Followers

Sunday, March 14, 2010

14 March 2010

Salam,

Hari ni merupakan hari yang sangat penat buat aku. Tapi dalam penat tu gembira sebab dapat ambil gambar. Asah mata, asah tangan, asah stamina, asah skill mengambil gambar. Buat yang tak tahu, aku hanya pergi seorang diri ke bukit cerakah memandangkan tiada yang mahu mengikut setelah aku membuat announcement di FB. Takpelah, mungkin masing-masing ada hal. Ada sorang member tawarkan diri nak teman, hehe aku tak kisah pun. Sesiapa nak ikut, boleh join. Untung dapat bergambar, tak untung penat je la berjalan hehe.

Benda ni dah lama aku rancang pun sebelum aku sampai s.alam lagi. So nak tak nak benda ni aku nak jadikan aktiviti rutin at least pada hari minggu. Dapat improve ilmu photography sambil mengeluarkan peluh. 

Pagi lagi dah bangun tapi sebab seluar track koyak so kena jahit dulu, kalau tak karang koyak tengah berjalan lagi haru. Lepas breakfast, dalam pukul 9 pagi aku pun gerak ke bukit cerakah. Lama tak pergi sini. Sampai je sana, wah orang dah ramai. Beratur orang beli tiket, ada yang bawak bekal makanan, bawak beg, bawak pancing, bawak kamera macam aku, bawak pelampung (hek?!). 

Dah lepas masuk, meraban sana sini tengok orang beratur panjang nak naik bas. Tak jadi naik bas, pergi ke kedai basikal, lagi ramai yang naik. For sure basikal yang tinggal yang tak berapa elok. Last-last aku join satu family ni jalan kaki je la. Tapi aku join tak lama, lepas tu aku start ambil gambar.

Masuk kawasan tanaman padi, nampak satu titian merentasi sawah padi. Tengok kedudukan dan tunggu orang habis lalu, pusing ke 18mm dan satu gambar lagi diambil. Sedikit gelap, tapi takpe boleh edit dekat photoscape atau elements. Aku bergerak lagi sampai ke satu longkang besar tapi nampak view lawa, so ambil lagi.



Bergerak lagi sampai jumpa empangan yang pertama, lensa aku ni pendek so tak boleh nak close up, ambil je la mana yang boleh nanti crop. Jalan lagi sampai jumpa satu sign, tertarik dengan tulisan dan aku cari angle yang baik, klik... nanti edit lagi haha.

Jalan-jalan dan encounter group of aweks yang pertama. Diorang tengah posing ambil gambar depan pintu gerbang alam haiwan ke hapa tah. Nak ambil gambar candid diorang tapi kamera macam aku ni obvious sangat. Segan lak sebab tak kenal, kang diorang ingat aku ni pervert lak. Takpelah abaikan walaupun group diorang ni agak interesting haha (dasar lelaki memang begitu). Berlalu sambil kontrol hensem dan penuh gaya. Aku dah start berpeluh dan mujur aku siap sedia dengan towel nak kesat peluh sebab takut kena kamera.

Berhenti di alam haiwan, takde benda yang menarik sangat pun. Aku pusing kanan dan kiri cari apa-apa yang menarik, haiwan ada la 3-4 jenis je, so aku berlalu turun ke bawah sikit dan nampak ada satu group chinese ni tengah ambil gambar. Aku teruskan perjalanan menuju ke sebuah tasik terbiar. Pelik dengan management tempat ni, kenapa tak pulihara balik tempat ni, ada kayak tapi ada yang karam ada yang tinggal macam tu je. Dan ada tempat flying fox tapi pun takde orang jaga. Aku just ikut group chinese ni ambil gambar bunga teratai, tapi diorang spot lain. Aku cari spot lain, dan nampak ada la kumbang 2-3 ekor tengah hinggap dekat bunga teratai ni. Acu kamera dan terus klik, dapat yang berkumbang. Datang one chinese gurl ni dia pergi halau kumbang tu hahah, ok la maybe dia just nak gambar bunga sahaja, aku nak bunga dan kumbang baru ade feel.



Teruskan perjalanan sehingga di persimpangan satu menuju ke tasik yang kitorang pergi BBQ Diploma Mikrobiologi dulu. Jumpa lagi group aweks tadi, tengah posing depan signboard lukisan. Aku sengih and berlalu pergi, haluan aku adalah rumah empat musim. Sebab jalan kaki, so ada pathway yang dipendekkan berbanding jalan raya. Tengah ambil gambar tasik, ada chinese guy tanya rumah empat musim dekat mana. Aku tunjuk jalan terusssss!!

Jalan lagi dan sampai ke rumah empat musim. Musim kali ni adalah musim bunga. Oklah, aku mengharapkan musim salji, best sikit haha. Masuk dekat dalam, dah ramai dah rupanya. Satu group besar budak-budak India tengah ambil gambar dekat seksyen boleh masuk tu. Aku tunggu diorang blah lepastu baru masuk. Cari angle, cari kompo, klik klik. Baru nak blah, ada one group chinese ni mintak tolong ambilkan gambar diorang. So ambil la (diorang ramai so compo tak menarik sangat, tapi tak kesahlah janji gamba diorang tak blur sudah).

