Followers

Thursday, May 13, 2010

Dunia kotakku I


Pagi menjelma... Uh hari ini macam semalam, bosan. Pagi-pagi yang sama. Kehidupan aku masih begini, seorang penganggur. Masih diasak bertubi-tubi "Kerja apa?" "Kenapa tak try di sini?" "Tak de cable ke?" "Tak nak sambung?"

Satu perkataan, "BOSAN!". Andai semua mulut yang bertanya tu lebih memahami dan tak sibuk sangat hal orang lain, dunia aku lebih aman.

Pagi-pagi seronok teropong dunia melalui tingkap di bilikku ini. Tak perlukan teropong, hanya besarkan mata dan fokus kepada subjek yang meniti ibarat sang singa memerhatikan mangsanya. Nah! Satu tangkapan dibuat, fokus! fokus! wah hari ini dia berbaju kurung cream lembut bersama beg birunya itu. Walaupun samar-samar dan aku tak pernah melihat wajahnya, tapi aku tahu mukanya sweet. Tapi realitinya aku masih di dalam kamar kecil ini, bertemankan jendela yang terbuka luas tika siang dan tertutup rapi tikala malamnya.

"Bangun, bangun, dah pukul berapa ni" dari kejauhan terdengar suara kakak ku memulakan celoteh pagi harinya dengan tuning radio yang membingitkan telinga. Aku membelek jam tangan Casio ku, "Baru pukul 8, takkan nak kecoh kot hari-hari minggu macam ni? Kira bagusla hari Ahad aku masih boleh bangun pukul 8 sedangkan orang lain akan bangun tengah hari dan ada yang sampai ke petang tidur. Tapi aku tahu realiti hidup menumpang" getus hatiku.

Lantas ku capai towel dan keluar dari dunia kotakku iaitu bilik aku. Kelihatan anak buah aku sedang pantas merangkak ke sana sini mengejar bola sepaknya. Satu-satunya teman, buah hati dan musuh aku setakat ni. Ku teruskan langkah menuju ke bilik air sambil termenung melihat cermin. "Uh, muka kusut gila, kena shave ni. Muka dah macam orang mati bini" aku berkata sendirian. 

Selesai mandi, aku menghidupkan lappy ku untuk aku teruskan apa-apa aktiviti di dalam bilik ini. Hari ni sarapan pagiku agak menyelerakan iaitu bihun goreng. Mujurlah akak ku ini masak sedap juga, kalau tak sedap jawapannya aku bubuh sos cili or tomato je lah nak bagi sedap (ianya selalu menjadi, tak percaya boleh cuba). Well macam biasa, dia tak bubuh dalam bekas, sebab aku last makan so aku kene basuh kualinya sekali, perkara biasa, aku dah biasa dan aku tak kisah.

Hari minggu kali ini aku tak keluar ke mana-mana. Puas ku belek FB malam tadi tiada yang menarik untuk membolehkan aku keluar dari bilik ini. Kalau ada pun kursus-kursus fotografi berbayar yang aku tak dapat nak join sebab aku masih penganggur. Walaupun yang mengadakannya adalah otai-otai photog yang aku ingin sangat nak menuntut ilmu dari diorang tapi bukan waktunya lagi. Mungkin setahun dua lagi yes.

Pintu bilik aku sentiasa ditutup. Ini kerana untuk mengelakkan dari si monster kenit itu dari mengganas ke dalam bilik aku ni. Almaklumlah bilik orang bujang lelaki, gajet pelbagai. Dengan magazine lagi, CD, DVD segala-gala yang heaven bagi seorang budak lelaki yang baru mengenal erti dunia namun sudah tertarik dengan segala bentuk teknologi. Ya, dia bakal mewarisi sifat kegilaan gajet seperti aku, seperti ayahnya namun ayahnya lebih cautious dalam membeli sesuatu. Agak old skool tapi masih boleh bertoleransi dalam soal begini. 

Tiba-tiba pintu aku dikuak dan muncul lah akak ku sambil memegang si monster kenit. "Tolong jaga Daniel kejap, kitorang nak pergi beli barang sekejap" katanya. 

