Followers

Thursday, April 21, 2011

Review: Red Riding Hood (PG 13)

Salam,


Hari ni aku keluar jalan-jalan sebab dah beberapa hari dok terperap je dekat rumah. So hari let loose sikit. Ingat nak tengok cerita Scream 4 since filem tu aku ikut sejak dari first filem tapi sebab movie yang paling awal, awal sangat, dan next shownya agak lambat so aku decide tengok Red Riding Hood. Tengok dekat bukit raja je, malas nak pergi jauh-jauh semenjak hujan lebat kaw-kaw seminggu dua nih.

Cerita ni agak berbeza sedikit dengan apa yang kita biasa dengar or baca time kecik-kecik dulu. Mungkin cerita zaman kanak-kanak dimasukkan mitos yang kurang ganas dan lebih kepada nilai moral yang baik. Tapi untuk filemnya kali ni jalan cerita diubah sedikit dengan menggantikan watak serigala itu kepada serigala jadian. Walaupun begitu, elemen cerita seperti jubah merah, nenek, serigala, dan perkataan seperti "what big eyes you have, big teeth bla bla bla" ada dimasukkan sedikit.

Namun apabila ianya tidak diolah dengan baik ianya sedikit sebanyak mengganggu jalan cerita. Ia lebih membuatkan orang tertanya-tanya kenapa begini? kenapa begitu? Ada part pula yang aku rasakan sedikit bosan, dan bila bosan aku pon tertidur. Scenery nya agak cantik, seperti filem Alice in Wonderland, cuma pengolahan werewolf itu sendiri agak berbeza apabila werewolf hanyalah serigala biasa yang oversized dari normal wolf. Dan tak dapat nak dijelaskan kenapa werewolf tu membunuh penduduk di situ.

Rating cerita ni aku hanya boleh bagi 3 dari 5 bintang. Kurang x faktor pada aku untuk membuatkan orang terpaku. Dan jalan ceritanya senang untuk dijangka, malah tekaan siapa werewolf pun dapat dijangka sebelum filem berakhir.


Ini merupakan minggu terakhir aku tengok wayang sebelum berangkat pergi. Next week filem Thor nak keluar, aku terpaksa cari DVD je la. Oh yeah, bulan May dan bulan June lagi banyak filem menarik nak keluar, antaranya Pirates of Caribbean dengan Harry Potter. Panggung mesti full lagi nanti, oklah selamat menonton.

p.s: tadi tengok ada group gurls ni, aduhai gediknya. Buat aku fikir 10 kali nak ngurat pun. Cane la nak buat stok bini camtu punya perangai.

Tuesday, April 19, 2011

Jika mulut bisu, jari berkata-kata (Bersyukur atau kufur)


2-3 bulan dah berlalu aku rasa cuaca di Bumi ni agak tenat. Banyak benda yang sepatutnya jadi dia terbalik lak. 

Aku ingat lagi kata-kata seorang member lama yang kini belajar dia Aussie "Biasanya sekarang ni patut musim panas, tapi tengoklah ada tempat di sini dah banjir".


Tu di Aussie, di Malaysia pun tak kurang hebat tempiasnya. Patutnya pon sekarang musim kemarau. Tapi tengoklah cuaca, kejap panas, kejap-kejap hujan melampau. Pernah satu hari tu hujan sekali dengan ribut-ribut. Pengalaman aku naik motor redah hujan selama lebih dari 6 tahun tak pernah lagi aku stop hanya kerana anginnya terlalu kuat, petirnya bagai berapa inci atas kepala dan hujan dah bagai air batu yang turun. Tu lah hari yang pertama kali aku terpaksa lepak beramai-ramai menyertai kumpulan mat-mat rempit yang terkandas dek kerana hujan yang bunyinya macam bunyi trompet zaman diraja dulu-dulu. Walaupun aku lepak bawah stesen minyak tapi aku rasa macam anytime je stesen minyak tu boleh hancur dek kerana hujan campur petir dan ribut. Subhanallah...


Then bila cuaca asyik kerap bertukar hujan panas, hujan, panas, mana-mana manusia yang antibodinya agak lemah akan mulalah start demam + selsema + batuk + sakit tekak.

