Followers

Tuesday, April 13, 2010

Wanita part dua

Salam,

Dulu aku dah cerita panjang lebar pasal makhluk yang dijadikan sebagai seorang wanita.

Well aku akui mereka ni ada something yang menjadikan dunia ini lebih bersinar dari biasa. Apart from being a lover yang which is aku tak nak mention (jelak dah aku), aku lebih nak mentionkan kecantikan wanita itu sendiri dari mata seorang lelaki.

Dari sudut fizikalnya part yang paling menarik perhatian pada aku adalah mata...

Kenapa mata dan bukan dada? bukan pinggul? bukan bibir? sebab dari mata turunnya ke hati. 

Soalan untuk lelaki: Pernah tak korang melihat seorang wanita hanya melalui matanya saja, membuatkan korang akan berpaling lama atau lebih dari sekali?

Aku pernah. Terjadi time aku buat umrah dulu, sebab di sana pelbagai bangsa, dan golongan wanita berpurdah yang hanya nampak matanya saja. Seriously duduk di sana tak terniat pun nak tengok wanita-wanita ni, tapi bila mata kita tepat ke mata wanita-wanita ini, membuatkan hati terpaut dan berkata "cantik sungguh mata tuan punya badan, mesti dia secantik matanya".

tu je la yg aku nak bebelkan... tah kenapa tapi aku nak tulis juga pasal benda ni... dalam hidup harian seorang lelaki pasti memerlukan seorang wanita tak kira siapa pun dia, sama hal juga dengan wanita, so periksa sekeliling anda, kalau ada ramai yang berlainan spesis dekati anda dalam sehari tu maknanya anda memang popular dan menarik di hati mereka. Tapi kalau takde yang dekat macam aku ni, tu tanda anda kena menjadi seorang yang menarik perhatian, so like me akan jadi gila sikit =) if u so called UNDERSTAND what im trying to say. So chiow hehe

Sunday, April 11, 2010

Pantai Jeram, Kapar

Salam,


Hari ini aku dan family pergi ke Kapar bersama sebuah lagi family untuk menyambut besdey untuk anak buah aku yang sorang tu. As for being the first grandchild in the family, so agak hebat sambutan walaupun dibuat secara ringkas aje. Aku? Seronok ambil gambar je macam biasa, gambar aku tiada.

Lepas pergi ambil kek bola yang akak aku tempah dekat Secret Recipe, bawak la pergi ke Pantai Jeram, Kapar. Perjalanan lebih kurang 40 minit la dari Shah Alam dan ikut jalan menuju ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Entahlah, aku duduk je dalam kereta. Lebih kurang pukul 6.15 kami tiba di lokasi.


Satu yang aku teruja tengok adalah kedai ikan bakar ni sebelah je dengan pantai. So hasrat aku untuk ambil gambar sunset dan senja tercapai. Dan kesilapan aku membeli filter akhirnya berbaloi bila dapat guna dalam keadaan macam ni. Kalau tak hangus je seratus beli filter tapi tak boleh nak guna.

Time kitorang sampai tu, matahari adalah lebih kurang semeter je lagi dari paras laut. So bila ambil gambar memang nampak kesan cahaya matahari dekat laut. Selang setengah jam je, air laut pun surut dan menampakkan pasir-pasir yang dipenuhi selut. Ada gak orang yang turun tapi lekat hahaha.


Aku just menikmati matahari terbenam. Cuma sayangnya time matahari betul-betul bulat macam awan tu aku tak sempat ambil sebab tengah makan. Sempat ambil gambar matahari sikit je lagi nak hilang. Dan sempat la juga aku ambil gambar senja di sana. Untuk lebih gambar sila tengok di FB aku under album 'Besdey Cauddin'. 

Seronok tengok sumorang happy. Angah dan husband dia happy, mak happy, family adik ipar angah pun happy, dan cauddin pun happy walaupun dia tak tahu apa-apa pun tentang besdey ni. 


Tempat ni aku rekomenkan untuk sesiapa yang nak pergi makan malam sambil tengok matahari terbenam. Harga pun boleh tahan sebab kitorang makan untuk 6 orang pun dalam 120 hengget camtu la. Berbaloi, cepat, sedap dan sangat damai ditiup angin pantai dengan suasana sunset. Tapi kepada sesiapa yang nak pergi kena la reserved dulu sebab ramai gila orang. Camne nak reserved? Kalau korang betul-betul minat nanti aku tanya abang ipar aku hehe.

Last word terbaik wok untuk makan + jalan-jalan + kenangan + kedamaian. Otak aku fresh lepak situ, tak hengat langsung probs aku tu hahaha, rasa taknak balik dan nak kekal je waktu tu.

Saturday, April 10, 2010

BZ? Usah mengarut...

Salam,

Hari ni aku nak lantang sikit bersuara untuk manusia-manusia yang kononnya terlalu bz dengan kerjaya sampai takde life langsung. 