Dan aku hanya mampu mengangguk walaupun aku kata tak nak, tapi aku sedar ini adalah balasan dari duduk menumpang rumah seseorang walaupun adanya pertalian darah yang dipanggil adik beradik. Orang kata tak payah nak berkira sangat lah adik beradik. Yes aku tak nafikan tapi andai semua masalah kita serah pada orang lain, dan kita hanya mahu mengambil jalan mudah, itu ambil kesempatan namanya.

So, aku mengambil si monster dan membawanya keluar sebelum perkakas berhargaku hancur dibaling, lebih baik aku ajak dia main di ruang tamu. Lagipun sesukar mana sangat pun hendak menjaga seorang budak kecik macam dia tu?

Well tak sukar andainya budak yang dikatakan mempunyai pusar satu pun banyak idea nakalnya apatah lagi mempunyai pusar dua seperti si Danial ni. Budak lain mungkin akan tak buat dah benda yang membuatkan mereka menangis seperti kena cubit, kena marah, ditimpa sesuatu, jatuh dan sebagainya. Namun berlainan dengan insan istimewa ni. 

Pernah dihempap stroller nya sendiri atas perbuatan ingin menarik benda alah tu. Pernah jatuh terlentang sebab cuba nak panjat meja walaupun hakikat berdiri pun tak stabil. Selalu kena marah dan kena cubit sebab suka main light stand, tapi akan buat muka selamba malah kadang-kadang tersenyum bila orang dok membebel.

Itulah yang aku katakan teman, buah hati dan musuh. Namun aku tetap sayangkan mamat kecik ni. Ni je la satu-satunya peneman hidup aku setakat ni yang boleh membuatkan aku sentiasa hidup dengan kehidupan sebenar. Setelah hati aku hancur, aku hanya buka hati untuk keluarga dan rakan-rakan.

Aku melihat jam di dinding, sudah menunjukkan pukul 2 petang dan kelibat akak dan suaminya masih belum tiba. Perut dah berdendang lagu heavy metal, nak masak lauk pun keras membatu. Aku terfikir agaknya akak aku ni beli makanan tengahari sekali la kot? 

Monster kecik dah tidur kepenatan bermain. Aku pun penat layan budak ni, tak layan kang menangis. Tengah aku berehat sambil tengok tv, akak dan suaminya pulang. "Lamanya beli barang" getus hatiku. 

Rupa-rupanya mereka keluar pergi KL, tengok wayang. So aku la yang jadi mangsa keadaan untuk menjaga anak mereka ni. Aku tak kisah la sangat. Tapi yang buat aku bengkak hati bila diorang macam tak ingat langsung aku yang dok penat jaga anak diorang tapi sikit pun tak belikan apa-apa makanan tengahari untuk aku. Tapi sebab nak jaga hati adik beradik, aku diam je la. Seorang adik mesti hormat yang lebih tua, itu yang diajar oleh kedua ibu bapaku.

Lepas diorang masuk bilik berehat, aku menuju ke dapur. Buka kabinet, selongkar megi. Selongkar peti ais cari bahan-bahan lain jumpa la tomato nak busuk dan telur 2 biji. Tu je la juadah tengahari aku, nak pergi beli makanan pun hati dah sakit. So masak, makan diam-diam dalam bilik. Kenyang tapi melayan jiwa. Dunia kotakku...

bersambung...

Wednesday, May 12, 2010

Hantu? Wujud atau tidak?



Mungkin topik ni agak basi untuk sesetengah orang. Mungkin ada yang kata tak perlu nak persoalkan, biar je la. Ada yang mungkin kata, hantu for real wujud. Ada yang kata hantu tak pernah wujud di zaman berteknologi canggih seperti ini. So adakah hantu itu wujud atau tidak?

Buat yang rasa malas nak baca topik ni, sila tutup saja blog aku. Aku dah tulis siap-siap dekat atas tu kalau tak minat, jangan baca. 

