Followers

Tuesday, March 29, 2011

Review: Dalam botol (18+)

Filem ni merupakan sebuah filem melayu yang paling hancus pernah aku tengok.


Ianya mempunyai terlalu banyak kelemahan termasuklah skrip, shot kamera dan jalan cerita. Banyak babak yang dibiarkan tergantung begitu saja tanpa apa-apa sambungan yang munasabah dan kesan editing filem sangat jelas kelihatan memburukkan jalan cerita.

Bayangkan sebuah filem yang pelakonnya hanya 5-6 orang dengan lokasi dan props yang nampak sangat low bajet. Malahan ada satu babak tu dibiarkan begitu saja orang meneka "apa benda lah dalam botol tu? Anu? Anu siapa? Kenapa dia ke luar negara? Kenapa ade kes saman rm40k? Pergi luar negara just nak buang anu?"

Jalan cerita asal mungkin menarik tapi bila diolah nampak pelik, nampak pening. Dengan skrip yang entah apa-apa, ibarat skrip orang bukan melayu yang tulis. Tu belum ditambah dengan kamera yang terlalu banyak goyang yang melampau, sampai pada satu tahap aku tertanya-tanya siapalah yang responsible on the shot sume ni? Gila goyang! Apa takde bajet sangat ke semua babak nak hand held?

Entahlah, aku tengok tadi pon sebab hasrat nak tengok sucker punch terlepas. Dan dek kerana semangat nak tolong filem melayu, so aku tak nak prejudis menilai kerana luarannya.

Overall 1.5 bintang dari 5. Nak tengok or tak terpulang ler.

Thursday, March 24, 2011

Review: World Invasion, Battle of Los Angeles (PG13)

Agak lama aku menyepi, sorilah agak bz kena layan little monster dekat rumah. Jangan ingat penganggur macam aku ni best sangat. Banyak benda yang korang tak tahu.

Kaki pon start sakit balik, entah ape kena tetiba je bangun-bangun sakit ibu jari kaki. Mula lah jalan terhincut-hincut. Nak kata aku kuat berjalan this week, paling ganas pun hari Ahad lepas je. Tu je la kot. 


Tapi sebab semalam dah beli tiket cerita Battle of Los Angeles, so pergi jugakla ke IOI Mall, kalo tak burn la RM11 aku.

Pergi sini best kalo bukan waktu peak sebab banyak kedai-kedai yang menarik. Tapi kalo peak hours toksah le pergi. Dan dek kerana filem tu start pukul 12.15, aku ambil keputusan untuk lunch awal sikit so lepak A&W je la. Paling tidak, time movie takyah beli pop corn dah, save bajet dan kurangkan kalori makanan, haha yo yo ooo je.

Ok lah back to the review movie.

Filem ni pada aku macam mana-mana filem invasion yang melibatkan Bumi dengan makhluk asing. Dan macam biasa, tempat makhluk asing tu nak mendarat mestilah Amerika dulu. Tak tahu kenapa (banyak sangat dosa agaknya) alien minat sangat nak turun dekat Amerika. Then boleh lah diorang menunjuk-nunjuk kehebatan askar dan ketenteraan diorang.

Dari segi plot pada aku standard je la kot filem-filem aksi perang. CGI best, setting lokasi dengan efek perang memang cun. Durasi pun pada aku kire panjang dan puas la kalo tengok, tak rugi pon bayar tiket.

Cuma apa yang agak menjengkelkan adalah shot kamera. Pada aku terlalu banyak sangat goyang sehinggakan satu tahap tu jadi pening nak tengok sebab pergerakan kamera yang tak stabil. Lepas tu, pelakon yang aku kenal ada la 2 orang je kot, si Staf Sarjan dengan si perempuan navy tu je la. Yang lain-lain tak tahu la sape. Cuma extra diorang ni kaw-kaw berlakon tak macam pelakon malaysia.

