Followers

Friday, December 10, 2010

Mangsa fesyen


Cuba korang rewind balik ke zaman dahulu, dan kaji balik. Adakah korang salah sorang dari mangsa fesyen?

Cane nak tau? Tengok lah gaya korang, adakah bila sesuatu zaman kegemilangan itu naik, korang pun just main bedal je ikut sebab nak nampak up to date dan tak nak nampak lame atau nerd?

Mungkin 99% dari kita begitu, tipulah kan kalau korang tak pernah jadi mangsa fesyen. Aku pun pernah jadi mangsa fesyen, tapi sebab aku ni jenis prinsip lain sikit, so boleh dikatakan even aku jadi mangsa fesyen pun, style aku lain dari yang lain.

aku pernah ada seluar US ARMY punya cargo pants, beli bundle, warna gold hijau macam seluar sekolah

Zaman baju kemeja panjang petak-petak? Zaman seluar baggy? Zaman rantai, gelang, bracelet semua tu dah pernah rasa. Zaman skateboard pun aku dah rasa walaupun tak pernah rasa main deck papan selaju. Semua tu hanyalah ikutan fesyen sahaja. Sampai satu tahap bila dah masuk usia dewasa, korang akan stop dengan sendirinya dari terlalu menjadi mangsa fesyen dan lebih mencari identiti sendiri.

Sk8 shoes merupakan satu kegilaan aku satu masa dulu
1st t-shirt dan 1st font yang aku labelkan sebagai "Baju hantu". Beli time tu RM20 je

Tapi style yang tetap kekal dengan aku adalah t-shirt biasa, seluar cargo, full cap kalau perlu, sneaker / boot / sandle. Tak perlu melebih-lebih nak pakai bling-bling ke, tak perlu nak berantai, bergelang bagai, tak perlu nak isap rokok, nak bersubang, nak bertindik ke apa ke, dan paling penting jadi diri sendiri.

nak tergelak aku tengok manusia pakai macam ni, hahaha!!

Al kisahnya ada la sekali tu aku baru lepas menikmati sup international di Chow Kit. Best gila! Naik la stesen monorail situ. Masuk-masuk terserempak la dengan group-group remaja ni. Satu group ni tengok fesyen dapat agak fesyen Punk. Tengok boot hitam ada tali merah, rambut punk moden, dan paling tak boleh blah pakai rantai ikat motor dengan mangga paling murah buat rantai. Aduhai anak melayu!

Satu group lagi kalau dari apa yang aku tau, Gothic sebab si perempuan tu pada mulanya aku sangkakan Punk tapi aku teringat fesyen dia ala-ala gothic jenis pakai skirt mini kembang dan korset. Nampak bergaya sikit la dari si group Punk yang macam seminggu tak mandi. Bukan nak kondem, tapi kesian gak la bebudak ni terlalu obses hanya dengan gaya je. Seteruk-teruk aku pun, aku tak cuba untuk jadi over dalam fashion. Pernah aku cuba over, tapi bila tengok depan cermin rasa nak muntah. Last-last style aku biar simple dan sempoi, tak perlu nak over.

p.s: korang pon, nak berfesyen tak salah. tapi janganlah over sangat sampai terlalu obvious menjadi mangsa fesyen. apa salahnya cuba buat identiti tersendiri korang. benda yang simple selalu akan jadi ikutan orang.

Monday, December 6, 2010

Event; KLIMS 2010 the review

Semalam PWTC dibanjiri manusia.

budak ni takde kaitan dengan group kitorang haha

Bilangannya? Tak terkira ramai, dari yang sekecil-kecilnya sampailah yang tua pun ada. Semua nak tengok event ni. Ada yang tak sabar nak tengok Bumblebee, ada yang tak sabar nak tengok model-model kereta dan ada juga yang tak sabar-sabar dengan model seksinya termasuklah aku.


Harga tiket RM20 untuk dewasa pada hari minggu tidak melemahkan semangat orang ramai. Malah time kitorang blah pukul 2 lebih, keadaan makin hingar bingar, makin padat makin ooooh, mujurlah ada air cond. Tambah lak dengan lucky draw dengan hadiah pertama Toyota Prius, membuatkan orang ramai bagai nak gila.


Secara keseluruhan event ni menarik untuk kaki-kaki kereta dan motor (even motor sikit je). Juga heaven untuk kaki menembak (photgrapher) sebab kalau kereta tu ada model cun dan seksi, kompem penuh booth tu dengan lensa pelbagai jenis kamera dan segala macam flash.



