Followers

Tuesday, February 15, 2011

V day, tak sambut? Tapi nak red roses, nak chocolate.


Tarikh semalam agak kelakar sebenarnya kalau kita dapat lihat. Ada yang begitu lantang mengatakan haram menyambut Valentine's Day, ada yang malu-malu, dan ada juga yang tak kisah je, selamba badak mengucapkan Valentine's Day.

Apa pun aku rasa tak ramai yang masih faham akan pengertian "tidak menyambutnya". 

Sebab ada yang tak menyambutnya as Valentine's Day tapi as a day of anniversary, hari peringatan, hari tanda kasih sayang dan lain-lain perkataan yang tidak menggunakan the V word. Pusing-pusing perkataan pun, the reason is still the same rite? Kalau betul nak buat anniversary or tarikh peringatan kenapa that day (tarikh 14 FEB) and why not choose other way around? Kenapa bukan hari ni? Sendiri mau ingatlah kan, intention awal mesti dah sebab semalam hari kekasih.

Setahun terdapat 360 hari tambah tolak, dan manusia meraikan anniversary untuk sesuatu benda setahun je sekali. Agak lame la alasan kalau mengatakan 14 FEB tu just dipilih hanya kerana kebetulan. Ye ke? Kebetulan bagi aku andai tarikh lahir jatuh on that day, tapi still its a birthday celebration, not lovers day. So niat kena betul la kan. There's should be no resemblance with lovers day such as red roses, chocolate with heart cases and so on. 

Buat yang masih mengucapkan Valentine's Day yakni seorang muslim, tolonglah ubah minda anda. Janganlah nampak jahil sangat. Agak jahil apabila seseorang yang mengaku muslim mengucapkan Valentine' Day pada seseorang yang agamanya berbeza namun di pengakhirannya insan itu juga tidak menyambutnya? Kan malu sendiri aje.

Tarikh 14 Feb patutnya dibuang jauh-jauh dalam kalendar muslimin KECUALI dari hari itu adalah hari yang penting seperti hari kelahiran.
 

Monday, February 14, 2011

Event; Karnival WOW Putrajaya (review)


Event ni patutnya sehari je, tapi atas dasar aku mengenangkan "tak semua orang senang macam ko" ayat yang lazim kena tempias pada aku yang aku sudahi dengan senyuman meleret, takpelah. Aku berkorban 2 hari, apa salahnya kan? Semua atas dasar kawan, aku tak amik port pon.

Tak nak cerita panjang, aku bahagikan gambar ikut hari pertama dengan hari kedua aku di sana (Putrajaya).

Hari Pertama






Hari Kedua






Kesimpulannya, event ni ok lar. Not that bad. Sesuai untuk family, cuma yang bawak anak-anak kecik tu janganlah terlalu ghairah nak tengok itu ini sedangkan anak-anak tu sendiri dah rimas. Mungkin perlu ada orang jaga parking supaya lebih smooth parking tu, takdelah parking ikut suka hati je. Apa pun 2 hari aku di Putrajaya aku rasa berbaloi bila tengok balik hasil gambar yang aku ambil. 

p.s: snap sorang-sorang tak seseronok snap ramai-ramai dengan member-member. Tak sabar nak tunggu Festival Hot Air Balloon this 17th March 2011! 

Thursday, February 10, 2011

Kamera oh kamera Part 9

Untuk siri kamera oh kamera kali ni aku tak nak berceloteh. Takde isu nak dibangkitkan buat seketika, cuma aku ingin mempertontonkan 2 buah kamera DSLR dari Canon yang khabarnya akan dikeluarkan bulan April ni.

Kedua-duanya di kelas entry level, means harga sekitar bawh RM3k.


Model yang pertama adalah Canon EOS 1100D. Tengok number siri mungkin boleh agak ianya adalah upgrade dari 1000D. Seperti yang pernah aku beritahu (ye ke, aku pun tak ingat) selepas kemunculan 550D, Canon dah tak berapa keluarkan DSLR entry level. Nampaknya aku silap, bila ramai yang dok bertanya kamera entry level apa yang bagus untuk beginner, nampak gayanya Nikon dah ada pencabar baru. Mungkin lepas ni ramai yang akan pikir balik bila nak beli D3100.

