Followers

Thursday, January 14, 2010

No title

Salam,


Tatkala air mata mu mengalir, kau memikirkan betapa aku sudah menjadi milikmu suamiku, tanggungjawapku adalah atasmu segalanya. Kepatuhanku adalah untukmu segalanya.


Tatkala senyumanmu mengukir, bermulanya segala tanggungjawapku terhadapmu isteriku. Segala air mata, perbuatan, dosa, kata-kata mu adalah sebahagian dari nadiku.

Tatkala air mata mu mengalir, kau runsing memikirkan bilakan kau menjadi seorang ibu. Kau bimbang jika tidak dapat mengurniakan zuriat buat suamimu.


Tatkala kerunsinganmu membelenggu, berputar-putar kepalaku mencari cara, mencari alasan, mencari jawapan, mencari penawar kepada dukamu.

Tatkala air mata mu mengalir, kau bakal melahirkan seorang insan baru ke dunia. Kau pertaruhkan nyawamu untuk membenarkan satu nyawa bakal menghiasi rumah tangga mu.


Tatkala kekecohan itu, ada seorang insan yang tidak tidur sepanjang-panjang tempoh kau menderita kesakitan, mengorbankan masa kerjanya, menghabiskan sisa hidupan hariannya bimbang akan isterinya dan anak yang bakal lahir.

Tatkala air mata mu mengalir dek kerana dugaan Tuhan, kamu bergaduh kepada mertuamu kerana marahkan suamimu asyik ke rumah orang tuanya.
Tatkala kemarahanmu memuncak, seorang insan hanya senyap mendengar bebelanmu. Jauh di sudut hatinya 'diluah mati mak, ditelan mati bapak'. Sayang isteri teman hidup, sayang ibu bapa tanggungjawab.

Tatkala air mata mu mengalir dek meminta ampun kepada Tuhan, kamu memohon agar kamu menjadi seorang isteri yang solehah, keluarga yang bahagia dan anak-anak yang beriman.


Tatkala yang sama, si suami memohon kepada Tuhan, ampunkan dosa ibubapaku, isteriku, anak-anakku, dan tempatkan mereka di tempat orang yang beriman. Dan di masa ini mengalirlah air mata yang telah disimpan begitu lama sepanjang umur hidupnya. Bimbang jika kamu keluarganya tidak dapat masuk syurga, dirinya juga akan ditarik bersama.

Dan di saat ini ketika para isteri terlalu lantang bersuara memohon haknya dari suami. Sang suami hanya mahu isterinya menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik untuk anak-anaknya tidak lebih dari itu. Isteri boleh pilih mana-mana syurga yang dikehendakinya hanya dengan TAAT pada suami tetapi si suami perlu bergolok bergadai segala-galanya untuk masuk ke syurga kelak.

Wednesday, January 13, 2010

Manusia dan teknologi

Salam,


Teknologi, ada yang sebut tech-no-logy. sumorang tahu ianya adalah satu bentuk evolusi kemajuan dan perabadan yang menggunakan ilmu sains. 


Dulu orang guna public phone, sekarang orang dah gune Iphone, blackberry. Tiga tiga sekupang? Mak aku je la yang still guna kot. Tu pun sebab senang nak paham dan less hassle. 


Dulu orang tengok tv kotak, berat, takde kaler, 14 inci je paling besar. Sekarang LCD, LED, plasma, siap boleh gantung macam gantung gambar, incinya tak usah cakap 45 inci pun ada.



Dulu orang main game tetris, sekarang dah ada psp, N-DS, Nokia N series. Game nintendo 64? Xbox 360, ps3 dan Wii je.


Dulu nak guna internet punya la susah. modem 56kbps paling max, nak upload gambar rasa bertahun. Sekarang Cyber cafe berlambak, streamyx la, beruk band la, potong potong la.


Dulu nak guna public transport hanya ada bas dan teksi. Sekarang ada LRT, ada putra, ada monorel, ada komuter.


Dulu nak berkomunikasi guna surat, sekarang guna YM, MSN, Facebook, Myspace, Email.