Proton Emas
Perodua punya incoming car

Dalam banyak-banyak model kereta, aku agak tertarik dengan Proton yang memperkenalkan konsep kereta lagenda 5 hulubalang bersaudara iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Setiap nama mempunyai designnya tersendiri dan seperti namanya, Tuah jauh mendahului design yang lebih cantik dan elegan. Cuma yang menjadi sedikit kehampaan adalah sport rim keluaran Proton pada aku agak kureengg~!! Designnya agak pelik dan nampak janggal dengan imej kereta yang elegan. Seperti plastik pun ada.



Perodua juga menujukkan hasil rekaan barunya, tapi hanya sebuah. Yang agak mencuri tumpuan adalah Lotus apabila rekaan barunya seakan-akan Ferrari + Lamborghini dan hilang imej Lotusnya. Aku agak terpaku pada sport rimnya yang cukup menyerlah.


Yang lain-lain hanyalah model kereta biasa dengan aksi manja dan seksi si gadis-gadis model ni. Buat yang ada cik abang, jangan jeles lak kalau cik abang nak ambil gambar dengan model seksi tu, sekadar ambil gambar je, bukannya nak buat apa pun.



Yang menariknya, Bumblebee yang pada aku mengikut skala sebenar berjaya menarik crowd. Sayang sekali sebab ada lak kawasan untuk ambil gambar berbayar. So yang aku ambil ni just curi-curi dari sudut yang tak berapa best sangat la. Dan di tempat lain, juga menarik crowd adalah model kereta Chevrolet Camaro Bumblebee punya. Serius lawa, siap ada logo autobots di tepi dan dekat tengah-tengah rim. Smart habis!



Kalau itu masih tak cukup menarik, korang boleh ke Hall 3, dekat sini yang menariknya ada show model motosikal kuasa tinggi macam Ducati, Harley, Blade, Aprillia dan juga Vespa. Tertarik dengan jaket Ducati, tetapi bila tengok harganya RM2.5K, tak jadi terus. Di sudut Harley Davidson, ada dipaparkan model terbaru Harley yang jenis easy rider tetapi sporty sikit, serius lawa. Cuma harga memang tak hengat la. Yang lain-lain best dekat Hall 3 ni adalah Ferrari, Maserati dan Rolls Royce.


Hall 4 lebih kepada kenderaan futuristik sikit. So banyak design yang agak pelik. Sedikit menghampakan apabila Batmobile yang aku sangkakan betul-betul punya hanyalah rekaan saja. So yang bab ni aku boleh katakan diorang (penganjur) ni menipu la. Kot ye pun nak buat replika ke, buatlah yang betul-betul. Ni tengok dari jauh tayar pun dah tau bukan ori punya. Buruk gila!!!! 


So far pergi sini memang best. Best tengok model kereta yang hebat-hebat dalam dan luar negara. Ada gak yang jual peralatan kereta seperti alarm, lampu, jual aksesori kereta, sport rim, tinted dan lain-lain. Tak rugi la pun kalau bayar RM20 seorang nak pergi tengok dan bergambar. Cuma untuk yang berkeluarga dan beranak kecil aku tak syorkan sangat. Sebab tempat ni sgt crowded dengan orang yang jenis agak selfish bila berjalan.

Buat yang tak pergi lagi, still boleh pergi sebab benda ni sampai hujung minggu ni. Hari biasa pukul 11 pagi, RM15 dan kalau hujung minggu RM20 buka pukul 10 pagi. Tak rugi pun pergi sini kalau nak compare dengan RM20 tu dengan apa yang korang bakal dapat, pada aku ia lebih bermakna. 

Friday, December 3, 2010

Uncle seekers kena saman? Tamatlah riwayat blog ko


Sedutan dari Utusan Online

Bekas Permaisuri Agong saman Syed Abdullah, Syed Hussein

03/12/2010 7:47pm

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.
Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.
Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan


I'll be back~


Blog aku akan rehat sementara waktu, maybe ahad malam tu baru aku sambung cerita pasal 2 event yang akan aku pergi Sabtu dan Ahad ni. Serius shit, bulan ni sangat banyak event menarik untuk dilawati dan diambil gambarnya. 

Rakan-rakan bloggers yang juga photog, jom buat outing tak kisah lah sorang ke, dengan member ke, jangan simpan je kamera tu, membazir nilai duit yang digunapakai tika membelinya.

Aku sangat gembira! Walaupun aku outing sorang-sorang, tapi inilah dunia aku. Gerak tanpa perlu tunggu orang, berjalan tanpa tunggu orang ajak, bertindak tanpa tunggu orang tegur.

Thursday, December 2, 2010

Kamera oh kamera Part 4

Tadi aku berfacebook, dan aku tengoklah dekat satu penjual barangan kamera online ni based on Facebook. Rata-rata yang aku tengok, berminat nak beli tapi tak tahu untuk apa?

makin panjang lens dan berat, ia memerlukan tongkat untuk sapot

Contoh, tengok lens panjang lawa je tulis Nikkor dengan Tamron. Nak beli tapi tak tahu spesifikasi. Ada lak tu hampir kesemua gambar lens, dia tanya boleh masuk tak? Boleh masuk tak?


