Followers

Thursday, June 10, 2010

Dunia kotakku V

Aku lihat laut semakin lama semakin surut airnya. Tanda waktu sudah hampir hendak senja. Dahlia sudah hilang dari pandangan aku, dia minta diri ke tandas. Aku masih lagi termenung melihat awan berarak pergi dan matahari yang semakin lama makin tenggelam meninggalkan hari. 

Aku masih ingat ketika ini di suatu masa dulu, aku pernah meluahkan janji dan ikrar akan sehidup semati bersama dengannya. Nya? Ya dia adalah seseorang yang sangat penting dalam hidup aku. Seseorang yang memberi aku harapan, memberi aku makna untuk terus hidup walaupun aku tahu nasib tidak selalu menyebelahi aku. Seseorang yang aku berikan sepenuh hati sehinggakan aku hanya mampu menyimpan kulitnya sahaja namun tidak berisi. Aku tak bisa hidup tanpa dia.

"Cantik lah Sham pantai ni, sunsetnya pun. Ina rasa macam baru jatuh cinta dengan Sham tau" ngomelnya dan aku hanya perhatikan dari jauh. "Ina, kalau Sham minta agar kita berikrar dan berjanji bahawa cinta kita adalah sejati dan tidak berubah selama-lamanya, mahukah Ina lakukan?" tanyaku padanya. "Err... Sham ni kelakar la, nak berikrar dan berjanji, macam nak pergi Biro Tata Negara lak" ketawanya. 

"Tapi Sham serius ni Ina, sanggupkah Ina setia bersama Sham walaupun di saat kejatuhan kita nanti?" pintaku serius. "Ina bergurau la sayang, of course I will my dear" tenung matanya kepada mataku. Aku rasakan akulah insan paling bahagia ketika itu. 

"Ina, tengok!" tunjukku sesuatu kepadanya di atas pasir pantai itu. "Hehe, wow ye ke Sham cintakan Ina?" katanya sambil menggenggam lenganku erat. "Ye sayang, Sham terlalu cintakan Ina sangat-sangat!" luahku jujur. "Tipu, banyak mana?" tanyanya sambil memandangku. "Seluas laut dan langit bersatu. Ina lak?" ku cuit hidung mancungnya. "Tak, haha" balasnya pendek sambil melarikan diri daripadaku. "Wek, kejar Ina dulu baru Ina cakap" katanya sambil menjelirkan lidahnya. "Ooo, nanti dia, Sham dapat, Sham ikat buat BBQ!" kataku sambil memulakan langkah mengejar dia.

Tapi takdir merubah segala-galanya. Tatkala aku jatuh, dan terus jatuh, di saat aku menyangkakan dia masih berdiri di sisiku, namun dia pergi. Pergi meninggalkan segala-galanya tanpa sebuah jawapan yang pasti. Di saat aku lebih memerlukan dia dari segalanya, dia secara senyap memusnahkan segala-galanya yang aku simpan selama hari ini. 

Tanpa jawapan, tanpa ihsan dan belas, aku tertanya-tanya apakah harga untuk sekeping hati aku yang telah hancur? Apakah makna jika hati hanya ibarat kelonsong peluru kosong? Bertaburan dibiarkan.

Dan yang lebih mengecewakan, ada insan baru pengganti aku. Terasa diriku begitu mudah untuk datang dan pergi. Apakah dengan semudah itu cinta juga datang dan pergi? Angin membuai laju mengenai tubuh ku, sedikit suram cuaca namun masih cantik di sebalik mentari yang kian hilang ditelan laut. Tak sedar Dahlia sudah berada di sebelahku.

"Tabahkan diri awak Sham, mungkin ada hikmahnya. Hidup ni tak pernah adil" katanya kepadaku. Aku hanya mampu melihat awan. Terasa air mata jantan ini bergenang. Ku cuba tahan semungkin boleh untuk tidak nampak lemah di hadapan sesiapa pun. "Tapi awak kena bersyukur sebab ada orang yang lebih teruk nasibnya berbanding awak" Dahlia cuba memberi kata-kata semangat. "Saya tahu, cuma saya kesal, adakah cinta semudah itu? Hari ini kita membubarkan suatu hubungan, dan keesokan harinya kita mengisytiharkan suatu hubungan baru? Dan apakah cinta semurah itu untuk begitu senang ditukar ganti? Apakah erti kesetiaan itu sendiri?" tanyaku kepadanya.

"Tak guna setia pada orang yang tidak mahu turut serta. Ibarat menunggu ayam jantan bertelur" balasnya serius. "Saya faham perasaan awak, sebab saya pernah merasai apa yang awak rasa. Cuma awak lebih bernasib baik sebab gender" sambungnya lagi. "Gender?" aku mengerutkan dahi tak paham.

"Saya ditinggalkan, dikhianati dan ditipu. Apabila saya sudah menerima dan ingin pergi jauh, saya diekori, diganggu, dipujuk rayu" balasnya geram. "Oh..." kataku pendek. 

"Dia masih mengganggu awak?" tanyaku kepadanya. "Emm..." nadanya sayu dan sedih. Ku lihat ada air mata yang menitis jatuh ke pasir yang peroi. Niatku untuk bertanya lebih lanjut terpaksa ku hentikan kerana tidak mahu dia lebih sedih. Hanya pelawaan yang aku tawarkan kepadanya "Kalau ada apa-apa awak nak cerita or mintak tolong, beritahu la saya ok?" aku cuba untuk membuatkan dia tidak rasa dia keseorangan. Kerana nasib kami berdua lebih kurang sama, ditinggalkan oleh seorang insan yang kami gelarkan kekasih. Namun mungkin hidupnya agak tertekan dengan gangguan yang masih wujud walaupun bukan dia yang minta perpisahan itu terjadi.

Dia menyeka saki baki air mata yang ada sambil berkata "Eh matahari ditelan laut lah awak" katanya sambil menggenggam tanganku. Mungkin dia teruja melihat matahari terbenam tanpa sedar dia tergenggam tangan aku. "Sorry, tak sengaja" dengan cepat dia menarik kembali tangannya sambil tersenyum. Aku pun turut tersenyum sambil bersiap sedia dengan kamera untuk mengambil gambar sunset di sini. "Jom, saya ambil gambar awak" pintaku. Dia berposing sakan depan kamera di sebalik mentari yang kian hilang. Seolah-olah dia telah melupakan terus kisah sedihnya tadi. Mungkin dia berpura-pura nampak ok di hadapan orang lain tetapi jiwanya tersiksa. Aku pun begitu, sebab kadang-kadang itu saja caranya untuk mengubat hati yang lara.