Hantu? Istilah atau realiti? Kalau realiti mana bukti kewujudannya secara rekod? Mungkin ramai yang pernah mengatakan pernah melihat tapi adakah anda pasti bahawa itu hantu?

Aku mengatakan hantu itu wujud secara literal saja di mana istilah 'hantu' itu sendiri merujuk kepada suatu lembaga yang menakutkan dan tidak mempunyai jasad tetap. Tetapi ia bukanlah makhluk seperti mana ciptaan Tuhan yang lain seperti manusia, haiwan, tumbuhan, jin, syaitan, malaikat yang kita ketahui kewujudannya di dalam kitab-kitab agama.

Tapi semenjak dua menjak ni makin ramai lak manusia yang terlalu sibuk untuk mengkaji tentang dunia alam ghaib yang lebih tertumpu kepada alam roh atau hantu.

Sebagai contoh di dalam TV pernah tersiarnya rancangan Seekers iaitu sekumpulan manusia yang mengakui menjejak entiti-entiti halus ini. Tapi sepanjang aku pernah tengok rancangan ini, yang hanya boleh dilihat adalah kes orang kena rasuk. 

Di Indonesia, Dunia Lain juga seperti seekers tetapi lebih memberangsangkan dalam menjejaki makhluk halus ini ke dalam kamera. Adakah itu mustahil?

Mustahil sekiranya peralatan mereka tersangat canggih. Mustahil sekiranya sepanjang sesi rakaman, ada pawang atau bomoh yang memuja sesuatu atau berjampi serapah untuk menjemput sesuatu hadir ketika sesi rakaman. Mustahil sekiranya dengan izin Tuhan, kita pasti nampak cuma adakah ianya rupa yang sebenar?

Dan adakah dengan memakai kamera berkualiti rendah, dapat menangkap gambar hantu seperti kamera handphone yang terbukti banyak mempunyai kelemahan berbanding kamera digital kompak? Kenapa tidak memakai kamera DSLR yang sememangnya canggih dari segi kualiti?

Pernah dengar ghosting image? Tahu bagaimana ingin membuat ghosting image? Ghosting image terhasil apabila shutter speed perlahan ketika mengambil gambar. Selalunya jika gambar diambil dalam keadaan ini, hasilnya kabur samada tangan si pengambil gambar itu bergoyang atau subjek itu bergerak under 1 second. Jadi bayangkan kalau kamera dengan shutter speed 3-4 saat dalam keadaan gelap dan ada satu sumber cahaya kecil yang lalu ketika itu seperti serangga, ianya akan menghasilkan ghosting image seakan-akan orb.


Sila perhatikan imej di atas, ini adalah hasil ghosting image yang aku hasilkan sendiri sebagai seorang newbie dalam fotografi. Lihat di sini gambar itu bukanlah hasil dari tindanan gambar yang berbeza cuma satu gambar original yang memerlukan teknik seperti keadaan gelap, bukaan shutter speed yang lama, dan satu sumber cahaya yang sedikit.

Pernah tengok debate uncle seekers dengan Dato' Dr. Fadilah Kamsah? Kalau tak pernah, sila la youtube dan tengok debate antara orang bodoh sombong dengan orang cerdik pandai. Perhatikan ayat-ayat antara mereka berdua.

So adakah rumusan hantu itu tidak wujud? Pada aku hantu itu hanyalah istilah pada penyamaran Jin untuk menakut-nakutkan manusia. Kerana roh orang yang telah meninggal dunia tidak akan kembali ke rumah. Yang ada hanyalah Jin yang menyerupai tetapi tidak sempurna sifatnya, ie: muka buruk, tidak boleh berkata-kata. Dan bukan semua orang boleh melihat makhluk halus ni, so penampilan itu akan tidak sama dari mata ke mata yang memandang. Dari segi teori mindanya, minda kita akan disaluti denga halusinasi yang memaparkan apa yang kita bayangkan. Dari situlah terhasilnya pelbagai jenis hantu yang pada asalnya adalah Jin yang ingin menakut-nakutkan manusia. 