Pada aku kalau nak beli online, kita tetapkan dulu barangan jenis apa yang kita nak beli. So nanti takdelah, tengok lens tu panjang je, rasa best nak beli tapi kita sendiri tak tahu lens ni tele ke wide?

Sebab aku dah dapat pengajaran aku sendiri. Sebab aku ingatkan lagi panjang lagi ok rupa-rupanya lagi panjang lagi banyak masalah. Heheh aku cerita pasal lens ok.


Ceritanya begini, dulu target aku adalah 55-200 AFS Nikon VR. Then bila duit dah secepuk ada, datang la plak musibat ni tunjuk 55-300 AFS Nikon VR. Kalau dari segi kewangan yang aku ada time tu, boleh je nak beli. Tapi sebab aku nak lens yang praktikal, maknanya lens aku beli tu takkan jadi waste tersimpan or terperuk je dalam beg.


Dan time aku di kedai, datang lagi musibat meracun aku supaya amek Sigma 70-300 DG Macro. Racun-racun yang tak dapat aku nak elakkan dan melupakan 55-200 VR. You angkat ini aaa, ada extra 100 maa~~ Lagipun ini aa ada macro mode wooo~~ Ayat-ayat racun, bila dah terkena, memang kaw-kaw la menyirap. Lagi aaa, ini bontot besi maa bukan plastik. Fokusing pon laju, aduss memang tak dapat nak kawal, last-last aku terpaksa mengiakan aje. 

Silap sebab aku tak homework pasal lens tele sigma. Yang aku tahu Sigma lens ni bagus dekat wide or ultra wide. Tapi untuk tele kena hati-hati sebenarnya, silap langkah jadi macam aku.

Bila balik nak try test, aku mencari la tanda-tanda seperti VC, OS, VR, IS ke jadahnya, satu mekanisma untuk mengurangkan shake tangan. Dan tiada, ok la lagi sebab aku tak test lens tu. Bila dah test, masuk 200 je tiba-tiba bergegar. Ah sudah...

Rasa tangan aku dah kemas dan gagah dah pegang, tapi bila tengok viewfinder, gegar tak hengat. Pulas sampai 300, gegar aduhai sampai naik cuak muka. Semalaman aku tak berapa nak lelap tidur sebab fikir cane aku nak counter balik masalah ni. Esok pagi aku dapat idea, dan masalah selesai.

Then beberapa hari kemudia barulah aku tahu yang version aku beli tu takde OS. Sebab kalau yang OS punya harga dia double dari harga yang aku dapat tu. Tapi untungnya ada OS or Optical Stabilizer ni, ia akan tolong reducekan shake gambar.

TAPI...

Still aku tak sarankan untuk pengguna lens TELE yang baru agar ambil lens sampai 300-400. Sumpah berat! Dan sumpah satu lagi bila masuk 300 korang pegang kukuh mana pun, ia akan melayang-layang sebab kedudukan lens dah jadi panjang. Kalau yang dah terbeli macam aku? Jalannya kenalah beli tripod or monopod sebagai tongkat.

Adakah aku menyesal beli Sigma 70-300 ni? Tak juga, sebab lens ni bagus buatannya. Laju memang laju, fokus pun laju tapi siang hari je la, sebab time ni la korang boleh boost up shutter so boleh counter unbalance tu. Tapi bila malam...tukar je la lens lain, memang hancus unless korg mount pada tripod.

Pengajaran, buat homework dulu sebelum nak beli lebih-lebih beli online ni. Kalau beli kedai, paling tidak boleh try test, tak suka boleh tukar time tu juga. Ni beli online, kalo postage memang sakit la kalau tak berkenan lepas tu. So bare in mind, kalau masih baru, beli lens tele paling jauh pun 200 je, then later baru la korang beli yang lagi panjang dan berat.

Event: Pertandingan Fotografi Nikon & KukuBesi



..."SALAM SEMUA, pertandingan fotografi kukubesi and nikon tu adalah sempena event graffiti di sg klang pada 4-5 dec ini, so kepada yang berminat u all kena datang dan shoot video atau ambil gambar masa hari kejadian kemudian baru submit :) bukan hanta artwork yang telah tersedia ada.. harap maklum, kekeliruan amat di kesali kay

kepada kawan2 sila save as dan upload semula dan war war kan kepada kawan2 anda semua, kerja sama kawan2 sangatlah di hargai dan di perlukan. thanks guys

-----------------------------------------------------------------------------------