Overal filem ni layak 3.5 bintang dari 5. Worth it untuk tengok jika korang rasa perlukan semangat cintakan negara dan bumi. Cuma dari segi filem perang antara 2 spesis, ianya bukan sebuah filem terhebat. Oh ye, aku nak tengok Sucker punch tapi takpe lah, next time aje kot hehe. Apa kata korang??

Monday, March 21, 2011

Anti public transport

Antara banyak-banyak public transport, paling aku tak suka naik:

1. Teksi

2. Komuter

3. Bas lompat-lompat.


Seperti yang sedia maklum, teksi ni susah sangat nak cari yang betul-betul jujur. Kalau dapat tu, sila ucapkan terima kasih kepada pemandunya, dan kalau boleh jadikan pemandu teksi yang kerap digunakan.

Tapi kalau dapat pemandu yang macam taik, suka menipu je lebih. Toksah la, better naik bas je. 

Dari pengalaman aku 90% pemandu teksi yang aku jumpa semua kaki kencing (tipu). Kaki haprak, samseng, baran dan juga segala macam perangai yang takde disiplin. Ini based one pengalaman aku lah, so aku tak kate semua pemandu teksi tu haprak tapi peratusan yang aku jumpa sangatlah tinggi yang membolehkan aku kata mostly pemandu teksi suka menipu.

Pengalaman aku  biasanya terkena pada tambang. Dulu pernah aku naik teksi kelisa (hanya di Shah Alam) sorang brader ni. Ex aku cakap tambang dia murah. So one day aku naik gi KLIA, sampai sane aku tanyalah berapa. Dia boleh tanya aku "kawan cakap berapa?". Aku cakaplah RM50, then dia kata RM50 lah, walhal aku tengok meter baru RM30+. Baru tersedar dia menipu, aku malas nak gaduh, aku cakap dalam hati "ko nak tipu aku? Silakan, ko makan duit anak yatim, carilah aku dekat akhirat nanti".

Yang ni apa malang tah aku dapat serumah lak dengan pemandu teksi. Memang kaki merapu, kaki kencing dan segala macam hal. Duit sewa lambat bayar, kerja malas, malam-malam buat hal sampai aku pernah sound dia. Last-last dia blah gitu je, suruh kitorang yang kemaskan bilik dia, WTF!!!!

Oklah, enough about taxi driver, kalo nak cerita lagi, memang akan jadi 2 episod nanti.

Beralih kepada komuter.

Ini aku rasa buat student UiTM Shah Alam memang satu nitemare la kalo balik dari cuti, balik lak hari Ahad petang. Memang maut la kalo naik komuter ni. Padat dia memang first class dalam Malaysia. Pelik tu, sejak dari zaman Pak Lah sampai lah ke Najib, yang aku nampak penambah baikan hanyalah coach wanita. Pulak tu, dia just ambil coach asal jadikan restriction zone. Walhal kadar penumpang yang makin tinggi akan menyesakkan keadaan komuter macam lubang kubur. Tambah lak dengan pelbagai jenis bau, jenis perangai dan jenis spesis. Memang trauma la, tapi sebab ni je transport yang paling panjang perjalanan dan paling senang, kebanyakan orang reda je la. Baik? Apa yang baik kalo senggat masanya bayi baru lahir dah boleh berlari. 

Nak kata rail banyak sangat guna dek keretapi, takdelah kerap mana pun. Habis tu kenapalah bongok sangat buat coachnya sikit, dah lak tu lambat. Of coz la kalo tempat macam KL Sentral tu dalam 5 minit je dah penuh orang. Nama pon centre of KL, ada akai kaa??? So bayangkan 30 minit, orang banyak mana. 

Then tolonglah upgradekan mesin kad tu. Ada tu aku tengok dah usang gila dah sampaikan touch & go pon dah tak boleh nak berfungsi. Apa sengkek benar KTM nih? Tak laku sangat ke komuter? Kalo berpuluh ribu orang dok guna sehari?