Selesai solat, kami ke sebuah restoran makanan laut di situ. Terdapat pelbagai jenis makanan laut yang boleh dimasak dengan pelbagai resipi. Pokok pangkalnya, ada ongkos semua bisa diatur. Suasana malam makin menampakkan diri, kelibat pengunjung restoran juga semakin ramai. Mujurlah kami sempat mendapat meja, kalau tidak kena menunggu la jawapnya.

Jam menunjukkan pukul 8.45 malam, kami telah selesai makan. Menu simple sotong goreng tepung dan ikan kerapu 3 rasa menjadi juadah kami. Kami beredar kerna aku harus hantarnya pulang, takut ibunya risau pula. Lagipun dah malam, tak elok pula aku bawak anak dara orang keluar sampai lewat malam.

Sepanjang perjalanan, Dahlia lebih banyak melihat gambar-gambar yang aku dan dia ambil sepanjang hari ni. "Eh, ni time bila pula awak ambil ni? Keji! Tangkap candid, tak senonoh la awak ni" satu cubitan mengenai lengan kiriku. "Adoi sakitnya awak cubit, candid la best sebab time tu la ekspresi muka adalah sejujur-jujurnya" kataku. "Tu la buat benda tak senonoh lagi, awak tak tahu ke saya ni suka mencubit orang. Adik-adik saya kalau nakal sangat saya cubit je" katanya sambil ketawa kecil. "Padanlah garang rupanya cik akak kita ni" ejekku kepadanya.

Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Ada orang call tapi dia macam serba salah nak jawap. Aku pandang dia, dia pandang aku. Last-last dia jawap juga "Hello...Boy! Its over ok? Please leave me alone! Awak kan dah ada girlfriend, kenapa masih nak ganggu saya? Saya di mana? It's none of your concern!! Bitch?!! You are the son of the bitch! Awak dah dapat apa yang awak nak kan so jangan ganggu saya lagi!!" bentak Dahlia dan panggilan diputuskan. Dia turut mematikan handphonenya. Aku? Terkejut juga, tapi takpelah since aku dah faham situasi dia.

Aku cuba beranikan diri bertanya sejak aku lihat dia seperti stress "Awak ok?". "Emm..." balasnya pendek. "Kalau awak tak ok, kita boleh singgah kedai kejap, minum ke..." ayatku tergantung. "Sham, I'm ok! Can we just go home please!!" suaranya meninggi. Aku terkedu lagi, tapi aku akui salahku sebab sibuk nak membetulkan keadaan. 

Keretaku meluncur laju di sebalik malam bertemankan sinaran lampu jalan dan kenderaan lain. Kami tiba di rumahnya lebih kurang pukul 10 malam. Dia keluar dari kereta ku selepas mengucapkan terima kasih dan tersenyum tawar. Aku dijemput masuk oleh ibunya namun terpaksa ku tolak kerana ingin segera pulang bimbang akak ku pula yang berleter panjang. Sebelum Dahlia keluar dari kereta, aku sempat memberikannya memori kad kamera ku. "Awak save la dulu, nanti awak bagi saya" kataku. "Sham, takpelah, ni kan kamera awak, gambar tu hak awak..." balasnya. "Takpe, I'm insist. Ambillah dulu" balasku sambil tersenyum. Dia mengambilnya dengan muka yang agak serba salah.

Dahlia hilang dari pandangan bersama ibunya. Aku pun bersiap sedia untuk pulang dan tiba-tiba handphone ku berbunyi mesej masuk "Sham...sorry... :( " from Miss Dahlia. Tersenyum aku dengan mesej itu lantas ku balas "It's ok, dun be sad k my lady ;)". Beberapa saat kemudian dia membalas "Thanx coz paham, awak mmg baik, hati-hati drive". Ku hidupkan enjin kereta sambil membalas "Okie dokie miss".

Baru beberapa meter kereta ku bergerak, laluanku dihalang oleh 2 biji kereta. Dari jauh dan kegelapan malam, kelihatan seseorang keluar dari kereta dan menuju ke kereta ku. Dia memberi isyarat supaya menurunkan cermin "Kau Sham?". Kelihatan lagi 3-4 orang keluar dari kereta yang menghalang laluan ku. Ah sudah! Siapa pula ni? Masak aku...

to be continue...

Review: The A-Team, wajib tonton!

Bila trailer nye ditayangkan di dalam panggung, aku dah terdetik. Wah filem aksi, macam best. Sampaikan aku tersilap tengok cerita kes tak ingat tajuk movie. So aku tertengok la filem The Loosers. Agak menarik juga The Loosers, sebab konsepnya lebih kurang sama since dua-duanya adalah dari komik. Cuma apa yang berbeza dari segi bilangan ahli dan cara penyampaian itu sendiri. 

The loosers lebih mengenakan plan yang lebih nampak cool dan bergaya. The A-Team lebih menggunakan cara yang bersahaja dan agak gila. Kedua-duanya seronok cuma jalan cerita The Loosers agak membosankan sedikit.

Ok lupakan pasal the loosers since ini adalah review The A-Team.

Filem ni bagi aku adalah remake dari filem/drama lama. Dan kalau korang lihat posternya, nampak poster baru lebih bergaya since leader diorang lagi macho walaupun berusia.
drama yang lama


yang baru, cool beb!

Sedikit info tentang A-Team atau Alpha Team. Diketuai oleh seorang kolonel veteran yang bergelar Hannibal. Suka hisap curut dan aksinya lebih kepada macho sesuai dengan imej seorang ketua. Hebat dalam membuat perancangan rapi dan gila. Mempunyai seorang rakan seperjuangan yang lebih muda bergelar Faceman @ Face. Seorang kaki perempuan, berwajah tampan dan punyai potensi untuk buat rancangan hebat. Hannibal berjumpa dengan seorang batalion Rangers yang sama cuma berbeza divisyen iaitu angkatan udara bergelar Bosco @ B.A. Seorang yang sukakan kenderaan darat namun agak penakut menaiki kapal terbang yang dibawa oleh seorang lagi bekas Rangers yang paling gila iaitu Murdock. Seorang juruterbang yang hebat namun otak gila-gilanya membuatkannya sering bergaduh dengan B.A. Apa yang menyatukan mereka berempat adalah mereka sama-sama bekas Rangers.