Bz sangat ke? 24/7 adakah setiap saat itu terisi dengan kerja? Apa tidak perlu makankah? Tidak perlu buang air kah? Tidak perlu berehat 5 min kah? Ada ke kerja yang dari pukul 8 sampai pukul 5 straight tak berhenti-henti buat kerja? Ada? Kalau ada itu bukan manusia, itu robot namanya.

Sebab manusia ni ada kehendak dan keinginan. Mereka perlukan rehat, makan, membuang bahan kumuh, mereka perlu bersosial, beriadah untuk mengelakkan dari kena stress dan sawan babi. Sawan babi?

So adakah logik sekiranya aku katakan seorang manusia ni terlalu bz sampai hendak sms seseorang yang dia rapat dan kenal pun tak boleh. Dan adakah logik dalam seminggu pun hanya beberapa minit malah beberapa saat sahaja yang dapat diluangkan masanya itupun melalui FB atau pun SMS sahaja?

Tepuk dada tanya diri, yang menentukan bz atau tidak adalah diri anda sendiri. Kalau anda memang tidak berniat dan terfikir pun hendak meluangkan masa bersama orang yang rapat or anda sayang, so memang anda tidak akan berbuat demikian.

Tapi sila tanya diri anda, dalam sehari berapa banyak masa yang anda luangkan untuk bersama teman-teman sekerja? Dari mula kerja sehingga ke minum pagi, makan tengahari, minum petang dan mungkin melepak bersama di kafe-kafe, pusat snuker?

Dan berapa banyak masa yang anda luangkan bersama orang yang anda rapat dan sayang yang telah anda taburkan dengan kata-kata manis dan janji palsu sehinggakan mereka berharap anda sekurang-kurangnya dapat meluangkan masa sedikit pun tika anda sedang free.

Jangan hanya pandai menabur kata-kata dan janji tetapi lebih senang memungkiri dan lebih mudah untuk menyakiti hati mereka dengan sikap acuh tak acuh anda. Benda berharga jangan diabaikan nanti dibawa lari orang. Menyesal kemudian hari pun tiada gunanya lagi.

Hentikan memberi alasan sibuk, kerana sesibuk mana pun anda, anda pasti ada masa terluang yang anda habiskan dengan orang lain dari orang yang benar-benar memerlukan perhatian anda.

Aku sekadar menegur buat insan-insan yang masih mempunyai kekasih hati atau teman rapat. Hargai mereka tika mereka masih ada, jangan ketika mereka telah meninggalkan kita. Jangan cari mereka hanya tika susah, dan tika senang anda tidak peduli pun sama sekali.

Semoga masih ada insan yang prihatin terhadap orang yang menyayangi anda...

Aku yang dinamakan Emo

"Salam, err... bz ke?"
senyap... 10 minit kemudian...

"Elooo?"
masih senyap... 15 minit kemudian...

"Aloooo?"
"Oh sori, baru perasan"
"Da dapat kan mesej tadi, so cane?"
"Em jap eh?"
Sejam berlalu...
Pagi menjelma

"Nantilah saya check kan eh"
Tengah hari menjelma...

"Awak, dapat mesej tak?"
"Dapat, nanti saya check, jap eh?"

Malam menjelma
"Aloooo?"
selepas 15 minit...
"Awak bz ke?"
selepas 25 minit
"Elooooooo??"
selepas 35 minit...

"Sori, tertidur tadi"
"So cane dengan mesej tu?"
"Em jap eh?"
selepas 15 minit...

"Alooooo?"
selepas 20 minit...
"Aloooooooo"

selepas tempoh masa yang cukup panjang untuk bersabar... segala-galanya terburai...
dan insan ini dilabelkan Emo... Emo??????????????? WHAT THE FUCK!!!!

Friday, April 9, 2010

Aku janji aku berhenti berharap


Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
 
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Poster baru (photoshop 7 + photoscape)

Salam,

ni poster terbaru yang aku baru buat. aduhai... still skema dan tak banyak idea dan bahan yang boleh masuk. Nak buat yang sci-fi pun masih merangkak, tengok macam senang hahaha... well ni la poster yang akan gantikan poster lama.

p.s: seronok belajar photoshop, kalo dapat yang CS4 lagi best sebab canggih sikit, 7 ni dah lama. Tapi untuk font still aku prefer photoscape sebab boleh buat outline kaler lain...

Wawasan

"Sampai bila kau nak hidup macam ni?" tanya Danial. "Tak salah hidup begini, aku tak kacau orang, malah aku tak mengemis dan minta simpati sesiapa. Aku berdiri atas kaki aku sendiri. Aku dapat rezeki dari titik peluh aku sendiri. Apa yang tidak kenanya dengan cara hidup aku?" terang Feroz.

