Followers

Saturday, October 15, 2011

Kamera oh kamera Part 19 (First time OP)

As salam,

Ahad lepas bermula lah detik dan saat aku menjadi OP untuk satu event engagement kawan sekolah aku dulu. Since dah beberapa kali aku asyik menolak offer dari kenalan, kali ni aku putuskan untuk cuba dulu. Orang kata ambil feel rasa dan mulakan langkah pertama. Lagipon satu langkah ke hadapan adalah lebih baik dari tak bergerak atau satu langkah ke belakang.


Tapi benda-benda baru ni buat aku cepat gemuruh. Alhamdulillah majlis ni kawan sekolah, so takdelah canggung sangat. Aku pon bukanlah jenis too friendly tapi aku bukanlah jenis sombong, cuma aku lebih suka cara pendiam aku tu. Bercakap dan bergurau bila perlu, senyap bila tak perlu. Terlebih-lebih orang menyampah, diam sangat pon orang tak suka.

Beberapa hari sebelum majlis jadi, resah gelisah macam aku yang nak bertunang. Habis aku selongkar majalah-majalah kamera aku untuk dapatkan semangat, aura dan tips berguna untuk aku keluar all out time harinya itu.

Hasilnya, ok la pada aku tak seteruk yang aku jangka dan takdelah sehebat orang yang dah memang jadikan benda ni periuk nasi diorang. 

Cuma apa yang aku kesalkan sedikit adalah halangan dari segi gear aku sendiri. 

Bukanlah nak cakap gear aku tak cukup hebat ke apa ke, cuma dari segi kelecehan tu amat memeritkan. Aku terpaksa guna kit lens (18-55) untuk ambil gambar group photo, then switch balek ke 35mm untuk dapatkan DOF yang menarik. Kit lens ok cuma DOF dia takde la menarik sangat untuk dapatkan mood dan impak yang lebih. Aku lebih prefer 35mm tu cuma bila group photo dengan lambakan barang hantaran lagi, aku tak bebas sangat nak bergerak.

Time tu la terasa sangat best jika ada satu lagi body kamera or paling tidak satu wide zoom lens f2.8 macam Nikkor 17-50 f2.8. Tapi lens ni mahal nya aduhai... so option lain adalah Tamron 17-50 f2.8. Ushar punya ushar lens ni RM1k untuk new set, kira ok la dari segi harga (kena tunda dulu la hasrat nak sambar Nikkor 70-300 VR).

Berpeluh gak la ambil gambar event ni, bukan sebab takut ke hapa ke tapi sebab panas. Mujur gak la ada bawak handkerchief.

Alhamdulillah, lepas ni memang nak join kursus wedding nih, nak kasi mahir baru bley cas harga mantap2. Ni skill tak seberapa nak cas ikut harga orang dah pro, haih cane?

p.s: gambar aku upload lepas kasi dekat tuannya dulu la yeh. sebab aku di upah, kalo amek free bolehlah aku upload ikut suka hati je (polisi aku lah).

Saturday, October 1, 2011

Kamera oh kamera Part 18

As salam,

Baru-baru ni aku macam biasalah join group dekat Facebook. Group ni sebenarnya tempat jual beli barangan kamera, so memang lubuk aku lah untuk melepak. Bukannya beli pon, saja ushar tengok harga barangan 2nd dan gelagat-gelagat manusia-manusia ni. Macam biasalah, ada yang dah otai ok, ada yang otai berlagak. Ada yang newbie berlagak, dan tak kurang juga yang sangat naive tentang perihal politikus dunia fotografi.

Politikus fotografi bukanlah benda asing bagi aku sebab aku dah 2 tahun kenal kamera. Sangat jauh nak pegang title pro atau otai, sedikit segan nak bergelar intermediate tapi selesa dengan title beginner atau newbie.

Benda-benda cenggini dah lama aku belajar sejak dari zaman forum Photoskool masih hidup dan wujud. Tapi atas sebab-sebab tertentu forum yang cukup popular kerana penciptanya anak melayu ni terlalu banyak sangat politikus dan agenda pihak-pihak tertentu sehingga terpaksa ditutup. Sekarang aku just melepak di Photomalaysia, tak sehappening Photoskool tapi boleh lah dari takde.