Dari segi jalan cerita, plotnya disusun rapi, agak mudah difahami tetapi banyak aksi yang tidak dijangka. Banyak elemen aksi yang memerlukan bantuan CGI yang hebat. Tapi tak bermakna ianya filem berat kerana ia tetap diselangi dengan banyak aksi lucu terutama aksi Murdock dan B.A itu sendiri. Cinematografinya agak baik cuma ada beberapa scene yang agak laju terutama scene hijack lori kontena, agak pening melihat kamera bergerak laju ke sana sini.

Secara keseluruhan filem ini memang hebat dengan aksi, kecanggihan CGI, humor dan jalan cerita yang menarik. Cuma kelemahan filem ini pada aku adalah, still menggunakan unsur-unsur Saddam Hussein sebagai terrorist. Yang lain-lain lebih kepada kelemahan panggung tu sendiri je la. TGV macam biasa seatnya rendah dan kecik. Dan ada beberapa part yang suara tak keluar. 

Mesti tonton kalau korang peminat filem aksi. Aku bagi 4/5 bintang sebab berjaya buat aku tak jadi tidur walaupun ada rasa mengantuk juga dalam panggung tadi. Sepanjang filem ditayangkan, aku rasa lebih banyak gelak dari banyak terkejut. Korang tengok dan nilai sendiri.

p.s: Ayat best, A.M.F--> Alpha Mighty Force ---> Adios MotherFucker!!!

Wednesday, June 9, 2010

Kamera oh kamera

(Harap maklum, aku bukan guru, bukan otai, bukan seorang pakar pasal kamera, apa yang aku tulis di dalam posting ini hanyalah pendapat aku sahaja. So tidaklah perlu diikut 100%, hanya ingin berkongsi idea dan sharing the knowledge apa yang aku dah belajar so far, sekian)

Ok memandangkan post yang haritu aku letak banyak gambar-gambar dan beberapa istilah-istilah yang agak janggal bagi sesetengah pembaca blog ni, dekat sini aku akan explainkan bagaimana untuk mengambil sekeping gambar agar kelihatan menarik. Caranya mudah aje, tak susah semua orang boleh lakukan, sebab ni adalah common rules yang selalu photog akan gunakan sebagai panduan untuk mengambil gambar yang lawa.

Di sini ingin aku nyatakan bahawa aku bukan pakar fotografi, aku bukan guru atau orang yang hebat gila dalam hal-hal berkaitan fotografi, cuma apa yang aku belajar dan aku faham, aku kongsikan bersama-sama teman dan pembaca blog yang aku rasa paling tidak semua ada kamera biarpun kamera HP. Betul?

DSLR atau kompak PNS (Point and Shoot)? Tepuk poket, tepuk dada, apa yang anda mau?

PNS kelebihan: 
1. kecik
2. murah
3. ringan.
 DSLR kelebihan:
1. multi lens
2. kepelbagaian jenis mode yang advance. 
3. berbaloi untuk jangka masa panjang.
Yang ni khas untuk orang yang tak mahu peningkan kepala sangat. Mahu beli kamera kompak tapi yang bagaimana? Kalau korang nak cari yang kompak, aku syorkan jangan cari yang bawah dari RM600. Bukan tak boleh guna, boleh cuma tahap kesabaran korang kena tinggi dengan fungsi yang tidak canggih sangat seperti kamera kompak yang berharga RM800 ke atas. Contoh macam kamera kompak aku yang harganya RM500 tidaklah mempunyai face detection. Tidak mempunyai night mode yang baik, flash yang sangat poor dan tidak banyak function terbaru lain seperti miniature effects, fisheye effects dan low light.

Dalam pembelian apa-apa kamera, JANGAN TERTIPU dengan kata-kata salesman "Angkat ini maa, Megapixel lagi tinggi maa". Harus diingatkan di sini, megapixel tidak terlalu menjamin kualiti gambar kecuali anda ingin membuka bisnes buat banner which gambar itu perlu diperbesarkan sebegitu besar. Di dalam dunia DSLR, MP tidak memainkan peranan kerana terdapat DSLR yang hanya mempunyai 6MP tapi lebih berkualiti dari kompak yang 8MP. So nak beli, abaikan MP sekalipun 12MP (D60 aku baru 10MP je).

Seelok-eloknya bagi korang yang nak try rasa, guna dan pegang kamera ni sesuka hati tapi segan nak try di kedai bolehlah cari pameran-pameran kamera digital seperti yang baru berlangsung di MidValley bulan Mei haritu. Dekat situ korang nak try guna DSLR pun boleh, takde siapa nak larang or marah. Pendek kata, nak beli kena try dulu, belek-belek secara real dan lepas tu baru pikir yang mana idaman kalbu.

Untuk lebih info tentang kamera kompak mana yang bagus, aku sertakan link sekali. Korang boleh baca review setiap kamera yang ada. Dan kalau ada yang tak paham, nak tanya aku, silakan, kalau aku tahu aku jawapkan. Review 10 best kamera kompak

Katakanlah anda mahu menggunakan mode selain dari manual, seperti mode portraiture, mode landscape, mode macro, mode speed, dan macam-macam lagi kerana anda tak mahu peningkan kepala, pun boleh. Gambar still lawa cuma kena tahu beberapa prinsip dan tips untuk mengambil gambar yang lawa.

Dalam banyak-banyak tips yang ada, yang paling aku rasa penting adalah gambar yang bebas NOISE. Noise di sini bukanlah titik-titik resolution jika dizoomkan gambar tapi adalah benda-benda asing yang tak patut masuk dalam gambar tersebut. Sila lihat contoh:
gambar landscape yang bebas dari sebarang gangguan


Cuba sebaik mungkin untuk membebaskan subjek anda dari sebarang noise yang mengganggu seperti orang lalu lalang, sesuatu benda yang hanya nampak separuh atau sedikit, sesuatu benda yang tidak menarik dan lain-lain.