Keluar dari rumah empat musim, menuju ke menara tinjauan. On the way, nampak dua buah kerusi ni, macam menarik, ambil gambar. Jalan lagi haha semangat betul nak naik menara tinjauan. Tapi dan naik 2 tingkat je, kaki dah semacam je (aku gayat tempat tinggi) so tak jadi turun balik. Azab betul, sapalah yang bina tangga tu (orang yang dah pernah naik sure tahu maksud aku).

Blah dari situ, dan ini merupakan perjalanan paling jauh dari one stop ke destinasi terakhir iaitu empangan air kuning (ye kot). Hahah orang tengok je aku berjalan kaki sorang-sorang. Yang lain naik basikal dan paling best naik bas. Lebih kurang 20 minit macam tu baru aku sampai dekat empangan ni. Di sini diorang ternak ikan air tawar, dari yang aku nampak macam ikan talapia tapi tak tahu la ada ikan lain. Kelihatan beberapa orang memancing ikan. Lepak sini lama juga sebab tunggu bas lambat gila. Tengok keletah beberapa chinese ni bagi beruk makan keropok hahaha. So sempat la aku ambil gambar time beruk ni dekat jugalah. Bas dah sampai, naik jugalah walaupun padat macam tin sardin haha.


Dalam bas, kena berdiri. Pandang kiri nampak sorang awek ni tengah jaga adik dia. Manis je aku tengok, hahah kalau photog lain aku rasa dah ambil gambar tapi memandangkan aku ni malu-malu kucen, so just menjeling-menjeling ku terlentang haha. Tapi serius manis dan lawa, kot tak mengenang badan aku yang berbau hamis peluh ni, mau juga ngurat hahah. Tapi sayang sebab dekat stop rumah empat musim dia turun. Dan aku lak dapat tempat duduk dia, jadi lah haha.

Tengah duduk-duduk, konon-konon nak buat panning orang tengah kayuh basikal. Tapi lupa pulak nak panning kena ikut subjek, aku lak pergi main tala je lensa ke luar, so tak dapat la imej yang aku nak. Tiba-tiba sorg uncle chinese ni tegur aku kamera aku berapa megapixel. Aku cakaplah sepuluh je, tapi dia pun bila dengar sepuluh "Aiya sepuluh ka? ish ish ish manyak tinggi woo". Aku nak cakap yang DSLR ada sampai 24 megapixel, kang takut die terkejut beruk lak. Lepas tu macam-macam la dia tanya, ada masuk contest ke, harga berapa, sampai la ke kamera yang boleh ambil video. 

Dah sampai, turun bas tengok orang lagi ramai. Cakap dalam hati, diorang ni gila ke tengahari pun nak pergi sini, panas siot. Aku pun blah dari situ dan di pintu gate 3 pakcik jual aiskrim promote aiskrim tapi aku tak larat dah nak makan aiskrim, ingat air je. Pandang belakang balik, eh group aweks tadi hahaha, dan kuucapkan babai kepada kenangan aku di situ. Uhh penat~!!

*Untuk lihat lebih gambar sila ke FB aku ye =)

Saturday, March 13, 2010

Ini bukan drama, ini realiti

"Tapi ayah, saya nak jadi seorang pemuzik" kata Irshad kepada ayahnya. "Pemuzik? Kau jangan nak memandai, ayah nak kau jadi doktor, baru hidup kau senang, ada masa depan. Kau nak jadi pemuzik, ada masa depan? Kau fikir boleh berjaya?" nada ayahnya tinggi. "Tapi itu cita-cita Shad ayah... Shad minat dan Shad bersungguh untuk menjadi pemuzik" terang Irshad lagi. "Ah, cita-cita kau takde masa depan, kalau kau jadi doktor, kau akan harumkan nama keluarga macam abang-abang dan kakak-kakak kau. Semunya berjaya jadi lawyer, engineer, CEO, tiba-tiba kau nak jadi pemuzik. Kau nak malukan nama keluarga?" bentak ayahnya. "Jadi pemuzik pun kerja bagus yah, ianya kerja halal, Shad tak mencuri. Shad curah bakti melalui ilham dan bakat Shad" sedikit sugul di pengakhiran kata-katanya. "Ayah tetap takkan izinkan, kau akan ayah hantar ke universiti terbaik dalam bidang medical, muktamad" kata ayahnya sambil berlalu pergi.


Kini setelah 8 tahun berlalu dan Shad telah pun kembali ke tanah air untuk berkhidmat sebagai doktor. Dia terpaksa juga mengikut kata-kata ayahnya yang mahukan dia menjadi seorang doktor. Beberapa tahun berkhidmat sebagai doktor, dia sudah tidak dapat menerimanya lagi. Dia membuat keputusan untuk berhenti dari menjadi doktor dan meneruskan cita-citanya sebagai seorang pemuzik. Dengan bakat terpendamnya dan ilham yang mencurah-curah Shad kini menempah nama di mata dunia dengan kejayaan beliau yang telah berjaya menghasilkan lagu-lagu yang diminati seluruh dunia. Dia tidak pernah menyesal untuk berhenti dari menjadi seorang doktor. Ayahnya? Kini sedar yang minat dan cita-cita seseorang itu tidak dapat dihapuskan begitu sahaja. Ia perlu dibimbing ke jalan yang betul supaya ianya dapat menghasilkan sesuatu yang bagus.

