Hari ni dah hari ke-4 puasa, alhamdulillah puasa aku masih penuh, hahaha korang camne?
Beberapa hari dah berlalu, hari-hari kot aku pergi baazar ramadhan. Tapi membeli pon setakat sedikit kueh dan sedikit lauk untuk sahur. Bila tengok orang lain membeli macam nak makan untuk 2-3 hari, aku terfikir habis ke makan semua tu?
Sebab secara realitinya, dalam bulan puasa ni kita lebih banyak mengisi air dari makanan pejal. Aku sendiri dah merasa perbezaan bila kita minum terlalu banyak air berbanding makan nasi or apa-apa yang dikatakan makan. Kalo tak caya, korang boleh test sendiri, satu hari makan banyak dan satu hari minum air lagi banyak (dalam satu masa). Senak kenyang tu lain rasanya dengan senak air penuh perut.
Selain itu, bulan puasa ni kita mesti ada dilema nak makan apa berbuka, sahur dan bajet. Yes bajet bulan ramadhan ni kalo tak reti anggar, alamatnya belum cukup bulan duit dah tak cukup dek penangan harga makanan dah makin naik sekarang ni.
Buat mereka-mereka yang nak save bajet sebab nak beraya sakan tahun ni bolehlah ikuti tips aku ni. Tapi harus diingatkan tips ni hanya berkesan untuk mereka-mereka yang masih bujang dan kuat azamnya untuk simpan duit. Buat yang nak sedap tekak, sila abaikan sebab nak simpan duit harus berkorban something. Lagipon beli makanan banyak-banyak bulan puasa ni takde gunanya kalo akhirnya ke dalam tong sampah, membazir.
Mengikut kata Dr. Fadhilah Kamsah, perut kita ni ada tiga bahagian penerimaan, 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 adalah udara. Tapi lazimnya dalam bulan puasa, nisbah tu selalu tak jadi dek kerana ramai antara kita lebih ketandusan air sejak dari bermulanya azan sehinggalah habis makan nasi. Itu yang membuatkan ramai di antara kita jadi se'eh atau senak perut bila habis berbuka. Lepas tu mula lah melepek macam ular sawa kekenyangan.
Kembali semula pada tips nak save bajet. Tips ni simple je, yang diperlukan hanyalah keteguhan iman dan fokus ketika membeli. Harus diingat, jangan biarkan nafsu merajai diri, kelak pembaziran yang akan berlaku.
1. Sebelum balik dari kerja atau sebelum pergi ke baazar ramadhan, rancang dulu nak makan apa.
2. Permakanan yang beretika atau sebetulnya hanyalah memerlukan satu sumber karbohidrat, satu protein dan serat. Jika ditafsirkan mengikut fahaman sendiri, karbohidrat (nasi or roti or me), protein (ayam, daging, ikan, tofu), serat (buah, sayur-sayuran). Dan permakanan mengikut sunnah Rasulullah pula adalah minum air selepas makan nasi bukan ketika makan, tapi itulah masalah yang dihadapi oleh kita masakini.
3. Beli kueh sejenis atau campur 2-3 jenis tapi dalam kuantiti yang sedikit.
4. Nak jimat lagi minum air kosong berbanding air manis sebab air manis lebih mengujakan rasa haus dan keinginan untuk minum lebih.
5. Mulakan dengan makan kurma, sebab kurma senang dihadam dan boleh dapat semula tenaga dalam waktu yang singkat.
6. Masak nasi di rumah, dah boleh jimat seringgit kecuali takde masa betol seperti tersekat dalam trafik jam.
7. Kalo rasa ingin cuba pelbagai makanan, jangan gelojoh. Allah bagi masa 30 hari berpuasa, so kita ada masa 30 hari untuk mencuba lauk-lauk dan kueh-mueh yang berbeza setiap hari, bukankah itu lebih bagus?
8. Jangan tengok apa yang orang beli, beli apa yang kita rasa boleh habis. Andai berbuka seorang diri, tak perlulah beli murtabak sampai 2 keping kecuali perut korang macam gajah.
9. Kalo nak jimat sangat dan punya waktu, masak sendiri je dekat rumah. Masak nasi, goreng telur, bubuh kicap, potong timun dan air kosong. Kueh? Makan kurma je, alhamdulillah puasa selamat, ibadah malam pun selamat.
10. Ini adalah calculation ringkas pembelian di baazar ramadhan. Apa yang aku nyatakan harganya adalah harga siling (max) yang dianggarkan.
- Nasi putih (RM1) + ayam/daging (RM4) + kueh (RM1-2) + air kosong (rumah) = RM6/7
- Ayam/daging (RM4) + sayur (RM2) + Nasi (masak sendiri) + air kosong = RM6
- Nasi siap lauk (RM5) + timun (rumah) + air kosong = RM5
- Nasi (masak sendiri) + ayam/ikan/telur (masak sendiri) + timun (rumah) + air kosong = RM4
Mungkin ada yang akan persoalkan, celah mana pengiraan nasi, timun semua tu free, kan ke guna duit gak? Memanglah, tapi cuba korang pergi ke pasaraya beli sendiri dan korang kira sendiri, kalo setakat sepinggan nasi tu kosnya baru lah RM0.40, telur 2 biji RM0.50, timun sebatang berapa sen sangat pon, 2 ketul dada ayam baru RM3 dan lain-lain. Kalo dicampurkan pon still bawah RM4.
Tapi macam aku cakapkan tadi, benda begini hanya sesuai untuk yang nak save bajet. Kalo nak sedap tekak memang kena keluar duit lebih sikit la. Kalo nak free lagi, pergi je la surau or masjid-masjid yang ada buat majlis berbuka puasa, habis cerita.
Semoga entri ni dapat bantu korang untuk menjadi seorang muslimin yang lebih baik. Ingat-ingatlah orang lain yang tak merasa kesedapan berbuka seperti kita.
p.s: Bulan ramadhan adalah bulan ibadah, bukan bulan mentekedarah!
1 comment:
setuju sgt2 dgn cara nak save bajet tu..masak nasik and lauk sendiri, mmg teramat save bajet.
Alhamdulillah, bulan ni duit aku just terusik utk minyak moto, bil api dan air je..
Post a Comment