Yang ni kire ok la antara tiga. Tapi paling worst untuk sesetengah tempat terutama time-time kritikal. Matlamat pemandunya? Selagi boleh masuk, selagi tu boleh buat duit. Ko nak tersepit ke, ko nak terbungkang ke dekat belakang tu, aku tak masuk campur. 

Ni la realiti bas lompat-lompat.

Still kalo bebudak UiTM Shah Alam pasti tahu macamne hell nya naik bas dari KL nak balik ke Shah Alam. Aku rasa zaman aku belajar dulu lagi ok, sebab kalo berebut cane pon, still ada ruangan la. Sekarang ni aku rasa, selagi tak padat selagi tu bas tak jalan. Dengan beban beg yang berkilo-kilo, tambah-tambah lak kalo time lepas cuti ade test, so nota angkut. Then balik semula, dengan kiriman dari kampung lagi, hehehe memang hell gila. Tambah lagi dengan federal highway yang jam, membuatkan satu jam perjalanan yang cukup perit. Kalo duduk oklah, kalo berdiri?

Aku pernah naik bas lompat tapi time ni balik kampung cuti raya. Bas air cond rosak. Tingkap memang tak boleh buka la, sebab supposedly bas tu ber air cond tetibe rosak. So bayangkan dengan padat orang-orang yang berpuasa, dengan jalan yang agak jam, naik bukit, slow, angin pon tak masuk. Last-last buka shaft emergency dekat atas untuk bagi udara sejuk masuk. Time tu rasa kalo tak kuat iman memang buka pose dah.

So kalo orang tanye, public transport, carilah alternatif yang ada dekat malaysia nih. Sebab mentaliti orang Malaysia masih tak berubah. Ada yang terlalu mengejar untung je, ada yang ingat dia raja jalan so boleh bawa teksi ikut suka, ada yang memang tak makan saman. 


Saturday, March 19, 2011

Cinta Allah atau nafsu?

Cinta korang kepada pasangan korang adakah kerana Allah atau nafsu?

Sebab banyak yang aku lihat, kemungkinan lebih kepada nafsu semata-mata.

Awek sikit punya manis bertudung, tapi boyfriend? Shorts dah memang wajib. Setiap kali dating, tak pernah nak ajak or ingatkan solat. Kalau solat jumaat tu selamba je taram. Pegang tangan, peluk-peluk dan segala macam cerita-ceriti (perihal dalam kelambu) pun dah biasa.

Masalahnya, kenapa ye si awek ni tadi masih bersama? Kalau betul cinta kerana Allah, boyfriend yang tak pernah nak ajak gi solat or paling tidak "Dah masuk waktu ni, jom solat" akan kena rijek awal-awal lagi. Lebih-lebih kalau dating hari jumaat. Tak ke perasan waktu tu lelaki lain sibuk nak ke masjid, tapi boyfriend sibuk usung ke sana ke mari dalam shopping complex. Tu belum yang melepak dalam kedai makan buat selambak babun je.

Kalau betul cinta kerana Allah, kenapa kamu (lelaki) memilih awek yang free hair? Maaf cakap, bukan nak hina free hair, tapi kalau betul cinta itu dari Allah, patutnya memilih dari kalangan yang tahu menutup aurat. Bukankah rambut, leher dan sebahagian dari muka itu aurat? Kenapa masih mahu memilih awek yang fesyennya jenis tak cukup kain atau jenis mencuri pakaian adik-adik mereka (ketat).

Kenapa memilih sang gadis yang tak nak mengingatkan kita perihal agama? Yang bukan kaki seronok semata-mata tapi tahu apa itu Islam bukan sekadar agama dalam IC aje. Yang lagi pelik, masih menerima sang gadis yang merokok?

Dan kalau betul cinta kerana Allah atau cinta suci, kenapa tidak menegur dan menasihati pasangan itu? Kenapa membiarkan mereka dan kita mendapat saham dosanya?

Dan kalau cinta itu kerana Allah dan suci, ia terbitnya dari iman dan nur seseorang itu, bukan dari mata ke hati. Sebab apa yang mata lihat dalam dunia yang sekarang ni lebih banyak maksiat dan dosa semata-mata. Lantas dari mata itu turunnya ke hati menerbitkan pula nafsu serakah.