Hanya kerana cita-cita itu tidak setinggi orang lain, tidak bermakna mereka tidak boleh berjaya. Mereka boleh pergi lebih jauh dengan galakkan, bimbingan dan nasihat yang berterusan dicurahkan kepada insan-insan sebegini. Jangan sempitkan cita-cita anak anda kepada sesuatu yang terlalu biasa. Biarkan anak-anak anda bebas mencari cita-cita mereka dan kita hanya perlu membimbing dan melihat ianya berkembang dari satu masa ke satu masa.

Terjadi pada diri anda? Fikir-fikirkan...

Friday, March 12, 2010

Mitos dan realiti (khas utk wanita)

Salam,

Utk posting kali ni aku terpanggil untuk menulis sedikit mitos dan realiti yang kadang-kadang perempuan sering campur adukkan dan jadi cacamarba. So untuk pembaca wanita, sila buka mata besar-besar dan face it, ini realiti

Mitos mengatakan saiz payudara akan memberi kesan tarikan kepada si lelaki. Makin besar makin popular dan vice versa.
Realitinya, lelaki yang baik tidak pernah kisah akan saiz payudara wanita yang akan dijadikan teman hidupnya, kerana pada mereka, itu bukanlah sesuatu yang mereka pentingkan sangat. So jangan terlalu obses untuk menonjolkan payudara kecuali nak menarik perhatian si jejaka buaya atau peraba bersiri.
 Mitos mengatakan makin kurus wanita itu, makin lawalah ia.
Well bukan semua lelaki sukakan wanita yang kurus dan terlalu kurus seperti berpenyakit tak cukup nutrisi. Jika korang tergolong dalam BMI yang ideal, kekalkan saja saiz itu dan lakukan senaman untuk keanjalan otot-otot bukan berpantang macam orang sakit dan telan pelbagai jenis pil kurus. Obses nak jadi kurus ramping gila ni sangat tidak digalakkan oleh kebanyakan pakar-pakar kesihatan. Dan lelaki tidak lah mahu keluar dengan wanita yang terlalu nak berdiet sampai nak ajak makan rumah familynya pun tolak sebab "Maaf saye on diet".
 Mitos mengatakan lelaki inginkan wanita yang PANDAI memasak
Dalam dunia si lelaki yang baik, istilah memasak adalah adakah si isteri sanggup belajar dan SANGGUP memasak untuk si suami? Kerana pada waktu lapang hendak juga merasa masakan isteri setelah hari biasa masing-masing sibuk dengan kerjaya. Biar masak tak sedap tapi rajin mencuba dari masak sedap tapi PEMALAS.
 Mitos mengatakan wanita bujang yang berumur 30 an tidak laku
Tidak juga kerana lelaki kebanyakan akan kawen sedikit lewat, Ada yang mencari gadis lebih  muda ada juga yang mencari sebaya dan se tahun ie: 30's. Lelaki sukakan wanita yang matang kerana bagi mereka perempuan sebegini senang untuk dibawa berbincang.
 Mitos mengatakan wanita berkulit sedikit tann susah mencari jodoh
Ini bukanlah mitos sebenarnya tapi lebih kepada sindiran iklan-iklan pencerahan kulit. Harus diketahui semakin cerah kulit semakin tinggi risiko untuk mendapat kanser kulit memandangkan sinar matahari kian terik dari hari ke hari. Siapa kata perempuan berkulit gelap tidak menawan? Kalo tak menawan masakan ada orang yang sanggup mengahwini mereka? Tak perlu nak putihkan kulit, preserve yang semula jadi.
  Mitos mengatakan yang lawa dan cantik itu baik
Tak semestinya, kerana jangan menilai sesuatu dari luaran sahaja. Ada yang cantik rupa tapi hati busuk, so mmg busuk orang takkan dekat apetah lagi lelaki baik.
 Ni je la dulu yg dpt pkir, kalo ade tambah lagi...

Apabila Syaitan Menangis IV


*maaf buat yang menunggu sambungan siri ini, seperti yang telah aku nyatakan pembuatan cerpen ini adalah berdasarkan feel dan idea yang datang. Walau apa apun selamat membaca =)
Pagi tu hujan mula mencurah-curah di ASPURA. Mereka berlima sudah pun bangun awal pagi selepas solat subuh. Namun takdir menentukan lebih kurang pukul 7 pagi, hujan mula membasahi bumi. Mula-mula sekadar renyai namun lama-lama semakin lebat dan lebat. Awan hitam mula mengisi kekosongan setiap genap ruang langit di situ.

