Salam Ahad,
Hari ni dengan semangat berkobar-kobarnya aku telah merempit ke MAEPS sebab nak join tengok MAHA 2010 since tahun-tahun yang sudah aku tak berkesempatan pergi.
Bertolak pukul 9.40 pagi, ingatkan ok la perjalanan. Tapi bila masuk je simpang ke Kajang dari LDP, terus jam. Ingatkan ada kenderaan eksiden, rupa-rupanya jam sebab semuorang nak masuk ikut pintu nombor 2 dan ada juga yang bantai main parking tepi lebuhraya tu. Gila!
Sebab aku pernah ke MAEPS dulu ikut pintu no 1, so aku ingat yang pintu sana ok la. Tapi sama je, dua-dua jam cuma yang ni ok la sikit sebab bukan tepi lebuh. Lepas lebih kurang mencelah sana sini, dapatlah parking depan sebuah kereta. Sekali ada motor lak parking belakang kereta tu. Aku cakap dalam hati "mampus! kena block terus, sakitlah nak keluar kereta nanti".
Sebab aku tak pernah pergi join MAHA, so main ikut bontot orang je la. Orang pergi situ, ikut. Orang ramai pergi situ pun ikut. Mula-mula bosan gak sebab booth yang aku pergi ni semua pasal pokok je. Pokok bunga, pokok buah la, itu la ini la. Then aku nampak banner, buah-buahan apa lagi dengan riang ria lah melangkah kaki. Ingat nak snap gambar Zepplin terbang, tapi tah mana hilang tah, tak sempat aku nak panjangkan kaki monopod.
Masuk kawasan buah-buahan, agak heaven la sebab buah banyak cuma aku kenangkan yang kenderaan aku hanyalah sebuah motor kapcai je. Nak beli buah berat-berat kang celah mana nak letak. Last-last melantak air tebu je la. Jalan lagi, terjumpa hasil produk negeri Sarawak. Gambir Sarawak, "ehem-ehem" untuk si lelaki. Wakakak, aku blah lepas ambil gambar tebaloi. Jalan lagi ada budak promosi kueh goreng-goreng ni. "Rasa bang, ni otak-otak" Huh otak-otak benda goreng? Bukan salut daun kelapa ke? Rupanya produk baru, jenis goreng punya. Jalan depan sikit kena jek try rasa ice blended bubuh sagu. Nak snap gambar si awek tengah buat mocha blended aku, tapi lupa lak lens aku pakai tu 70-300. So dapat senyuman je la, wakak sori ek.
Jalan-jalan lagi nampak orang jual minuman malt yang macam dalam botol arak tu. Teringin, tapi sebab aku dah banyak sangat telan benda manis, tak jadi. Jalan lagi baru nak snap booth kedai krim rambut kena sapa dengan budak flyers booth tu. Dari jadi terus tak jadi wahahah.
Dekat 40 minit gak la aku dok merayau dekat kawasan buah-buahan dengan hasil makanan ni. Then aku bergerak ke bahagian Hall dekat atas.
Sampai dekat atas, masuk Hall A, peh umat manusia ramai. Padanla, ada air cond. Rayau-rayau tengok sekeliling, jumpa gambar menarik snap. Then jumpa la sorang brader ni. Dia MC untuk pertandingan mewarna dan melukis. Tengah dok berceloteh tu, aku saja je nak ambil gambar, then dia kata "Bertuahnya saya hari ni sebab ada orang nak ambil gambar saya. Jangan lupa ye nanti upload dekat blog" haha, okla aku letak dekat blog. Tinggalkan celoteh dia, aku ke sudut Terrarium dengan bunga Orked. Memang sangat best untuk yang minat orked dan juga kaki-kaki macro. Aku sebab dah tukar lens pakai kit, so main ambil je la, mujur bawa speedlight.
Dah habis rayau Hall A aku ke B, then ke C. D aku tak sempat sebab cuaca dah seram-seram sejuk dan bateri kamera dah nak kong. Time TPM lalu depan pun aku tak sempat snap sebab tengah packing risalah masuk beg.
Rata-rata banyak produk yang tak pernah dengar or tak pernah tengok pon dekat pasaran. Macam tadi aku beli chocolate hand made RM25 untuk 30 biji. Sedap, packaging pun lawa. Ada jual nugget ikan patin la, produk dari pokok kenaf. Pernah dengar? Memang pelik-pelik produk tapi ada yang berpotensi untuk dieksport ke luar negara sebab packaging dan rasa pun menarik. Produk-produk yang dah well known apa lagi, kena serbu la. Tadi hasrat nak beli oblong Ramly Burger pun kena tunda sebab ramai gila orang.
Buat yang nak ke sini, aku sarankan pergi seawal yang boleh. Biarlah kena tunggu pintu pagar buka ke, kalau tidak menangis la nak cari parking. Tadi parking sangat horrible, ada yang sampai parking dekat tepi lebuhraya, lepas tu siap double triple side parking lagi. Ada yang parking other side pun ada, so diorang cross la merentasi highway tu bawak anak-anak. So dangerous, and stop being a stupid parents! Kalau ye pun nak pergi MAHA, jangan bahayakan nyawa anak bini. Jangan kerana nak senang, nak cepat keselamatan main biar je. Tak eksiden boleh la, kalau kena langgar? Aku lak yang naik seram tengok diorang melintas tadi.
Then tiket per entry kalau parking dalam adalah RM3, motor percuma. Rasanya dia ada sediakan bas, tapi tak tahu la dari mana. maybe untuk yang parking jauh la kot. Cuaca agak panas terik, so pakai la baju yang bersesuaian, bawak la topi ke apa ke. Kalau tak nak, boleh beli topi koboi RM10 je diorang jual. Payung pun ada jual sebesar-besarnya. Then kalau boleh bawa la air kosong, bukan air takde dekat sana, cuma kena beli je la.
Satu yang aku tak berapa berkenan mentaliti orang Malaysia masih sama. Nak barang free, orang kata jangan usik, usik. Dah tulis macam-macam tapi tak pernah nak ikut pun. Orang Malaysia, biasala kan. Sudahnya, menyusahkan orang lain je.
Event ni start dari hari Jumaat hari tu sampai la next week punya weekend 5hb. Dari pukul 10 pagi sampai lah 10 malam. Sesiapa yang free boleh la pergi. Jalan-jalan tengok produk orang Malaysia. Support mana yang korang rasa best~!
p.s: untuk gambar yang lain-lain, bolehla tengok dekat album photo Facebook aku =)