Dan oleh kerana Jin dijadikan dari asap yang boleh berubah bentuk, boleh dan tidak boleh dilihat, boleh dan tidak boleh dirasa, ianya akan senantiasa datang dan pergi di sebalik kegelapan.

Seperti kata Dato' Fadilah Kamsah, dalam Al-Quran ada menyebut tentang kewujudan Jin, Syaitan dan Iblis tetapi tidak hantu, wallahualam...


di sini aku selitkan satu link ke suatu blog mengenai kupasan tentang hantu dan pandangan ahli fizik mengenainya. Tapi aku lebih suka nyatakan ianya lebih kepada Jin sebab hantu pada aku hanyalah terminologi seperti yang aku huraikan di atas http://kucimhitam.wordpress.com/2008/11/15/hantu-dari-pandangan-ahli-fizik/
 
p.s: kalau korang nak try ambil gambar makhluk halus ni, apa kata cuba eksperimen dengan mengambil gambar menggunakan kamera polaroid (instant film) seperti dalam cerita Shutter. Ini kerana gambar akan diproses secara instant dan tidak boleh di edit. Mana tahu nasib korang baik =)

Tuesday, May 11, 2010

Hopefully this week jadi

Aku dah tunggu sejak dari last jumpa budak-budak kelas untuk buat reunion semula. Tapi ye lah aku faham masing-masing ada komitmen bila dah kerja. So aku just tunggu je la untuk mana-mana reunion untuk dibuat. 


Dan untuk minggu ni, hopefully jadi la mini gathering bebudak kelas sekolah menengah aku batch 2001-2002. Asalnya nak ajak bebudak kelas je tapi memandangkan kelas aku sendiri pun berapa ketul je, so terpaksa open untuk bebudak kelas lain hopefully akan lebih ramai. 

Aku pun entahlah sangat-sangat happy bila ada aktiviti yang membabitkan rakan-rakan. Mungkin aku seorang insan yang cepat lupa pasal nota pembelajaran, tapi aku paling susah nak lupa muka dan nama manusia.

Kalau ikut kajian, orang macam aku sesuai jadi ketua, tapi setakat ni aku tak berapa rasa sangat leadership aku, cuma kalau aku jadi orang kedua atau seterusnya, aku dapat rasa aku seorang pengikut yang sangat setia. So kalau ada orang nak buat reunion or apa-apa aktiviti aku akan sedia untuk jadikan benda tu kenyataan.


Oh ya, this week ada pameran kamera dekat Midvalley, dekat Exhibition hall sebelah kedai sukan top floor. So sesiapa yang berminat dengan kamera, nak dengar talk ke, nak belajar something ke, boleh pergi tengok-tengok. Ada booth jual barang-barang, dan ada booth untuk try kamera DSLR, so sesiapa nak try rasa, aku galakkan pergi. Aku of coz akan pergi, nak merisik-risik kot-kot la ada barang yang boleh dibeli hahaha.


Mimpi ngeri aku pun dah stop, nantilah aku cari jalan nak olah mimpi ngeri tu masukkan dalam cerpen aku yang tersangkut tu. Hahaha bukan senang nak tulis cerpen beb!

Sunday, May 9, 2010

Berjalan-jalan di hujung minggu

Aku tak rancang lama pun benda alah ni...

Malam tadi tiba-tiba terasa nak pergi berjalan-jalan...

Surf internet tengok apa yang best jalan-jalan sekitar KL...

So macam-macam keluar, dari Central Market, Jalan Masjid India, Petaling Street, KLCC, KL Tower, Batu Caves, Templer Park, Taman Rama-Rama, Dataran Merdeka, Muzium Negara, Planetarium, KL Bird Park, Masjid Negara, dan lain-lain.

Tapi dalam semua yang aku tengok tu, aku target KL Bird Park.

Sebab?


Tempat ni kenangan aku time kecik dulu pergi dengan family. So aku nak tengok apa yang diorang buat dengan tempat ni. Adakah teruk macam Taman Rama-rama dekat Melaka nu atau tak. Tapi kalau bayar masuk pun RM20, aku tak rasa ianya akan jadi teruk.

