Solat Jumaat ni penting sebenarnya, sebab dalam seminggu sekali la nak gather ramai-ramai untuk menunaikan solat. Tapi ada juga insan-insan yang bergelar lelaki atau dalam chromosomnya XY ni tak pergi solat mahupun tak faham solat jumaat tu hape.
Benda ni dah lama sangat aku perati, bukanlah aku baik sangat, cuma buat teguran bagi ketua-ketua or bakal ketua keluarga ni. Nanti kalau dipersoalkan di akhirat takdelah nampak jahil sangat ye dok?
Ramai yang anggap khutbah tu tak penting. Tapi buat yang tak paham or buat-buat tak paham khutbah adalah salah satu rukun solat jumaat, kalo tak lengkap maknanya solat jumaat tak sah ler, buat penat je la last-last kena solat zohor lak semula.
Sebab tu la ada gak manusia yang masih berpoya-poya di shopping complex dan tunggu sehingga doa khutbah kedua dibacakan baru nak datang ke masjid. Ada yang dah rakaat kedua baru datang. Ingat macam solat biasa ke boleh main jadi makmum masbuk just ganti 1 rakaat je?
Yang ni lain lak, aku rasa dekat mana-mana masjid or surau pasti ada manusia jenis ni. Jenis kaki sembang, mulut tu tak boleh nak kunci la untuk sejam lebih, ada je nak cakap itu lah ini lah. Muazzin laung azan, borak, khatib beri khutbah borak, dah nak solat pon borak lagi?
Ni satu hal gak, jenis manusia yang tak pernah reti nak silent HP walaupun dalam rumah Allah. Tadi tengah solat, adalah insan ni berbunyi HPnya, agak mengganggu jemaah lain nak konsentret solat. Yang tukang call pun satu, hello~~??? Solat Jumaat, tak reti-reti???? Dah berapa tahun dok atas bumi ni???
Ada gak manusia yang dah sikit punya besar papan tanda, DILARANG MEROKOK DI DALAM KAWASAN MASJID!, MEROKOK ITU HARAM MENGIKUT FATWA UNDANG-UNDANG ISLAM NEGERI bla bla bla, tapi sikit punya best hisap dekat dalam kawasan kaki lima lak tu, tempat orang lain tengah duduk-duduk, makan-makan, budak-budak lalu lalang. Hello?? Ada otak? Akai ada??? Don't be such a selfish jerk ass!
Ok yang kategori ni lain sikit, sebab kategori ni menimbulkan sedikit sebanyak tanda tanya. Kalau korang keluar dari masjid dan lalu-lalang di sekitar kawasan pusat membeli belah korang pasti akan terserempak dengan mamat-mamat yang dah menggenggam tangan awek-awek diorang berjalan. Ok lagi la kot. Yang ni curious sikit, sebab dah makan lepak-lepak dekat cafe, restoran sambil melepus hisap rokok, wah cool gila! Yang ni paling curious, makan-makan pastu pakai shorts lak, awek bertudung manis je. Persoalannya, solat ke jumaat tadi sedangkan korang keluar paling awal dari masjid. Cepat tol eh mamat tu jalan kaki, sedangkan korang merempit punya best dengan jalan yang jam. Kalau solat alhamdulillah lah, tapi kalau tak, sian lah dekat awek tu, lebih malang kalau awek tu sendiri tak pernah nak tegur "Eh awak tak solat jumaat ke?".
Sendiri mau pikir la bro, solat jumaat sekali je seminggu, 2 kali tak solat tanpa sebab munasabah dah kira murtad, so apa cer??? Bulu dah lebat, badan dah tough sendiri mau pikir la apa mau jadi. Nanti nak jadi kapten kapal, kalo kemudi pon salah, agak-agak lepas ke nak belayar melalui Selat Melaka? Takut-takut jadi macam Titanic cuma yang tragiknya takat lalu Selat Melaka je pon bukan lalu iceberg pun.
p.s: kubur lain-lain, tapi yang tanam kita nanti orang juga, bukan sendiri-sendiri mau tanam, so sendiri mau ingatlah ye =)
6 comments:
i loikee! agak pedas di situ ye hehe
owh
aku paling xsuka bila tengah solat tiba2 bunyi handphone
hohohoh
P/S : Tolong Belikan Topup! Penting Nih!
caya laa...penuh intipati..
saling mengingati..yess!!
kebanyakan..hm, aku rase semua..yang tak jaga solat jumaat ni adalah org yg tak jaga solat fardu..
kan?
terbaik la.. rase nak share je.. boleh?
sila2, asalkan bukan karya (penulisan atau gambar yang perlu minta izin) boleh share kan sekiranya rasa membantu.
Post a Comment