Followers

Sunday, October 24, 2010

Polygamous


وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”. (QS. An-Nisa`: 3)

Sebut je alkisah perkataan di atas, aku rasa dari kalangan wanita pasti ada yang mencebik bibir. Ada yang start berapi macam nak buat kame-kame ha, dan ada yang dah senseng lengan nak berperang.

"Ah, tak dapat payung emas pun takpe, janji adil tetap adil!!!"

Alkisahnya, payung emas di akhirat sama ke dengan payung emas di dunia? Pernah pegang payung emas? Setakat rantai, gelang dan cincin emas tu boleh la. Siapa yang gila sangat nak buat payung dari emas?

Tapi perkataan di atas akan menceriakan sebahagian dari lelaki-lelaki yang merasakan itu hak mereka.
"Itu sunnah Nabi, kenapa perlu dipertikaikan?"

Benda ni dah terlalu lama aku rasa diperdebatkan antara kaum lelaki dan wanita di Malaysia. Sampai satu tahap, ada lah golongan wanita yang agak jahil meminta agar poligami ini dilarang atau tidak digunapakai. Bercakap seolah-olah tiada otak. Ini bukan rukun negara mahupun undang-undang jalan raya, tapi suatu sunnah yang Nabi amalkan dan ianya bersebab.

Sunnah apa yang tiada bersebab?

Namun di Malaysia, reputasi poligami agak teruk berbanding negara luar. Kenapa?

Sebab, di Malaysia ramai lelaki yang TIDAK MAMPU untuk berpoligami tetapi mengaku layak untuk berkahwin lebih dari satu. Dengan itu, ianya hanya memburukkan keadaan apabila lelaki-lelaki seperti ini hanya mencari getah muda untuk berseronok dan meninggalkan imej buruk pada nama poligami.

Jadi lelaki yang bagaimana layaknya berpoligami? Lelaki itu mestilah MAMPU dari segi nafkah zahir dan batin kepada isteri-isterinya. Zahiriah semua tahu ianya berkenaan harta seperti duit, pakaian, makanan dan tempat tinggal. Tetapi ramai yang tidak terlalu memahami erti batin itu sendiri. Ramai yang menyangka batin hanya sekadar nafsu seks semata-mata. Tetapi batin adalah sejenis bentuk keperluan yang tidak dapat diselesaikan dengan secara material seperti duit, maka batin juga terdiri daripada segi emosi, perasaan, kasih sayang dan keadilan.

Seseorang pernah berkata padaku tentang hukumnya poligami dan menghuraikannya.
"Lebih baik dibenarkan dari melakukan maksiat".
Dan aku bertanya, sekiranya aku ingin berpoligami, adakah dibenarkan?
"No way, orang lain boleh, U tak boleh"

Dan aku lagi tak faham, andainya seorang lelaki itu MAMPU dan LAYAK berpoligami, kenapa isterinya perlu melarang? Seandainya si suami itu MAMPU menarik seorang lagi wanita dari terjerumus atau jatuh di tangan seseorang yang tidak ADIL, bukankah itu lebih baik?

Wanita juga pernah berkata, "Suami hendaklah mendidik kami agar tidak lena dan hanyut dibuai keindahan dunia semata-mata", maka baik imamnya perlukan makmumnya. 

Jangan terlalu beremosi mengatakan "Saya tak rela berkongsi kasih dan segalanya" kerana perkataan seperti itu melambangkan satu sikap yang agak angkuh. Sedar atau tidak di bahu suami itu menggalas bebanan menanggung setiap dosa isteri dan anak-anak namun tidak pernah berkata...
"Dosa kalian masing-masing, aku tak mahu tanggung bebanannya".

Untuk wanita keistimewaan yang sedikit di dunia untuk kekayaan di akhirat adalah sama adilnya dengan kelebihan di dunia tetapi besar tanggungannya di akhirat kelak bagi lelaki. (Faham?)

APA KATA KORANG?

Friday, October 22, 2010

Clothing online

Hari semalam aku pergi Sunway sebab nak tengok movie. Sebabkan kecilakean TGV aku terpaksa menunggu lebih dari sejam.