Banyak lagi teknologi kalau nak cerita. Ada yang bawak kesan baik, tapi ada juga bawak kesan buruk pada manusia. Ada yang nampak membawa kebaikan tapi lebih membawa keburukan.


Teknologi, dimajukan untuk membantu menyelesaikan perkara dan memudahkan manusia. Tapi teknologi juga akan mewujudkan masalah baru dan dari hari ke hari, kesimpulannya teknologi hanya mengumpulkan lebih banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan.


Contoh, manusia menciptakan mesin basuh untuk memudahkan membasuh pakaian. Bagus tetapi membuatkan manusia makin malas sebab bila adanya mesin basuh auto, segala-galanya pakai mesin basuh. Tu belum manusia yang lagi malas sehinggakan upah orang semata-mata nak basuh baju (harian). Kerana manusia tak pernah puas dan makin hari makin malas kerana teknologi semakin canggih. Barat sentiasa mewar-warkan bahawa dunia masa depan akan digantikan dengan robot (dalam cerita Wall-E) yang bermakna, manusia hanya berlenggang tak kira di mana-mana. Jadi jangan terkejut kalau anak cucu kita nanti nak pakai baju, lipat kain, apatah lagi nak basuh pakaian pun tak reti langsung kalau terlalu bergantung harap kepada teknologi semata-mata.


Guna teknologi ala kadar, cukup sekadar membantu bukan membuatkan kita malas dan tak reti nak buat apa-apa langsung.

Tuesday, January 12, 2010

Wanita?

Salam,



Dekat Facebook aku ada bertanyakan soalan, berikan maksud wanita dari pandangan seorang lelaki. Pelbagai jenis jawapan yang aku terima, tapi rata-rata kebanyakannya adalah jawapan bernada positif, baik dan tidak melampau aku katakan terlalu general dan sedikit hipokrasi di situ. Maafkan aku kalau kenyataan itu menyinggung tetapi apa yang cuba disampaikan melalui definisi seorang lelaki, bukan melalui kamus.


Betul, wanita ibarat permata hidup, wanita adalah good figures, lemah lembut, teman hidup, kekasih si lelaki, dan bermacam-macam lagi nada positif. Tetapi adakah itu maksud sebenarnya dari hati seorang lelaki? Kalau wanita adalah segala-galanya kenapa terdapat pergolakan rumah tangga? kenapa adanya peristiwa-peristiwa hitam yang meragut si lelaki dan diragut si wanita?


Persoalan di atas bukan mahu menghukum wanita, bukan mahu menjatuhkan wanita, tapi mencari siapakah wanita itu sebenarnya? Kalau wanita itu adalah sebaik-baik insan kenapakah lebih ramai wanita di neraka berbanding lelaki? Bukankah wanita itu lebih baik dari lelaki?


Bagi aku, wanita adalah 'racun'. Racun di sini tidaklah sama seperti racun yang biasa kita dengar, pemusnah, penyeksaan, tapi lebih kepada kenapa racun itu ada pada wanita. 


Racunnya wanita ini, kerana disebalik kejayaan seorang lelaki adanya mereka. Tapi, ada juga jatuhnya lelaki kerana racun wanita ini.



Racunnya wanita ini, kerana sentuhan mereka bisa menggoncangkan dunia. Tapi ada juga hebatnya sentuhan ini sehingga goncangnya iman si lelaki-lelaki.


Racunnya wanita ini, kerana bisanya membuatkan seorang lelaki jatuh cinta padanya. Tapi ada juga sehingga mampu membunuh sang lelaki kerana cintanya juga.


Racunnya wanita ini kerana menjadikan sang egois lelaki tunduk. Tapi ada juga yang hanya suka mencabar kewibawaan dan kesabaran si insan bernama lelaki.


Racunnya wanita kerana dia dijadikan teman hidup, menemani si lelaki yang kesunyian. Tapi ada juga dek kerana mereka, merananya sang kesunyian mencari teman di sisi.

Racunnya wanita hanya sebuah senyuman mampu menyembuhkan luka di hati sang lelaki. Tapi ada juga dek kerana senyuman itu mampu melebarkan racun di hati yang sedang lara.


