Followers

Saturday, July 17, 2010

Kerjaya, minat dan semangat

Suatu hari ibuku bertanya kepadaku

"Awak nak kerja sebagai apa?"

Sebuah persoalan yang aku tidak pernah ada jawapan tetap. Seriously kalau korang tanya aku, apa cita-cita aku, aku akan garu-garu kepala dan fikir panjang "Apa yeh?".

Aku tak kisah kalau orang nak kata aku hidup tanpa matlamat. Tak bercita-cita hendak menggapai bulan dan bintang. Aku memang tak kisah, sebab ranjau kehidupan aku agak odd mungkin kerana sikap aku sendiri.

Tapi kalau aku suarakan hasrat hati mesti akan memperlekehkan niat aku sendiri. Kalau aku kata aku tak kisah kerja apa asalkan bukan melibatkan office dan mengadap kertas yang menimbun. Aku lebih rela jadi peon, pekebun, petani, buruh, atau apa-apa kerja yang melibatkan banyak pergerakan dan yang boleh mengeluarkan peluh.

Terpulanglah, tapi itu niat aku bukan cita-cita. Niat aku untuk mencari rezeki yang halal, yang aku dapat rasa setiap peluh yang menitis itu adalah kepuasannya. Tapi aku tahu, ramai yang tak setuju dengan aku.

So jawapan aku kepada mak aku masih sama seperti di atas cuma aku tak cerita la pasal jadi peon semua tu. Cuma aku dah bagi dia hint sesuatu, "one day saya nak buka restoran dan saya nak gabungkannya dengan fotografi. Dan tidak lupa, projek kolam ikan air tawar saya. Tapi bukan sekarang la, bila dah dapat modal dan cukup segala-galanya".

Mak aku kerut muka, aku tahu dia tak pernah setuju. Dan aku tahu dia beria-ria nak suruh aku masuk government. Aku pernah tanya mak, "Berapa gaji amah?". Mak kata "kalau campur macam-macam elaun dapatlah seribu lebih". Aku terkejut, wah! kerja hanya hantar spesimen or sample ke jabatan patologi, dan buat bedding (kemas katil semua tu) gaji seribu lebih. Lumayan tu! Ada orang kerja sapu sampah bagai nak mati, tapi masih bawah seribu ringgit je dapat. Bayangkan...

Satu benda yang aku tak berapa nak suka dengan government ni, satu adalah politik. Kedua, korang kerja kuat macamna pun gaji akan tetap sama dengan orang yang selalu curi tulang. Ketiga, orang yang malas kerja ni @ kuat ngushar ni jarang sangatlah kita dengar diberhentikan kerja. Keempat, tradisi turun temurun kalau orang kerja pejabat, time makan pagi dengan lunch memang banyak curi tulang. 

Nampak macam "alah benda biasa, apa nak kecoh?". Tapi kita fikirlah, kita diberikan AMANAH untuk dijaga, sebab itu kita dibayar sekian-sekian. Pernah aku terdengar ceramah mengatakan, masa yang kita habiskan selain dari kerja tu banyak effect dekat rezeki kita in term of Kaf Ba Ro Kaf Ta Nun. Nanti janganlah marahkan anak-anak tak mendengar kata kalau kita sendiri pun tak boleh bagi contoh yang terbaik.


Tadi aku baru je tengok video promo haluan kiri. Dan bila aku selami kata-kata KB, ye aku pun nak maju dan aku sukakan kelainan. Timbul satu semangat hendak memperbaiki mutu fotografi aku dari amatur kepada pro berdikit-dikit. So, kenalah selalu pegang kamera dan belajar dari pelbagai sumber yang ada. Paling tidak aku nak hapuskan perasaan segan aku nak ambil gambar di khalayak ramai. Aku nak belajar tebalkan muka untuk mengambil gambar dan bukan simpan saja kamera dalam bag. Aku pun nak cipta kelainan dari segi karya fotografi yang orang tak ramai nak cebur maybe? Tak cuba tak tahu kan...

So dikesempatan yang masih ada, aku cuba penuhkan ruangan-ruangan yang ada dari membazir dengan aktif bergerak ke sana sini untuk mencari sesuatu yang boleh aku jadikan ianya sebagai batu pemula untuk aku berubah dan berevolusi. 