Alhamdulillah aku tergolong dalam golongan antibodi yang agak kuat. Dalam setahun boleh dibilang berapa kali je aku demam. Dan kalo orang lain boleh kena demam kerana kena hujan, aku jarang demam walaupun aku main dalam hujan. Sebab tu kalo aku naik motor, hujan bukan benda yang aku risau sangat kecuali angin yang laju dan petir.

Tapi walaupun antibodi aku agak kuat, once aku demam, demam aku akan setinggi-tingginya. Jarang sangatlah aku demam suhu rendah-rendah. Biasanya memang suhu yang nak kena masuk hospital. So bila aku nak demam, persediaan rapi mesti disediakan, paling penting teknik sponging atau guna gel ais sangat signifikan untuk turunkan suhu badan.


Dulu-dulu aku demam selalu gak mengeluh kenapa la demam bla bla bla, then dengar ceramah agama kata dari mengeluh lebih baik menginsafi diri kerana time sakit ni lah Allah hapuskan dosa-dosa kita. So dari kita kumpul dosa mengeluh itu ini lebih baik kita perbanyakkan ibadah dan berdoa kepada Nya supaya cepat sembuh. Benda paling penting kena yakin dan redha semua penyakit itu datang dari Allah dan daripada Nya juga akan ada ubat atau penawarnya.

Mungkin bunyi macam agak mustahil tapi cubalah sebab sakit itu datangnya dari akal dan hati. Jika akal dan hati kita tenang, apa jenis penyakit pun kita dapat tempuhinya dengan hati yang terbuka. 

Ingat tak kisah seorang Nabi yang Allah uji dengan memberikan baginda sejenis penyakit yang tiada ubatnya ketika itu. Baginda hanya redha dan berserah kepada Allah yang hanya Allah yang mampu mengubati penyakitnya itu.

Maka dengan ini aku menasihati kawan-kawan bloggers, andainya ditimpa sakit or musibah, janganlah terlalu banyak merungut or memaki hamun bahawa penyakit itu menyusahkan, tak suka ke apa ke, kerana sedarlah melalui penyakit itulah dosa-dosa kita sedikit sebanyak dihapuskan dan melalui sakitlah Allah nak uji keimanan kita, adakah semakin bersyukur atau semakin kufur. 

Semoga coretan ini dapat membantu korang sedar akan kita hidup di ambang dunia akhir zaman. Seperti telur di hujung tanduk, anytime boleh jatuh dan pecah dan begitulah jua kita sebagai hamba Nya. Wallahualam...

p.s: aku adalah seorang bekas pesakit denggi yang beruntung kerana Allah  masih memberi peluang untuk hidup hingga kini. Jika maut telah tertulis, hanya seekor nyamuk sudah cukup untuk dijadikan sebagai puncanya, Subhanallah...

Sunday, April 17, 2011

Jika mulut bisu, jari berkata-kata (Umrah)



As salam,

ketika penerbangan pulang di Jeddah Airport

Lagi 2 minggu je lagi Malaysia akan aku tinggalkan buat seketika. Dan 2 minggu pula aku akan jadi tetamu di tanah haram mengerjakan umrah. 

di hadapan makan Saidina Hamzah

Ini bukan kali yang pertama aku ke sana, tapi jarak masa tika itu membuatkan kenangan aku terungkap kembali. Tenang. Ya, di sana memang tenang. Apa yang kita nak sibukkan lagi selain beribadat kepada Allah. Tak payah nak pikir soal kerja, soal masalah di Malaysia ke apa ke, hanya beribadat dan berdoa sahaja. Memang tempat percutian yang aku galakkan untuk sesiapa yang nak lari dari kesibukan kota. Buat mereka yang merasakan duit terlalu banyak hingga tak tahu nak buat apa. Ke sana lebih afdal dari bercuti semata-mata ke tempat lain yang silap hari bulan boleh tambah dosa je lagi.

di hadapan Masjid Nabawi

Aku masih ingat, pertama kali aku ke sana bersama mak dan seorang nenek saudara. Sayangnya tika itu kamera hanya ada satu roll filem, maka tak banyak sangat gambar yang boleh diambil. Dan untuk kali ini, InsyaAllah aku kembali untuk mengambil gambar-gambar yang lebih menarik dengan kamera yang lebih proper. 