"Macamna ni Mat? Hujan lebat ni, kuyup kita" Pet bersuara. "Takpe, kita tunggu kejap lagi, hujan kan rahmat Allah, jom ajak budak-budak ni kita sambung zikir dan istighfar sementara nak tunggu hujan reda. Maka kelima-kelima sahabat ini memulakan zikir, tasbih, istighfar dan doa agar perjalanan yang bakal mereka tempuhi dapat dipermudahkan dan sampai ke sana dengan selamat. Kuasa Allah tak siapa dapat melawannya, hujan mulai reda dan sinar matahari menampakkan mukanya.

Perjalanan mereka bermula setelah menaiki bas lompat-lompat kerana kampung Mat jarang bas masuk. Cara yang paling murah dan mudah adalah dengan menaiki bas lompat-lompat. Kampung Mat bernama kampung Tebok Jin* yang terletak jauh di utara Pahang di dalam daerah Jerantut.

Bas berhenti di perhentian bas pekan Tebok Jin. Pekan itu kelihatan usang dan lengang. "Takde orang ke dekat kampung nenek kau ni Mat?" Jijoi bertanya. "Biasalah Joi, pekan kecil je, yang muda banyak berhijrah ke bandar-bandar besar, yang tinggal ada la beberapa kerat je, yang lain kebanyakannya orang tua" Mat menerangkan. "Nampak menyeramkan la pekan ni Mat.. Aku terasa macam ada mata yang memandang di sebalik bangunan usang ni" Rambo pula bersuara. "Tu bangunan zaman British dulu, banyak sangat orang take over tapi last-last banyak yang mati bunuh diri" Mat menambah. "Ish, jangan cerita la, seram bulu tengkuk aku" Ojet pula menambah.

"So macamna nak ke rumah nenek kau ni?" Pet bertanya sambil memandang sekeliling. Pekan itu seperti pekan berhantu, kedai ada la beberapa buah je yang masih beroperasi. Stesen minyaknya sangat kecil dan usang. "Selalu ada bas, tapi dalam sehari 3 kali je masuk ke dalam kampung ni" sambung Mat. "Teksi takde ke Mat?" Ojet bertanya. "Teksi takde, tapi kalau prebet sapu tu ade la tu pun macam bas juga, tak kerap. Kita tunggu sikit lagi, kalau takde juga kita jalan kaki je la, rumah nenek aku lagi 2-3 kilometer je" ujar Mat.

Lama mereka menunggu dah akhirnya mereka membuat keputusan untuk berjalan kaki memandangkan tak kelihatan pun sebarang bayang kenderaan besar, hanya kelihatan motor dan basikal yang mundar mandir. "Kampung nenek aku ni kecik je tapi yang besnya air terjun dia lawa dan sejuk. Tu yang aku rajin balik sini" ujar Mat lagi.

"Assalamualaikum. Anak-anak ni dari mana? Tak pernah pula pakcik nampak dekat kampung ni" seorang lelaki tua memberi salam. "Waalaikumsalam, kami ni dari jauh. Saya ni cucu Uwan Jah, mereka ni kawan-kawan saya" kata Mat sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun salamnya tidak disambut dan pakcik tua itu berlalu pergi sambil sesekali menjeling dan menjegilkan mata ke arah mereka. "Kenapa dengan pakcik tu Mat? Kau kenal ke dia?" Rambo bertanya untuk kepastian. "Aku rasa tu Pakcik Merah Kelana, tapi..." Mat terhenti berkata. "Tapi apa Mat?" Pet ingin tahu. "Tapi kalau tak silap nenek aku beritahu Pak Merah Kelana dah meninggal seminggu lepas..." Mat kebingungan. "Habis yang tadi tu siapa?" Jijoi dah tak sedap hati. "Hish takkan lah hantu petang-petang ni" Pet ingin tenangkan keadaan. "Petang hape, dah nak maghrib la weh. Dah jom jom lekas sikit jalan" Ojet menyuruh rakan-rakannya bergerak pantas.

"Alhamdulillah kamu selamat sampai, risau hati uwan tengok jam kamu tak sampai-sampai lagi. Mat pergi bawak masuk kawan-kawan kamu masuk bilik, pergi mandi, tak lama nak maghrib dah ni" perintah neneknya pada Mat. "Baik uwan, jom weh mandi" Mat mengajak kawan-kawannya mandi.

"Jom mandi ramai-ramai" ajak Mat. "Gila kau, gay hapa?" Rambo menyampuk. "Bukanlah, pakai la seluar pendek ke kain ke ape ke. Toilet rumah nenek aku ni dekat luar, kalau kau berani mandi sorang-sorang silakan lah" Mat menambah. "Ok, ok aku ikut" balas Rambo pendek. "Orang dulu-dulu buat bilik mandi di luar atau keluar sedikit dari rumah. Dan kedudukannya mesti tidak mengadap kiblat" jelas Mat. "Tapi diorang tak seram sejuk ke mandi dekat luar ni?" Pet bertanya. "Dah sebati, benda-benda yang kita alami ni diorang tak kesah sangat pun" tambah Mat lagi.