So lepas beli McD (tapau) aku pun cari lah seat dekat-dekat dengan cinema. Dapat seat kosong depan deretan kedai baju. Yang paling hujung kedai yang aku pernah masuk iaitu UGP. Kedai ni jual baju underground tapi dalm corak dan design yang agak simple. 

Terpandanglah satu sign tepek dekat cermin kedai. 70%. Wau ada sale, sampai 70%. Tapi kedai tu memang dari dulu lagi aku beli murah. Bayangkan je la aku beli 2 tee bayar RM30 je. Design sempoi je la, setakat printed depan. Tapi kualiti kain agak bermutu dan paling best ada brand stitches yang kecik tu dekat tepi baju. Sekali tengok tak nampak sangat la baju tu RM15 je.

Then aku tengok kedai sebelahnya. Kedai 2pm.com. Kedai chineese yang jual baju trendy-trendy zaman sekarang. Agak lengang, mungkin sebab gaji tak masuk lagi so dari time aku makan sampai habis, takde pelanggan pun yang menjenguk masuk.


Tiba-tiba aku teringat perusahaan clothing style sekarang yang menjual by Facebook or by online. Mereka jual baju pada harga yang setaraf dengan harga di kedai, design yang lebih kurang, material yang lebih kurang juga tapi lebih permintaan bergantung kepada tokeinya bagaimana.

Kalau dicongak dengan matematik mudah, keuntungan untuk sebuah design baju lebih kurang RM300 sekiranya 30 orang yang menempah, syarat standard diorang akan pergi hantar printed kedai. Dan since diorang ni adalah peniaga baju, maka dengan penghantaran selalu ke kedai untuk diprint, maka harga kos sehelai baju mungkin jauh lebih murah dari apa yang kita dapat jika hendak tempah baju printed.


So bayangkan kalau dalam sebulan lebih 10 buah design baju telah dihasilkan, dan bilangan customer adalah lebih dari 30 orang? Tu kalau untung RM10 sehelai baju, kalau lagi banyak untung? Agak lumayan tapi tu lah kena orang yang kreatif dan hebat dalam mereka dan melukis design baju.

Apa yang bestnya beli online ni, size range diorang sangat wide, dari XS sampai la ke XXXL, satu berita gembira buat yang selalu tak jumpa size seiring dengan design gempak.

p.s: ketiga-tiga poster di atas adalah hak milik Reign In Black. Kalo korang rasa nak beli, boleh add diorang. Harga RM45 termasuk postage. Ni hanya sebahagian, ada banyak lagi design diorg yang akan di releasekan, tungguuu!!

Thursday, October 21, 2010

Review: RED (Retired Extremely Dangerous)

Hari ni agak malang bagi aku. Semuanya gara-gara website TGV yang entah apa kena entah. Sudahlah salah waktu tayangan, rating dengan duration pun salah bagi info. Dan ini bukan kali yang pertama kena dekat aku.


Kalau mengikut website TGV, filem RED di Sunway Pyramid akan bermula pada pukul 12.10p.m. Cerita ini ratingnya PG13 dan duration 90 minit walaupun aku lihat di website GSC ratingnya 18 dan duration 1 jam 57 minit.

Abaikanlah pasal rating dan duration, tapi yang aku berapi tadi sebab waktu tayangan salah. Bayangkan, aku bertolak ari rumah pukul 11 dan sampai di sana lebih kurang pukul 11.30. Ingatkan boleh la tengok tayangan pukul 12.10. Sekali aku lihat skrin, cerita RED paling awal pukul 11 pagi, then yang seterusnya pukul 1.30 petang. Aik? Lain bebenar. Nak tak nak, kenalah ambil yang pukul 1.30 petang tu dengan tiket RM12.

Filem ni agak funny la juga tapi lebih ke arah old timer punya jokes. Sebab pelakon-pelakon pun dah kire veteran dah, macam Bruce Willis dengan Morgan Freeman. Tapi entah kenapa 30 minit pertama tu mata aku berat sangat dan tertidur. Sedar-sedar dah masuk part yang agak best bila otai-otai ni bertemu. Tak banyak yang aku boleh katakan sebab ianya diadaptasi dari komik, so jalan cerita lebih kurang je la. Hero-hero hebat-hebat, ada heroin, kejar villain, ada yang mati, ada yang hidup, hero selamatkan heroin dan bla bla bla. Humor pun boleh tahan la cuma tak setanding The Other Guys punya lawak kotor.