TERBUKA KEPADA SESIAPA YANG INGIN TURUT SERTA

1. apa sahaja jenis kamera di luluskan
2. apa sahaja jenama kamera di luluskan
3. gambar edit dan video edit di luluskan

VIDEO tarikh tutup penyertaan 12 dec 2010

- sila hantarkan link video yang telah anda edit kepada kami ke alamat fotoradikal@kukubesi.com dengan tajuk email " VIDEO KULSIGN CONTEST"

FOTOGRAFI tarikh tutup penyertaan 7 dec 2010

- sila hantarkan gambar anda bersize 1500px X 1005px sama ada landscape atau potret ke alamat fotoradikal@kukubesi.com dengan tajuk email " EVENT PHOTO CONTEST KULSIGN " . anda layak menghantar seberapa banyak gambar tetapi hanya 1 sahaja pemenang akan di kira.

Kepada yang menyertai sila lengkapkan butiran di bawah semasa anda menghantar email:

NAMA PENUH
NO IC
UMUR
JENIS KAMERA
NO TELEFON
ALAMAT EMAIL

bagi mereka yang tidak mengikut peraturan di atas secara automatik penyertaan anda di kira batal. gambar hendaklah selewatnya di terima pada 5 petang 7 dis 2010 dan untuk pertandingan video adalah 5 petang 12 dis 2010.

terima kasih"...

Petikan asal dari wall page Kukubesi manipulasi





Wednesday, December 1, 2010

Madu bukan bermadu


Sebut perihal madu, kalau dengar dek corong audio wanita, mesti dah muka kelat macam tergigit biji langsat.
Lebih-lebih kalau wanita tu dah berkawen dan yang menyebut madu tu suami mereka.

Dan ayat-ayat biasa akan keluar...

"Ai bang, buang tebiat ke makan madu lak tiba-tiba ni? Macam ada udang sebalik batu je". Senduk digenggam erat sambil tangan mencekak pinggang. Dalam hati terfikir, suami aku ni nak menggatal cari bini baru la tu.

Walhal makan madu takde kaitan pun nak bermadu ke apa ke. Entah apa nasib malang perkataan madu itu dimasuk dan digaulkan dengan perihal rumah tangga, sampaikan perkataan itu jadi taboo lak. Ini lain kalau sebut dalam bahasa lain, seperti honey, si isteri pasti suka sebab translation honey adalah sayang dan bukannya madu. Walhal kalau ikut terjemahan pertamanya lebih kepada madu itu sendiri.

Beberapa hari yang sudah aku ke MAHA 2010. Aku akui aku antara penggemar madu tapi entah kenapa madu yang aku beli di pasaraya rasanya cukup tidak enak dan ada something wrong. Tidak seenak madu yang kita boleh lihat dalam dunia animasi atau kartun. Apatah lagi kalau yang makan tu Winnie the Pooh.

Berjalan di AgroBaazar sangat seronok, sebab sample makanan dan minuman banyak disediakan. Jalan punya jalan aku terjumpa banyak juga lah booth menjual madu. Dan aku dihentikan oleh seorang wanita yang explain panjang lebar pasal madu keluaran diorang sambil menghulurkan sudu sample. Madu tualang! Ya, dah lama aku tak dengar nama madu ni sejak aku kecil lagi. 

Bila madu ni bertembung dengan lidah, serta merta terasa panas tekak, sedikit mengganggu namun rasanya yang enak membuatkan ianya ditelan sepenuhnya sambil lidah tak puasa merasa. Sedap! Serius sedap! Inilah madu yang aku cari selama hari ni. 

Then aku diberi satu lagi sample madu. Katanya yang ini untuk lelaki, untuk tenaga dalaman. Aku hanya mengangkat kening tanda menyindir "tenaga dalaman je?". Tapi yang ni aku rasakan lagi sedap. Manis bercampur pahit herba, rasa yang tajam seakan-akan menyeliputi seluruh kawasan lidah, dan inginkan lagi. Memang best!

Tapi bila masuk bab harga, oh satu benda yang tak seronok sangatlah. Sebotol kecik biasa pun dah dekat RM50, so untuk yang lebih besar pasti lebih mahal. Dan malangnya juga bukan niat aku untuk membeli ketika itu, tapi hanya temankan akak aku yang mencari madu untuk suaminya yang senang dapat selsema.

Bila dah balik, rasa menyesal lak tak beli, sebab teringin lak nak makan walaupun 2 kali sehari je iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Hai la madu, akan aku cari juga ko nanti di kedai-kedai yang berdekatan.

p.s: madu ni banyak khasiat even untuk orang yang kencing manis, sebab makannya bukan sebotol sekali makan, tapi sesudu je dan walaupun ianya manis, tapi struktur kimianya berbeza dengan gula makan biasa tu. Kurniaan dan ciptaan Allah takkan dapat kita lawan.