 Racunnya wanita itu mampu mengalirkan kesyahduan di benak keras hati lelaki. Tapi ada juga yang membuatkan kerasnya hati itu semakin keras.

 Seperti kata-kata seorang teman, wanita dan lelaki ibarat kunci dan mangganya. Ianya sepatutnya sepadan antara duanya, namun apa yang membuatkan ia tidak sehaluan adalah cara membuka kuncinya (kasar atau lemah lembut) dan bagaimana menjaganya agar kunci dan mangga sentiasa ngam bersama dan tidak berkarat ataupun patah di pertengahan jalan.


Namun, harus diakui wanita mempunyai racun yang amat mendalam dalam kehidupan seharian si lelaki. Naiknya lelaki kerana wanita, jatuhnya lelaki pun kerana wanita. Dan kerana wanita itu dijadikan kerana untuk menemani si lelaki yang kesunyian dan kerana itu dikatakan wanita adalah sebahagian dari lelaki (yakni dari tulang rusuk lelaki yang bengkok). 


Dan sehingga kini, aku masih menggangap mereka racun yang senantiasa mengalir dalam tubuh badan kita (kecuali korang gay atau lesbian), wallahualam...

Monday, January 11, 2010

Kawen, photog dan aku

Salam, 



Malam melabuhkan tirai, dan aku masih bertemankan keyboard lappy ku ini. Petang tadi dah tidur lama, kes sejuk sebab hujan lebat. Tapi bagus juga, di keheningan pagi ni terpanggil untuk aku menulis sebuah post setelah beberapa hari aku tak tulis (penat dengan kawen kazen).


Seronok, happy, teruja, gembira, sedih, pilu, kesunyian. Tu semua adalah sedikit luahan rasa hati dari apa yang aku rasa sepanjang 3 hari aku mengalami kawen kazen ku di sepang. Dan keterujaan itu memang terasa sebab untuk julung kalinya juga aku mengambil gambar pakai speedlight. Rasa sendiri betapa cuaknya dan betapa naive nya aku tentang flash. Baru aku tahu nak jadi professional bukan mudah. Kalau dulu pegang kamera dengan lens sahaja, kali ini sekali dengan speedlight berat anggaran lebih kurang 1.5 kg yang kena pegang ke hulu ke hilir. Dan untuk mendapatkan gambar yang sharp, kena tahan nafas dan tahan gegar dari tangan. Menitik air peluh walaupun air cond hohoho.



Tu yang seronok dan teruja. Gembira sebab dapat tengok kazen naik pelamin. Dulu angah naik pelamin, teruja jugak cuma tak dapat ambil gambar sangat sebab sibuk jadi tuan rumah dan kamera time tu hancuss!!! Sekarang ni dapat ambil gambar betul-betul depan muke pengantin. Debaran tu lebih (maybe sebab 1st time dapat ambil gambar close up camtu). 


Sedih sebab gadis pujaan ramai dah dimiliki sepenuhnya oleh seorang jejaka. Hahaha gurau je lah, she's deserve to get that man. Mereka bagaikan pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan. Aku doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat.


Pilu sebab tengok orang kawen, ramai yang tanya, dan aku pun sendiri tertanya-tanya. Bila aku nak kawen pula? Ada ke orang nak kawen dengan aku? Yelah, aku ni di zaman kejatuhan. Orang tak pandang manusia macam aku ni. Dekat situlah timbul nya pilu dan serentak menanamkan perasaan sunyi. Melihat kazen ku tersenyum manis bahagia bersama suami nya yang tercinta, aku jauh merenung ke dalam ubun-ubun kepala. Akan adakah orang yang hendak setia bersamaku tidak kira siapa aku, apa nasibku, dan bagaimana kesudahanku???


Adakah aku akan nampak pancaran yang sama aku lihat di mata pengantin baru berdua ini??? Syahdu memang syahdu. Aku banyak termenung saja selepas sesi ambil gambar. Puas segala pintu teka teki ingin ku cari jawapan. 