Terasa segar selepas mereka mandi kerana airnya sejuk dan dingin. Selepas siap solat maghrib, mereka dipanggil turun ke dapur untuk menjamu selera. "Wah banyaknya lauk uwan masak" Jijoi rambang mata. "Takdelah cu, lauk biasa je ni, lauk kampung. Biasa makan ikan sungai?" tanya Uwan Jah. "Diorang ni tak pernah makan uwan, tapi apa lauk diorang sebat je" kata Mat sambil yang lain ketawa. Malam tu mereka makan ibarat tak makan seminggu maklumlah makanan di asrama tidaklah sesedap masakan ibu atau nenek. "Nenek kau memang pandai masak Mat, aku tak pernah lagi makan makanan se simple dan sesedap ni" kata Ojet. "Betul, betul, betul" sampuk Jijoi sambil yang lain turut ketawa bersama.

Dari jauh kelihatan cahaya yang makin lama makin terang suluhannya. Nampak seperti kereta, tapi kereta siapa pula yang singgah ke rumah nenek Mat malam-malam ni? "Assalamualaikum mak, eh Mat bila balik?" kata seorang lelaki dari pintu kereta.

"Baru je sampai maghrib tadi ayah su. Irfan mana?" Mat bertanyakan kepada ayah saudaranya itu. "Ada dekat belakang tu Mat, tengah tidur. Nanti tolong angkatkan dia eh" Mak su nya pula membalas. Belum sempat pun perbualan mereka diteruskan, terdengar sebuah hon  dari belakang kereta. 

"Eh ayah dan cik ngah. Ni semua balik ni ada kenduri apa-apa ke?" Mat masih keliru. "Eh, Uwan kau tak beritahu ke? Esok malam nak buat kenduri aqiqah anak bongsu ayah su kau tu. Ayah kau tak balik Mat?" tanya ayah saudaranya yang digelar Ayah ngah itu. "Tak la ayah ngah, abah masih di oversea uruskan syarikatnya" sayu Mat bersuara. "Em dahla, tak usah sedih-sedih, ni Cik ngah ada bawak kan ikan terubuk masin yang Mat suka tu" kata ibu saudaranya pula.

Inilah realiti kehidupan yang terpaksa ditempuhi oleh Mat, sejak kematian ibunya, ayahnya semakin sibuk dengan urusan syarikatnya dan jarang hendak bertanyakan khabar kepada anaknya itu. Dan disebabkan itu juga yang menyebabkan Mat sering balik kampung neneknya dan lebih rapat dengan ayah dan ibu saudaranya sendiri.

"Eh Uwan kau mana Mat? Dari tadi ayah ngah tak nampak pun dia?". "Dia pergi ke rumah orang sakit, ada yang minta uwan tolong ubatkan" jelas Mat. "Sakit biasa ke mistik ni?" perlahan ayah ngah bersuara. "Macam biasa" jawap Mat simple.

Hampir tengah malam, barulah nampak neneknya pulang dari mengubati orang. Mereka semua ternanti-nantikan kepulangan wanita ini. "Siapa yang sakit mak?" ayah su bertanya. "Leman koboi. Lepas balik memancing maghrib tadi, dok meracau-racau kata nak balik, nak balik. Tu yang diorang panggil mak tu. Alhamdulillah dengan izin Allah, jin tu dapat dikeluarkan" terang uwannya. "Moh moh masuk tidur, hari dah lewat malam ni, tak baik berjaga" tambah uwannya lagi. "Mat tolong tutupkan semua tingkap tu ye" ujar uwannya. "Baik uwan, weh korang tutup yang belah sana" Mat mengarahkan kawan-kawannya supaya menutup jendela. 

"Kalau nampak apa-apa dekat luar jendela tu biarkan saja. Baca ayat al-qursi banyak-banyak ye cucu-cucu semua" pesan uwan Mat dari jauh.
Kedengaran dari jauh suara uwannya seperti bercakap dengan seseorang. Sayup-sayup mereka mendengar "Aku tahu siapa yang hantar kamu, aku tahu asal usulmu, dan aku tahu tujuan kamu. Namun bukanlah kau yang berkuasa di sini, tetapi Allah S.W.T. Tanpa izin-Nya kamu tidak akan dapat sentuh dan apa-apakan kami. Pergilah pulang ke tempat asalmu, dan jangan kembali lagi. Awas, tiada peringatan kali ke 2" neneknya berkeras. Serentak dengan itu kedengaran seperti hilaian yang mula-mula kuat kini semakin beransur hilang.

"Seram gila kampung kau ni. Aku ingatkan seram dekat asrama je. Nenek kau tu bomoh ke Mat?" Jijoi bertanya. "Ish takdelah, nenek aku tolong ubati je, dulu arwah atuk aku pengubat tradisional Islam, so kalau ada apa-apa yang diperlukan, nenek aku selalu ikut sekali. Tapi sekarang ni tinggal dia sorang je la" tutur Mat. "Wei, tidurlah, aku dah seram sejuk ni" Rambo berkata sambil menyelimuti kepalanya.

