Followers

Tuesday, September 21, 2010

Side mirror oh side mirror

Aku rasa dalam teknologi permotoran benda ni sangat penting untuk keselamatan dan kesenangan pengguna. Namun dalam banyak-banyak benda dalam kereta, benda ni merupakan salah satu benda yang orang selalu ambil ringan dan anggap tak penting.


Side mirror atau cermin sisi.

Mula-mula aku nak tanya, kalau naik kenderaan benda alah ni korang selalu guna tak? Baik naik kereta atau motor, biasa guna?

Sebelum aku buat huraian, aku nak buat sedikit cerita yang baru je berlaku tadi time aku balik dari beli nasi.

Di sebuah traffic light seksyen 9, Shah Alam berhampiran Concorde Hotel. Kelihatan kereta yang agak sesak hendak memuatkan 3 barisan kereta. Dari jauh aku melihat sebuah motor yang pertama cuba menyelit di celahan kereta yang sempit.

Zuupp lepas...

Dan tibalah saat aku pula nak menyelit...

Zuupp, lepas juga tapi sebab muat-muat je motor aku terpaksa slow dan kayuh perlahan-lahan dengan kaki sebab tak nak berlanggar or tercalar kereta orang.

Bila aku dah lepas, aku nampak kereta sebelah kanan aku tu terus bergerak sedikit ke kanan. Pada hemat aku, dia takut side mirror keretanya akan bercalar since kereta tu agak mahal.
Aku hanya tersenyum.

Di traffic light berhadapan dengan Masjid Negeri, sebuah motor cuba untuk memotong kereta di hadapan tetapi since motor tu tiada side mirror, dia terpaksa menoleh ke belakang untuk melihat samada kereta ada ke tak.

Dalam kisah yang pertama, aku rasa rata-rata pemilik kereta pun begitu. Diorang sayangkan side mirror. Kalau calar or patah ke mesti mengamuk punya lah. Tapi percayalah, dalam ramai-ramai pemilik kereta ni siapa yang betul-betul guna side mirror sepenuhnya? Konpem? Kalo konpem aku rasa, mesti takde kemalangan yang berlaku melibatkan orang yang tak tengok side mirror.

Bawak cermin cenggini ganti side mirror??? hahaha 

Dalam kisah yang kedua ni, aku boleh katakan mostly pemilik motor pernah ada side mirror. Tapi berapa peratus sangat yang still ada side mirror paling tidak satu di sebelah kanan? Ada yang style nya pulak, side mirror sekadar hiasan untuk nampak cool tapi dilipatkan ke dalam dan bukan untuk kegunaan. Ada yang takde langsung kedua-duanya, dan bila nak memotong or apa-apa yang tidak nampak, mereka perlu menoleh, kan ke menyusahkan namanya tu.

Side mirror ni penting ke? Ke kalau takde pun takpe? Nak cuba eksperimentasi? Cuba tanggalkan side mirror lepastu try bawa jalan-jalan ke jalan yang agak busy. Try memotong or masuk side parking tak guna side mirror, agak-agak lepas?

Kalau yang motor, try memotong tanpa menoleh pun, agak-agak hidup lagi ke kena langgar?

Entahlah, manusia ni makin lama makin bodoh lak aku rasa bila orang dah penat-penat cipta sesuatu untuk memudahkan dan memberikan keselamatan tapi tak nak guna. Sama hal la dengan lampu signal. Tak guna pakai kereta Ferrari pun kalau tak guna side mirror. Tak guna bawak Harley Davidson pun kalau side mirror tanggal.


Sunday, September 19, 2010

Open house dan MAEPS part 1

Lama rasanya aku tak update blog lepas aku review filem RE. Rindu lak nak tulis, ada idea tapi malas betul nak tekan papan kekunci ni.

Tapi macam tak best lak lame tak update, rasa macam kubur yang dah lama tak ziarah. Semak samun. 

Kepala kuning tu aku haha
Oh ya, semalam merupakan hari yang penat. Hari ni pun penat. Tapi hari semalam penat yang menggembirakan. 2 buah rumah yang mengadakan open house dari ex degree Biology dulu. 