Usah sombong dengan mengatakan itu hak kamu untuk menjadi apa, sedangkan adakah kamu mengerti siapa kamu di hadapan Allah? Apa hak kamu untuk melantangkan suara tanpa memenuhi amanat dan suruhanNya. Dan mungkin kamu merasakan tidak mengapa sebab dosa sendiri tanggung. Usah bebankan orang lain dengan dosa yang kamu lakukan.


Thursday, March 17, 2011

Entry pendek (U r invited...)

17 March 2011


Hari ni di Putrajaya telah bermulanya Festival Hot air Balloon. Buat yang berminat dan berkesempatan boleh lah gi ke Presint 2, Putrajaya.

Aku?

Buat sesiapa yang nak join aku pada Ahad ni, 20 March dipersilakan. Untung-untung dapat masuk dalam gambar boleh lah mencapap sikit haha.

Esok tak dapat nak gi sebab aku nak ke KL, mencari barang, mencari sup, dan solat jumaat di Masjid Pakistan dalam area Chow Kit. Hari Sabtu agak busy dengan tugasan rumah since next week mak aku nak datang ke Shah Alam.

Gambar event Hot Air Balloon akan aku letakkan secepat mungkin selepas hari Ahad. 
Sekali lagi aku ajak jom! Dari dok melepak dekat rumah je.


Wednesday, March 16, 2011

Kamera oh kamera Part 14 (Lens 2)

Buat yang tak baca part 1, dinasihatkan baca dulu...


Jawapannya terpulang pada duit dalam wallet korang. Andai korang hanya mampu memiliki sebuah kit lens, itu pun sudah memadai. Andai korang mampu untuk membeli sebuah prime lens, itu satu bonus. Or korang bercadang untuk membeli sebuah lens tele bajet 2nd or third party punya lens pon silakan.


Lens terbaik adalah satu perkara subjektif pada aku sebab akhirnya kita perlukan satu formula untuk menjayakan ianya andai kita tidak mampu memiliki high end lens seperti Nikkor 70-200 F2.8 atau Nikkor 17-55 F2.8. Kenapa aku katakan formula? Sebab rahsia kejayaan orang dalam mendapatkan gambar yang menarik terletak pada formula yang diorang cari dan gunakan.

What if korang hanya ada satu lens? Kit lens lak tu, so apa formulanya?


If wedding outdoor, sila siap sedia untuk boost up ISO korang jika cuaca agak mendung. Boleh guna mode P , A or S tapi sila perhatikan setting betul-betul. Guna manual jika hanya korang mampu kendalikan setting dalam keadaan yang pantas. Kepenggunaan lens, lebih kepada 18 dan 55, so pulas je lens end to end. 18mm jika ambil group photo, 55mm jika portrait. Agak membimbangkan di sini adalah apabila gambar blur sebab pergerakan yang kita tidak dapat kontrol dan bila kita menggunakan bukaan aperture, shutter jadi slow.


So satu formula lagi, sila guna pop up flash yang ada dekat kamera body korang tu. Tapi, untuk hasil yang lebih menarik, tolonglah beli diffuser untuk pop up flash. Sekarang ni dah berlambak-lambak jenis diffuser. Ini untuk mendapatkan kesan cahaya yang lebih sekata dan lebih luas, so bayang-bayang dapat dihapuskan.


Atau jika ada duit lebih, beli je satu speedlight or external flash. Tak perlu nak beli brand Nikon pon, sebab sekarang ni brand dari China (Yong Nuo) pon dah makin banyak orang guna. Harga dalam RM300-400 je. Benda alah ni is a must jika wedding indoor (dalam dewan, dalam rumah yang kurang pencahayaan).

