Sebut pasal perhiasan diri, aku rasa jadi perempuan ni beruntung sikit. Sebabnya diorang ni banyak dapat aksesori yang nampak cool dan cantik. Malah ada yang boleh buatkan mereka jadi comel.
Jadi lelaki, aksesori apa sangat pun yang boleh? Cincin boleh la, tu pun cincin bukan dari emas. Gelang? Haram. Rantai? Haram. Gelang kaki? Pon sama. So lupakan je la wahai jejaka kalau korang nak bergaya ala-ala hip hop atas dasar fesyen. Benda dah haram, buat apa nak tambah dosa kan.
Tapi sebut pasal cincin, lelaki agak bertuah sebab cincin ikat batu agak serasi dengan jari lelaki, lebih-lebih kalau designnya corak nusantara melayu. Terserlah manis si jejaka. Tapi manis tu kalau batu cincinnya sedang-sedang la, kalau yang besar tu tak lawa la juga pada aku la, mata si belia.
Dulu-dulu aku tak minat gak cincin ikat batu ni, sebab pada aku nampak tua dan kolot. Tapi once aku tengok lelaki-lelaki muda pakai batu cincin yang agak smart pemilihan batu, warna dan size, ia bagai menyerlahkan sesuatu dari jari jemari si jejaka. Apatah lagi disarungkan ke jari manis.
Ia diibaratkan seperti membawa sentuhan feminin ke dalam jiwa sang gagah perkasa. Kasar tapi ada kelembutan di situ dan tersergamnya satu titik punca "saya anak melayu". Yelah, orang melayu je kot yang pakai cincin ikat batu ni, jarang sangatlah dilihat bangsa lain memakainya.
Dan bila ia dimodenkan, makin banyak design yang keluar. Tapi still pada aku, yang lawa adalah kerawang-kerawang dan sentuhan magis si tukang buat cincin tradisional warisan melayu. Dari situ dapat beza si pemakainya berjiwa bagaimana.
Kalau orang barat bangga dengan cincin tengkorak or cincin pelbagai lambang, kenapa tidak kita anak melayu berbangga dengan cincin ikat batu dengan corak kerawang dan pengikat jenis kuku, nampak klasik tetapi elegan.
Dari sibuk memakai rantai dan gelang yang konfem haram, ada baiknya pakai cincin yang dibenarkan syarak sebagai perhiasan diri. Still boleh berfesyen dan tidak melanggar hukum agama.
2 comments:
aku xsuka pakai semua tu
dulu penah juga pakai rantai yang ramai lelaki pakai tu
kadang2 rasa nampak cool
kadang2 rasa macam homo pun ada
hahaha
P/S : Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 40
aku dulu suka pakai rantai army, tp tanggal lepas tengok dari jauh mcm gay sbb time tu body aku slim melim huahaha
Post a Comment