Rumah pertama iaitu rumah Pak Neal, bukan Aznil Nawani tau, ni Azneal gak tapi dok Putrajaya. Dia ni menjemput by PM dekat Facebook. Mula-mula aku ingat malas nak gi sebab fikir-fikir jauh gak tu, tapi bila kenangkan balik, kawan dah ajak, pergi je la kan. Gamble je la sesape yang ada pun. Takde orang nak borak, aku ambil gambar, apa susah.

Dalam 10.15 am aku dah terpacak betul-betul dekat dengan rumah dia ni. Katanya majlis start pukul 10.30 am. Aku bukanlah hebat sangat, cuma aku salah catur waktu dan maybe aku bawa motor laju sangat. Yes, aku merempit dari Shah Alam ke Presint 14, Putrajaya. Bila dah terawal ni, aku gi round dulu Putrajaya naik motor, dekat-dekat 10.30 baru aku ke rumah dia balik.

Ch@ Ch@, Futbolmaster, theSkycrapper dan PenUltimate dan rakan-rakan yang lain
Dan nasib aku baik, dia baru balik dengan diiringi di belakang Mr. theSkycrapper, kawan degree merangkap bloggers di dunia maya. So ada la teman jap. Tapi kejap je la sebab lepas tu dia gi ambil kawan. Selang 5 minit lepas tu, yang lain-lain turut menyusul. Futbolmaster, teman satu group degree dan juga blogger,  PenUltimate, serta sorang lagi Ch@ Ch@, juga teman sekuliah dan blogger. 


Diorang ni pantang jumpa, ada je benda yang nak diborakkan dan usik mengusik. Aku sebab tak rapat sangat, just ikut flow je la, orang gelak, kita pun gelak. Orang makan, kita makan, orang berbual pasal kes Sosilawati, join. Pendek kata jangan jadi kera sumbang.

Dan open house dihangatkan lagi dengan sesi karaoke. Tapi sesi ni tak lama sebab microphone low batt or apa masalah tah aku pun tak tahu. Sempat juga la aku ambil gambar diorang buat kenangan. Dan bila dah mula ambil gambar ni, sesi photoshoot pun bermula. Since ada dua kamera, so bersilih ganti la flash yang keluar. Dah la aku ni fail sikit ambil portrait dengan group photo, hehe tapi layan je la janji gambar cukup sifat sudah (tak blur dan boleh dilihat dan diedit).


Dekat-dekat pukul 1, kitorang mula gerak untuk pergi ke rumah yang kedua iaitu rumah Ch@ Ch@ dekat SS26, Shah Alam. Aku yang pada mula nak ikut highway KLIA, tah macamna sesat boleh ikut LDP. Nak dijadikan cerita lagi, aku main layan je pulas throttle sampai tak sedar yang aku boleh pintas tuan rumah. Dan terjadilah al kisah aku berteduh di bawah pokok sementara nak tunggu tuan rumah @ Ch@ Ch@ sampai (aku nak tunggu konvoi group yang gerak dengan aku sebenarnya, sebab aku ingat Ch@ Ch@ dah sampai).

Haha, segan gak la bila aku orang first sampai, dah la dengan t-shirt round neck, sampai dengan tuan rumah ish ish ish. Mujurlah lepas tu group konvoi tadi dah sampai, kira ok la juga takde la aku mati kutu sangat


Dekat sini, group dah makin kecil since ada yang tak dapat datang sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan. Aku macam biasa je la, layan. Dah habis makan, aku melantak spageti dengan bestnya hehe, apa lagi sambung borak la pasal kes Sosilawati. On the same time, kawan-kawan adik Ch@ Ch@ pun dah makin ramai, kitorang lepak luar sebab nak bagi group diorang ni space nak makan lak. Bila dah lama borak, kitorang pun sambung la sesi bergambar di luar rumah. Macam-macam gaya dan pose, hehe takpelah janji diorang happy sudah.

Balik tu, sampai rumah aku sempat upload 2-3 gambar je sebab lepas tu aku dah ZzZZzzZzzz...

p.s: walaupun penat, tapi aku gembira, dapat ambil gambar, dapat simpan kenangan dan dapat buat orang lain tumpang gembira. Harap tahun depan, dapat buat lagi dengan lebih ramai kawan-kawan.


bersambung...

Thursday, September 16, 2010

Review: Resident Evil Afterlife 3D

Jam dah 11.37 am. Show pukul 11.40 am. Sempat ke?

Geng bebudak Cina ni lambat la plak, nak pilih seat la kejadahnya. Asal tak dok depan, mana-mana pun ok. Cuba tengok aku.