Overall aku bagi 3.75 bintang dari 5. Nak bagi 4, takdela sampai situ. Nak bagi 3.5, ada sikit lebih so dapatlah 3.75. Fun to watch lebih-lebih fans Bruce macam aku ni. Bagi aku aktor yang botak hensem, tak siapa boleh lawan dengan dia.

John dalam filem Con Air
Jam dinding tuuu haha

Hehe tapi dalam filem ni, aku suka lawak selenge John Malkovich. Siapa masih ingat dia ni? Buat yang pernah tengok filem Con Air yang ada Nicholas Cage berlakon tu, yang jadi head villain, Cyrus a.k.a Virus tu la John Malkovich. Boleh perasan dari style gigi, senyum dan matanya. Serius dalam filem RED, dia ni selenge tapi berbahaya. Lawak betul time dia kejar Vice Presiden siap dengan jam dinding konon-konon berani mati ada bom wakakakak!

Agak penuh gak panggung tadi dengan budak-budak kolej, rata-riti chineese yang konker. Next week lagi hebat, Takers filem aksi gak.


Tuesday, October 19, 2010

Cikgu oh cikgu


Dulu time sekolah, ada seorang guru kemahiran hidup yang suka bercerita dan suka buat lawak selamba. Aku rasa kalau dulu-dulu dah ada raja lawak, sure dia jadi pemenang.

"Kamu tengok ni. Ni mangkuk tau, tau mangkuk tak?" tanya beliau.
"Tau cikgu".
"Haaa cuba kamu gerakkan mangkuk ni ke kiri dan ke kanan, jadi apa?"
"Terbalik cikgu" kata pelajar A.
"Kuah tumpah cikgu" kata pelajar B.
"Salah. Jawapannya jadi lah mangkuk hayun. So jangan jadi mangkuk hayun dalam kelas saya".
Semua orang gelak, hampeh punya soalan.

Beliau ni memang suka bercerita, kadang-kadang sampai silibus pun tak habis belajar, jadi kena banyak stadi sendiri je la. Satu hari dia bagi satu teka teki...

"Sebab apa dalam solat tak boleh pakai tali pinggang?"
Kami semua tercengang. Haa? Tak boleh pakai tali pinggang? Biar betul, habis tu londeh la seluar.
Semua diam, tak tahu nak jawap apa.
Sebelum waktu kelas dia habis, dia pun jawab...
"Memanglah, mana boleh pergi solat pakai tali pinggang je, abeh seluar? kain? takkan nak bogel je kot?" katanya sambil tersengih dan berlalu pergi.

Masuk form 3, dapat cikgu KH baru. Beliau ni orang banjar dan ada short circuit sikit kes kemalangan dulu-dulu. Masuk kelas je cakap banjar aduhai. Beliau ni unexpected sikit, sebab kadang-kadang buat lawak kitorang tak gelak pun. Tapi mostly dia gelak sorang-sorang la.

Tapi kalau time short circuit dia tiba macam satu hari tu member-member aku banyak ponteng. Dicarinya bebudak ni sampai dapat. Lepas tu apa lagi, merasa la smack down penampar dengan cekikan undertaker. Live dari bengkel KH wakakak. Sudahnya projek KH aku tak menjadi pun sebab litar tu aku tak paham sangat nak buat. Member-member banyak hantar kedai je tak pun suruh ayah yang hebat bab-bab papan elektronik ni.

Form 4, ada sorg cikgu BM ni, dia ni ala-ala ke pembangkang sikit. Pernah dia berhujah dekat kitorang apa significant pakai songkok. Aku layan je la sebab time sekolah, aku tak ambil port sangat hal-hal politik ni. Yang aku tak boleh lupa dengan cikgu ni, aku kena masuk group penulisan. Bukan tulis karangan, tapi group mencantikkan tulisan. Wahahaha macam haram. Tulisan aku antara dikategorikan susah dibaca dan buruk. Tapi adatlah kan, tulisan orang tak semuanya lawa. Tulisan aku lawa kalau time ade mood je. Kalau malas or nak kejar waktu, memang hancus la tulisan. Pernah gak kena ketuk kepala dengan buku sebab apa tah, markah rendah kot dalam sastera.