So journey sebenar aku begini...

Cadangan asalnya aku bermotosikal either terus ke KL Bird Park, atau aku naik bas Hop On Hop Off dari KL Sentral. Bas ni aku nampak on the way balik tadi. One day aku nak naik gak, nak rasa naik bas double decker dan ambil gambar serta merayau-rayau.


Meh aku cerita sedikit pasal bas ni. Bas ni ada lebih kurang 22 stop. Destinasi menarik ada la lebih kurang 44 tempat menarik termasuk la KL Bird Park ni. Harga dia untuk Mykad holder, RM19 tetapi kalau korang student boleh dapat murah lagi. Tiket dijual either melalui internet, agensi hotel atau beli di dalam bas itu sendiri. Dan tiket bas ni adalah untuk one whole day dari 8.30 pagi sampai 8.30 malam. Melalui review yang aku baca, kalau korang naik bas ni tanpa turun mana-mana tempat, lebih kurang sejam atas bas. Tapi dah bayar mahal, naik turun naik turun je la.


Antara destinasi menarik, KL Bird Park, Muzium negara, KL Sentral, Lake Garden, Masjid negara, Medan Mara, Bulatan Pahang (?), KLCC, MTC (Tourism Centre), Bintang Walk, dan macam-macam lagi la.


Ok berbalik kepada cerita tadi. Aku baru nak bertolak dan time tu TV rumah rosak. Husband angah nak pergi main golf, angah bosan so dia nak ikut. Dan jadilah trip pergi sana naik kereta since aku tahu jalan.


Dan OTW, tengok langit gelap, risau hujan. Tapi alhamdulillah lah tadi cuaca tak la panas sangat dan tak hujan, redup macam tu je. Selamat lah sebab bawak nephew, takdelah nak meragam sangat. 


Overall tempat ni mesra pengguna sebab dia ada track untuk orang biasa dan untuk orang yang pakai wheelchair dan bawak baby stroller. Ada banyak gerai jual air, ada banyak burung-burung yang dibiarkan bebas dan ada booth untuk ambil gambar yang pada aku agak mahal tapi tu lah caranya nak bisnes. Sekeping gambar siap print RM25. Tak lupa juga ada bahagian World Of Parrots. Dekat sini adalah tempat Parrot yang dibebaskan dan boleh diberi makan sambil menderma.Yang tak seronoknya adalah sikap manusia yang dalam tempat macamni pun nak merokok. Yang lain-lain oklah untuk sebuah tempat melapangkan jiwa. Dan kalau korang habis tour awal since tempat ni buka pukul 9 pagi, korang boleh pergi tempat menarik di sekitar kawasan KL Bird Park ni macam Masjid Negara, Taman Rama-rama, Taman Rusa, Hibiscus Orchid, Tasik Perdana dan macam-macam lagi. 


Satu je la kalau nak pergi sini, bawak hand sanitizer, bawak towel or handkerchief bagi yang kuat peluh, bawak air kosong, bawak kamera (tak kisah apa pun selagi tak pakai flash it should be ok), dan bawak duit extra je la (nama pun berjalan-jalan).


Untuk melihat lebih banyak gambar, boleh tengok dekat album photo aku di FB, selamat berjalan-jalan di hari minggu!

Wednesday, May 5, 2010

Pushup @ pumping celen, ada bran??!



Ok la posting kali ni aku nak cerita sikit pasal satu kaedah senaman, terbuka untuk wanita dan perempuan untuk uji ketahanan badan dan tengok samada korang ni fit atau tak.

Pushup ataupun pumping atau tekan tubi. Benda yang paling fobia kalau masuk pasukan beruniform sebab benda ni la yang akan diorang kena tiap-tiap kali buat kesilapan.

Ianya adalah salah satu bentuk senaman yang bagus. Bagus untuk membina otot-otot dan cara nak kuruskan badan. Ada pendapat mengatakan pushup untuk wanita sedikit berbeza dengan lelaki kerana sistem peranakan. So untuk wanita selalunya diorang akan end dengan lutut berbeza dengan lelaki yang end dengan jari-jari kaki. Tapi guna lutut pun still mencabar buat yang tak pernah langsung pushup ni.