Al kisahnya, di group yang aku melepak ni adalah satu insan Allah ni bertanya perbandingan DSLR. Aku faham niatnya sekadar ingin tahu dari yang pakar. Cuma yang silapnya, kebanyakan newbie yang baru join group tak baca rules and regulation group tersebut. Aku dulu tak baca gak, tapi lepas kena sound, sendiri mau ingatlah.

Rules menyatakan group hanya membenarkan proses jual beli, tiada sebarang posting merepek samada berbual kosong atau bertanyakan perbandingan kamera. Ini kerana posting di Facebook tak melekat dan akan naik turun. Bagi pihak seller, jika terlalu banyak perbincangan iklan mereka akan jatuh ke bawah dan ini melecehkan mereka untuk cari balik dan BUMP (bring up my post).

Tapi ada juga yang tak paham, dan jenis kaw-kaw punya sikap. 

Al kisahnya juga aku bukan lah nak sokong mana-mana pihak, tapi sekadar menasihatkan agar cari platform lain untuk menimba ilmu. Tapi elok je aku komen, kena hentam lak dengan sorang mamat ni. Ayat sikit punya kurang hajo. Kalo bukan dek kerana panas hati, dah lama kot aku balas balik. Tapi kenangkan, untuk apa? Aku just balas dengan sengihan je la.

Tak salah nak cari ilmu, tak salah berkongsi ilmu tapi kena tengok tempatlah. Bak orang dulu-dulu kata "masuk kandang harimau, mengaum, masuk kandang kambing mengembek" dan respeklah dekat tuan rumah a.k.a admin yang bertugas. Bukan apa, kang kena banned marah lak.

Buat yang masih baru dalam dunia fotografi, respeklah orang lain tak kisahlah dia tu newbie ke pro ke, sebab kita takkan tahu sedalam mana ilmu yang mereka ada hanya dengan melihat gear mereka. Jangan ingat hanya kerana photog tu pakai entry level DSLR dia newbie, dan jangan sangka photog yang pakai pro level tu hebat. Don't judge the book by its cover.

Selamat berfotografi.

Friday, September 2, 2011

Kamera oh kamera Part 17

As salam,

Lama rasanya aku tak hapdet blog. Dah macam biskut, kejap ada kejap takde. Dan ayat yang paling femes mesti "lama tak hapdet", apa boleh buat... idea dan mood datang sekali sekala. Lagipun blog aku ni blog picisan je, hapdet atau tak, pengunjungnya tak ramai. Ratus-ratus pun susah, apa lagi nak riban-riban.


Tapi tak kesah, aku tulis blog bukan sebab nak dapatkan earnings duit tu, bukan sebab nak pemes, tapi aku tulis untuk kongsi pengalaman, untuk kongsi cerita untuk luahkan something. Orang baca atau tak terpulang.

Melalut lak...

So hari raya apa cerita? Best? Tak best? Banyak dapat duit raya? Banyak lebur duit raya? Ada yang cedera main mercun? Ada yang hancur diet sebab makan je?


Tak kisahlah janji korang hepi, bulan Syawal ni pun untuk bergembira (tapi ada had la). Yang aku nak sambung celoteh ni apa lagi kalo bukan perihal kamera.

Beberapa bulan yang sudah aku ada join satu group jual beli barangan kamera DSLR ni. Bila dah ramai-ramai, kadang-kadang kita baca status diorang pon nak tergelak. Yelah nampak sangat baru pegang kamera. Ada yang nak beli kamera atau aksesori tapi harga buat si penjual sesak nafas. Nak beli kamera bawah RM400? DSLR bawah RM400? Ada tu nak beli external flash bawah RM100? 