Jika ada multiple lens


Seeloknya jika ada multiple lens ni, korang kena ada satu jenis beg yang membolehkan korang menukar lens dengan kadar yang segera. Backpack bukanlah pilihan yang terbaik, begitu juga dengan slingbag. Waist bag, vest dengan harness adalah pilihan terbaik. Dan sebelum tu, kena la selalu berlatih tukar lens dalam keadaan yang tidak menyenangkan seperti tengah berjalan, tengah berdiri or apa-apa situasi yang sukar. Harus diingat, menukar lens dalam keadaan begini ada risikonya so berhati-hati tapi dalam situasi sebenar ianya memang perlu ada sebab sebarang moment akan berlaku tanpa kita sedari pon. 

Or cara paling mudah, cari 2nd body kamera yang ok. Yang ni perlu modal sikitlah tapi lebih senang. So satu body tu just untuk tele, dan yang satu lagi just untuk wide aje. Kalo takde modal, try la pinjam kamera member kot-kot la diorang bagi.

Namun hasil yang lebih baik datangnya dari hasil berkumpulan. Means, paling tidak satu job wedding perlu ada 2-3 orang untuk cover setiap tempat yang berasingan. So photog tak perlu nak terkejar-kejar dan berebut-rebut sangat dengan orang ramai nak ambil port menarik. Yang ni ikut la, korang nak upah or nak ajak orang lain tag along ke terpulang, tapi etika photog perlu diterangkan pada mereka-mereka yang tak tahu peraturan ni.

Yang ni lak formula bagi yang takde bajet tinggi sangat tapi nakkan satu hasil yang best la jugak selain dari kitlens. 


Kalo orang tanya aku, lens bajet apa yang best, aku akan jawap 18-105 VR (kit lens D90). Sebab antara 18-55, 18-135, 18-70 dan 18-105, lens ni memang yang antara yang paling top. Satu sebab distance. Dari 18mm sampai ke 105mm. Kenapa bukan 135? Sebab 135 dah masuk dalam range 100. Dan 100-135 takde beza sangat, korang boleh zoom kaki je. Satu lagi, 135 takde VR sedangkan 105 ada VR. Dan lens 105 ni memang laju dan sangat silent bila focus. Aku dah test on my D5000 body, sangat amaze!!

Lens ni korang tak perlu la nak cari yang baru kalo yang 2nd pon berlambak orang jual dalam kondisi yang ok dan harga yang lebih murah. Lens 18-105 VR kalo ikut pasaran 2nd, ada yang jual RM750. So kita tambahkan lak dengan harga sebiji speedlight Yong Nuo, RM300. So dengan harga lebih kurang RM1k korang dah dapat all rounder lens dengan speedlight.

Buat yang masih memandang rendah pada hasil kit lens, tu bermakna korang tak habis explore kit lens. Kalo korang tahu selok belok dan rahsia penggunaannya, dengan kit lens pon korang boleh menghasilkan gambar yang menarik. So apa yang penting sekarang ni? Lens? Salah tu... cari ilmu dulu, bila ilmu dah mantap, baru lah masanya untuk mantapkan lens korang lak.

Pepatah melayu ada menyebut, Tiada rotan, akar pun berguna. So gunalah apa yang ada dulu, dari terlalu mengejar itu dan ini tetapi ilmunya kosong, last-last kita akan jual dalam masa yang sangat singkat. Aku sendiri rasa sayang nak jual Sigma 70-300 aku tu walaupun ianya dibeli dari kesilapan aku sendiri. Walaupun takde OS (optical stabilizer) tapi aku cuba gunakan dan cari jalan untuk guna sehabis mungkin.

Untuk entry kamera oh kamera akan datang, aku akan cerita sedikit mitos bokeh yang orang tak berapa faham.

p.s: again, makin canggih suatu benda tu, semakin ia menyenangkan kita aje, no more or less.

Tuesday, March 15, 2011

Kamera oh kamera Part 14 (Lens 1)


Buat yang dah ada DSLR, or yang dah mula menjinakkan diri dengan photoshoot modeling or nak ceburkan dalam job wedding, mesti akan tanya benda ni dekat otai-otai photog. Biasa aku tengok dalam forum-forum.