RO3 yang ada gangguan (noise)

Anda juga boleh cuba kaedah RO3 atau Rules of third. Cuba anda perhatikan skrin kamera anda. Mostly kamera kompak didatangkan dengan menu grid iaitu 4 garisan yang bertindih membentuk 6 kotak. Abaikan kotak tu, cuma perhatikan garisan melintang yang bertindih dengan garisan menegak. RO3 adalah di mana kita letakkan subjek di antara 4 titik garisan bertindih tu. Ini akan memberikan subjek anda ruang untuk background dan akan nampak clean tanpa sebarang gangguan noise. Tapi ini hanyalah kaedah, tidak semestinya kena ikut selalu. Cuma untuk safe, kaedah ini yang terbaik dan dijamin gambar lawa.

Selain itu, anda juga boleh cuba kaedah framing. Pada aku framing ni kita perlu mata yang agak tajam untuk mencari spot sebagai mendapatkan gambar yang menarik. Kaedah ini menggunakan sebarang objek yang menjadi frame kepada subjek seperti dahan pokok, pembahagi jalan atau apa-apa yang boleh jadi frame. Aku jarang guna sebab nak dapatkan betul-betul framing cun susah sikit la, kena rajin meninjau dan mencari.

Korang boleh try bokeh (blur background fokus pada subjek), boleh try buat silhouette, boleh try guna cahaya matahari untuk dapatkan effect rim light (subjek membelakangi cahaya matahari, subjek seakan-akan glow), ambil dari sudut tertentu dan banyak lagi yang boleh korang explore.

ambil close up dan boleh buat effect bokeh sekali. 

Untuk portraiture, perbanyakkan gambar yang diambil tight means hanya sekitar dada dan muka dan background cantik yang bebas dari sebarang noise. Cuma jika anda inginkan gambar full then barulah dijarakkan dari subjek tetapi tidak terlalu jauh.

Untuk posting akan datang, aku akan cerita sikit kenpa perlunya gambar diedit, dan apa yang menyebabkan gambar-gambar photog profesional lawa.

Tuesday, June 8, 2010

Menu orang bujang

Tengah hari tadi aku memasak lagi since save bajet untuk tengok filem the A-team hari khamis ni. Harap-harap bestlah filem ni, sebab promo macam gila khinzir je. Tapi tu lah, lately kebanyakan filem yang promo gempak agak mendukacitakan kecuali Shrek. Filem yang promo pun tak berapa jalan macam How to Train Your Dragon, best la pula. 

Kembali kepada tajuk asal. Hari ni aku pening nak masak apa, selongkar peti ais tengok ada ayam, ikan dan sotong. Since aku ni hantu ayam especially bahagian dada, kepak dan kaki, so aku pun selongkar la dapur tu. Apa ye nak masak? Semalam dah masak paprik pedas gila. So hari ni teringin nak makan apa pula.

Gulai ayam? Tak best, takde kaki ayam.

Ayam masak kicap? Baru je hari tu masak...

Ayam masak merah? Tomato puri takde lak

Sup ayam? Takde tulang, semuanya dada tak berapa best...
Ayam goreng tomyam? Hahaha next time la try
Last-last aku selongkar dapur akak aku tu, terjumpa balik sos plum yang aku menggatal beli dulu. Aku ni jenis kaki shopping barang dapur, so jangan pelik lak. Kalau perempuan boleh berjam lepak kedai kain, aku boleh berjam lepak di pasaraya bahagian sos, rempah ratus dan lain-lain ingredients memasak.


So terhasil lah ayam masak sweet sour plum, aku main tibai je masak. Masuk bawang putih, cili kecik, halia, bubuh serbuk black pepper sikit, sos plum sikit dan sedikit sos ikan. Voila, bon apetite!! hahaha. Lepas tu aku ambil gambar dan paste dekat FB. Saje je lah sebab dah lama aku tak letak gambar masakan. Dulu di Bentong rajin juga la. Tup tap ramai lak yang komen.

Memasak pada aku tak susah mana pun. Cuma rajinkan diri pegang pisau, beranikan diri mencuba resipi baru dan lepas tu oter ikut diri sendiri. Rajin-rajin juga merasa pelbagai jenis rempah ratus, sos-sos yang halal dan kita boleh create suatu resipi yang simple dan sedap dimakan.

Lagipun kalau korang bujang macam aku, pilih satu menu yang simple nak masak. Contoh, gulai lemak adalah antara menu paling mudah di dunia. Tumbuk cili dengan kunyit hidup, gaulkan dengan lauk (ikan, ayam, daging) pastu masukkan santan dan masak. Nak sedap bubuh serai yang dititik dan sedikit asam keping. 

Selalu sangat makan masakan orang, sekali sekala apa kata rasa masakan sendiri. Kalau sedap boleh tunjuk dekat orang lain, kongsi resipi. Kalau tak berapa sedap boleh diperbaiki di masa mendatang, dan ianya adalah suatu sikap yang baik sebelum korang berumah tangga. 

Everybody can cook, yang menjadi persoalan, korang nak ke tak nak belajar memasak? Selamat memasak =)

p.s: kalau ada sesiapa nak resipinya, aku sudi berkongsi =)

Dunia kotakku IV


"Ke mana kita?" si gadis kecil molek ni mula bersuara setelah hampir 10 minit berada di dalam kereta Proton Persona yang ku pandu.

Aku hanya tersenyum sambil memandang ke arahnya. "You'll see". "Hish awak ni, dalam YM pun usik saya, real life pun nak still nak usik saya?" katanya sambil memuncungkan bibir. "Hehe janganlah marah, kita pergi ke suatu tempat yang tinggi, mahu? Awak tak takut tinggi kan?" tanyaku. "A little bit, kita nak pergi hiking ke?" dia bertanya.

30 minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. "La, KL tower ke? Mati-mati saya ingat awak nak bawa pergi hiking tadi" Dahlia memakai semula capnya namun rambutnya dibiarkan lepas terurai. Mukanya nampak sweet pakai cap, dari jauh kalau tidak perasankan rambutnya memang kelihatan agak boyish cuma bila diperhatikan betul-betul terserlah keperempuanan itu.