Tak lupa juga yang masih bertanyakan perihal brand war, antara Canon dengan Nikon mana yang lebih bagus. Persoalan yang pada aku wajib la untuk newbie tanya. Even aku sendiri dulu pernah tertanya-tanya, tapi selepas dah pegang kamera pada aku beli je la mana yang ok. As long tak lebih bajet dan DSLR tu dalam function yang terbaik.


Yang ni pelik sikit, sebab pada aku orang jenis ni bukan lah kaki photog sejati tetapi lebih kepada kaki gajet. Mereka ni jenis suka merasa. Bila dah bosan, diorang akan jual balik gear walaupun baru guna sebulan dua je. Rugi! Sebab beli harga tinggi, then jual terpaksa turun harga sebab saingan ramai. Seeloknya tanya dulu orang berpengalaman atau paling tidak baca review di Internet pandangan pakar tentang sesebuah model DSLR itu sendiri. Then pergi kedai dan try rasa ok ke tak di genggaman jari. Kalo rasa tak ok, survey model lain. DSLR ni lain sebab ada grip, tak semuanya muat untuk grip yang sama sebab jari kita lain-lain saiznya.


Ada juga jenis-jenis manusia yang semborono beli lens. Janji ada lens selain kit. Ni pon satu benda yang bahaya pada aku lah. Lens merupakan nyawa kedua selepas body. Tapi kalo salah beli, pon rugi. Biasa kalo photog mereka tahu racun 50mm amat kuat. Selalunya orang akan racun newbie beli lens cenggini, tapi bila diorang guna dan tak dapat hasil yang memuaskan hati diorang akan jual balik. Rugi! Aku sendiri sayang nak jual 35mm aku tu selagi tak dapat pengganti (35mm f1.4 atau 50mm f1.4). Tak kurang juga yang dok racun terus beli lens mahal, sedangkan orang tu bajetnya semput. Tak patutla, ibarat ayam cakap dengan itik, tak paham soalan, jawap lain.


Oklah, tu je la untuk kali ini. Next time aku celoteh lagi pasal dan perihal politikus photography ni. Enjoy the pictures (projek mini raya). Harap-harap dapat jadi panduan dan pengajaran untuk semua. Yang salah tolonglah tunjukkan ye.

p.s: orang selalu tanya aku, lens apa aku guna. Aku ada 3 lens je, kit lens, 35mm f1.8 dengan Sigma 70-300 DG Makro.

Thursday, August 4, 2011

Puasa oh puasa


Hari ni dah hari ke-4 puasa, alhamdulillah puasa aku masih penuh, hahaha korang camne?

Beberapa hari dah berlalu, hari-hari kot aku pergi baazar ramadhan. Tapi membeli pon setakat sedikit kueh dan sedikit lauk untuk sahur. Bila tengok orang lain membeli macam nak makan untuk 2-3 hari, aku terfikir habis ke makan semua tu?


Sebab secara realitinya, dalam bulan puasa ni kita lebih banyak mengisi air dari makanan pejal. Aku sendiri dah merasa perbezaan bila kita minum terlalu banyak air berbanding makan nasi or apa-apa yang dikatakan makan. Kalo tak caya, korang boleh test sendiri, satu hari makan banyak dan satu hari minum air lagi banyak (dalam satu masa). Senak kenyang tu lain rasanya dengan senak air penuh perut.


Selain itu, bulan puasa ni kita mesti ada dilema nak makan apa berbuka, sahur dan bajet. Yes bajet bulan ramadhan ni kalo tak reti anggar, alamatnya belum cukup bulan duit dah tak cukup dek penangan harga makanan dah makin naik sekarang ni.


Buat mereka-mereka yang nak save bajet sebab nak beraya sakan tahun ni bolehlah ikuti tips aku ni. Tapi harus diingatkan tips ni hanya berkesan untuk mereka-mereka yang masih bujang dan kuat azamnya untuk simpan duit. Buat yang nak sedap tekak, sila abaikan sebab nak simpan duit harus berkorban something. Lagipon beli makanan banyak-banyak bulan puasa ni takde gunanya kalo akhirnya ke dalam tong sampah, membazir. 