Dekat sini aku bagi satu celen untuk korang, kalau ada berani hehe, (aku ambil isinya dari magz MensHealth). Korang diberi 3 minit untuk selesaikan task ni. Rules dia senang je, tak kisah korang nak buat slow ke laju ke, tapi masa yang diberi hanya 3 minit. Kiraan pushup yang sempurna adalah dengan kedudukan tangan yang bend kurang dari 90 darjah dan kedudukan dada mestilah lebih kurang 2 inici dari lantai. Dan ketika turun, lutut tidaklah bengkok.

Ada bran? Tahniah korang memang hebat, tapi sebelum tu mari tengok list jap...

Andai kiraan pushup korang bawah dari 13 kiraan, tu bermakna otot tangan (triceps) dan otot dada lemah. So kena buat selalu (2 kali seminggu, 4-6 set). 

Andai kiraan kurang dari 55, tu bermakna masih below average.

Andai kiraan dari 55-74, tu bermakna average.

Andai kiraan dari 75-99, tu bermakna good.

Andai kiraan dari 100-110, tu bermakna excellent.

Dan andai kiraan lebih dari 111, tu memang boleh join military dah.

Satu hint yang korang boleh tahu, andai bagi yang biasa angkat dumbell atau apa-apa pemberat nak kuatkan lengan or besarkan lengan, cuba buat pushup banyak-banyak sebab bila kita buat pushup ni, kita mengangkat lebih kurang 75% dari berat asal badan kita sendiri. So kira la kalo berat korang 60kg, 75% dari tu berapa kilo korang kene angkat.



Dan kalau korang nak tahu, pushup ni banyak menggerakkan otot-otot tangan, abs, belakang, peha, betis, punggung. Sebab kalau tangan je kuat, otot perut tak kuat, tak boleh buat banyak pun. 

Ada bran? Sila cuba di rumah, selamat mencuba

Lame tak hupdate, nanti aku hupdate dgn cerpen hehe

Salam,

Tengok blog kawan-kawan yang lain, semuanya dah update cerita baru. Aku punya blog je yang still dengan cerita yang sama. Haha, satu hal hari tu aku settlekan habis masalah yang aku dok melalak-lalak dalam FB. So dah settle, rest kejap dari log in internet, so blog mmg tak jalan je. 

Dan waktu ni aku baru je buka internet, pagi tadi dah on komputer tapi still sekadar main movie dengan main games je. Ni baru nak tengok perkembangan dunia FB, rasa macam dah sebulan aku tinggalkan FB haha.

Dan masuk-masuk FB, ada seorang insan ni add aku dlm friend list dia. Aku pun accept la. Then aku curious sebab nama dia ni banyak sangat dah dalam friend list aku, so aku agak blur siapa pula ni? Kenal aku dari mana? Sorry sangat-sangat kalo tak perasan hehe. Then aku tengok profile dia, macam takde connection member-member tapi dia promote blog aku dekat wall dia hahaha. So maybe kawan-kawan dekat fanpage atau pages yang aku join ke mana-mana je lah. Thanx banyak-banyak sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. InsyaAllah aku akan lebih rajin update dengan cerita-cerita baru. Hari kelmarin pun aku dok mimpi hantu, tak tau kenapa tapi rasa nak terkencing je dalam mimpi tu. Hahaha, nanti aku masukkan dalam Apabila Syaitan menangis.

So thanx banyak-banyak sekali lagi buat yang menyokong blog aku ni =)

Friday, April 30, 2010

Cover or not to cover

Sebelum korang membaca lebih dalam post kali ini, ingin aku nyatakan bahawa aku bukan prejudis dan diskriminasi tentang apa yang ingin aku sampaikan, hanya sekadar pandangan dan nasihat buat-buat teman-teman, mahu ambil pusing atau tidak terpulang, tapi aku sarankan kita berfrikir sejenak.