di kaki bukit Gua Hiraq

Buat yang tak pernah ke sana, pemandangannya sangat menakjubkan. Korang boleh melopong hanya melihat betapa besar dan cantiknya masjid Nabi dan masjidil haram. Korang boleh terkesima melihat Kaabah live depan mata. Korang boleh rasa kagum dapat pegang kain Kaabah (tak disyorkan sangat) dan korang boleh menangis jika dapat cium hajar aswad. Tu belum benda-benda lain yang ada di sekitar tanah haram. Subhanallah... tiada apa yang lebih mengkagumkan aku selain dari melihat benda-benda ini di sana. 

di ladang Unta (time ni dah botak licin)

Blog aku mungkin akan tak update starting next 2 weeks sampai lah aku balik semula ke Malaysia (insyaAllah). Selepas tu barulah aku akan ceritakan pengalaman dan gambar-gambar aku di sana mengikut peringkat-peringkat. Kemungkinan juga aku akan cuba ambil video perjalanan umrah di sana, sekadar kenangan dan juga semangat travel yang aku ingin sampaikan melalui blog ini.

Semoga ianya dapat membantu korang-korang yang memang berhajat untuk pergi ke sana menunaikan umrah, insyaAllah. Jika dapat peluang jangan dilepaskan, kerana peluang takkan datang sewenang-wenangnya.

Saturday, April 16, 2011

Jika mulut bisu, jari berkata-kata (Offer)

As salam,




Entry ni bukanlah sebuah cerpen tapi lebih kepada coretan biasa yang aku pernah tulis sebelum ni cuma aku rasa lepas ni aku nak jadikan siri supaya senang sikit untuk reference akan datang. Mana lah tahu kan?


Semalam seorang sahabat lama merangkap jiran aku sendiri di tanah tumpahnya daraku iaitu Bentong ada call. Dia perlukan khidmat seorang photographer since photographernya last minit terpaksa masuk hospital. So dia offer la dekat aku. Cuma problemnya dia nak bertolak pagi-pagi dan aku masih di Shah Alam. Nak balik on the spot tak dapatlah. Lagipon next week aku memang kena balik Bentong pon.


Ni bukan kali yang pertama aku dapat offer jadi OP untuk event dari kalangan kawan-kawan tapi untuk yang kali ni aku cuba seboleh mungkin untuk katakan tidak. Sebab sebelum-sebelum ni bila orang offer aku terpaksa tolak sebab aku tak yakin karya aku mampu puaskan hati diorang hatta diorang kata "ala ambil gambar biasa-biasa je janji terang dan boleh dilihat". Aku ada persepsi sendiri tentang pekerjaan yang dipanggil perniagaan servis nih.


Bila kita bagi servis, servis mestilah yang terbaik, hasilnya pun mesti yang terbaik. Kalau dihimpunkan seratus orang dalam satu kawasan, at least kena ada pada tangga ke- 50 terbaik. Kira macam passing mark dalam sebuah ujian or peperiksaan. So at that time, aku tak rasa hasil karya aku melepasi that mark walaupun aku pernah lihat gambar-gambar photographer yang dah start bisnes ada yang lebih kurang aku je or even worst gambar tu hanya biasa. Tapi aku tak berani la nak komen sangat sebab aku pon tak buat bisnes lagi, so komen dalam hati je la.


Sebab aku takde official portfolio, semua hasil gambar aku tepekkan dekat FB or dalam blog. Dan terpulanglah pada sesiapa pun nak komen or kritik. Nak kirim dekat SN? Huiii berderau darah kalo tengok komen dia nanti hahaha.


Aku bukan nak cakap gambar aku lawa, sebab aku tahu level aku takkan boleh setaraf dengan nama-nama besar dalam Malaysia ni. Tapi bila dapat seruan, dan offer yang pada aku agak ok la membuatkan aku lebih bersemangat untuk perbaiki hasil gambar.


Balik pada cerita member aku tadi. Pendekkan cerita, dia pilih aku sebab katanya hasil gambar aku agak memuaskan. Terkejut la jugak sebab bila aku tepek dekat FB, jarang orang nak komen. Tapi aku buat tak kisah je, sebab dah memang minat aku untuk ambil gambar. Dan nama pun hobi, kalo tak takdenya la aku nak buang masa edit berjam-jam then nak tepek lagi dekat FB.


Cuma sebab aku berlainan tempat, maka job tu pon tak dapat ambil. Tapi tak bermakna aku tak dapat job langsung. Alhamdulillah kalo dapat memang rezeki, kalo tak dapat apa boleh buatkan? Last, aku di offer untuk edit gambar je la nanti since problematik dengan lokasi tu. 