"Jom" kataku pendek. Aku berjalan membontoti Dahlia. Bukanlah aku ingin melihat belakangnya cuma aku lebih suka berjalan di belakang supaya aku boleh awasi apa-apa yang terjadi. Belum sempat aku ingin memanggilnya sebuah kereta dengan tiba-tiba membunyikan hon nya kuat kerana Dahlia menghalang laluannya. "Woi! Bodoh, nak mati ke? Tak nampak ke kereta lalu?" kata si pemandu itu dengan berang. "Kau la bodoh, ni bukan trek perlumbaan nak bawak laju-laju, consider la sikit sini ramai orang melintas dan jalan kaki. Akal letak dalam bonet ke?" jerkah Dahlia. Aku agak terkejut dengan caranya tapi hanya mampu melihat dan tersenyum. "Ganas juga minah ni" getus hatiku. Dek kerana marah yang teramat, Dahlia pun meninggalkan pemandu tersebut dan berdiri di hadapan kaunter teksi. Sambil aku berlalu, aku berkata kepada pemandu tersebut "Bro, Tuhan bagi mata, tengok, Tuhan bagi telinga, dengar, Tuhan bagi akal, fikir. Tak guna bawa kereta 5 siries tapi sikap macam orang takde akal". "Kurang ajar punya budak, berani betul kau nak sekolahkan aku?" jerit pemandu tersebut. Aku terus cabut sambil ketawa dan mengajak Dahlia untuk menaiki escalator ke atas.

Sesudah membeli tiket, kami berdua menaiki lif bersama dengan pengunjung yang lain. Rata-rata yang naik adalah tourist, adalah beberapa muka yang kami agak orang Malaysia. "Wow, tingginya..." perkataan yang terpacul dari mulut Dahlia. Aku membiarkan dia dengan perasan terujanya dan mengeluarkan kamera dari beg. Andainya suasana di waktu malam pasti lebih menarik untuk diambil gambar pemandangan. Dengan cahaya lampu dari segala bangunan yang ada di KL pasti dapat menghidupkan suasana yang lebih romantis. Tapi takpelah, suasana pagi pun ok since aku ada subjek iaitu Cik Dahlia.

"Hai orang tu kalau dah dengan kamera, saya ni pun awak lupa ye?" suara lembut itu menceroboh gegendang telinga aku. "Eh takdelah, saya tak nak la kacau mood awak tadi since saya tengok awak begitu teruja bila dah sampai tadi. Tengok teropong dan dengar explanation dari headphone tu" balasku.

"Awak lebih senyap di luar berbanding di alam maya eh encik Sham?" pertanyaan yang biasa ditanya oleh orang yang baru mengenaliku. "Heheh itulah saya, awak akan lebih faham by time nanti" kata ku sambil mengambil gambarnya yang masih melihat teropong.

"Kenapa awak suka tempat tinggi?" dia bertanya sambil merenung ku. "Banyak tempat saya suka, mostly tempat yang tak crowded sangat. Since tower ni tak ramai sangat dan scenery agak menarik, jadi saya agak berminat hendak ke sini" terangku.

Suatu ketika, mata kami saling merenung dan seperti magnet ianya terus kekal. Aku terpana melihat anak matanya yang berwarna perang itu, agak sweet sebenarnya. Tiba-tiba kami tersedar yang kami saling merenung dan masing-masing tersipu malu. Aku terus berpura-pura membersihkan habuk pada kamera sementara dia membetulkan cap dan memandang ke arah yang berbeza. Hish kantoi!.

Selesai bergambar dan melihat pemandangan dari atas menara, kami turun semula ke bahagian bawah. Masing-masing diam seribu bahasa. Aku pun jadi segan nak cakap lepas kantoi merenung mata Dahlia. Dia pun mungkin begitu juga. 

Sedang kami berjalan-jalan, tiba-tiba dia bersuara "Eh eh, flying fox la, jom tengok!" katanya tanpa sedar menarik lenganku menuju ke arah pelantar flying fox tu. Kelihatan ramai budak-budak beratur untuk merasai turun by flying fox. Dahlia kelihatan sangat teruja. Aku? Tengok budak-budak tu naik memang seronok tapi bila aku bayangkan orang macam aku naik benda alah tu, aku risau tali tu putus je haha.

"Nak naik? Jomlah!" tiba-tiba Dahlia mengajak aku. Dengan muka yang agak bercampur baur, aku berkata "Em, takpelah awak, awak je la naik. Saya ambil gambar awak nanti ok?". "Alah tak bestlah awak tak naik sekali. Jomlah" rengeknya seperti seorang anak kecil memujuk sang bapa untuk membelikan teddy bear padanya. "Hohoho tapi saya gayatlah benda alah ni" aku cuba memberikan alasan.

"Awak, please..." dia merayu sampaikan sedar atau tidak dia menggapai tanganku lalu digenggamnya erat. Agak terkejut dengan aksinya itu, aku memandang ke arah tanganku dan ya itu tangan comelnya. Mungkin dia baru tersedar yang dia dah menggenggam tangan aku, lalu dilepaskan serta merta dan berpaling muka daripadaku. Aku hanya mampu tersenyum kecil seraya berkata "Ok". Dia berpaling dan tersenyum lebar sambil menunjukkan isyarat bagus!

Dia mengambil gilirannya dahulu sementara aku mengambil gambarnya. Jelas di wajahnya tidak terpamer pun sedikit ketakutan akan tempat tinggi dan kelajuan. Amatlah kontra dengan apa yang dikatakannya awal tadi. Misteri, ada benda yang aku masih tak tahu tentang Dahlia. Takpelah, perlahan-lahan kita akan ketahui sifat seseorang itu samada sedar atau tidak. 

Aku sempat mengambil beberapa aksinya ketika dia sedang laju turun sampai ke pelantar satu lagi. Memang dia sangat seronok. Dan lepas ni giliran aku pula. Jantung aku dah mula berdegup laju tapi aku masih maintain nampak cool dan selamba badak. Dahlia menghampiri aku "Ok, turn awak. Biar saya pula yang jadi cameraman. Buat pose yang menarik tau" katanya sambil mengambil kamera dari tanganku.