Pukul 2 pagi, kedengaran suara bayi menangis. Makin lama makin kuat. Semua orang bingkas bangun termasuk mereka berlima. "Mat, ajak kawan-kawan kau pergi duduk dekat ruang tamu lekas" arah ayah su nya. "Baik ayah su, jom wei" ajak Mat. "Bidin!! cepat sikit" tempik nenek Mat. "Bawak isteri kau dengan Irfan keluar dulu Musa, biar mak handle di sini". "Bang, anak kita" Mak su menangis. "Takpe Ti, mak ada tu, Ti duduk dekat budak-budak tu, jage Irfan ye, abang nak tolong mak" bergegas lari ayah su masuk semula ke bilik. 

"Ku sudah pesan tadi bahawa jangan apa-apakan kami, malang sekali kalian tidak menurut perintah. Dengan izin Allah, aku akan bunuh kalian sekiranya kalian masih berdegil dan mahu mengganggu kami" kata nenek Mat. "Kami tidak takut malah kami taat setia pada tuan kami, kami rela dibinasakan kerana memang itu tugas kami. Dan kami akan membawa bayi ini bersama-sama" kedengaran satu suara ghaib muncul. "Tunjukilah rupamu dan jangan jadi pengecut!" suara nenek Mat meninggi. Tiba-tiba kelihatan sebuah lembaga berkain putih dari jendela yang terbuka. "Kau dan keluarga kau akan kami hancurkan" kata lembaga putih itu.

Terkumat kamit mulut nenek Mat membacakan ayat-ayat ruqyah untuk menghalau jin itu keluar, manakala Bidin pula sedang membaling garam dan lada hitam sambil membaca surah ruqyah. Manakala Musa melafazkan azan. "Oleh kerana kalian berjaya kami tangkap dan kalian masih berdegil untuk  bertaubat, maka dengan izin Allah wajar bagi kami untuk membunuh kamu agar tidak lagi mengganggu sesiapa" kata nenek Mat sambil memulakan ayat-ayat ruqyah.

Segalanya telah selesai untuk hari ini. Tapi dia pasti kembali menghantar bala tentera yang lebih kuat lagi. Sementara itu, mereka semua kembali tidur dengan aman sehingga subuh menjelang tiba.

*kampung tebok jin ni wujud dan kalo tak silap berada di perlis, bukan di jerantut pahang. aku ubah sikit tempat tu heheh

Wednesday, March 10, 2010

Hari ini aku rasa hensem hahaha

Salam,

Abaikan tajuk di atas, saje jek bagi tajuk yang agak menjengkelkan orang, mesti orang nak baca pastu kutuk-kutuk hahah, tapi bukanlah nak cerita pasal aku hensem, sebab aku memang tak hensem. Hahaha oh lupa maaf ye kawan-kawan sebab aku tak dapat nak sambung cerpen-cerpen aku tu, sebab hari ni sehari suntuk aku berjalan-jalan keliling s.alam haha. Nanti ade mood aku sambung balik. 

Sebut pasal cerpen, tadi aku singgah MPH saje jela sebab nak cari Digital Camera punya mags, tak release lagi issue march, hari tu febuari dah keluar dah time camni. Nampak yang British punya, tengok harga, dekat 40 hengget, uih kerut muka aku. Buat matematik mudah kire bajet hahah, kang beli kang naya over bajet. Last-last tak beli, tunggu je la DCM malaysia punya, baru 9 hengget. Cerita lebih kurang je.

Dah takde magz, aku ronda-ronda la dalam MPH tu tengok-tengok buku, macam-macam jenis. Cari duit dgn bisnes pasar malam, cari duit dgn ternak cacing, bla bla bla. Sekali aku ternampak satu buku ni, tak berapa ingat tajuk tapi cerita pasal penulisan blog update menjadi buku untuk dijual. Aku pun, wah macam best ni, mana tau ada tips-tips yang best. Tapi tak beli gak hahaha sebab aku fikir balik, takpelah aku belajar balik bahasa melayu aku yang tunggang langgang ni dulu, cari orang yang boleh follow cerpen aku ni, baru lah aku kembangkan untuk jual jadi buku ke or just terus berkarya untuk kepuasan.

Hahaha hari ni entah kenapa walaupun bengang dengan kapel yg macam bangang tak pernah masuk panggung, tapi aku rasa happy walaupun aku jalan sorang-sorang. Dulu ada member aku pernah tulis dlm blog dia pasal tengok wayang sorang-sorang macam loser, aku tak terase sangat la tapi rasa macam orang gila lak. Sebab aku ni ada sejenis penyakit kalau jalan sorang-sorang suka cakap sorang-sorang ibarat bercakap dengan diri. Sebab tu kalau jalan dengan member-member aku jadi orang yg sgt bising mulut.

Cerita pertama yang aku tengok tadi adalah Soloman Kane, mati-mati aku ingatkan best. Sebab tengok iklan macam gempak giler je. Hahaha so mungkin ada benar cakap member aku semalam, tengok From Paris with love lakonan John Travolta haha.