Semoga cita-cita aku akan tercapai jua hendaknya suatu hari nanti...

p.s: Seorang C.E.O sebuah industri makanan pernah memberitahu bahawa buatlah sesuatu yang kita minat kerana dari situlah bakat kita akan lebih terserlah dan kita akan membuat bersungguh-sungguh. Dia yang merupakan seorang graduan degree in engineering berhenti kerja dari bidangnya dan menceburkan diri dalam bidang yang dia minat.

Friday, July 16, 2010

Melaka yeay yeay~~!


Esok aku akan berada di Melaka, kalau larat malam tu aku hupdatekan kisah-kisah menarik dengan gambar bagi korang teringin nak pergi sebab aku tahu ada yang cakap "ala Melaka apa barangg!!!".


Esok mode backpackers bermula, hahaha Diskaberi trebel en libing akan ke Kota Bersejarah~!!

Thursday, July 15, 2010

Resipi Aiskrim




Aku dah pernah post satu resipi aiskrim, iaitu aiskrim oreo. Bagi yang dah mencuba, mesti heran dan pelik "kenapa ais krim saya ni keras dan liat macam tanah liat? habis patah sudu saya. kalau guna scoop aiskrim sampai keluar peluh jantan". Hihihi (aduhai buruknya ketawa). 


Tadi lepas aku tengok cerita Ongbak 3, aku lepak la dekat MPH. Hajat di hati nak tengok la kot-kot ada lagi novel bro Ahadiat Akashah yang aku nak iaitu "Katerina" dengan "Kasyah, Lagenda berakhir". Tapi yang aku nampak hanyalah karyanya yang lain. Agak hampa, aku pergi lah ke sudut cooking, sebab nak cari resipi-resipi yang best untuk dicuba. Tiba-tiba adalah mentol menyala atas kepala, why not aku cari resipi aiskrim?


Then meraban la mencari. Jumpa satu cookin book tentang aiskrim je, aku tengok harga, adalah dekat RM73. Kalau 7 hengget boleh gak aku beli.




Tapi buku tu memang menarik sebab dia dok explain, bahan-bahan basic untuk membuat aiskrim.
Dan diterangkan resipi aiskrim ada pelbagai tapi yang femes adalah philadelphia dengan french style. Philadelphia ni tak guna telur, so resipi aku tu based on philadelphia punya style. Kalau guna style french, menggunakan kuning telur yang banyak.


Aku terangkan sedikit info yang aku berjaya sedut dari buku tadi. 


Untuk resipi yang tidak menggunakan telur, penggunaan krim hendaklah lebih banyak iaitu mengikut perkadaran 1:3, di mana 1 ialah susu, dan 3 adalah krim berat (heavy cream). Bagi yang menggunakan telur, ianya berkadaran nisbah 1:2 seperti di atas. Cuma kuning telur itu diperlukan untuk menjadikan aiskrim lebih lembut.


Aku dah pernah try yang menggunakan telur, jadi cuma resipi aku tu susunya lebih banyak compare to the cream. Ianya agak lembut cuma teksturnya seperti aiskrim biasa yang kita buat seperti aiskrim milo dan lain-lain. Dalam erti kata lain, dia ada tekstur water frost. Untuk mengelakkan ianya jadi begini, penggunaan krim perlu lebih banyak seperti yang aku telah nyatakan di atas.


Satu lagi, untuk membuatkan krim lebih lembut dan gebu teksturnya, perlulah diputarkan selalu sekiranya korang tiada mesin aiskrim. Mungkin setiap 2 jam, kena putar dengan mesin (guna tangan boleh tapi tak segebu mesin la hasilnya).


Dan untuk yang tak tahu, hati-hati makan ais krim yang tidak mempunyai logo halal jakim tu, sebab dikhuatiri mengandungi alkohol since penggunaan alkohol dalam pembuatan aiskrim adalah untuk menjadikannya lembut.