Masih di form 4, cikgu sejarah. Cikgu ni pun suka bercerita dengan suaranya yang ala-ala Ella tu. Time baik ,dia ok. Time tak baik, aduhai alamatnya melayang la buku ke luar bilik darjah. Pernah la beberapa kali, kitorang lambat masuk kelas sebab distance makmal ke kelas makan masa juga. Sekali tengok dia dah sampai. Apa lagi, semua buku melayang keluar. Kena la pergi kutip balik. Heee, aku berapa kali kena warning sebab malas buat nota sejarah. Kalau aku buat pun aku copy bulat-bulat dari buku rujukan wakakak.

Antara semua cikgu, beliau paling lawak. Wataknya agak cengeng, agak stress tapi seronok belajar. Member-member aku yang kaki sakat memang akan sakat habis-habisan. Tapi yang tak seronok, beliau ni pantang je orang buat silap, sistem dimerit pasti kena. Aku dulu pernah kena gak dengan beliau ni walhal bukan salah aku pun. Tapi entah last-last beliau lupa nak padam balik, so kekal la sampai aku berhenti sekolah sistem dimerit aku 2 markah wakakak ape daaa~!!

Ramai lagi sebenarnya cikgu-cikgu yang dulu kita tak suka, kita bosan dan benci tapi bila dah lama tinggalkan bangku sekolah, kita rasa rindu nak jumpa balik cikgu-cikgu ni semua. Kalau time tu aku dah ada kamera memang all the time gambar kelas aku banyak diambil. Sayang, semuanya hanya kenangan dalam otak je =)

Monday, October 18, 2010

Confession of kaki shopping


Percaya atau tidak aku boleh dikategorikan sebagai kaki shopping juga. Tapi aku bukanlah suka shopping baju, pakaian, kasut ke apa ke, gajet apatah lagi walaupun gajet merupakan sebahagian dari hidup aku, tapi disebabkan harganya yang ratus riban membuatkan nafsu membeli tu agak tersekat-sekat.


Untuk lelaki aku rasa susah nak jumpa kot yang jenis kaki shopping barang dapur ni. Ada ke korang pernah jumpa? Kalau ada mungkin spesis yang suka makan or suka masak.

Tapi aku bukanlah beli barangan memasak pun kadang-kadang cuma aku rasa tenang bila dapat tengok barang-barang yang aku tak pernah jumpa then aku belek-belek kegunaan untuk apa dan bla bla bla. 


Sebab apa aku kata aku kaki shopping? Sebab dalam seminggu, lebih kurang 3-4 kali gak la aku akan melawat mana-mana supermarket seperti Giant, Mydin atau Tesco. Tapi so far yang paling best semestinya Tesco. Kalau Tesco Extra tu aku rasa boleh buat main-main troli since troli dekat sana agak besar.

Kadang-kadang aku beli benda merepek je pun macam beli mee segera, beli air kotak, beli buah dalam tin, beli herba or rempah ratus. Benda tu aku akan ulang la dalam seminggu. Setiap kali membeli, barangan aku mesti kurang dari 10 unit. 

Tu kalau barang ada lagi dekat rumah, aku carilah barang lain nak beli macam buah ke, ayam ke, sayur ke, roti ke hahaha. Dulu-dulu aku tak perasan, tapi ada sekali tu time aku still kapel, ex aku pernah komplen sebab kerap sangat dating pergi Tesco. Wahahah, dia tak rasa seronok, tapi pada aku seronok sebab dapat lihat macam-macam barang ada.

Jangan terkejut aku boleh spent 2 jam dekat Tesco hanya window shopping dan beli barang kurang dari 10 unit. Satu jangka masa yang aku tak pernah spent pun dekat mana-mana kedai hatta kedai gajet. So kalau ada insan yang nak ikut aku shopping ke pasaraya kalau tak tahan memang nahas la. 


Dulu masa shopping dengan mak aku dekat Cold Storage, lagi lah aku seronok tengok barang-barang pelik-pelik je jenama dan bentuk produk. Punya best merayau dalam tu, semua benda aku nak tengok sampai juling.