Mengikut kata Dr. Fadhilah Kamsah, perut kita ni ada tiga bahagian penerimaan, 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3  adalah udara. Tapi lazimnya dalam bulan puasa, nisbah tu selalu tak jadi dek kerana ramai antara kita lebih ketandusan air sejak dari bermulanya azan sehinggalah habis makan nasi. Itu yang membuatkan ramai di antara kita jadi se'eh atau senak perut bila habis berbuka. Lepas tu mula lah melepek macam ular sawa kekenyangan.

Kembali semula pada tips nak save bajet. Tips ni simple je, yang diperlukan hanyalah keteguhan iman dan fokus ketika membeli. Harus diingat, jangan biarkan nafsu merajai diri, kelak pembaziran yang akan berlaku.

1. Sebelum balik dari kerja atau sebelum pergi ke baazar ramadhan, rancang dulu nak makan apa.
2. Permakanan yang beretika atau sebetulnya hanyalah memerlukan satu sumber karbohidrat, satu protein dan serat. Jika ditafsirkan mengikut fahaman sendiri, karbohidrat (nasi or roti or me), protein (ayam, daging, ikan, tofu), serat (buah, sayur-sayuran). Dan permakanan mengikut sunnah Rasulullah pula adalah minum air selepas makan nasi bukan ketika makan, tapi itulah masalah yang dihadapi oleh kita masakini.
3. Beli kueh sejenis atau campur 2-3 jenis tapi dalam kuantiti yang sedikit.
4. Nak jimat lagi minum air kosong berbanding air manis sebab air manis lebih mengujakan rasa haus dan keinginan untuk minum lebih.
5. Mulakan dengan makan kurma, sebab kurma senang dihadam dan boleh dapat semula tenaga dalam waktu yang singkat. 
6. Masak nasi di rumah, dah boleh jimat seringgit kecuali takde masa betol seperti tersekat dalam trafik jam.
7. Kalo rasa ingin cuba pelbagai makanan, jangan gelojoh. Allah bagi masa 30 hari berpuasa, so kita ada masa 30 hari untuk mencuba lauk-lauk dan kueh-mueh yang berbeza setiap hari, bukankah itu lebih bagus?
8. Jangan tengok apa yang orang beli, beli apa yang kita rasa boleh habis. Andai berbuka seorang diri, tak perlulah beli murtabak sampai 2 keping kecuali perut korang macam gajah.
9. Kalo nak jimat sangat dan punya waktu, masak sendiri je dekat rumah. Masak nasi, goreng telur, bubuh kicap, potong timun dan air kosong. Kueh? Makan kurma je, alhamdulillah puasa selamat, ibadah malam pun selamat.
10. Ini adalah calculation ringkas pembelian di baazar ramadhan. Apa yang aku nyatakan harganya adalah harga siling (max) yang dianggarkan.

  • Nasi putih (RM1) + ayam/daging (RM4) + kueh (RM1-2) + air kosong (rumah) = RM6/7
  • Ayam/daging (RM4) + sayur (RM2) + Nasi (masak sendiri) + air kosong = RM6
  • Nasi siap lauk (RM5) + timun (rumah) + air kosong = RM5
  • Nasi (masak sendiri) + ayam/ikan/telur (masak sendiri) + timun (rumah) + air kosong = RM4

Mungkin ada yang akan persoalkan, celah mana pengiraan nasi, timun semua tu free, kan ke guna duit gak? Memanglah, tapi cuba korang pergi ke pasaraya beli sendiri dan korang kira sendiri, kalo setakat sepinggan nasi tu kosnya baru lah RM0.40, telur 2 biji RM0.50, timun sebatang berapa sen sangat pon, 2 ketul dada ayam baru RM3 dan lain-lain. Kalo dicampurkan pon still bawah RM4. 

Tapi macam aku cakapkan tadi, benda begini hanya sesuai untuk yang nak save bajet. Kalo nak sedap tekak memang kena keluar duit lebih sikit la. Kalo nak free lagi, pergi je la surau or masjid-masjid yang ada buat majlis berbuka puasa, habis cerita.