And satu yang aku bangga dengan member setaman aku ni, dia jenis bukan mintak free. Baguslah, orang macam ni patut dipuji. Even aku beritahu dia aku tak pernah buat bisnes ni lagi tapi dia still insist tanya harga berapa. At least ok lar for starter, dia ada gak bertanyakan harga. Mahal murah tu lain cerita la kan. Better still dari tak tanya langsung, mintak yang free aje. Tu tipikal Malaysian attitude.


Tentang harga lak, nantilah aku buat satu entry pasal sebut harga based on apa yang aku faham jika nak start bisnes. Mungkin tak sama dengan cara orang lain tapi pada aku ianya lebih jujur dan telus, dan buat customer yang paham diorang akan datang balik jika servis dan kualitinya baik.


Nampaknya, lepas balik umrah dan dapat kerja, aku dah kena start pergi kelas photography nih. Takde alasan lagi dah, time to move forward biarpun berdikit-dikit.

p.s: alhamdulillah, berbaloi gak la aku pegang DSLR walaupun hutang beli kamera masih tak dapat nak bayar.

Wednesday, April 13, 2011

Kamera oh kamera Part 16 (Etika)

As salam,

Lamanya aku tak update blog. Idea banyak tapi tu lah malas nak kembangkan. Last-last stuck je dalam otak minta dikeluarkan.


Untuk kali ni aku nak sentuh la sikit pasal etika. Mungkin ini bukan etika secara profesional buat sesiapa yang nak join fotografi tapi pada aku ianya adalah satu kesedaran kita sendirilah kan sebagai manusia. Lebih-lebih kita dilahirkan sebagai seorang muslim.

Etika dalam fotografi pada aku takde lah kompleks sangat. Ada yang kita perlu tahu dan ikut, ada yang kita dah tahu dan laksanakan aje. Tak perlu nak berdebat panjang lebar pasal etika sebab lain orang lain cara, cuma bagi aku ini adalah etika yang baik kalo kita guna pun tak salah rasanya.

Etika paling penting dalam fotografi macam biasalah sentiasa humble dan sentiasa mencari ilmu. Hormat siapa guru korang walaupun mungkin mereka adalah dari kalangan member-member or insan yang jauh lebih muda dari korang. Jangan cepat bongkak dan sombong kalo dah berjaya. Ada gak la aku tengok photog yang seakan-akan lupa diri dan sentiasa nak berlagak hanya kerana gambarnya banyak dalam flickr, contoh. Kalo korang lihat lak photog pro yang jenis low profile or humble ni takkan mengaku hebat, dan diorang akan selalu pergi workshop or kelas-kelas photog pro yang lain. Yelah, ilmu lain-lain takkan sama caranya.

Etika yang kedua, yang penting juga ialah sayangi kamera yang korang ada dan jangan memperkecilkan kamera orang lain. Misalan lah korang hanya mampu untuk beli D3100 kerana kekangan bajet. Takpe, jangan rasa terpukul dengan racun-racun yang kata rugi lah beli, baik beli yang intermediate punya bla bla bla. Tak perlu rasa begitu sebab kamera hanyalah alat, makin mahal makin senang proses untuk menghasilkan sebuah karya yang cantik. So kalau baru mula takpelah bersusah-susah dahulu, at least korang tahu cara nak edit, korang tahu cara-cara susah yang bila later on korang beralih class kamera akan menyenangkan kerja korang sebab basic korang dah kukuh. "What doesn't kill you makes you stronger".

Etika yang ketiga adalah dari segi minat. Seperti yang korang tahu, bidang dan skop fotografi sangat luas. Malahan ada yang sampai kita tak pernah dengar pon. So choose la bidang-bidang yang korang minat AS LONG tidak bercanggah dengan rules and regulation as a MUSLIM.

Sejak akhir-akhir ni aku tengok ramai photog yang terlalu cenderung untuk join bidang-bidang potret or model. Mungkin dari segi profesionalismanya tidak salah sebab ianya digunakan atas nama kerjaya dan seni. Tapi dari satu sudut yakni agama, ianya adalah satu benda yang dilarang. Aku sendiri tak berapa minat nak ambil gambar model yang seksi sebab menyimpan gambar-gambar sebegini mengikut Islam tak jauh bezanya dengan menyimpan gambar-gambar lucah. Sebab yang diambil itu adalah perempuan yang bukan mahram yang mendedahkan aurat yang boleh menaikkan nafsu.

