aku peduli hape...
nampak mengada pakai spek itam dlam banguan, terutamanya shopping mall..

Shukjessa said...

hans: better dari pakai lens, tetiap bulan nak beli baru, lagi costly pada aku la.

cero: hehe biasakla tu, memalam hari pakai spek hitam lagila macam siot je. tapi yg paling pemes bila keluar court, mesti ramai pakai spek hitam kehkehkeh

hentakbelipat said...

aku rabun sebelha je beb..belah kiri aku 2++ punya powwer..belah kana xsmpai 35 pun..haha mmg pirate aku nih..aku dlu siap pakai lense sebelah kot..xpasai2 sbelha bijik mate aku besa..last2 rimas langsung x pakai ape..spek aku buat pun teperap je dlm bilik..agak2 malam rabun sgt je aku pakai

Shukjessa said...

ooo 200 ok lagi kot, aku rabun kronik, sebelah 600+, sebelah kiri 700+. kalo tak pakai, mmg blur giler.

guane sebelah je rabun kuat eh? ko skodeng ape hehehe