"Bro, ready ke? Kalau takut jangan pandang bawah ok? Takde apa-apanya" kata instruktor di situ untuk menenangkan aku yang dah mula nampak wajak cuak. "Sham! Chaiyokk!!" jerit Dahlia sambil tersenyum. Aku hanya mampu tersenyum kambing sebelum instruktor itu mula menolak badanku yang 2 kali ganda lebih besar dan berat dari Dahlia. "Aaaaa!!! Bodoh! Bodoh!! Aaaa!!!" suara ku jelas kedengaran di pelantar pelepasan. Kelihatan ramai orang tergelak melihat aksi macho aku, aduhai. Sesampainya di pelantar ketibaan, aku rasa lega dan seronok, tapi terasa sedikit sakit di bahagian sensitif, adui adakah aku dapat sambut hari bapa nanti?

"Apalah awak ni, semuorang dengar tau awak mencarut, teruk betul" kata Dahlia sambil tertawa kecil padaku. "Itulah saya kalau awak nak tahu" balasku pula. "Yela tu, dah jom, ada satu round lagi" balasnya. Aaa? Satu round lagi? Aduhai... mampus aku.

Selesai trip ke KL Tower, kami bergerak menuju ke Segitiga Emas iaitu di Bukit Bintang. Dahlia ingin mencari sesuatu katanya. Since masa kami agak banyak, so aku setuju ajelah sebab aku dah biasa sangat ikut perempuan bershopping ni. 

"Awak tak kisah temankan saya shopping?" tanyanya kepadaku. "Kenapa, pelik ke saya temankan awak shopping?" tanyaku pula pada dia. "Pelik tu tidaklah, tapi selalunya man ni cepat bosan ikut perempuan shopping" terangnya. "Saya dah biasa" balasku pendek. "Beruntunglah siapa yang jadi girlfriend awak" dia berpaling memandangku. Aku berpura-pura tidak mendengar sambil melihat-lihat pakaian di kedai itu. Sekali aku ternampak sesuatu yang menarik perhatian, SPAGETI dan aku tunjukkan satu pada Dahlia. "Awak tak nak cuba?". "Keji!" katanya pendek sambil menunjukkan penumbuk kepadaku.

Shopping sudah, makan pun sudah, kini tibalah masanya kami  berangkat ke destinasi utama kami iaitu ke pantai. Pada awalnya memang rancangan aku untuk ke sana tapi memandangkan tiada apa-apa yang menarik ketika pagi dan tengahari, maka aku lanjutkan ke waktu petang.

Destinasi kami seterusnya adalah di Pantai Jeram di Kapar. Perjalanan agak mengambil masa dan Dahlia yang kepenatan tertidur ketika aku sedang memandu kereta ke sana. Sesekali ku pandang wajah Dahlia yang masih ditutupi oleh truck capnya itu. Tertanya-tanya aku kenapa gadis secantik ini perlu kelihatan seperti lelaki? Bukankah lebih manis sekiranya dia berpakaian dress or anything that more feminine. Satu rahsia yang perlu aku selongkar suatu hari nanti.

Jam menunjukkan pukul 5.15 petang. Angin mendayu-dayu meniupkan sekelilingnya. Aku mengejutkan Dahlia. "Oh, maaf saya tertidur. Saya berdengkur ke tadi?". "Haah, kuat gila. Terkejut saya" bohongku padanya. "Hah? Ye ke? Alamak..." mukanya berkerut risau. "Takdelah, saya tipu je" kataku sambil tersenyum. "Keji!!! Sham! Jaga awak, saya dapat saya seligi kepala awak" marahnya. "Hahaha" aku hanya mampu tergelak melihat keletahnya.

"Cantik pantai ni, selalu ke awak ke sini?" Dahlia membetulkan capnya lagi. "Tak la selalu sangat, cuma kalau saya inginkan ketenangan dan mencari ilham, saya akan cari alam. Samada di hutan, sungai, air terjun atau di tepi pantai. Dan sebab di pantai ni ada kenangan yang sukar untuk saya lupakan..." balasku sedikit sayu. Dahlia memandang ke arahku "Boleh saya tahu apa kenangan tu kalau awak sudi berkongsi cerita" pintanya sambil menanggalkan capnya. Aku pandang wajahnya dan aku tersenyum, "Panjang ceritanya". "Saya sudi mendengar dan masa kita masih banyak" dia menyisir rambutnya yang berjuraian di mukanya sambil tersenyum indah.

"Di pantai inilah saya ditinggalkan dan dikecewakan cinta..." kataku sambil jari jemariku mula menulis sesuatu di atas pasir pantai "Sham & Ina".

to be continue...

Sunday, June 6, 2010

Dunia kotakku III

Tak sempat pun 10 minit aku ber online, YM aku dah berbunyi. Tersenyum kecil aku melihat nama tuannya, lalu ku biarkan sahaja YM itu terus berbunyi setiap kali ada mesej baru sampai. Dekat 10 minit lebih baru aku balas "Hai". 

"Keji, awak memang keji. Sukalah tu mainkan saya eh?" balas si gadis yang telah berjanji denganku untuk berbual di alam siber ni. "Dah tahu keji, awak pun still layan saya kenapa?" tanyaku.

"Saja, sebab saya bosan. Kalau ada awak best sikit, boleh kacau, boleh dengar cerita, boleh macam-macam". "Tapi saya seorang yang bosan, apalah yang seronok sangat dengan orang macam saya ni?" balasku.
"You'll never know, hahahaha" balasnya pula.

"Sham, sambunglah cerita awak hari tu, saya nak dengar" pintanya. "Cerita yang mana?" tanyaku ingin kepastian. "Cerita awak di zaman sekolah dulu, yang pasal kes tu" balasnya. "Ohh..." aku cuba mengingat kembali ke masa lampau ketika di bangku sekolah menengah di mana selepas kes aku dikecewakan.

"Ok, time tu saya form 4 dan life masa tu agak worst. Bukanlah hidup kami susah, tidak. Cuma apa yang terjadi pada ketika itu sangat-sangat membuatkan saya seorang remaja yang tertekan. Masakan tidak, teruk saya kecewa untuk pertama kali dan life ketika form 4 agak perit terutama di rumah. My sister dah masuk matrix time tu, so just me and my mum. Bila mak kerja, saya seorang di rumah. 