Tu belum yang menggunakan konsep nude art sebagai satu alasan untuk berkarya. Pernah jugalah aku melihat cara mereka berfikir dan komentar mereka, tapi pada aku lelaki dan nafsu takkan dapat dipisahkan. Apatah lagi kalo kita sebagai photog berada hanya beberapa inci dengan model yang putih gebu tanpa seurat benang. Tak naik nafsu? Unless korang gay, mati pucuk or lelaki tak normal, memang takkan naik nafsu walau sedikit cuma kalo karya itu dipertontonkan dan respon orang yang melihat adalah "wow, gebunya", "ish geram aku" dan lain-lain, bukankah itu dosa?

Ini termasuklah juga sedikit sebanyak dalam kategori street candid. Kenapa? Korang fikirlah sendiri...

Yang ni lebih kepada etika bekerja jika korang dapat job. Firstly yang paling penting adalah sikap. Customer always right ke tak ke itu terpulang pada prinsip masing-masing. Cuma yang perlu dititikberatkan adalah disiplin. Kalo bertemu janji, jangan lewat. Kalo boleh bawa ke tempat yang senang untuk berbicara dan nampak pro jika tiada studio sendiri. Penampilan terpulang cuma pada aku janganlah kusut sangat, sebab first impression sentiasa memainkan peranan yang penting. Harga? Pandai-pandai lah korang taruk. Since benda ni sentiasa diperdebatkan, letaklah harga ikut kadaran semasa skills dan pengalaman korang. Jangan terlalu rendah dan jangan lah merepek sangat harganya.

Di lokasi, kalo boleh pakailah baju yang sedikit formal. Baju tee round neck agak tak berapa sesuai jika korang nak tunjukkan profesionalisma tu. At least pakailah baju berkolar. Dan kalo cuaca panas pon, jangan bawak towel macam nak pergi outing. Bawalah sapu tangan, lebih proper. Sentiasa datang awal untuk korang observe tempat dan boleh ambil gambar yang masih kurang orang.

Jika korang OP (official photog) dan punyai anak buah or member tag along, sila pastikan yang hanya satu OP pada satu-satu tempat. So takdelah dekat atas pelamin tu ada 3-4 orang OP hanya untuk ambil gambar yang sama aje. Sentiasa amalkan ambil gambar, then berlalu pergi dengan cara yang penuh beradab. Tak kisahlah korang OP or tak. Paling penting, jangan halang orang lain punya view jika korang lambat. Biasanya orang yang tak tahu etika memang akan suka-suka je menghalang, so banyakkan bersabar. 

Kalo boleh janganlah berebut-rebut ketika nak bergambar, sebab OP ni ada special lesen untuk request pengantin repeat that scene jika terlepas. Malah OP dapat BTS punya pass untuk ambil gambar persiapan pengantin, baik lelaki mahupun perempuan. Cuma ini atas pendapat aku lah. Sekiranya korang ingin mengambil gambar pengantin wanita make up, tag alonglah dengan seorang photog wanita, itu lebih proper pada aku. Sebab kalo pengantin jenis free hair oklah, tapi yang bertudung? Kita kena faham sesetengah isu-isu yang lebih baik jika dapat digantikan...

Akhir sekali, ambil lah gambar kerana minat dan untuk menggembirakan orang lain dan bukan duit semata-mata. Sebab benda yang lahir dari hati, ianya akan nampak lebih natural dan ikhlas. Kita pun tumpang gembira.

p.s: ini hanyalah pendapat, tak semestinya perlu diikuti pon.

Monday, April 4, 2011

Kamera oh kamera Part 15 (DSLR Video)

As salam dan maaf buat yang tertanya bila la blog aku ni berhapdet. Agak bz dan takde mood nak tulis sebenarnya. Tapi dah tengah bosan-bosan tiba-tiba teringat lak, aku ada buat first projek video menggunakan D5000. First time ever gak la aku edit movie.

Hasil die not bad, tak seperti pro since aku bukan pro pon. Cuma bolehlah, better than projek video aku yang terdahulu in term of quality (video dengan gambar). Hopefully this weekend projek video kedua aku akan berjalan lebih lancar.