Post aku kali ini mengenai aurat, lelaki dan perempuan tetapi lebih kepada perempuan. So korang boleh agak apa isi kandungan yang akan aku sampaikan. Tapi aku bukan hendak menjelaskan berdasarkan hadis atau mana-mana ayat, sebab aku tak reti. Tapi apa yang aku ingin sampaikan ini based lebih kepada apa yang kita boleh fikirkan dengan akal yang Allah bagi.

Aku rasa isu aurat atau tudung vs non tudung ni dah lama. Mostly ulama mengatakan wajib untuk menutup aurat especially dalam pemakaian tudung yang bererti menutup aurat di sekitar kepala, wajah hingga ke bawah.

Dan aku rasa korang pun ada yang dah bosan sebab stigma masyarakat yang memandang serong sedikit untuk gadis-gadis yang non bertudung ni. Oklah aku bukan nak bincang gadis non bertudung pun baik, yang bertudung tak semestinya baik.

Apa yang aku ingin ketengahkan adalah aurat atau tidak, dalam solat mesti tutup aurat. Betul?

Pernah tak korang solat di mana-mana orangnya tidak menutup aurat? Tak pernah kan. Syarat sah solat tu mesti menutup aurat. Means yang perempuan akan bla bla bla dan lelaki bla bla bla (aku andaikan korang dah tahu bab ni).

Ok, sekarang kita tanya diri, kenapa dalam solat aku tutup aurat, di luar solat tidak kita lakukan benda yang sama? Adakah aurat hanya untuk di dalam solat? Kenapa?

Kalau solat kita menghadap Allah, adakah bermakna kalau kita di luar solat Allah tidak perhatikan kita? Jadi adakah hanya perlu menutup aurat hanya ketika solat?

Sekarang kita lihat kenapa kalau kita memasuki tanah haram perlunya menutup aurat dan mestilah Islam. Dan buat yang tidak tahu terdapat sempadan antara kawasan muslim dan non muslim, dan pernah terjadi di kalangan orang muslim yang tidak dapat masuk ke tanah haram, sebabnya wallahualam tapi kita masing-masing teka kenapa.

Buat yang mengikuti berita dunia, sekarang ni banyak sangat ancaman terhadap kaum wanita muslim di Belgium, Perancis dan beberapa negara di sekitar Eropah yang melarang pemakaian Burqa, atau Purdah atau tudung. Ini disebabkan oleh tragedi 9/11 yang dibohongi oleh Amerika bahawa kejadian itu di dalangi oleh orang Islam. Justeru kini makin banyak ancaman terhadap orang Islam di luar negara, dan yang paling teruk kena kesannya adalah wanita Islam. Di sana, mereka berjuang bermati-matian untuk menegakkan keadilan untuk memakai tudung dan menutup aurat. Tetapi di Malaysia? 

Aku bukan mahu prejudis terhadap gadis non bertudung. Yes amal baik tidak kira bertudung atau tidak. Tetapi harus diingat bahawa hukuman di akhirat yakni rambut akan dibakar tu adalah hukuman Allah, bukan manusia, jadi siapalah kita untuk melawan hukuman tersebut.

Aku banyak terserempak dengan wanita non bertudung yang akhirnya bertudung, dan aku kagum sebab mereka kelihatan lebih menawan bila bertudung. Islam menyuruh sesuatu bersebab, dan tugas kita adalah untuk menelitinya kenapa?

Last but not least, sebelum aku akhiri posting kali ini, aku hendak bertanya, adakah kalau kita mati, kita mati pakai seluar pendek? gaun tidur? skirt? atau rambut boleh di setkan kepada apa jua fesyen?

Jawapannya tidak, kerana kita mati berpakaian, kita mati bermaruah, kita mati berlapis-lapis kainnya dan menutup segala bentuk auratnya. So fikir-fikirkannya...

p.s: buat yang bertudung, kalau pakai baju sendat, seluar sendat, nampak lurah, nampak bentuk yang mengiurkan, so ape gunanya tudung? fesyen? Allah itu Maha Adil...