Followers

Saturday, October 1, 2011

Kamera oh kamera Part 18

As salam,

Baru-baru ni aku macam biasalah join group dekat Facebook. Group ni sebenarnya tempat jual beli barangan kamera, so memang lubuk aku lah untuk melepak. Bukannya beli pon, saja ushar tengok harga barangan 2nd dan gelagat-gelagat manusia-manusia ni. Macam biasalah, ada yang dah otai ok, ada yang otai berlagak. Ada yang newbie berlagak, dan tak kurang juga yang sangat naive tentang perihal politikus dunia fotografi.

Politikus fotografi bukanlah benda asing bagi aku sebab aku dah 2 tahun kenal kamera. Sangat jauh nak pegang title pro atau otai, sedikit segan nak bergelar intermediate tapi selesa dengan title beginner atau newbie.

Benda-benda cenggini dah lama aku belajar sejak dari zaman forum Photoskool masih hidup dan wujud. Tapi atas sebab-sebab tertentu forum yang cukup popular kerana penciptanya anak melayu ni terlalu banyak sangat politikus dan agenda pihak-pihak tertentu sehingga terpaksa ditutup. Sekarang aku just melepak di Photomalaysia, tak sehappening Photoskool tapi boleh lah dari takde.

Al kisahnya, di group yang aku melepak ni adalah satu insan Allah ni bertanya perbandingan DSLR. Aku faham niatnya sekadar ingin tahu dari yang pakar. Cuma yang silapnya, kebanyakan newbie yang baru join group tak baca rules and regulation group tersebut. Aku dulu tak baca gak, tapi lepas kena sound, sendiri mau ingatlah.

Rules menyatakan group hanya membenarkan proses jual beli, tiada sebarang posting merepek samada berbual kosong atau bertanyakan perbandingan kamera. Ini kerana posting di Facebook tak melekat dan akan naik turun. Bagi pihak seller, jika terlalu banyak perbincangan iklan mereka akan jatuh ke bawah dan ini melecehkan mereka untuk cari balik dan BUMP (bring up my post).

Tapi ada juga yang tak paham, dan jenis kaw-kaw punya sikap. 

Al kisahnya juga aku bukan lah nak sokong mana-mana pihak, tapi sekadar menasihatkan agar cari platform lain untuk menimba ilmu. Tapi elok je aku komen, kena hentam lak dengan sorang mamat ni. Ayat sikit punya kurang hajo. Kalo bukan dek kerana panas hati, dah lama kot aku balas balik. Tapi kenangkan, untuk apa? Aku just balas dengan sengihan je la.

Tak salah nak cari ilmu, tak salah berkongsi ilmu tapi kena tengok tempatlah. Bak orang dulu-dulu kata "masuk kandang harimau, mengaum, masuk kandang kambing mengembek" dan respeklah dekat tuan rumah a.k.a admin yang bertugas. Bukan apa, kang kena banned marah lak.

Buat yang masih baru dalam dunia fotografi, respeklah orang lain tak kisahlah dia tu newbie ke pro ke, sebab kita takkan tahu sedalam mana ilmu yang mereka ada hanya dengan melihat gear mereka. Jangan ingat hanya kerana photog tu pakai entry level DSLR dia newbie, dan jangan sangka photog yang pakai pro level tu hebat. Don't judge the book by its cover.

Selamat berfotografi.

5 comments:

nurkaloi said...

kaloi da lame tak renang sini sory ^_^ hee

selamat ber dslr

seposeng karat said...

setuju dengan ayat ko ni...
"respeklah orang lain tak kisahlah dia tu newbie ke pro ke, sebab kita takkan tahu sedalam mana ilmu yang mereka ada hanya dengan melihat gear mereka."

xsemestinya yg pakai gear entry level tu newbie dn sebaliknya..

Aku pun join gak PM(PhotoMalaysia) tp just utk upload pic dn ushar 2nd gear n acc..utk berbual 0 or bertanya aku rase asing sgt2 kt situ..

utk newbies aku cadangkan try this forum:

http://forum.digitalmukmin.org/index.php
http://www.photosantai.com/
http://www.fotomedia.com.my/

just myseposengkarat..hahahaha =))

Shukjessa said...

bagus2, ade lagi banyak forum untuk join. at least tempat yg betol, orang tak marah kalo nak bertanya.

tp even dulu2 join forum dekat photoskool, kalo bertanya "kamera sekian2 ni ok tak, cane compare sekian2?", sure kena basuh dengan otai2 photog malaysia.

tapi ade yg bising? ade la tapi tak seteruk sekarang siap balas dgn ayat daring lagi. sbb yg join forum2 besar ni biase nye mereka yg hidupnya hanyalah fotografi.

seposeng karat said...

forum yg aku cadangkan tu aku rase semua mesra alam dgn newbies. xde lah bile bertanya tu nk marah2..

ape guna ade forum photo if newbies xleh nk blaja kn..
klu aku yg newbies ni dh kne mrh or dh kne bg dgn ayat bombastic dgn soklan sendiri, for sure my passion toward photography mesti down..dn nk login ke forum tersebut utk kali ke 2 dn seterusnya kne berfikir-fikir dlu. better cari forum lain.

utk forum ini>>http://forum.digitalmukmin.org/index.php..thread utk blaja shoot pic wedding and shoot model xde sbb forum ini lebih islamik. so better ke 2 forum seterusnya :)ape-ape pun aku sk dgn forum ni.hehhe..

biasenye forum2 besar ni biasenye tempat utk ko promote service ko kt sane..mcm dh jd tempat utk pro-only..itu pendpt aku la..

Shukjessa said...

its ok pada aku, janji forum tu ade ilmu kan.

cuma sayang kalo dalam forum banyak politik yg bermain2 seperti salah satu forum dulu...