Hehe, mungkin tu obsesi aku la kot dalam bab shopping ni, 10 unit sebab kewangan yang tidak mengizinkan. Kalau poket tebal, aku rasa satu Tesco tu aku beli, sudahnya mana nak letak pun tak tahu.

Apa pengakuan berani mati korang tentang shopping lak?

Wareh (Part 2)


Hari dah makin larut malam, mata aku susah betul nak lelap. Yelah semenjak dua menjak dapat mimpi pelik-pelik pasal Adiwira tu, buat aku jadi agak fobia untuk tidur malam.

Baru je pagi tadi aku call mak dekat kampung. Aku tak cakap pun pasal mimpi Adiwira tapi cakap nak balik. Memang aku dah lama tak balik kampung. Bukan aku tak nak balik, tapi mak memang tak berapa nak bagi atas sebab-sebab yang mak tak nak explain.

"Ish takyah la balik. Mak dengan ayah kamu sihat je kat sini. Ada apa-apa nanti mak call le kamu"
Tu je la jawapan yang selalu diberikan, kadang-kadang buat aku serba salah. Yelah dah pun aku anak lelaki tunggal dalam keluarga. Nak harapkan adik perempuan dengan akak aku tak boleh la juga.

Malam ni aku buat keputusan untuk tutup pintu, tutup langsir. Agak berkuwap bilik sebab tiada angin yang berlalu masuk dan keluar. Nekad, aku mahu tidur dengan sempurna.

Beberapa hari lepas semasa aku baru dapat mimpi pelik tu, aku kerap terjaga. Dan dalam terjaga tu, aku terperasan sesuatu di tepi pintu aku since dulu aku tidur buka pintu. 

Nampak macam kain putih. Kain siapa lak tertinggal luar bilik aku? Aku hanya perhatikan dari sebalik bantal yang aku tutup kepala. 

Tapi lepas tu, kain tu macam bergerak. Ah sudah... macam...macam kain melompat... makin lama makin dekat pula masuk bilik. Bila lebih kurang 2 meter dari tilam aku, benda tu stop. Aku pun tunggu je la dia buat apa, mulut dah terkedu dari sebarang bacaan. Bau busuk makin lama makin menceroboh lubang hidung. 

Bedebuk!! Sekali benda tu jatuh baik punya selari dengan muka aku yang dok intai dari celah bantal tadi. "Warghhhh!!! Poconggg!!!!" aku jerit dalam hati. Mata aku terus tutup rapat-rapat. Mulut aku paksa baca ayat-ayat suci. Dengan izin Allah, bacaan dapat keluar dari mulut dan benda tu terus hilang. 

Start hari tu lah aku serik nak tidur buka  pintu. Kalau tidur pun akan mengiring ke arah kanan since pintu di sebelah kiri. Tingkap pun sama. Kot-kot tengah tidur, ada benda lalu, nak jawap apa? Orang tengah lalu? Orang boleh terbang la eh sampai tingkat 6? Hohohoh tobat-tobat!

Aku tahu benda tu still ada dok perhati tapi paling tidak dia dah tak boleh nak dekat sangat dah, hari ke hari aku cari bahan-bahan penghalau yang paling basic paling tidak. Cuma bila dia tak dapat kacau cara tu, dia akan guna cara lain seperti buat bising ketuk pintu.

"Tok...tok...tok..." pintu bilik aku kena ketuk pukul 2 pagi sedangkan teman serumah aku time tu bercuti, ada yang kerja shift malam.
"Tok...tok...tok..." sekali lagi pintu diketuk. Aku buat-buat tak dengar tapi dalam hati tengah kecut perut.

Hari berikutnya, aku tampalkan sticker surah empat Qul, ayatul Qursi pada pintu bilik. Dah tak dengar dah benda tu main ketuk pintu. Tapi dia ubah lak main ketuk pintu lain. Haram betul! Pastu pergi dapur dengar lah bunyi periuk berdentung dentang. Lantak! Yang pasti aku takkan keluar dari bilik ni, belum waktunya.

So malam ni persediaan rapi aku dah buat. Aku buat solat hajat, solat sunat taubat sekali mohon perlindungan dan baca Yassin sekali. Sebelum aku baring, surah empat Qul dengan ayatul Qursi pun baca sekali lagi. Garam, limau, kacang dan beberapa bahan masakan ada aku letakkan berhampiran. Kot la diperlukan. Paling tidak, ada benda yang mereka lemah, sebab apa benda ciptaan Allah pun pasti ada kelemahan masing-masing.