"Yes Sir..."
"Resident Evil 3D ya"
"3D Sir?"
"Ya, 11.40 can still go in?"
"Ya but the movie is running..."
"Its ok"
"Make sure you are above 18 ya Sir?"
"Ya...ya" aku hampir ketawa.
"Enjoy your movie Sir"
"Ok tenkiuu" aku berlalu. Pandang pop corn, jeling jam 11.47 am, damn aku lambat, kensel beli pop corn. Cari lift sebab hall nya di tingkat 1 Times Square.

"Boleh tengok apa-apa ID mengesahkan you all ni above 18?" seorang petugas bertanya. Aku hanya melihat dari belakang sekumpulan lelaki chinese ni.
"Ok, you can go in" katanya.
Sampai giliranku...
"Enjoy your movie" dan aku berlalu.

Sekali lagi di Hall 1...
"Ya double check nak pastikan aje" kata seorang brader ni.
Dan bila giliran aku.
"Selamat menonton bang". Hahaha aku tergelak dalam hati, muka aku ni kalau ada orang nak mintak check untuk kepastian under or above 18, tu mesti ada masalah penglihatan. Muka aku ni selalu dah jadi bapak budak pon.


Itulah sedikit sketsa aku di GSC Times Square. Punyalah ramai manusia, tapi kebanyakan semua tengok Step Up 3D, demam tarian masih bergema. Resident Evil? Lengang, yang 3D boleh la tahan. Yang tak 3D? Macam tak laku je tiket.

Ada satu cerita, "Devil", posternya gambar pintu or lif dengan cahaya merah keluar dari celahan menunjukkan simbol palang terbalik. Cerita ni pun macam pisang goreng tiketnya.

Oklah back to the story, aku bernasib baik sebab masuk pawagam je cerita betul-betul baru start. Tapi sayang takde pop corn or apa-apa nak masuk mulut.

Ok, apa yang best tentang RE kali ni? Yang best adalah grafik of coz. Kalau korang tengok yang biasa tak feel, sila tengok yang 3D. So far, ni 3D yang paling menakjubkan. Sangat-sangat best bila peluru keluar dari skrin, rasa macam kena tembak haha.

Apa lagi? Elemen of surprise dia menarik. Banyak kali gak aku terkejut beruk. Sound effect sume tu macam biasa la superb bila tengok yang 3D.

Jalan cerita. Bagi aku jalan ceritanya agak kucar kacir dan pendek. Dari start Alice serang HQ Umbrella di Japan, sampai la ke atas kapal, ceritanya agak ringkas since diorang cuba adaptasi jalan cerita dari game RE5. Semua benda nak dimuatkan dan dimampatkan so agak pening dan pelik.

Watak utama masih lagi Alice, satu benda yang agak disesalkan sebab watak-watak seperti Leon, Claire, Chris, Jill Valentine dan lain-lain tidaklah begitu ketara. Even Clair pun tidak comel tapi tampak mature berbanding dengan siri gamenya. Chris pula, dari suara dah ala-ala tapi fesyen dan style serta bentuk tubuh plus pekerjaannya agak mengelirukan. Chris adalah ex STARS(Special Team And Rescue Service) yang sama seperti Jill Valentine, tapi dalam movie ni dia semacam tentera yang menjaga suatu penjara khas. Dan tak lupa watak villain, Albert Wesker yang hampir 90% sama macam dalam game (gila susah mati mamat ni).

Claire dan Chris, adoyai costume buruk gila mamat ni, bagilah yang tough sikit

Chris versi game RE5, sangat-sangat hensem
Albert Wesker versi game RE5

Albert Wesker versi filem, perhatikan bajunya yang sama, cool
Buat yang tak main game RE4 dan 5 mungkin akan pening dengan watak baru, serta zombie baru yang tidak disebutkan secara detail di dalam movie. Kemunculan zombie bersesungut dan zombie yang berbadan besar sambil menghayun kapak besar gila agak menjadi tanda tanya jika seseorang tu tak main gamenya.


Korang akan jumpa mamat ni dalam movie, ni dari game RE5
Namun aksi dalam filem ni tidak mengecewakan sebab tu ratingnya 18+. So kalau korang nak filem aksi, this is a must.