Semoga entri ni dapat bantu korang untuk menjadi seorang muslimin yang lebih baik. Ingat-ingatlah orang lain yang tak merasa kesedapan berbuka seperti kita.

p.s: Bulan ramadhan adalah bulan ibadah, bukan bulan mentekedarah!


Saturday, July 30, 2011

Baju raya luar biasa dari RIB

Buat yang pernah baca dan tengok entri aku pasal baju tee harimau malaya versi limited edition kuning dari label RIB (Reign In Black), kini diorang kembali dengan design baru.


As for those yang mencari baju raya macam aku, since aku tak minat sangat design biasa-biasa di pasaran nih, bolehlah add label diorang ni http://www.facebook.com/reigninblack dan deal sendiri dengan diorang. Dun wori gerenti puas hati punya.


Dan buat yang tak kenal lagi RIB, sila buka mata luas-luas untuk melihat bakat-bakat anak-anak melayu menghasilkan karya di atas sehelai kain yang kini merebak macam virus. Harga dan kualiti memang superb, sape nak bagi camtu? Butik pon tak dapat nya, percayalah.



p.s: RIB juga ada buat design untuk Red Garage, kompeni bikerz yang juga designnya oh someee~!! Amacam? Ada bran???

Monday, July 4, 2011

Review: Transformers Dark of the Moon (PG 13)

As salam,

Lama aku tak tulis review filem. Ni pon dah lewat aku tulis review, biasanya aku tulis awal tapi sebab dah tengok lewat, review pon lewat lah.

Filem ni sambungan dari filem transformers yang sudah. Mungkin tidak secara direct tapi perkembangan watak dan jalan cerita yang makin berat sudah makin terasa. Macam Harry Potter la lebih kurang, makin lama makin berat dan penuh emosi.

Begitulah juga untuk filem kali ini. Tambah lak dengan efek 3D yang memukau, terasa betul robot-robot tu berada atas bumi. 

Cerita kali ni lebih kepada sentimen pengkhianatan sesama bangsa sendiri, maruah dan perjuangan hak antara yang hidup. Robot mengkhianat robot, manusia mengkhianat manusia. Memang best sebab garapan maruah tu penuh nilainya antara seorang guru dan anak murid. Tapi bila ianya dikhianati kerana tidak mahu dipandang hina, akan ada rasa ingin memusnahkan dan memperhambakan makhluk lain.

Bahagian paling best bila Autobots tahu pihak yang mengkhianat tu, matinya seorang autobots, kalo tak silap Ironhead, dan part di mana Shockwave nak bunuh Autobots yang lain. Gila kejam.

Tapi tulah dalam filem kali ni agak kurang penglibatan Decepticon terutama dari 2 watak utama mereka, Megatron dengan Starscream. Tumpuan lebih diberi kepada Sentinel tu sendiri. 

Apa yang aku harapkan mungkin ada sambungan lagi untuk transformers ni nanti. Macam pelik gak la Megatron kalah secara tiba-tiba, Starscream hilang entah ke mana.

Overall aku bagi 4 bintang dari 5, walaupun aku tertidur gak untuk sesetengah part tu dek kesejukan air cond, tapi pada aku ianya tetap terbaik dari Michael Bay.

Tuesday, June 21, 2011

10 tahun tak jumpa, mini reunion pengubat kerinduan Part 2 (BBQ Pulau Santap, Janda Baik)

As salam,

Sori aku ni tenggelam timbul je update blog. Seminggu dua ni agak bz mengecat rumah. Facebook pon aku dah makin jarang buka, malam je yang terasa nak check kejap tu pon mata dah makin layu.


Tapi since petang tadi dah lena sejam, so malam ni agak segar untuk aku sambung balik tulis entri pasal aktiviti menggila bila reunion sesama ex skool mate.

Oklah aktiviti kitorang seterusnya ni pon masih dalam nada yang terburu-buru, tapi sebab ramai yang menyokong, so ianya tetap diteruskan. Plan asal adalah sekadar mandi manda di sungai, last-last terbawa-bawa ke BBQ. 