Kalau dulu 1000D cukup menjadi trend apabila harganya jauh lebih rendah dan lebih power dari entry level Nikon time tu, sekarang ni dah jadi balik. 1100D nampaknya dah betul-betul upgrade setanding D3100. Mungkin ada kalah sikit dari segi MP, size LCD dan video. Tapi untuk kali ni, Canon memperkenalkan kit lens baru iaitu EF-S 18-55 IS II, versi upgrade dari yang lama. Khabarnya lens ni boleh differentiate kiraan stop (efek kepada shutter speed) dari portraiture biasa dengan panning (ambil gambar benda laju).


Model yang kedua adalah Canon EOS 600D. Versi upgrade dari 550D. Tapi yang model ni tak banyak sangat upgrade kecuali processor, ada 3inch vari-angle LCD, dengan LCD skrin yang lebih bright 1000k+ dot. Apa pun info masih tak banyak pasal kedua-dua model ni. Tunggu sampai ada orang dah test, baru boleh tahu kehebatan dan kelemahan model-model ni.

Bulan April, sama-samalah kita tunggu review dari pakar-pakar kamera.

p.s: buat yang nak beli DSLR bawah RM3k, better hold dulu, tunggu review dan model ni keluar di Malaysia. Mana tahu ada benda yang best kan?

Wednesday, February 9, 2011

Kisah porno di tepian jalanan


Hari ni dekat 3 jam aku tunggu repair motor. Dari berdiri, jalan-jalan tengok spare part motor yang berkilat-kilat dek aloi. Duduk lepas takut kisah lama berulang kembali. Bila dah duduk, mata dok ke hulu ke hilir, masih tertunggu-tunggu apa kisahlah motor Lagenda aku yang satu tu. 

"Nah bang, surat khabar, sesambil tunggu motor" sorang brader jaga kaunter sparepart tu menghulurkan surat khabar Kosmo. Aku yang time tu dah nak landing (kalo ada bantal sure aku landing) kes malam tadi tido lewat, terus segarkan mata baca paper. 

Tapi baca paper, setengah jam pun paling lama nak baca. Sedangkan waktu tu baru sejam berlalu. Dan mata kembali mengantuk. Sesekali bangun lagi nak kasi segar biji mata.

Dan bermula kisah aku cuci mata hanya dari kedai motor je.

Kisah pertama. Yang ni betul-betul segarkan biji mata. Ternampak kelibat warna pink di belakang aku, aku toleh. Agak terkedu bila aku nampak dengan jelas tali coli di tubuh pemakai. Maaf cakap, bukan niat aku nak fokus situ tapi disebabkan ketirisan bajunya yang boleh aku andaikan seperti baju tidur a.k.a lingerie yang jarang tu. Sebab tu aku terkedu, sebab si pemakainya bertudung, cuma bajunya... dia berlari, sebab time tu hujan renyai-renyai. Aku hanya mampu menggeleng.

Kisah kedua, seorang gadis turun dari celah-celah bangunan, atas premis ni rumah sewa. Manis berbaju kurung putih, seputih kulitnya. Aku hanya perhati je setiap pergerakan dia menuju ke sebuah kereta. "Dah ada pakwe kot?". Abaikan aje lah buat seketika. Tapi selang setengah jam lepas tu, si gadis yang sama turun berpakaian sedikit moden. Bertudung seperti seseorang yang aku kenal, berkemeja panjang, TAPI... skinny jeans yang agak memperlihatkan bentuk pau 2 biji itu. Dari jauh nampak macam legging, tanda ianya ketat. Oh sayang sekali, a moment ago she's like an angle. Aku masih menggeleng.