Dan akhirnya aku hanya tamatkan di situ buat seketika. Kerana lensa kamera ku dapat mengesan beberapa orang tamu yang kurasakan patut ku ambil gambar mereka. Bukan ingin berkenalan, hanya sekadar tatapan umum dan mengkagumi insan-insan yang berwajah manis dan cantik buat penyeri majlis hari itu.


Oh ya, aku turut berjumpa dengan photog yang peramah. Seorang time akad nikah, bro Hafiz dan seorang lagi kazen kepada auntie aku. Aku tak ingat namanya tetapi memang sangat peramah sebab dia menawarkan untuk pinjam kamera nya yang jauh lebih hebat dari aku. Nikon D3 kalau tak silap dengan SB900 dan lens sigma 70-300 maybe. Satu gajet perang yang memang hebat untuk digunakan mengambil gambar candid dan potrait di majlis kawen. Terpaksa ku menolak kerana takut jatuh, neway thanx bro. Lupa aku nak ambil no telefon dia. Kalau tak boleh mintak ajarkan tips-tips menjadi photog hebat hehe.



Dan seperti bait-bait lirik Misha Omar, cinta Adam dan Hawa, sepasangan insan sudah disatukan menempuhi badai yang dipanggil rumah tangga. Status sudah berubah, tanggungjawab sudah berubah, komitmen sudah berubah, tetapi harap-harap cinta tak pernah berubah, setia kekal selamanya, Aminnnn...


Aku yang keseorangan,
Kau pergi....


Thursday, January 7, 2010

Sandle buayaku

Salam,


Petang tadi aku ke Subang Parade, setelah selesai membeli barang dapur bersama-sama mak, angah dan anak saudaraku cauddin. Cauddin makin berat tapi aku tengok makin kurus, dan makin banyak peel. Dah laju merangkak, boleh duduk dan ghairah nak berdiri walaupun usia baru 9 bulan. Ingatkan dia dah tak ingat dah ayah saudaranya ni tapi tadi dengan cepat panjat ke badanku menandakan budak busuk ni ingat lagi aku rupanya.


Oklah lupakan pasal si busuk tu, cerita aku kali ini adalah pasal sandle buaya ku atau nama komersialnya Crocs. Sandle pertama aku dapat time hadiah hari jadi dan dibelikan angah. Namanya aku tak ingat tapi jenis yang ada macam baldu dekat depan dan harga time tu RM240+ tapi sebab ada diskaun so dapatla RM150+. Tapi sedih sebab sandle tu dah hilang dicuri malaun mana tah. Bukan sayang apa sangat cuma sandle tu sedap dipakai cuma tapaknya dah haus, tapi orang curi jugak. Pelik sungguh manusia.



So tadi ikut angah nak beli sandle untuk husbandnya. Angah nak beli Crocs Band yang macam kasut sekolah tu. Tapi tengok-tengok macam simple sangat. Aku pula saja-saja melihat-lihat jenis lain. Dan aku ternampak satu jenis yang ala-ala kasut kulit. Memang lawa dan harga pun lawa. Aku suggestkan ke angah. Lama gak dia pikir and last-last dia pun beli dengan warna khakis hijau. Aku pula bodek mak, dan beli yang warna hitam.


So kiranya sekarang ni aku ada dua pasang sandle Crocs. Yang dulu beli time sandle lama dah haus sangat.


Tujuan aku tulis ni bukanlah nak berlagak aku ada sandle Crocs. Aku tak pernah kisah pun kalau orang nak kata aku bodoh beli yang mahal-mahal sedangkan ada orang jual tiruan yang murah. Bukan aku taknak beli yang tiruan, tapi bila aku try yang tiruan semuanya sakit kaki (getahnya keras). Yang ori ni kalau pakai sedap di kaki. Sebab aku pernah sakit kaki dulu, tapi bila pakai yang orinya sakit tu tak terasa sangat sebab dia serap hentakan.


Aku bukan kisah pun kalau orang nak kata sandle aku tiruan. Lantaklah, yang aku tau aku pakai selesa. Bukan aku nak tunjuk pun dekat orang ramai aku yang beli ori. Kalau yang tiruannya selesa, aku beli yang tiruan. Sebab selipar atau kasut orang beli untuk selesa berjalan, bukan nak tunjuk-tunjuk pun. Kalau selipar jepun tu selesa, aku beli je lagi murah.