Di sini aku sertakan sekali resipi aiskrim biskut menggunakan telur


Bahan-bahan


250ml susu (segar/full cream/low fat)
500ml atau lebih cream
6 biji kuning telur
gula secukup rasa
esen vanilla
biskut berinti (dipecah2kan)


Cara


1. Susu, gula, dan 250ml cream dimasak di atas dapur sehingga panas.
2. Putarkan 250ml cream dengan kuning telur sampai kembang.
3. Masukkan adunan yang dimasak ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit untuk mengelakkan dari bergumpal.
4. Masak dan bubuh esen vanilla kembali atas dapur sehingga keluar asap dan pekat.
5. Dalam masa yang sama, sediakan satu bekas yang berisi ais dan air sejuk untuk diletakkan periuk tadi.
6. Biarkan sehingga adunan aiskrim turun ke suhu bilik, dan ianya diputar kembali.
7. Kalau rajin boleh putar setiap 2 jam, sehingga adunan nampak pekat.
8. Masukkan biskut yang telah dipecahkan. Adunan diputar lagi.
9. Putar sampai korang yakin ianya betul-betul kembang.
10. Boleh dimakan, sediakan sudu yang kuat =p

Review: Ongbak 3


Hari ni aku pergi menonton Ongbak 3 setelah aku nantikan ianya keluar. Dan tadi taklah ramai sangat yang tengok, maybe orang masih demam nak tengok Twilight, Predators dan Despicable me.

Aku beli coke je sebab pagi tadi dah telan roti canai 2 ketul. Bila dah masuk, tengok orang tak ramai, ok lah. Nak tengok apa kisahnya kali ini.

Apa yang dapat aku katakan adalah Ongbak 3 kali ni lebih heavy dari yang sebelumnya. Kalau Ongbak 1 lebih bertumpu kepada aksi-aksi  Muay Thai dan Muay Boran, Ongbak 2 dengan kisah seorang budak bernama Tien, Ongbak 3 ni adalah sambungan dari Ongbak 2. So buat yang tak pernah tengok yang ke 2 atau dah lupa better tengok dulu la. Tapi kalau taknak tengok pun takpe, sebab dalam filem ni adalah sikit flashback.

Muay Boran punya teknik

Kenapa aku kata heavy? Sebab 15 minit yang pertama, tak banyak dialog yang ke udara tapi lebih kepada cerita itu dan ini yang cuba menyingkap kembali ke filem yang terdahulu. Sampailah ke satu scene bila mana Tien dah sembuh dari luka dan cuba untuk pulih kembali untuk berlawan.

Ianya bukan filem aksi kosong kerna setiap scene itu ada maknanya tersendiri, aku perhatikan ianya lebih berkait rapat dengan unsur keagamaan Buddha itu sendiri. Buat yang berharap ianya penuh aksi, hapuskan imaginasi itu, kerana aksi dalam filem ni tidaklah sebanyak filem-filem Tony Jaa yang lepas tapi cukup untuk buat korang kagum.

Salah satu watak yang aku gemari adalah watak Crow yang mirip Tony Jaa. Gaya berlawannya dan gayanya memang sangat kejam. Dia ni lah orang terakhir yang Tien (Tony Jaa) akan lawan.

Satu keunikan bagi Tony Jaa selain aksi berlawannya yang pelbagai, adalah dia ni suka menerapkan budaya-budaya Thailand ke dalam filemnya. Kalau yang perasan, Ongbak 1 dia memperkenalkan Muay Thai disamping martial arts kuno Thailand iaitu Muay Boran.

Dalam Ongbak 2, dia mengketengahkan campuran martial arts antara Muay Thai, Kunfu, Ninja, Samurai dan lain-lain. Dan dalam Ongbak 3 ni, dia memperkenalkan kepada dunia martial arts yang diwarisi dari seni tarian dari sana. Sekali lihat seni tari ni lemah gemalai, namun setiap langkah dan bunganya itu mampu menumbangkan lawan.

Dan kalau korang ingat filem ni filem yang serius, prepare untuk terkejut dengan aksi Men (orang gila dalam Ongbak 2, kawan Tony Jaa dalam Ongbak 1) yang sengal nak mampus. Serius aku ketawa nak pecah perut dek kerana orang gila haiii...

Aku up sikit bintangnya jadi 4 dari 5 bintang. Aku syorkan untuk sesiapa melihatnya, cuma awal permulaan agak bosan dengan aksi perlahan dan borak-borak kosong.