Well macam biasa, aku hanya photog amatur, hobbyist yang mengambil gambar untuk keriangan dan kenangan. So apa yang aku tulis dekat dalam blog ni hanyalah pendapat peribadi aku. Mungkin ada kebenaran dan mungkin juga salah. Buat yang merasakan ianya info yang salah, tolonglah betulkan. Buat yang rasa ianya membantu, sila lakukan ujikaji dan pemerhatian korang sendiri dan korang akan tahu kebenarannya di mana.

Persoalannya...

Lens apakah yang terbaik untuk portrait? Untuk wedding?

Dan harus diingatkan jawapan aku untuk mereka-mereka yang masih under bajet untuk memiliki lens-lens mahal. Memang mesin hanya mesin, apa yang penting adalah manusia di sebaliknya...namun dengan lens yang lebih hebat dan ilmu yang kita cari, ianya akan menjadi suatu benda yang lebih baik hasilnya. Tak percaya? Sila lakukan ujikaji sendiri.


Adakah standard kit lens itu mencukupi? Ya untuk mereka yang hanya punya body kamera dan sebiji lens (18-55). Tapi kenapa ramai orang dok racun pakai lens ini len itu?

Jawapannya satu je, untuk hasil yang lebih memuaskan penggunaan high end lens memang diperlukan. Tapi tak bermakna kit lens tu useless. Silap tu. Cuba explore betul-betul kenapa mostly kit lens diberi jarak 18-55?

18mm dijatuhkan pada kategori ultra wide angle. Satu kemestian yang perlu ada jika korang hendak memuatkan gambar subjek yang ramai tapi di dalam kawasan yang terhad ruangannya. Dan juga ianya mewujudkan sedikit impak distortion yang mana perlu berhati-hati kerana setiap wide angle lens punyai level distortion yang berbeza. 

Cuba berdiri di jalan yang lurus dan putarkan lens kepada 18mm dan snap gambar. Apa yang korang dapat? Satu benda yang tidak terhasil dengan mata biasa. Itu keistimewaan 18mm pada kit lens.

50mm adalah satu nilai di mana nisbah apa yang kita nampak dengan mata kasar sama dengan apa yang kita dapat di view finder kamera. Ianya dikatakan lebih sesuai untuk portrait sebab tiada distortion. Disebabkan itu, prime lens 50mm amat popular di kalangan peminat portraiture. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah jenis-jenis lens yang ada dalam 50mm. 50mm lens murah takkan sama hasilnya dengan 50mm lens mahal sebab mungkin bokehnya menarik cuma sharpness gambar berbeza pada nilai bukaan F yang sama. So hati-hati dalam invest untuk membeli lens prime. Sebab ramai yang jual balik lens seperti ni selepas mereka tidak faham hasil dan penggunaannya. 


Then ada yang menjawap, tele lens harus ada. Dan ada yang tak setuju, kenapa nak guna lens tele sedangkan kita nak ambil event wedding tu, so nanti gambar jadi mampat. Tapi itu mungkin satu jawapan buat yang tak pernah or jarang guna lens tele dalam mengambil portrait. So jangan terkejut kalau ada photog guna lens 70-200 or 70-300 dalam ambil gambar wedding. Even aku sendiri guna Sigma 70-300 dalam ambil gambar portrait yang pada aku untuk curi moment candid dan kegembiraan yang lebih natural dari senyuman yang dibuat-buat.


Ada lak yang akan menyampuk. Prime lens la yang terbaik. 35mm, 50mm dan 85mm antara yang menjadi pilihan. Dan 85mm bukanlah yang termurah, tapi hasilnya memang mengkagumkan. Cuma satu masalah dengan prime adalah tiada multi zoom yang menyukarkan kita, dan terpaksa bergerak ke depan ke belakang yang mana bukanlah satu pilihan yang terbaik dalam event wedding.

So persoalanya yang kedua timbul, lens yang mana satu? Mana satu yang terbaik?

Sila ikuti bahagian kedua...