Followers

Saturday, December 11, 2010

Cara mana nak pilih?

Posting aku kali ni simple aja,

Just nak tanya pendapat korang, kalau korang kembali ke zaman kecil, mana yang lebih korang tak nak:


a) parents yang kalau kita buat salah kena marah, kena pukul...


b) parents yang kalau kita buat salah kena kurung, kena pulau, dibiarkan seorang diri menangis melalak, pendek kata buat tak peduli je.


Dan kalau korang jadi parents, yang mana lebih baik, rotan anak tujuan mengajar atau memulaukan anak itu untuk tujuan yang sama?


Kalau tanya aku, kesan dipulaukan lebih dasyat dari kena pukul or rotan. At least sakit rotan parutnya di badan, sakit dipulaukan parutnya di hati.

5 comments:

hans said...

rotan tu untuk kes2 berat
dipulaukan itu memang kesan pada emosi
hooohohohoh

P/S : Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 39

Shukjessa said...

tp kalo kite tgk dulu2, budak2 yg slalu kene rotan bila dah besar diorg ok la jugak, takde la teruk mana pon.

compare to budak2 yg dibasuh mindanya dengan cara psikologi. Ignorance tu yang membunuh jiwa mereka, sampai satu tahap mereka boleh membenci parents diorang one day.

hans said...

xjuga beb
ada yang kena rotan lagi teruk jadinya
pada penglihatan aku kebanyakkan yang selalu kena rotan nih jadi lagi teruk
sebab lepas dah selalu kena rotan
diorang dah lali dah dengan rotan
xrasa sakit dah

P/S : Hai Akak Dan Abang Artis! Kamu Suka Menulis Cerpen? Ada Contest Untuk Kamu!

cEro said...

actually, pd aku, kekerasan sentiasa berbekas, sama ada dlm diri atau hati..

kalau anak buat silap, utk mula2, ajar dia apa yg dia buat tu silap..
then, kalo dia ulang, warning dia dgn kata2...
then kalo dia tetap ulang, andai berpatutan, baru laa guna sedikit kekerasa supaya dia tahu apa yg dia buat tu salah!

Shukjessa said...

ye lah, maksud aku rotan in term selepas nasihat.

bagi aku rotan adalah cara lebih baik dari pulaukan anak itu. paling tidak mereka dapat tahu rotan apabila mereka buat salah.

kalau kena pulau, emosi banyak terganggu, banyak anak2 yang rebel pon kes kurang kasih sayang, kena pulau, dijentik psikologi emosinya dari kecik, bila besar diorang akan memberontak.