Cerita tu tahla bagi aku takde elemen pembangkit yang buat aku teruja dan resah sampai tercungap-cungap...oopp jangan fikir bukan-bukan, ni bukan blue movie yeh hahaha. Agak kureng sebab monster terhebat pun last-last minit baru nak keluar. Tu pun macam sengal je cara dia bunuh ahli sihir tu haha. Dan macam biasa kalau cerita tu bosan, aku akan tidur. Ye aku tertidur cuma tak besnya, kiri dan kanan aku tu lelaki, aduh bosannya. Nak cuci mata pun tak boleh haha. Kiri aku apek tua pegang newspaper aduhai.

Habis tengok cerita, pergi solat dan pergi makan. Nasi goreng kampung bangla, 5 hengget dek non, air paip dibotolkan sehengget setengah peh~~ gila betul. Tapi perut dah lapo telan jela, mujur la sedap bangla tu masak. Habis makan pergi kedai speedy, cari CD hujan yang aku tak beli berapa bulan tah. haha ngaku raingers tapi cd hujan pun tak beli-beli time tu.

Cerita kedua aku tengok, The Book of Eli. Cerita ni best sebab elemen surprise banyak. Benda yang korang jangka lepas ni akan terjadi selalunya salah. Cuma macam cerita Soloman Kane tu jalan ceritanya agak slow. Cuma best bila aksi gaduh Denzel ni pakai machetee (parang panjang) bunuh siapa je yang halang laluannya nak ke barat. Putus kepala, tangan putus, perut terburai macam-macam. Tapi... aku tertidur juga. Hahah tapi kali ni bahagia sikit, kepala aku lentok ke kanan, ade awek. Lentok ke kiri ada awek. Hahaha, yang belah kiri tu agak seksi sebab pakai maxi (baju sambung dgn skirt) tapi slack dah ade balak. Yang belah kanan ni cun gak cuma hang out dengan gurlfrenz. Agak riuh diorang ni nak predict jalan cerita hahah, sampaikan aku plak yang kena beritahu kitab bible tu tulis brail (diorang cakap, oooo Eli hapal bible tu). Heheh aku sengih je la. Tapi yang panas sikit nye bila ada sorg brader nih tak tau la sekolah dekat mane, boleh jawap call dalam cinema dah la cakap kuat. Mungkin dia nampak aku dongak tengok dia pastu ramai dok bising-bisng last-last die pun borak dekat luar. Tapi pastu still sms, phone lak jenis tiap kali tekan keypad bunyi ya rabbi kuat.Oh lupa nak pesan, ni cerita pasal agama, dan last scene tu kepala korang akan teleng sikit nak membaca nama-nama kitab yang diletak sebaris sebelah menyebelah...ada aku mention pasal 'nama-nama kitab'? ye dan korang pun ble teka agaknya.

Habis tengok cerita, nak balik hujan. Gi solat, pastu tatau nak buat apa, lepak jap sambil cuci mata haha. Aku tengok handphone nokia macam angah beli, tapi harga dah jatuh. Gi kedai game tanya PS3 berapa, pastu blah, bukan ada duit pun hahaha. Masuk kedai komputer nak cari speaker, terjumpa speaker macam pak lah, dekat 250 hengget...ceyyyy duit ada tapi beli menatang tu tak makan la aku lepas ni. Sambung jalan-jalan dekat PAS sambil cuci mata.

Oh lupa lak, singgah TESCO, nampak keropok Ruffles, 2 for rm12. Aku dalam hati, aik biar betul? Teringat cerita blog sorang member kata tulis harga lain time bayar lain. So aku blah je la cari keropok yang aku dok ngidam masa dekat bentong, Chachos~!! hahaha

Serius terasa hensem bila orang jual tiket, orang jual nasi, orang jual cd, orang jual pop corn semuanya senyum dekat aku (hahaha edisi perasan tak hengat, jangan kencing tutup tau!! (piss off))

Hanjeng sila diam

Post kali ini agak 18+, so buat yang bawah 18 thn bimbingan ibubapa adalah digalakkan haha

hai hanjeng, kenapalah kau nak menyalak tak tentu pasal? ko tersampuk hantu ke? ke ko sakit gigi?

hanjeng, hanjeng kenapalah nak menyalak macam kena penyakit anjing gila babi, aku tak usik kau pun, aku cuma bertegur sapa dengan nada yang penuh kasih sayang tapi kau menyalak balik dekat aku dengan semburan air liur yang menjejes-jejes, ko tunjukkan taring kau.