Start dari situ juga la saya belajar memasak sendiri, takkan nak beli kedai je kan? Still best masak sendiri. So, mak takdelah nak risau sangat pasal makan minum saya since saya boleh berdikari sendiri. Cuma, yelah naluri seorang ibu, kadang-kadang dia kasihankan saya makan lauk simple, so dia masakkan lauk sebelum pergi kerja so nanti dinner saya just panaskan je lauk.

Tu di rumah, di sekolah saya agak ketinggalan dengan pelajaran baru seperti add math, fizik dan kimia. Saya tak tahulah kenapa, saya susah nak hafal benda macam ni. Add math saya jarang lulus setiap kali test, tapi kontra dengan math moden, saya boleh score A. 

Pernah saya beritahu rakan-rakan yang saya sukakan nombor tetapi bukan dengan ayat seperti dalam add math kerana ayat tulah yang selalu mengganggu pemahaman saya. Since Im not born genius, so saya agak slow dalam benda-benda begitu.

Dan yang paling perit adalah, orang yang saya minat still dalam kelas yang sama. Saya hanya mampu melihatnya dari jauh tetapi tak berani dah nak bersemuka. Malu, tensen dan sedih semua ada. Last-last mungkin nasib saya, saya ditukarkan ke kelas lain sebab ambil jurusan yang minoriti dari kelas asal tu.

Apa nak buat, saya pun tak suka sangat sebab kelas baru ni kena berkongsi dengan kelas petang. So segala harta benda, buku dan lain-lain tak boleh nak tinggal dalam meja. Pernah gak saya tinggalkan, tapi malang buku tu kena rampas dan saya dihadapkan ke GPK HEM dan GPK 1. Mujurlah diorang bagi amaran je, so terlepas la time tu. 

Tapi yang bestnya kelas baru ni, lebih happening. Jumpa member lama dan since kelas ni tak ramai student, so kitorang la yang konker. Student life time ni memang seronok, tapi tak seronok seperti di form 3. Form 5 saya dah ok sikit, cuma tahun tu tahun SPM tapi still main-main heheh. Still tak hantar latihan add math, time kelas buat benda lain. Yelah cikgunya baik, sian cikgu tu. 

Saya hanya menonjol di dalam kelas BM, BI dengan math moden je. Kelas BI saya selalu kena panggil dengan teacher ni. Tak tahulah samada dia minat saya ke apa ke?". "Minat awak, pasal plak?" sampuk dia.

"Hehe sebab dia kata muka saya macam P. Ramlee time tu". "Hahaha, so awak pun syok la eh? Mesti teacher tu hot kan? dia bertanya lagi. "Boleh tahan la, cuma dia tu janda dan dia bukan muslim, kalau tak saya pun nak ngurat haha" balasku. "Eleh perasan, dah sambung balik".

"Saya suka tulis essay tapi saya tak suka meringkaskan karangan. Selalu saya high marks dekat essay tapi bila meringkaskan karangan, markah jatuh. Teacher pun pernah puji, saya punya idea yang banyak cuma masalah dengan grammar kena perbaiki". "Perasan lagi la tuuuu" balasnya pendek.

"Well, apa boleh buat. Dalam kelas BM saya bukanlah top student pun cuma saya dibayangi bayang-bayang akak saya je. So secara tidak langsung cikgu akan compare kan saya dengan akak. 

Bolehlah, tidak sehebat dia tapi tidaklah teruk sangat pun. Dan seperti biasa saya lebih minat karangan berbentuk cerita sebab less format yang membosankan". "No wonder la awak suka bercerita, hehe" balasnya. "You'll never know haha" ku balas semula menggunakan ayatnya tadi. "Keji!!".

"Esok awak buat apa je? Tak pergi ke mana-mana?" tiba-tiba dia bertanya. "Em saya tengah plan samada nak pergi pantai atau sungai. Terasa hendak mengambil gambar sesuatu. Bosanlah asyik terperap je di dalam bilik ni 24/7. Awak nak ikut?" pelawaku kepadanya.

"Em tak mengganggu ke? Kot-kot awak nak pergi dengan GF awak ke?" soalan cepumas yang baru ditanya semenjak dia mengenaliku. "Ish manada, awak lah GF saya kan? balasku. "Bila masaaaaa??? Kenal pun baru beberapa bulan, perasan betul awak ni...". "Yelah awak kan girl friend saya, (kawan perempuan) hehehe" balasku semula. "AAAAAAAA, kalau saya ada dekat situ, saya cekik-cekik awak!!!!" marahnya.

"So awak nak ikut? Saya ingat nak pinjam kereta akak saya. Jomlah, awak nak bawak teman pun saya tak kisah" pelawaku lagi. "Emmmm nantilah saya fikirkan ye. Kalau jadi saya SMS awak ok?" balasnya lagi.

Setengah jam telah berlalu, jam menunjukkan pukul 1 pagi. Aku baru sahaja lepas gosok gigi dan bersiap-siap untuk tidur. Baru je nak letak kepala ke bantal tiba-tiba hp ku berbunyi mesej masuk. Aku buka dan lihat mesej dari Dahlia "Ok". 

Sambil tersenyum aku tulis nama tempat dan pukul berapa untuk aku berjumpa dengannya esok. Hoh, esok untuk pertama kalinya aku akan berjumpa dengan Cik Dahlia. Tengok gambarnya agak cute tapi tatau la kan tu gambar bila. Mesti dia dah ada BF kot? Aku pun lupa nak tanya... ish ish ish. Takpelah nanti-nanti jelah aku tanya. Ok, good night, jom tidur, esok nak drive.

Shit, aku lupa nak cas bateri kamera!!

Pagi-pagi lagi aku dah bangun dan bersiap. Aku beritahu akak ku since dia tak ke mana-mana hujung minggu. Dan aku meneruskan perjalanan ke destinasi pertama yang perlu aku tuju, masjid kampung melayu subang. Ya di situ lah aku berjanji akan jumpa Cik Dahlia untuk pertama kali. 

Keadaan jalan pagi tu agak lengang. Yelah, orang bandar hujung minggu macam ni lah time untuk berehat. Setelah penat bekerja dari Isnin ke Jumaat. Orang macam aku je yang gila berjalan pada hujung minggu. Bukan aku tak boleh duduk rumah tapi aku bosan asyik mengadap benda yang sama. Aku perlukan udara segar untuk ku hirup gantikan dengan suasana baru.