Jill dalam RE5, ada dalam babak terakhir dalam movie ni
Jill dalam RE3, dan dalam movie RE yang kedua, agak seksi
Buat yang tak tahu, watak terakhir di dalam helikopter umbrella adalah Jill Valentine, versi baru punya. Overall aku boleh bagi adalah 4 bintang sebab grafik 3D nya yang memang superb. Cuma yang agak mengganggu adalah watak dan jalan cerita yang agak complicated buat sesetegah orang pening kepala.

Keluar dari pawagam, orang beratur panjang gila. Aku terus blah, naik monorel dan menuju ke Chow kit untuk lunch Sup Antarabangsa dan nasi putih. 

Wednesday, September 15, 2010

Update kamera

Padanlah bulan Ogos hari tu bukan main lagi salenya. Aku pun sangat pelik, apa hal la harga kamera banyak yang jatuh. Rupa-rupanya dek kerana nak keluarnya kamera baru dari Nikon dan Canon.

Ok, meh tengok yang Nikon punya dulu.


Mula-mula meh kita dikejutkan dengan Nikon D3100, hehe. Aku tak bergurau kerana begitulah sirinya. D3100, adalah upgrade dari D3000. Kalau dulu D40X upgrade ke D60 then upgrade ke D5000 then ke D3000, dan paling latest untuk entry level adalah D3100.

Apa yang menarik?

Kalau tengok design body agak kurang bersegi seperti mana yang lepas-lepas. Dan kalau D3000 tiada live view, yang D3100 ni ada. Dan yang paling best, D3100 ni boleh support Full HD movie! Walaupun durasinya hanya 10 minit, tapi untuk sebuah kamera entry level ianya agak mengagumkan. Ni mesti nak lawan Canon 550D ni. Dan harganya kalau dicongak-congak lebih kurang D5000 je (RM2.8k plus). Mungkin sedikit mahal atau kurang, entahlah tapi untuk yang berminat bolehlah masuk dalam perhatian. Oh ye, MP nya pun sudah dinaikkan, kepada 14MP.


Ok yang ni untuk level pertengahan walaupun sirinya agak pelik bagi kelasnya. Nikon D7000. Jangan tertipu dek siri ribu itu sebab ini bukan entry level. Malah katanya ianya akan menyaingi hebat D300s. Yang ni lagi hebat sebab bodynya sahaja dah cukup membuatkan orang ramai akan melupakan D90 dan D300s. Ianya diperbuat dari magnesium aloi untuk ketahanan dan ringan. Selain mempunyai 18MP, ia juga boleh mengambil video Full HD sama seperti D3100 cuma ianya tanpa limit (mengikut size kad memori). Yang lain-lain seperti ISO yang makin tinggi, titik fokus yang banyak, dan extra features. Cuma kit lensnya masih menggunakan kit lens D90 iaitu AFS 18-105 VR. Harganya dijangkakan dalam RM4k plus plus, sedikit mahal dari D90.


Panel meter yang lebih senang digunakan

Yang ni pula, bukan kamera tetapi speed light atau external flash yang the latest dari Nikon. SB700 yang mempunyai bentuk seakan-akan SB900, jimat bateri, dan menyelesaikan masalah overheat. Mungkin akan jadi rebutan orang ramai kalau harganya jauh lebih rendah dari SB900.


Ok untuk Canon, hanya ada satu. Iaitu Canon EOS 60D. Ianya 18MP, boleh ambil video Full HD, grip yang lebih ergonomically, range ISO yang lebih tinggi dan LCD yang lebih terang. Harganya dijangkakan dalam RM5.6k. Apa yang menariknya tentang Canon adalah feel yang lebih best apabila menekan shutter, cuma bunyi shutter Canon aku tak berkenan sangat (still love the click sound from Nikon). 


p.s: Tahun depanlah nampak gaya aku akan tukar body kamera, maybe akan beli body D90 if still jual. Kalau tak aku beli mana yang ada je la dengan bajet.

Umi, Ibu, Emak, Mama, Mummy

Ibundaku, Khatijah Suhara

Pagi ni, awal-awal lagi dalam pukul 8 lepas aku bangun selepas solat subuh aku terus menuju keluar rumah. Periuk aku masak ketupat hari tu masih belum terusik. Terdengar semalam mak kata nak basuh. Tapi kenangkan yang masak tu aku, kenapalah nak susahkan orang lain untuk membasuh lebih-lebih ibu kita ye tak?