Pigi dah! ingat aku takut ke? ingat sikit hanjeng, aku cakap elok-elok janganlah nak menyalak-nyalak lak tak tentu pasal. sebab ko tak dirantai aku ingat ko ni jenis peramah, kind and gentle, tp bile bertegur sapa kau menyalak-nyalak camtu. 

kalo ko ade masalah personnel dgn aku silakan, aku tak takut. tp aku tade masalah personnel dgn ko. dan aku tak sentuh langsung pasal badan ko busuk tak mandi, gigi tak gosok, badan penuh kudis sume tu tapi ko nak ratah daging aku sampai dalam? pehhhh dasattt tuuu, aku terkejut gile.

tapikan dekat sini aku minta maaf banyak-banyak kalo aku lalu kawasan ko, buat ko marah maklumlah kawasan ko adalah kawasan ko, aku tak boleh masuk campur. So im soooo sorry yee~~

jgn menyalak-nyalak nanti pejabat haiwan tahu ko kena tembak siannn ko. ni aku bagi present baikkkk punya~~~ 


taaa~~!! kalo ko nak busukkan name aku silakan, aku tak pernah kesah sbb ape yg aku kesah pelik ade makhluk macam ko ni dkt atas bumi =) terima kasih atas segala cerita yang ko tahu pasal aku, aku tuntut di akhirat bagi setiap cerita yg ko sampaikan kepada orang lain, fair kan??? sbb aku tak pernah kisah peel ko walaupun orang dok bercerita dan ngumpat pasal ko, sbb ape? aku tak jage tepi kain orang

sekian...

Tuesday, March 9, 2010

Permulaan dan kesepian...

Salam,

Hari ni merupakan hari di mana aku akan pergi jauh dari sisi mak. Hari ini juga merupakan hari di mana aku akan pergi menempuhi cabaran baru untuk memulakan episod kehidupan aku sendiri. Dan hari ini juga merupakan hari yang paling berat untuk aku melangkah pergi meninggalkan rumah peninggalan abah ini... Berat untuk aku meninggalkan mak seorang diri di rumah.

Ya seorang diri. Siapa yang dalam hidupnya pernah merasa hidup seorang diri? Pergi kerja, balik rumah sunyi tanpa manusia, hari-hari dan setiap minggu, hanya dalam sebulan mungkin sekali sekala ada penghiburannya iaitu manusia yang disayangi.

Dulu mak pernah beritahu, untuk apa beli rumah besar-besar jika akhirnya seorang diri, akan lebih terasa kosong dan kesunyian. Dan sekarang aku faham makna kesunyian itu. Sekurang-kurangnya aku pernah keseorangan hanya beberapa hari tidak terlawan dengan kesunyian seorang ibu yang menempuhi hari-harinya keseorangan.

Pagi ini buat sekian lama, air mata ku mengalir tatkala mak berpesan padaku "jangan tinggal solat, cari kerja elok-elok" dan ku lihat air matanya gugur. Ku hanya dapat bertahan seketika namun berjuraian ketika solat subuh yang kurasakan "Ya Allah betapa hambamu telah banyak mengabaikanmu, betapa aku telah banyak menyakiti ibuku, ampunkan aku Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan rahmatmu untuk ku tempuhi cabaran mendatang ini". 

Sebak, aku terasa sangat sebak. Cukuplah sekali aku membusukkan nama keluarga, kali ini aku harus bangkit untuk menunjukkan yang aku pasti berjaya kelak. Aku akan pastikan aku akan pulang semula ke bandar kelahiranku untuk terus berbakti di sini kerna di sinilah jua pusara abah dan juga along. Merantau memang seronok untuk dicari pengalaman tapi apalah gunanya kita duduk di negara orang sedangkan kita lupa pusara ibubapa kita, kita lupa ibubapa yang merindui kepulangan anak-anak dan juga kasih dan sayang mereka terhadap kita.

Buat yang masih tidak mengerti, satu hari kalian pasti mengerti kerana ketika kepulangan kalian pasti disambut meriah dengan curahan kasih sayang. Sayangilah mereka seadanya walaupun kita sedar akan sikap mereka yang sesetengahnya agak menjengkelkan tapi ampunkanlah mereka kerana tanpa mereka siapalah kita?

Kalau boleh ditunaikan satu permintaan, aku hendak meminta agar mak senantiasa bahagia bersama kami anak-anaknya. Terasa besarnya kuasa Tuhan yang menyedarkan aku dari terus hanyut dengan arus dunia. Terasa betapa hebatnya kasih si ibu yang tak boleh ku balas dengan apa pun hatta duit setinggi gunung. Terasa betapa syahdunya dan kumerasakan bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu...

Mak, aku akan senantiasa pulang melawatimu walaupun sesibuk mana diriku. Aku rela hilang kekasih dan segalanya seandainya itu adalah penghalang buat diriku untuk selalu pulang melawatimu. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menggantikan tempatmu selaku wanita yang pertama aku letakkan di dalam takhta hatiku ini, ku menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf, halalkan makan dan minum, segala duit-duit yang sering kau beri dan ku minta, berkatilah sepanjang perjalanan aku membesar dari sejak ku dilahirkan. Dan ingin ku ucapkan jutaan terima kasih kerana tanpa putus-putus doamu kepadaku.

InsyaAllah mak, saya akan jadi orang berjaya dan saya akan pulang menemani mak sehingga akhir hayat. Terima kasih kerana membesarkan dan menjaga saya dengan baiknya selama ini. Akhir kata, saya sayang mak!