Yang ni kisah ketiga selepas motor aku siap repair. Aku ke Giant di Plaza Shah Alam. Tengah tengok buah, ada satu group ladies tengah belek-belek barang. Ada sorang yang menarik perhatian. Tapi mulanya aku sangkakan bukan orang kita, then pandang balik ooo. Agak moden berpakaian, tapi tak kesahlah, free hair.

Kisah keempat apabila aku berada di parking motor tengah nak keluarkan helmet. Melintaslah seorang gadis yang agak manis wajahnya berkemeja T tetapi pakai legging. Agak menarik perhatian sebab... korang sendiri paham je la kan apa yang menariknya dengan legging. Mula terpikir, diorang ni pakai camtu tak takut ke kena raba? Kena rogol? Semua tu adalah satu tarikan kepada manusia-manusia yang tak boleh dan tak reti nak kawal nafsu.

Tapi tu lah hakikatnya dunia sekarang ni. Aku just berharap si pemakai lebih bertimbang rasa. Memang hak kalian untuk berfesyen, memang hak kalian untuk tampak cantik dan menarik. Tapi apa hak kalian untuk menarik orang lain menambahkan dosa dan masuk ke dalam neraka hanya kerana ego dan keras kepala kalian demi fesyen? Ingatlah, ada orang lain yang lebih merana di akhirat kelak dari kalian. 

Tiba-tiba aku rasa, bagaikan melihat porno tapi hanya di tepian jalanan dan ianya percuma. Siapa yang menyalurkannya? Sendiri mau ingatlah~!


Sunday, February 6, 2011

Kamera oh kamera Part 8 (Entry level yang dihina)


Bila seorang photog bertemu dengan photog lain, persembangan mereka 80% akan berkisar pasal kamera dan photography.

Al kisahnya beberapa hari yang lalu aku pulang ke kampung, ada kenduri aqiqah. Macam biasa aku akan bawa kamera ke hulu ke hilir, kot-kot ada moment nak diambil gambarnya.

Time aku sampai, kenduri dah nak habis dah, tapi saudara mara masih ramai dekat rumah. Ada yang tidur, ada yang makan, ada yang borak-borak. Budak-budak macam anak sedara aku tukang terbalikkan rumah, biasalah tu.

Then terjumpa la sorang brader ni yang merupakan suami kepada kazen aku. Dia antara insan yang berjaya memperkenalkan aku kepada dunia DSLR. Sebab time akak aku kawen, dia tukang ambil gambar sambil mengutuk-ngutuk mak andam yang juga menjadi OP time tu. Sebabnya? Mak andam tu takdela terer mana ambil gambar, plus dia takde speedlight.  Ya aku akui, gambar mak andam tu flat aje sebab guna built in flash aje, tapi gambar brader tu pon takdelah sehebat mana. 


Mula-mula dia tak perasan agaknya aku bawak kamera, sampailah lepas makan aku pegang beg Nikon aku tu naik atas ke ruang tamu. 

"Haih, meh la sini beg tu" 
Aku hanya tersenyum dan tersengih, aku tau die lebih arif dalam benda-benda macamni.
"Pakai kamera apa?"
"D5000 je bang"
Sambil membuka beg nikon aku, dia terkejut melihat lens Sigma 70-300 aku.
"Kenapa tak amek Tammy 70-200?" tanyanya.
"Bukan Tammy ada masalah sikit ke?" aku bertanya kembali.
"Tak, Tammy ok, yang 2.8".
Aku hanya diam dan mengangguk. Bagi aku mana boleh compare lens F2.8 dengan lens F4-5.6 kan?

Tapi lepas tu dia try ambil gambar dengan lens Sigma tu. Dia hanya diam, tak tahulah, mungkin mengutuk lens aku sebab silap beli or dia tak jangka seperti tu?


Kemudian perbualan kami disertai oleh kazen-kazen aku yang lain merangkap adik iparnya. Mereka berbual pasal D90. Aku hanya senyap aje. Aku tahu rata-rata orang akan cari D90. Orang baru pun nak cari D90. Aku je yang tak berapa nak ikut trend orang sebab dan alasan aku sendiri yang telah aku kupas dalam siri-siri Kamera oh kamera yang lepas.


