Sebut perihal madu, kalau dengar dek corong audio wanita, mesti dah muka kelat macam tergigit biji langsat.
Lebih-lebih kalau wanita tu dah berkawen dan yang menyebut madu tu suami mereka.
Dan ayat-ayat biasa akan keluar...
"Ai bang, buang tebiat ke makan madu lak tiba-tiba ni? Macam ada udang sebalik batu je". Senduk digenggam erat sambil tangan mencekak pinggang. Dalam hati terfikir, suami aku ni nak menggatal cari bini baru la tu.
Walhal makan madu takde kaitan pun nak bermadu ke apa ke. Entah apa nasib malang perkataan madu itu dimasuk dan digaulkan dengan perihal rumah tangga, sampaikan perkataan itu jadi taboo lak. Ini lain kalau sebut dalam bahasa lain, seperti honey, si isteri pasti suka sebab translation honey adalah sayang dan bukannya madu. Walhal kalau ikut terjemahan pertamanya lebih kepada madu itu sendiri.
Beberapa hari yang sudah aku ke MAHA 2010. Aku akui aku antara penggemar madu tapi entah kenapa madu yang aku beli di pasaraya rasanya cukup tidak enak dan ada something wrong. Tidak seenak madu yang kita boleh lihat dalam dunia animasi atau kartun. Apatah lagi kalau yang makan tu Winnie the Pooh.
Berjalan di AgroBaazar sangat seronok, sebab sample makanan dan minuman banyak disediakan. Jalan punya jalan aku terjumpa banyak juga lah booth menjual madu. Dan aku dihentikan oleh seorang wanita yang explain panjang lebar pasal madu keluaran diorang sambil menghulurkan sudu sample. Madu tualang! Ya, dah lama aku tak dengar nama madu ni sejak aku kecil lagi.
Bila madu ni bertembung dengan lidah, serta merta terasa panas tekak, sedikit mengganggu namun rasanya yang enak membuatkan ianya ditelan sepenuhnya sambil lidah tak puasa merasa. Sedap! Serius sedap! Inilah madu yang aku cari selama hari ni.
Then aku diberi satu lagi sample madu. Katanya yang ini untuk lelaki, untuk tenaga dalaman. Aku hanya mengangkat kening tanda menyindir "tenaga dalaman je?". Tapi yang ni aku rasakan lagi sedap. Manis bercampur pahit herba, rasa yang tajam seakan-akan menyeliputi seluruh kawasan lidah, dan inginkan lagi. Memang best!
Tapi bila masuk bab harga, oh satu benda yang tak seronok sangatlah. Sebotol kecik biasa pun dah dekat RM50, so untuk yang lebih besar pasti lebih mahal. Dan malangnya juga bukan niat aku untuk membeli ketika itu, tapi hanya temankan akak aku yang mencari madu untuk suaminya yang senang dapat selsema.
Bila dah balik, rasa menyesal lak tak beli, sebab teringin lak nak makan walaupun 2 kali sehari je iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Hai la madu, akan aku cari juga ko nanti di kedai-kedai yang berdekatan.
p.s: madu ni banyak khasiat even untuk orang yang kencing manis, sebab makannya bukan sebotol sekali makan, tapi sesudu je dan walaupun ianya manis, tapi struktur kimianya berbeza dengan gula makan biasa tu. Kurniaan dan ciptaan Allah takkan dapat kita lawan.
1 comment:
madu asli sedap
Post a Comment