Bangun-bangun aku tengok mak takde. Sah dia menyapu halaman depan. Dengan langkah tegap aku membuka pintu belakang dan membawa sabun untuk mencuci periuk. Pulas pili air, aaa lupa mak tutup paip air depan sebab paip limpah tangki dah tak berfungsi.




Tengah leka menggonyoh periuk, tiba-tiba dengar mak memanggil. 
"Ye mak" wajib menyahut kalau ibu memanggil. Baru semalam aku mendengar ceramah di corong radio, mengenai darjat ibu dan bapa. Sesungguhnya wanita harus bersyukur kerana Allah telah mengamanatkan bahawa darjat seorang ibu itu lebih tinggi dari seorang bapa. Dan hak mereka sesungguhnya lebih dari bapa dengan kadaran 2:1.
"Buat apa tu?" mak masih tidak tahu aku sedang buat apa.
Aku hanya mendiamkan diri sebab aku tahu mak sedang melihat dari celahan tingkap sambil tangan masih menyental kekotoran periuk.
"Alah takpelah, nanti periuk tu mak boleh basuhkan..."
"Takpelah mak, dah siap basuh pun" sambil aku membilas buat kali terakhir.

Kali ni aku memandang longkang yang agak dipenuhi isi-isi buangan dari singki dan tandas. Perlahan aku mencapai berus longkang yang terpatah dua batangnya lalu mula memberus longkang. Sekali lagi suara mak kedengaran.
"Alah takpelah, nanti mak beruskan longkang tu" dengan nada yang agak berlainan, sedih? 
Aku hanya mendiamkan diri sambil meneruskan memberus longkang. 

Buat yang tak pernah berus longkang, aktiviti ni sangat bagus untuk kuruskan badan. Tak percaya? Sila try berus longkang sampai jadi bersih, bukan setakat tolak air je. Serius korang rasa macam nak terputus perut sambil kaki menggigil sebab kena rendahkan badan dan masuk ke kuda-kuda sambil memberus.

Dah siap memberus, aku masuk ke dalam sambil mengemas segala barang-barang yang telah aku sepahkan beberapa hari ni. Segala sampah sarap aku buangkan. Buku Sin Chan aku susunkan kembali ke rak. Aku kemas katil, simpan segala extension wire yang aku gunakan dan lepas tu barulah aku gosok gigi.

Siap gosok gigi, mak dah letakkan sardin, butter, timun dan roti atas meja. Yeah feveret aku sandwich. Walau aku punya pelbagai resepi yang boleh aku variasikan, yang mak buat tetap the best. Simple dan sempoi, aku makan dekat 5 keping roti sambil borak-borak dengan mak.

Dekat setengah jam di meja makan, aku berlalu untuk mandi. Siap segala-galanya dan kemas beg, aku menghidupkan motor dan bersiap sedia untuk bergerak. Mak kelihatan mundar mandir seperti biasa.

"Adik balik dulu ye mak, nanti dah sampai adik call la ye" kataku sambil mencium tangannya.
"Yelah, bawa motor hati-hati, jangan laju-laju. Baca doa sebelum bertolak" kata beliau sambil memelukku.
Dan motor aku kini bergerak sambil aku melambai tangan ke arahnya. Kelihatan walau semakin jauh, mak menadah tangan dan mulutnya membacakan sesuatu yakni doa buatku. Dari jauh juga aku dapat lihat wajahnya yang kian sedih kerana kini dia akan menyendiri kembali di rumah peninggalan arwah abah seorang diri.

Adakalanya, mak bisa menangis apabila aku berangkat pulang, sedih mungkin tiada teman, sedih mungkin, risau aku bawa motor merentasi Karak Highway yang diketahui umum banyak meragut mangsa.

Dan di dalam perjalanan, aku masih terbayang-bayangkan wajah mak yang pada aku adalah insan yang paling kuat dan tabah yang pernah aku jumpa seumur hidupku.

Cerita ini ditulis bukanlah nak menunjukkan betapa hebatnya ibu penulis, jauh sekali mau mendabik dada akan kerajinan penulis membuat sesuatu. Yang ingin dikongsi bersama adalah, jika hendak pulang meninggalkan mereka, jangalah kita tinggalkan sekali bersama dengan mereka masalah dan beban yang perlu mereka pikul, sebaik-baiknya biarlah kita sebagai generasi baru yang menggalas tugas itu.