Wednesday, January 6, 2010

Bounce kad D.I.Y


Salam,


Ok kali ni aku nak tunjuk cara-cara nak buat bounce kad utk speedlight memandangkan aku baru je  lepas siap buat. Mungkin ada yang tanya, bounce kad guna kertas putih je la. Ok memang boleh tapi untuk yang lebih keras dan tahan lama, so boleh la buat my style. Ok so bahan-bahan asas adalah:






  1. Apa-apa jenis kad sebesar dan sekeras kad ATM, kad matriks, kad-kad topap dulu, kad telefon (dulu2.

2. Kertas putih yang orang selalu buat file (yang berkilat sikit)


 3. Gam gajah




4. Gelang McD
5. Gunting



    So, cara-caranya:
    1. Ambil 3-4 keping kad keras dan gam semuanya menjadi satu keping.
    2. Potong sekeping kertas putih ikut saiz kad keras.
    3. Gamkan kertas pada kad keras.
    4. Tekankan pada benda berat untuk pastikan gam melekat dan kering.
    5. Siap.
    Ok kalau korang malas, boleh lah gantikan dengan sejenis kad yang memang keras gila. Cuma kad ni tak licin dan mudah hitam. So boleh potong ikut saiz yang disukai dan lekatkan dengan kertas putih licin tadi.



    Bounce kad amat penting terutama jika mengambil gambar indoor yang mana silingnya terlalu tinggi seperti di dalam dewan. Ianya sama konsep dengan bounce biasa cuma bounce biasa menggunakan siling, dinding, lantai dan apa-apa yang boleh pantulkan cahaya. So kalau malas, pakai je bounce kad. Hasilnya hampir 99% sama. Beza gambar antara yang pakai bounce, kad dengan direct flash.

    Monday, January 4, 2010

    Oh! manusia

    Salam,


    Baru je beberapa detik minit tadi aku surf tenet dan masuklah ke satu site nih Oh! Islam, adik beradik dengan site Oh! artis. Banyak sangat baca gosip ni pening kepala aku, so masuk yang Islamik nye.


    Baca artikel memang seronok, cuma bila baca komen, ada la sorang mamat ke minah ni aku pun tak tahu la, tapi aku rasa dah menyimpang pemahaman dia terhadap hukum. Tapi cara dia reply komen memang nampak hebat sebab boleh keluarkan dalil dari ayat-ayat Al-Quran tapi dari pemahamannya nampak menyimpang


    Artikel tersebut membincangkan hukum mewarnakan rambut. Hukumnya harus tetapi tidak dengan warna asal dan dengan sebab musabab yang dibenarkan. So ramai la yang komen macam-macam yang boleh diterima lagi lah pendapatnya. Sampai la turn budak ni yang mempertikaikan kenapa orang yang dok komen tu sibuk-sibuk sangat. Biarlah kalau orang nak mewarnakan rambut atas SEBAB Tuhan sukakan kecantikan.


    Dan ayatnya diteruskan dengan dalil ayat dan makin panjang dan meleret-leret dengan isi yang makin merapu, ulama dan ustaz tak boleh percaya lah sebab nak jaga periuk nasi mereka. Tentang hukum HARAM itu ini.


    Tapi satu part yang tak boleh nak blah bila dia tanya kenapa Tanah haram itu tidak haram pulak untuk jejakkan kaki ke sana? Dan bebelan dia berterusan ibarat orang berilmu tapi salah tafsir dan nak berlagak tunjuk pandai seolah-olah lagi pandai dari ustaz dan ulama.


    Maaf cakapla, sejahil-jahil aku kalau ulama dan ustaz yang berikan ulasan, aku dengar dan hormat sebab walau ada yang pedas tetapi sekurang-kurangnya pendapat mereka adalah disertakan dengan kajian dari pelbagai jenis sumber dan kitab, bukan hanya pendapat peribadi sahaja.


    Entah apa nak jadi dengan orang sekarang, sehinggakan ulama pun dicacinya...wallahualam...