Info: Muay Boran

Muay Boran merupakan salah satu seni mempertahan diri kuno dari Thailand yang melahirkan Muay Thai atau Tinju Siam ni. Ianya dipercayai telah digunapakai sejak dari zaman dahulukala ketika peperangan antara Siam dengan Burma. Muay Boran dikatakan lebih berbahaya dari Muay Thai kerana buah serangannya lebih tertumpu kepada sendi dan titik vital organ. Ianya telah diharamkan dari digunapakai ketika perlawanan Muay Thai dan hanya terdapat sesetengah individu yang masih lagi mengamal dan mengajarnya di Thailand. Korang boleh tengok aksi Muay Boran dalam filem Ongbak yang pertama. Secara tradisinya mereka akan pakai seluar paras lutut dan akan melilitkan tangan mereka dengan tali guni seperti glove boxing. Dan dipercayai ketika perang dahulu kala mereka meletakkan serpihan kaca pada lilitan tali guni untuk memberi kesan kecederaan yang boleh membawa maut.


Wednesday, July 14, 2010

Jujur dalam keterpaksaan


"Kita break..." bibir kecil itu berbicara mematikan segala masa dan langkah yang berlalu.
Aku hanya diam, anak mataku mengecil seolah-olah ingin lari dari kedudukannya. Lidahku bisu, telingaku tidak mendengar apa-apa lagi yang dia bicarakan. 

Namun kutarik nafas dalam-dalam dan ku lepaskan semahunya.
"Baiklah, jika ini yang awak inginkan, saya tidak menghalang. Saya relakan perpisahan ini" kataku sambil menguntum sebuah senyuman.
"Saya minta maaf, saya dah ada insan lain yang bertahta di hati. Di saat kita berjauhan, dia menemani saya dan takdir kami untuk jatuh cinta" katanya sedih.
"Takpelah, saya faham. Mungkin ini takdir dan bukan jodoh kita untuk bersama" daku membalas sebagai kata perangsang.
"Adakah kita masih akan berkawan?" tanyanya pula.
"Sudah tentu, saya sentiasa akan menjadi kawan rapat awak tak kira apa pun" senyumanku kini makin lebar.

"Saya takut awak akan terluka sebab tu saya merahsiakan perhubungan kami, dan saya ingin beritahu pada masa yang sesuai" balasnya lagi.
"Ye, saya faham apa yang awak cuba lakukan, terima kasih" balasku.
"Andai saya ditakdirkan sendirian semula, mahukah awak menerima saya kembali?" dia masih bertanya.
"Sudah tentu, awak cinta terakhir saya, bukan mudah untuk membunuh perasaan ini" kataku bersungguh.
"Terima kasih, awak memang kekasih yang terbaik" dia memegang jari jemariku.
"Awak pun, semoga awak senantiasa bahagia bersamanya" kataku.

Apa pun, kisah di atas adalah asam garam dalam realiti orang bercinta. Namun adakah setiap lelaki akan bersikap sedemikian?

Bagi aku, aku bukanlah lelaki sebaik di atas. Mana mungkin aku akan terus merelakan pemergian seseorang yang sudah terlalu lama menyerikan suka duka hidupku. Mana mungkin aku akan boleh tersenyum tatkala dia mengatakan sudah mempunyai kekasih baru sedangkan aku masih lagi separuh mati mencintai hatinya. Mana mungkin aku akan gembira tatkala hati ni bersedih mengenangkan segala-galanya sudah tidak lagi bermakna.

Mana mungkin aku akan setenang itu tanpa sedikit pun mengeluarkan amarah dan kata-kata menunding jari kepada dia. Mana mungkin aku akan sewenang-wenangnya terima dia kembali sedangkan dia mencari orang lain tatkala aku masih lagi sendirian mencari-cari jawapan. Mana mungkin luka ini bisa sembuh begitu sahaja sedangkan tiada kekesalan di hatinya, hanya mampu berkata inilah 'takdir'. Takdir tidak akan mengubah nasib seseorang jika kita tidak berbuat apa-apa. Kerana aku lelaki yang berpegang kepada prinsip dan jujur kepada hati agar tidak mendustai lidah untuk berkata aku OK walaupun derita yang dilalui adalah khabaran yang tak penting baginya.