Alhamdulillah... tidur aku lena sampai ke subuh...

Tapi... ada benda yang cuba menghampiri bila aku bangun nak solat, dekat luar bilik aku lihat penuh dengan cacing-cacing yang dah mati dan membusuk. Astaghfirullah... aku terpaksa bersabar, lagi sehari je lagi aku akan balik kampung. Aku nak tahu cerita sebenarnya, kenapa aku seperti diganggu? Mimpi pun dapat, real life pun dapat, adoi...

bersambung...

Sunday, October 17, 2010

Gitar dan aku


Beberapa hari selepas aku membeli gitar aku dah banyak ubah sikap. Yang paling ketara habit makan tengah malam aku dah cuba elakkan. Kalau lapar sangat pun aku buat air kasi alas perut. Tu kalau lapar la tapi semenjak belajar gitar ni aku dah tak berapa sangat nak ingat makan tengah malam. Sebab dok ralit cari chord lagu, cari lesson online cara nak main chord, nak strumming, nak baca tabs, pendek kata study la tapi subjek muzik.

Sikap lain, aku cuba untuk perbaiki diri untuk lebih mengingati Tuhan yakni solat, doa dan lain-lain. Aku tahu sejak beberapa tahun yang sudah benda-benda ni aku agak terabai, so banyak unsur or anasir luar senang nak jajah diri. Tapi bila aku diuji pelbagai dugaan, buat aku terfikir, sehebat mana pun aku boleh jadi manusia, sekuat mana aku boleh bawa diri aku, jiwa aku takkan tenang tanpa solat. Memang betul solat tu tiang agama, bila solat ditinggalkan, jiwa dan ruh akan memberontak tak tenang. Hasilnya, malam hari akan dihantui pelbagai mimpi pelik dan seram yang boleh membuatkan kita berjaga lebih dari 5 kali.

Lagipun aku tak nak disebabkan aku belajar main gitar, aku terus lalai dengan keseronokan dunia tanpa mengingati nama pencipta yang satu, Allah.

Yang lain-lain, aku cuba untuk lebih bersabar dengan dugaan yang Allah berikan, sebab aku tahu setiap manusia pasti ada cara dugaannya tersendiri.

Dan yang paling penting, dengan kehadiran gitar baru aku ni, sedikit sebanyak boleh mengubati luka hati. Biarpun ianya bukanlah manusia yang boleh diajak berbual, namun kemampuannya untuk menjadi peneman ketika sunyi dengan bunyian dan juga perlunya belajar untuk mendapatkan bunyi yang indah itu, membuatkankan aku tidak terlalu mengingati si dia. Biarlah, dia hendak mencari teman lelaki atau calon suami? Itu bukan urusanku lagi. Cakap aku bukan cakap kosong. Cinta buat aku bukanlah hanya sekadar peneman di sisi tapi lebih kepada seseorang yang sanggup setia bersama kita walau apa pun yang terjadi.

Dan kini sudah hampir hendak ke penhujung tahun 2010, hanya beberapa bulan kita akan melangkah ke tahun 2011. Tapi aku rasa biarlah aku melangkah dulu bersama-sama dengan azam baru untuk memajukan diri walau sedikit demi sedikit. Biarlah, aku tak kejar apa pun. 

Jodoh? Aku akan mencari tapi bukan sekarang, kerana beberapa sebab yang tak dapat aku nak elakkan. Sampai masanya aku akan terus mencari insan yang betul-betul setia dan tak kisah walaupun rupa parasku yang tidak seberapa ni. 

Semoga apa yang aku coretkan ini dapat membantu sekali korang di mana-mana yang masih tidak berubah. Dunia sudah hendak akhir zaman, kalau tidak bergerak dari sekarang bila lagi?

p.s: seorang teman memberitahuku, pada dunia akhir zaman, akan lahirlah puteri-puteri Firaun. Puteri Firaun? Aku bertanya. Ya, perempuan-perempuan yang berhidung mancung dan bermata menawan (cantik). Dan aku  faham bila aku lihat sekeliling...