"Yelah sampai bila kau nak membanting tulang empat kerat kau ni? Sampai bila kau nak maju? Sampai bila kau nak dapat hasil lima angka seperti aku?" megah Danial. 

"Sekiranya kau tahu Allah jadikan kita ini bukan semuanya sama, bukan semuanya akan jadi doktor, akan jadi jurutera, akan jadi arkitek, maka kau tidak akan pernah menyesal akan apa rezeki yang kau terima pun" jawab Feroz dengan tenang. "Maksud kau?" Danial masih tidak mengerti.

"Duit bukan segalanya sahabatku" sambil berlalu memegang cangkul di tangan. "Tapi zaman sekarang semua nak pakai duit, kau kena fikir masa depan. Segala-galanya perlukan duit. Setakat kerja yang kau buat ni, apa yang boleh kau didik anak-anak kau?" kata Danial sambil mencebik.

"Kau tahu apa beza anak-anak yang duduk di kampung yang serba kekurangan dan anak-anak yang di bandar yang mewah segala-galanya? Mentaliti, bukan kualiti. Kualiti mungkin ada yang sama seperti yang kita lihat keputusan SPM, STPM. Anak-anak kampung pun boleh dapat straight A seperti anak-anak di bandar, tapi mentaliti mereka berbeza. Kenapa? Sebab duit bukan segalanya. Ya betul kita perlukan duit, tapi sejauh mana duit itu satu keperluan atau kehendak?" kata Feroz sambil mula menghayunkan cangkulnya ke tanah.

"Maksud kau, kau lebih rela tengok anak-anak kau menjadi pengemis dan hidup serba kekurangan?" tanya Danial. 

"Sahabat, seperti yang aku katakan, pekerjaan aku bukan untuk meminta simpati jauh untuk mengemis meminta bantuan. Apa yang kau lihat sebagai kerja taraf rendah ni, jangan kau hina pendapatan kami. Bezanya apa yang kau pilih dan aku pilih berbeza. Cuma keterujaan kita terhadap kerja sama. Mungkin kau di dunia korporat, tetapi aku lebih selesa dengan berbakti kepada tanah dan berpanas berkeringat demi sesuap rezeki yang halal" terang Feroz lagi.

"Kebahagiaan seseorang terletak jauh di dalam sanubarinya. Apa yang dia inginkan, apa yang dia idamkan itulah yang menjadi titik kebahgiaannya. Tapi adakah dengan itu, kebahgiaan secara total akan terhasil? Kau punyai kerjaya yang hebat, selalu ke luar negara, bergaya, hidup mewah tapi adakah kau punyai masa untuk berkenalan dengan diri kau? Orang sekeliling kau? Orang yang kau sayang? Orang yang menyayangi kau? Mungkin kau hanya berkesempatan untuk bersosial dengan orang di sekeliling kerja kau, tapi lepas tu? Manusia sesabar mana pun pasti ada hadnya. Sampai satu tahap, mereka pun dah tak kisahkan kau. Adakah kau punyai masa untuk mereka?" jeling Feroz sambil tersenyum.

"Er...aku...aku... jadi kau punya banyak masa lah?" sedikit gugup Danial.

"Terdapat beberapa sebab kenapa orang yang kau label tidak mahu berjaya ni masih kekal dengan pendirian mereka. Salah satu dari sebabnya adalah mereka mahukan kehidupan, a LIFE. Bukan kemewahan yang akhirnya tiada unsur-unsur kehidupan yang boleh kita kongsi bersama. Kau kena faham, kita di dunia ini Allah jadikan kita berpasangan dan beranak pinak, means that kita tak boleh berseorangan. Gila jadinya kalau kita sendirian. Dan bila kau terlalu sibuk dengan perihal kerjamu dan meminta untuk orang lain faham, tapi akhirnya mereka cukup bersabar dan kau terus mensia-siakan mereka, dan mereka akan pergi mencari insan yang boleh untuk dijadikan teman dan pendamping. Jelas di sini duit takkan bawa apa-apa makna lagi. Kau boleh beli segala-galanya tapi bukan kebahgiaan" penerangan yang cukup panjang lebar dari Feroz.

"Dan tolong lah jangan pandang rendah kerja orang lain. Kita semua bermula dari bawah, kalau bekerja bersungguh-sungguh pun lambat laun kita naik juga. Seperti sebuah tanaman, bermula dari sebiji anak benih, bercambah dan membesar dan akhirnya membuahkan hasil. And kalau kau nak tahu aku tokei kebun ni sebenarnya, tapi sebab aku tak suka bekerja di bahagian pengurusan, so aku join work di sini. Membanting tulang dari titik peluh untuk sesuap rezeki. Aku bermula dari bawah juga. Apa yang membuatkan orang itu maju atau tidak adalah minda mereka, apa yang mereka ingin kecapi" kata Feroz lagi sambil mengesat peluh yang terbit di dahinya.

Danial hanya mampu melihat Feroz berlalu pergi.