Cinta itu perlukan pengorbanan. Andai anda di situasi di atas, sanggupkah anda berkorban tanpa amarah? Jujurkah pengorbanan itu?

Floria 2010 bahagian 2

Sorilah aku lambat tulis pasal floria yang aku pergi semula pada keesokan harinya (Ahad 11hb). 

ERL transit di KLsentral

Kisahnya begini, on the way balik menaiki ERL transit yang telah mengopakkan aku RM20, aku mendapat satu SMS dari Cik N

"Syuk, esok boleh join, bro takde klas". Aku pun la ye ke? Aku baru je balik ni. Tapi sebab teringat balik yang ada lagi 2-3 orang member yang nak join, aku nekadkan hati, takpelah pergi je la esok. 

Sampai di rumah, aku buka FB dapat mesej dari Mr. Cero kata pergi esok. So dah tiga orang. Selang beberapa jam lepas tu dapat satu call dari member aku gak, kata nak join pergi esoknya. So dah lima orang. Malam tu ada sorang lagi member chat, kata nak turun gak dengan member ofis, so dah ada 7 orang so far. Ok la tu.

AHAD, 11hb Julai 2010.

Pagi-pagi bangun, mandi siap semua, sementara nak tunggu diorang hantar SMS, aku pun makan cekodok kejap. Dapat mesej dari Cik N, diorang dah gerak. Aku pun naik motor dan terus gerak lepas habis makan.

Sampai Putrajaya Sentral lebih kurang 40 minit la dari Shah Alam, speed steady je 120km/j. Tu pun goyang-goyang. Aku cari parking nak letak motor dan blah naik bas Nadi.


Bas ni gerak laju sikit dari yang semalam, tapi aku silap berhenti dan hasilnya aku terpaksa la mengikut bas tu merayau satu Putrajaya tu sebelum dia pusing balik ke Presint 2. Ada la dekat 40 minit atas bas aje, macam bangang.

Turun dari bas, aku tengok kereta berduyun-duyun, wauuu gila ramai siot. Dan bila aku ke kawasan yang orang dok cari-cari iaitu Pavillion, punya la ramai manusia sampai nak masuk ke dalam rumah air cond tu berhimpit-himpit. Aku paling kesian tengok budak-budak kecik yang mak bapaknya seret je la tengah-tengah matahari atas kepala tu. Dah la tak bawak payung, satu benda protection pun tak letak. GILA APA? Dah tu sanggup nak berhimpit-himpit lagi.

Aku mesej Cik N, aku tak boleh masuk, ramai sangat orang dan aku stay dekat bawah rumah teduhan bunga. Ok la, takde la panas sangat. Tapi still crowded nak mampus. Last-last Cik N mesej kata diorang dah keluar, so aku pun follow diorang.

Kitorang blah dari tempat crowded dan pergi ke gerai menjual smoothies. Panas punya pasal, semua gerai yang menjual makanan, apatah lagi air seperti ice blended memang laris. Tengah tunggu smoothies siap, 2 orang member pun join sekali. Aku still menunggu Mr. Cero dan sorang lagi member ni. Takut je la kang kitorang gerak tah mana-mana diorang lak kena tinggal.






Tak banyak sangat gambar yang aku boleh ambil sebab diorang ni banyak berjalan. Nak ambil gambar bunga, dah ambil semalamnya. Last-last, lepak je la dekat satu tower roket rukun negara tu. Ambil la gambar di situ.

Since hari dah tengahari dan perut masing-masing lapar, diorang decide untuk pergi makan di Alamanda. Aku mulanya berat hati nak pergi sebab risau kalau Mr. Cero dan sorang lagi member ni datang kang, aku lak takde. Tapi dah takde sebarang SMS atau call, aku pun ikut je la diorang.

Aku pergi Alamanda naik motor lepas Bro hantar aku dekat Putrajaya Sentral. Meraban juga mencari Alamanda, tapi since aku ingat lokasi dekat-dekat Presint 16, so aku ikut je la signboard. Lepas tu meraban lak cari parking motor. Dalam meraban tu, aku la yang pertama sampai hahaha.









Dan tengahari tu kami makan pizza hut je. Diorang order set meal, aku tambah cheesy meatball. Tapi tu lah, bila dah makin lama, meatball makin kecik. Dalam pada tu sempat la borak-borak kosong, sebab lama tak jumpa masing-masing. Aku je la yang makin bulat haha. 