Selain dari itu, cerita ini untuk dijadikan pedoman agar kita senantiasa menghormati seorang ibu dan wajib melebihkan ibu (bagi anak lelaki) dari segala-galanya yang lain. Hargailah mereka tak kiralah semasa mereka susah atau pun senang. Semoga ibu-ibu kita bakal ditempatkan di dalam kalangan orang beriman.

Terima kasih mak...
Maaf zahir dan batin...

Tuesday, September 14, 2010

Raya Aidilfitri 2010

Raya dah lopeh, Sabtu ni ada invitation dari member ke open house. So far aku memang ingin pergi tak kisahlah ada geng ke tak. Orang ajak, pergi je la kan, pergi makan-makan ambil gambar, ada geng boleh lepak lama sikit.

Neway, Khamis ni aku jangkakan akan turun ke KL lagi, selepas dah sebulan lebih aku tak turun Chow Kit nak pekena sup. Haha, makan sekali sekala apa salahnya. Ingat nak tengok wayang sekali, tapi lepas ke haa kalau aku bawa kamera?

Well, tak nak panjang-panjang cerita, aku persembahkanlah beberapa keping gambar sempena Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

Sambal tumis ikan bilis petai
Ketupat ori dan ketupat plastik B&W
Rendang daging mak aku
Baju raya aku untuk hari ke 2 dan seterusnya, dari KB's clothing dan PK's.
my little monster in baju melayu mode for the 1st time
with his father (my brother in law)
family portrait, takde head tripod, aku tak dapat masuk sekali
naik scooter di rumah nek Da
lil monster with his mom (my sister)
lil monster with Ayah Da (my cousin)

The End... Next time aku buh lagi hehe

Sunday, September 12, 2010

Panas: Kes bunuh, bakar dan buang bukti

Salam,

Mungkin ramai yang dah tahu berita paling hangat dan sensasi sekarang ni, pasal pembunuhan si usahawanita mekap, Datuk Sosilawati. 

Aku tau pun malam tadi, tapi sekadar tengok macam tu je la. Pagi ni bila abang ipar aku beli paper, barulah dapat tahu kisah selanjutnya.

Tapi banyak kemusykilan sebenarnya kalau dibaca dari laporan akhbar. Kalau korang nak yang lebih lanjut sila baca paper yeh.

Aku just nak highlightkan beberapa kesangsian.

1. Suspek begitu mudah mengaku membunuh empat orang ini dan memberitahu yang mereka berempat telah dibakar dan abu mayat dilepaskan di Pantai Morib.

2. Tiada pengecaman DNA lagi kerana dikatakan telah habis dibakar.

3. Kalo betol mangse telah dibakar, ini bermakna kes ni lagi hebat dari kes Altantuya yang mati dibom. 

4. Kalo betol mangse telah dibakar, ini bermakna ianya dibakar di dalam incinerator yakni tempat pembakaran mayat. So, orang yang terlibat sama pastilah tokei or pekerja di situ. Mereka takkan bakar di tempat sewenang-wenangnya kerana membakar sesuatu pasti menimbulkan asap dan bau.

5. Kalau betol la abu mayat ditabur or dilepaskan di Pantai Morib, bagaimana polis tahu ianya adalah milik si mangsa? Tiada laporan pasal barang-barang hak milik mereka ditemui sekali. Siapa yang pernah pergi Pantai Morib? Aku pernah pergi sana untuk tujuan field trip ke untuk kaji hidupan bakau. Tahu ada apa di sana selain pokok bakau? Dekat sana bersepah dengan bekas abu mayat yang baunya uhhhh busuk gila. So tindakan mereka menabur di sana, agak mengelirukan semua pihak tapi ada pula yang mengaku dengan senang-senang? Pelik?

Pembunuhan dirancang dengan rapi tapi tiba-tiba ada orang yang bersuara? Bukankah lebih senang kalau saksi-saksi ni dibunuh sama?

Tu je la yang aku sangsi sebab tu je yang so far laporan akhbar. Apa-apa pun sama-samalah ikuti perkembangan benda ni, agak menarik pada aku sebab kes Altantuya dulu pun melibatkan polis special ops pun punye lama nak selesai, yang ni senang-senang je dapat kisahnya. 
Entah la, dunia makin kejam... ish ish ish