Tiba-tiba sorang kazen aku tanya
"Kamera abang Shukran ni berapa Megapixel?"
"12 MP aje"
"DSLR orang mana tanya soal MP ni" brader tu menyampuk. Aku hanya tersenyum, ya betul MP tak berapa main peranan.
"Ce tanya Full frame ke FX ke barulah soalan orang pro" balasnya lagi.
Aku sedikit terkejut dengan jawapan dia. Full frame dengan FX bukankah sama? Dan apakah nilai pro photographer itu dinilai melalui kamera Full frame?
"Awak selalu guna mode apa? Auto?" tanyanya.
"Tak, saya selalu guna Aperture mode"
Dan dia memusingkan dial mode ke P dari Auto, aku hanya memerhati diam.

Perbualan kami diteruskan lagi dengan perihal photography dan kamera. Aku cakap hanya bila perlu dan aku lebih suka mendengar brader tu bercakap perihal benda-benda cani. Melainkan benda tu aku sedikit tak paham or ragu-ragu then aku questionkan balik.


Dia memulakan semula dengan
"Abang sekarang ni tengah cari DSLR jenis Lumix, senang nak bawa travel"
"Ooo, Lumix yang sejenis dengan PEN?" fahamlah maksudnya yang dia mencari hybrid bukanlah DSLR.
"Haah, kecik senang nak bawa travel. Orang dah tak bawa dah DSLR besar-besar pergi travel sekarang ni"
Aku hanya berkata dalam hati, sebab tu ada orang still simpan DSLR body kecik dan all rounder lens macam 18-200. Nak bawak travel body full frame memangla sedikit berat. Tapi kalo sanggup macam member aku, apa salahnya?


"Tapikan bang, hybrid tu grip dia kurengg ahhh" aku menyatakan pendapat.
"Memang ah, tu kan body kompak tapi senang nak bawa travel".
"Dulu pernah try guna D60 ofis punya, aduhaiii macam hampeh" dia sambung lagi.
Dia tak tahu aku dulu owner D60. Pada aku D60 takdelah teruk sangat, cuma kena guna dengan bersabar.
"Saya punya D60 dulu jual dapatlah RM1.2k" balasku.
Dia hanya diam dan mengangguk.

Perbualan kami diteruskan dengan kedai-kedai yang ok. Aku meneruskan mengambil beberapa lagi gambar-gambar yang sempat aku snap. Tak banyak sangat cuma oklah untuk kenangan.

Cuma agak terkilan sedikit apabila DSLR user yang dah lama macam dia agak menilai DSLR based on level? Apakah tiada pro dalam dunia ni yang guna entry level sebagai kamera port folio diorang? Silap tu. Adakah orang itu dikatakan pro bila ada sebuah full frame kamera di tangannya tapi nak buat bokeh pun tak tahu?

"Don't judge the book by its cover!"

p.s: sampaikan kazen aku sendiri beria-ria nak cari D90. "Perlukah"? Hairan ye, kenapa orang fobia sangat dengan term "entry level"?

Saturday, February 5, 2011

Margarita HALAL segelas?

"Halal ke restoran ni Mael? Asal aku tengok ada logo arak je dalam kedai ni?"
"Biasalah, dah nama pun Grill and bar. Bar mesti jual arak"
"Habis tu halal ke?"
"Halal la, ce ko tengok sana tu haa, tu bukan orang melayu? Bukan orang pakai tudung tu?"
"Ermmm..." hati masih was-was.
"Ala mestilah halal, kalau tak takkan pernah keluar dalam rancangan makan-makan dekat tv"

ada ke Margarita yang HALAL?
"May I take your order sir?" seorang gadis melayu manis berbicara.
"Haa ni pekerja pun melayu, mestilah halal" Mael berbisik kepada Jai.
"Errm ye la kot???" hati masih was-was namun ditekadkan hatinya.
"Dah la, ko nak makan apa? Steak diorang dekat sini best woooo"
"Entahlah aku pun bukan tahu sangat, ko pilihkan la" balas Jai.

