Followers

Sunday, December 26, 2010

Event; KLBW 2010 the review


KLBW 2010 dah pun berakhir semalam. Tapi aku tak larat nak tunggu sampai malam. Kalau larat mau dapat ngurat Dira si pelakon tu, comey gak minah tu wakakak~!

Semalam punya la hangat, panas, hangit, uiii terik gila matahari. Tapi sebab event-event best cani la yang buat aku rajin turun untuk manfaatkan kamera dari dok tidor je dalam beg. Aku dah boleh masuk kategori bikers besar tapi sebab aku hanya ada lagenda, takpelah pergi as visitor dan ambil gambo je la. Tunggu la lagi 30 tahun kot-kot merasa bawak Harley Roadster haha.


Semalam pun aku banyak mencuci mata tengok barang-barang yang dijual. Memang menarik ah jika korang kaki motor. Sori yeh dekat event ni awek-awek seksi boleh bilang je berapa orang. So masa banyak membelek t-shirt, aksesori motor, helmet, dan lain-lain. Smart memang smart, tapi tang harga tu la tak boleh nak gi. Sakit yang lebih menyeluk poket.


Tengah dok tunggu member sampai, round la dulu jap tengok-tengok booth apa benda yang ada. Oklar jika banyak duit boleh ler membeli. Tapi kalau takde duit, cuci mata je la tengok motor besar ni. Aku lak cuci mata tengok t-shirt, udah tentu dari keluaran RIB, 40 hengget je pon.


Event ni diacarakan oleh abang Shamsul Ghau Ghau dengan Dira (pelakon). Mula-mula aku ingatkan suara N, tapi dari jauh nampak macam free hair. Sekali pergi dekat, oh memang betul la si Dira (heroin drama Merah Putih). Cute gak la pada mata aku. Borak dengan member aku, cakap yang dia tu janda, member aku pon "oh ye ke?". Last-last nampak dia dok pegang budak kecik naik atas stage, ye la tu.


Event ni dah start agak awal dengan pembukaan booth, then tunggu ketibaan Bikers dari hotel tak silap aku, sebab diorang ni ada yang datang dari jauh dan hari semalam merupakan hari terakhir untuk KLBW nih. Then nak tunggu bikers habis datang, ada battle of the band. Sound ok cuma pada aku drum tu bunyi pecah sikit. Dapat lak band-band ni main lagu artis komersial. So pada aku dah bukan battle of the band pon sangat.

Band first main lagu Metallica, Enter Sandman dengan Sad but true. Aku blah pergi cari booth RIB. Tengok brader Aedestrix tengah buat inking grafik. Jalan lagi jumpa booth jual tee harley tapi tulisan jawi punya. Nak angkat satu tapi dah rabak beli tee RIB so takpelah kirim salam je. 


Tengah-tengah best layan ambil gambar dan cuci mata tengok motor-motor ni, ternampak la satu jenis custom made. Agak pelik, macam motor Ghost Rider cuma rendah. Sekali tengok Harley Davidson, bila aku google internet, ooo jenis ni jenis Dragster. Memang cun melecun. Sesekali ambil gambar si Dira sebab diorang lepak atas tangga stage, aku dengan member just bawah sikit je. Aku malas nak ambil kerap sangat, segan. Kang buatnya dia minat aku (wahaha pasan). 

Then abang Shamsul Ghau-ghau turun stage sebab pertandingan angkat tong drum nak start. Ramai gak yang masuk, ada yang badan kecik, ada badan besar, ada yang badan sedang-sedang tapi bila angkat macam dah biasa angkat. Ni bukan tong setakat 10 kilogram punya. Aku rasa mau atas 50 kilogram. Kena angkat ikut suka then siapa paling pantas dia menang. Ada yang terjatuh, ada yang macam nak patah pinggang (kes salah angkat), ada yang macam angkat beras, ada yang macam angkat tong gas sambil berlari, memang superb. Malam tu konpem urat lari wahahah. Dapatlah air tin sejuk free dari Orang Kampung, yang lebih nyentapnya crew jaga event wahaha. Tegur member aku "kita ni macam crew je lepak selamba badak je dekat-dekat area crew, orang lain mana ada nak lepak sini pon" sambil tergelak. Takpelah sebab tak kena halau, its ok. So kira event ni agak friendly untuk photog bebas ambil gambar.

Bila dah panas terik sangat, perut pun dah makin merembeskan jus-jus gastrik, tak tahan blah la. Ingat nak lepak sampai malam dengan bakal awek baru wakakak, tapi takpelah next time jumpa lagi kan Dira kan. Habis lepak dekat MaTiC, terus ke Low Yatt. Orang macam sardin nak naik monorel. Dapat lak sikap orang malaysia yang macam gampang sikit suka tolak-tolak, sian la dekat bebudak kecik dengan perempuan yang kena raba hish hish. Sudahnya, balik semalam aku kena tunggu turn dekat 7-8 trip monorel baru dapat naik tu pon still nak tolak-tolak. Ape daaa punya manusia. Mujurlah dalam train tu ada awek pengubat marah hahaha. Then lagu MP3 aku dah start masuk lagu sedih. Tak boleh buat ape lah kan, mode jiwang bersarang balik. Dok melayan je la naik putra pun sampai la atas motor sambil melalak sorang-sorang. Ingat senang nak jadi single dari couple?

4 comments:

hans said...

ko nak ngurat Dira?
lupakan lah bro
hahaha
dia dah ada yang empunya hati

patutlah jumpa dia
dia memang minat motosikal nih

P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

AzizMostafa said...

@ Jalan lagi jumpa booth jual tee harley tapi tulisan jawi punya.
-
Semakin Terancam?! Semarak Jawi.
http://typophile.com/node/74436

Shukjessa said...

hans: ah aku tak kira, selagi tak kawen, aku nak ngurat gak (ayat desperate) wahahah

hans said...

hahahaha
kalau dia tak kahwin akulah ngurat dia dulu
hahahahaha

P/S : Laksa Sarawak Versi Alor Setar Memang Sedap