Lebih kurang 5 minit lagi sampai lah aku ke destinasi yang dituju. Nak cakap macamna eh, baru 1st time jumpa ni? Kang formal sangat macam skema la plak, nak sempoi sangat macam la aku dah kenal lama. Emm...arghh cakap macam biasa je la. Buat apa nak hipokrit kontrol-kontrol ni.

Ok simpang ni, depan tu masuk kiri. Ooo ok dah nampak masjidnya...tapi mana orangnya. Budak lelaki ada la tunggu dekat bus stop depan masjid tu, tapi mana Cik Dahlia nya?

Takpe, aku try call, maybe dia belum sampai lagi kot? "Hello, Dahlia awak dekat mana? Apa? Tak dengar laa? Cakap kuat sikit. Awak dekat bus stop depan masjid? Mana? Takde pun? Apa? Awak lambai tangan? Kejap" balasku sambil keluar dari kereta.

Dan dengan terkejut beruknya orang yang aku sangkakan budak lelaki tu rupanya Cik Dahlia kita. Serius aku tak perasan langsung muka dia sebab dia pakai cap, dalam gambar tak pula pakai cap macamtu. 

"Hello Sham? Awak yang keluar dari kereta Proton tu kan? Saya dekat sini" katanya sambil tersenyum. Aku turut melambai dan tersenyum tapi dalam hati "Laaaaaa~~ boleh aku tak perasan tadi".

Dan dia pun membuka topinya lalu terurai la rambut panjang ikal mayang dia tu ke kemeja birunya itu. "Wow, macam model la plak" kataku di dalam hati.

Dan aku hanya mampu meneguk air liur masih tidak percaya...

to be continue...

Thursday, June 3, 2010

LBS, sori kau tak sehebat novelnya...


Kesian Kasyah, kesian Ahadiat Akashah...

Tu je word yang aku boleh describe selepas aku menonton filem Lagenda Budak Setan (LBS) di IOI Puchong tengahari tadi.

Segala semangat yang berkobar-kobar dan perasaan excited aku untuk menangis akhirnya terjawap jua. Segala-galanya hanya indah khabar dari rupa. Aku pun tak pasti dan tak paham bagaimana peminat setia LBS boleh mengatakan cerita itu hebat? 

Kalau merujuk kepada novelnya ya ianya adalah masterpiece bagi seorang penulis novel lelaki, namun dari sisi filemnya ianya adalah hasil yang gagal. 

Kenapa aku mengatakan ianya gagal? 

Mari kita kaji apa itu novel Lagenda Budak Setan. Lagenda means sesuatu yang terulung dan menjadi sebutan orang ramai. Budak setan adalah signifikasi kepada perwatakan seorang budak yang beperangai nakal dan teruk. Semua orang tahu kalau mendengarnya.

Namun, adakah elemen tersebut dipaparkan di dalam filem ini?

Hanya secebis. Sempat la makan ais krim McDonald kon tu. Then what? Segala-galanya bukan lagi si budak setan. 

Tak faham? Maksudnya, mengikut novel, apa yang ingin diketengahkan oleh Ahadiat sebenarnya perjalanan hidup seorang budak lelaki meniti ranjau kehidupannya dari kecil sehingga dewasa. Segala kepayahan, keperitan, suka duka, dan yang paling penting penderitaan Kasyah sebagai seorang lelaki yang hampir kehilangan segala-gala dalam hidupnya.

Coretan aku ini bukanlah hendak filemnya sejibik 100% sama seperti di dalam novel cuma janganlah pula 50% dari cerita asal ini dipotong, ditokok tambah dan menjadikan keseluruhan cerita ini menjadi sebuah filem cinta biasa.

Mana hilangnya kisah Kasyah di sekolah menengah? Mana zaman kegemilangan mereka berempat bersahabat yang baru padan dengan istilah "Cikgu" yang salah digunakan di dalam filem. Gelaran "Cikgu" untuk sebuah kolej? That must be a joke man.
Mana hilangnya kisah Kasyah ketika di Amerika? Tika bersama teman baru dan Ayu menurut sama belajar di sana? Saat Ayu terpaksa pulang ke Malaysia kerana perkhabaran ibunya sakit, tetapi dibohongi supaya boleh dikahwinkan kepada Azmi. Saat Kasyah tahu Ayu sudah bernikah dengan Azmi dan jiwanya hancur, konvokesyen sudah tidak bermakna dan kepulangan ke Malaysia ibarat menanti jenazah.

Awal-awal lagi aku sudah menjangkakan, cukup kah waktunya? Dapatkah mereka kembangkan cerita ini dengan baik? Namun sudah menjadi tradisi filem Malaysia untuk tidak lebih dari 2 jam. Maka hasilnya itulah sahaja.

Itu belum dengan hal lagunya. Aku akui lagu tema filem ini memang syahdu dan menyedihkan namun kekerapan ianya dimainkan kadang-kadang membuatkan aku jelak "Eh takde lagu lain ke?".

Dari segi lakonan, yang aku nampak bersungguh adalah Que, Lisa dan Fazura. Lakonan Farid dalam filem ni agak mengecewakan berbanding filem sebelumnya sebab aku tak rasa feel Kasyah tu pada dia. Muka dia tak cukup derita (despite jambang dia yang memang nampak kecewa tapi air mata nampak dibuat-buat dan tidak cukup menghayati penderitaan itu sendiri).



Sedih? Aku hanya sedih pada satu part yang tak sepatutnya sedih pun. Sebab ianya lebih kepada personal memories aku sendiri iaitu cincin yang bertulis nama. Sedih sebab aku sendiri pernah buat benda yang sama untuk seseorang yang aku sayang dan kini cincin tu aku hanya simpan buat kenangan, tapi tak tahulah dia masih simpan atau tidak.

Overall, kisah ni memang menarik hanya untuk orang yang tak pernah baca novelnya. Namun seriously, kalau anda mahukan kisah yang lebih sedih dari filemnya aku sarankan carilah novelnya. Bacalah, ianyalah lebih meruntun jiwa, dan korang akan tahu siapa yang lebih derita dalam kisah sebenar Lagenda Budak Setan.