Dan oleh kerana benda cenggini takde plan, so takde la AJK2 pon siapa yang patut bawa ni siapa yang beli sekian-sekian. Cuma atas dasar prihatin masing-masing tu so bawak la sikit sorang. Kebetulan lak, aku memang teringin nak bakar ayam, so ada peluang cenggini memang tak dilepaskan. Dapat lak dekat luar dapur mak aku ada pembakar satay dengan arang, apa lagi semua usung masuk kereta.

Aku beli seekor setengah ayam untuk dibakar, beli hotdog, air mineral 6L, dan jus oren 2L. Pagi tu mak suruh bawa mempelam 4 biji dan kelengkapan lain. Member lak call kata bebudak lain pon ada yang bawak ayam, ada yang bawak ikan, bla bla bla, aku dalam otak dah bayang, pecah perut makan nanti.

Hari yang dinantikan tiba, dengan kereta sebanyak 5 buah dan sebuah motosikal, kami semua bergerak masuk menuju ke Pulau Santap. Seumur hidup aku, tu lah first time aku merasa pergi Janda Baik walaupun aku dah duduk Bentong 26 tahun. Kira beruntung gak la dapat member-member cenggini yang kaki jalan, aku tumpang sekaki je la.

Perjalanan makan masa lebih kurang 20 minit dari simpang Bukit Tinggi. Tup tap tup tap dah sampai, semua dah tak sabar nak mandi. Aku tak sabar nak hidupkan api sebab dah tengahari, perut dah lapar beb! 2 orang member aku yang kaki kamera dah start ambil gambar itu dan ini, aku malas. Biar dulu, sebab selagi dapur tak berasap tak guna pegang kamera hahaha.

picture by Din, sesi hidup api (sape cepat)
Nak hidupkan api pun satu hal, macam-macam cara dan macam-macam karenah bebudak ni. Best sebab dah lama tak let loose sesama member sekolah.

picture by Din

Bila api dah hidup, mula la bakar line member sebelah yang api baru je nak hidup, tu pon ihsan bara group kitorang. Siap masak je, angkat ayam aku terus cilok satu dua ketul sebab lapar punya pasal.

ikan kaloi dah nak tinggal tulang je

Tapi lepas tu member aku sorang lagi, Zack lak bakar line dengan ikan kaloi yang dia dapat masa memancing semalamnya. Gila besar punya ikan, siap siang bubuh garam kunyit then terus bakar. Bila dah siap masak, lai lai lai semua serbu macam kucing jumpe ikan. Rasa dia? Peh gila sedap, manis siot!!

picture by Din, slow shutter mode
picture by Jerald, ultra wide mode

Siap makan, apa lagi semua masuk sungai. Aku dengan kamera pun nyaris-nyaris nak mandi sama. Last-last give up sebab takut jadi arwah, kang nangis tak sudah. So aku menumpang je la kamera member aku, jadilah lagipun aku ambil video macam biasa. 


Lebih kurang pukul 3.30 petang, semua bersiap-siap untuk balik. Ada yang nak balik KL, ada yang nak balik Melaka, dan kitorang balik Bentong. Penat memang penat, tapi mengenangkan untuk satu kenangan abadi, aku rasa ianya lebih berbaloi, dan sebab tulah kamera aku masih utuh di tangan untuk merakamkan saat-saat indah yang tidak dapat diputar kembali tapi dapat diingati berulang kali.

Buat korang yang nak pergi ke Janda Baik, aku syorkan sangat-sangat sebab memang best. Lagi best kalo pergi ramai-ramai dengan member-member, buat BBQ then ambil gambar. Air sungai dia jernih, sejuk, tak berapa dalam (paras pinggul) cuma kena hati-hati sebab sungai tu banyak batu, licin dan arus agak deras. Tapi jangan pergi time cuti umum, konfem tak larat nak berebut tempat sebab walaupun jalan kecik, tapi bas ekspress punyalah banyak.