Dalam pada tu, sempat la juga diskas pasal next event iaitu Go Genting. Diorang minta aku tukarkan tarikh, aku on je la. Dan tarikhnya jatuh pada 8hb Ogos 2010 iaitu pada hari Ahad. Harap-harap jadilah.

Lepas makan, jalan-jalan kejap sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing. Aku lepak kedai video Ezy, saja je nak mencari dvd la kononnya. Last-last aku lepak situ tengok movie apa tah, ala-ala scary movie yang jenis spoof ni. Lawak gak sebab ada spoof dari filem Step Up 2, Got Serve, Twilight, Semi-Pro dan macam-macam la. 

Balik tu, baru la aku tahu Mr. Cero ada problem dengan motor, sorang lagi member pun ada hal yang tidak dinyatakan. Well aku harap next event or perjumpaan akan lebih melibatkan member-member yang aku kenal. Serius aku nakkan gambar terbaru korang sebelum lepas ni dah makin susah gila nak jumpa.


Monster kenit nak rampas strap kamera aku =|

Monday, July 12, 2010

Motosikal berbogel

Yamaha FZ 150

Yamaha FZ16

Kalau korang perhatikan 2 buah motor di atas, kedua-duanya adalah naked bike keluaran Yamaha. Kedua-duanya mempunyai cc yang lebih kurang iaitu 150. Namun FZ 150 lebih terkenal di Malaysia manakala FZ16 terkenal d India. Tapi pada aku, design FZ16 lebih memberahikan dari segi bentuk walaupun teknologinya penyejukannya tidak secanggih FZ 150. Paling menarik perhatian aku, ekzos dan tayarnya yang lebih membuatkan aku tertanya-tanya bila la model ni nak masuk Malaysia? Lagipun FZ16, panel meter digital beb~~~~ tak tahan...

Triumph speed triple

Tersebutlah al-kisah mengenai sebuah motor (di atas ni) yang aku perhatikan di dalam filem Mission Impossible 2. Motor yang Tom Cruise bawa time motor chasing. Dari situ aku dah kagum dengan naked bike. Sangat macho dan bergaya, ibarat Rain dalam filem ninja assasin tanpa baju. Smart habis!!! 

Yamaha YZR-M1

Aku mula ikut perkembangan The Doctor ni sejak dia mula mencipta nama menerusi 250cc dalam motoGP. Start dari rambutnya yang curly kembang tu sampai la yang pendek sekarang ni. Mamat ni memang gila hebat. Tapi aku lagi suka time dia dengan team Yamaha Go!!!!! dulu. Walaupun aku bukan peminat tegar motorbike jenis ada cover ni, tapi sebab motoGP aku tengok je la. Sebab mana ada motoGP naked bike ye tak?

Yamaha FZ-1

Naked bike Yamaha boleh tahan la jugak sebab Yamaha ni terkenal dengan imej sportynya itu. Tapi nak membelinya, hehe. Last time aku pernah tengok naked bike Naza importkan jenama tak ingat, harga dalam RM80k.


Yang ni Honda punya naked bike, aku tak dapat cari info pasal motor ni. Tapi yang pasti memang hebat, cair iman aku tengok. Kalau ada awek sexy sebelah, aku tak pandang pun sebab motor ni lagi ada umpphh!!! Mesti beb layan corner dekat karak highway dekat selekoh area bukit tinggi peh~!!!

Tapi tak semua orang suka naked bike ni. Sebab paling utama aku tahu ialah nak bersihkan motor agak payah since bahagian enjin ni terdedah dan senang kotor. Tapi pada aku, motor macam ni la nak tunjuk dekat orang yang kita memang pembersih dan pandai jaga motor. Apa-apa pun bawa motor kena hati-hati, nak laju, nak corner baring, nak buat willie ke wikang ke keselamatan kena jaga. Seronok-seronok tapi mati katak or menderita putus kaki ke buat apa kan? Bikerz forever!!!

p.s: kalau korang taip 'naked bike' dekat google tanpa specific pengeluar, akan keluarlah gambar 18+ haha, tak percaya? Sila cuba