"Ermm two rib eye steak with BBQ sauce yah?"
"Ok, drinks?"
"Two wild berry margaritas"
"Mar..marga... ape tu?" Jai kebingungan.
"Ala dia macam punch, air buah-buahan tu" Mael berkata.
"Ooooo..." melopong tak tahu apa cerita.
"That's all sir?"
"Yes"

"Ko pilih steak apa tadi Mael? Pelik bebenor bunyinya?"
"Rib eye steak, sedap tuuu"
"Oooo... steak with rum... apa kejadahnya rum ni Mael?"
"Entah, macam kicap kot, ke nama sos ke"
Dan apabila hidangan sampai, mereka makan dengan bestnya sampai licin.

Suatu petang di kedai kopi di Kampung Termenung.

"Peh haritu Mael belanja aku makan steak, best gila"
"Ko makan dekat mana?
"Ala, dekat ######### tu la, Mael kata restoran tu pemes".
"Eh ko biar betul, restoran tu mana halal pun"
"Manaaa, Mael kata halal. Aku sendiri pun nampak ramai orang melayu masuk makan. Yang bertudung pun ada"

"Yang bertudung tak bererti kedai tu halal. Buatnya dia pun tak tahu macam ko, adakah ko nak kata restoran tu halal hanya dengan tu je? Ko tau tak kedai tu jual arak?"
"Tau, tapi Mael kata diorang asing yang arak and non arak"
"Konfem? Orang manalah yang rajin sangat nak asingkan pinggang mangkuk, periuk belanga arak and non arak? Dan makanan ko tu konfem bebas arak?"
"Eh manada, steak aku tu bubuh BBQ sauce dengan rum je, manada wine ke beer ke" tegas Jai.
"Astaghfirullah... Jai, ko tau tak rum tu sejenis arak?"
"Hah?!!! Tapi Mael kata rum tu sejenis kicap or sos" muka dah lain macam.
"Hai ko ni, percayala sangat cakap Mael"
"Mujurlah air aku minum tu air buah-buahan aje" 
"Air apa ko minum?"
"Margarita"
"Jai...Jai... mati-mati ko kena tipu dengan Mael"
"Arak jugak? Astaghfirullah..." terasa tekaknya mencucuk-cucuk ingin muntah.

p.s: moralnya, kalo kedai makanan tu dah ada jual liquor takyah masuk je. Bukan mati pun kalo tak makan dekat kedai macam tu. Dari makan benda haram, baiklah makan nasi je dekat kedai orang Islam yang bersih. Halal sebuah kedai bukan berdasarkan siapa pengunjungnya, tapi sejauh mana HALALnya makanan itu sendiri. Curi barang boleh pulang balik or bayar ganti rugi, makan benda haram akan jadi darah daging. Kesannya? Pada anak-anak kita nanti.


Tuesday, February 1, 2011

Kamera oh kamera Part 7 (Bokeh and Close up)

2-3 hari yang sudah hari asyik hujan je. Aktiviti biasa aku, zzZZzZzZzz join mak aku tidur since dia baru habis kerja malam. Lantai dah macam air batu. Aku tidur dalam bilik tak pasang kipas pon still nyaman. Bentong dah macam oversea, gunung ganang keliling semua hilang dek kabus dan cuaca mendung.

Buka facebook tengok member layan close up, tiba-tiba aku terpandang bunga mak aku yang berlambak-lambak dekat laman. Lepas solat Asar terus keluarkan kamera, tripod, speedlight, remote dan cord. Snap, snap. Termasuk hari ni aku layan lagi sebab hujan dah stop. 

Berpeluh gak nak setup tripod sama dengan kamera. Since lens Sigma aku tu berat, plus body plus speedlight mau la dekat sekilo lebih. Terasa tripod aku tak kukuh, kepala je asyik jatuh, tensen tol aku.

So ni je la hasilnya... nak tengok lebih, boleh tengok dekat album Facebook aku.






All pics were taken with Sigma 70-300 DG Macro at 300mm