So harap korang boleh enjoy tengok first DSLR video aku buat sempena majlis kenduri kawen aku. Mungkin lebih menarik kalo aku dapat follow dari hari pernikahan tapi since aku bukan OP (official photog) dan aku buat projek ni atas dasar suka-suka dan sekadar kenangan, maka ini jerlah yang terhasil.

Edit pon memain je ni, tu pon dekat 5 jam menyental otak nak buat flow, susun atur, semua jadah tu. So bayangkan kalo video official untuk client yang bukan main-main... Huii...

Oh ya buat yang berminat nak belajar buat DSLR video boleh tanya sekiranya ada apa-apa yang korang musykil. Software or apa jadah yang aku boleh, aku tolongkan. Takde DSLR? Compact pon boleh, cuma hasilnya mungkin takkan sama lah sikit.


p.s: sori kalo video agak berpusing-pusing. sebab takde stabilizer dan fokus D5000 adalah manual, so agak susah nak stay belen sambil fokus sharp. name pon first trial, masih banyak yang perlu diperbaiki. Peace!!

Friday, April 1, 2011

April Fool (hari memperbodohkan diri sendiri)

First of April. Kalo disebutkan tarikh ni, apa yang akan bermain di fikiran korang?



Mostly akan jawap "April Fool".

Ya April Fool or hari mengenakan orang. Tapi aku lebih suka menggunakan term, hari 'memperbodohkan orang'.

Amalan siapa? Yang pasti bukan orang Islam dan bukan budaya orang Timur. Tapi kenapa ianya mendapat sambutan malahan dari orang Islam sendiri? Sebab bagi mereka mempersendakan orang itu tak salah, dan mereka menganggap ianya hanya lawak, so jangan ambil hati sangat.

Dari segi lifestyle sekarang mungkin jenaka lawak mengenakan orang tu boleh diterima pakai, tapi adakah semua orang boleh terima ianya dengan hati yang terbuka? Malah, ada sesetengahnya membuat lawak bodoh yang terlalu memalukan orang lain.

Aku pernah terkena sekali masa zaman sekolah. Seingat aku pada waktu tu aku form 1 sebab hanya time tu je yang aku menjadi ketua kelas. Nak dipendekkan cerita, sorang member ni beritahulah dekat aku yang ada sorang cikgu nak jumpa aku suruh angkatkan buku dari bilik guru. Sebab dah memang duty aku, so aku takdelah nak curiga sangat dan aku tak ingat lak hari tu adalah tarikh keramatnya. 

Bila dah sampai bilik guru, aku jumpa la cikgu tu, then cikgu tu cakap takde pon. Then baru aku sedar aku dah kena kencing. Malu dan marah terus aku berlari balik ke kelas. Sampai dekat sana, nak marah pon tak jadi dah sebab member-member pakat gelak-gelak, walhal kalo aku ni jenis baran memang dah lebam dah pon biji mata budak tu.

Even dalam Islam sendiri melarang kita untuk menyakiti hati orang lain melalui gurauan. Gurauan biarlah berpada. Kalo tak apa yang kita cuba sampaikan mungkin satu hiburan untuk kita, tapi atas bahu kiri kita menggalas bebanan dosa yang kita kutip dari memperbodohkan orang lain. So di sini, ianya akan balas balik menjadikan kita memperbodohkan diri. Kita kenakan orang, kita suka gembira, orang tu marah dan malu, orang tu dapat pahala orang dianiaya, kita dapat dosa orang menganiaya dan juga menipu. 

Dosa dengan Allah boleh minta maaf selagi belum mati. Dosa sesama kita, kalo tak sempat minta maaf? Nauzubillah...

Maka di sini aku menyeru rakan-rakan bloggers yang membaca karangan aku ni, agar jangan terlalu terpengaruh dengan budaya barat, April Fool, Valentine's Day or apa saja lah yang tidak dapat membina perabadan manusia. Sentiasa beringat, Allah itu Tuhan kita, Islam itu agama kita, Rasulullah itu Nabi kita, Muslimin itu saudara kita dan Al-Quran itu pegangan kita.


Di sini aku selitkan satu link mengenai huraian larangan menyambut April Fool Fatwa dan hukum

p.s: sayangnya ada juga orang Islam yang nak pertahankan April Fool... Semoga ditunjukkan jalan yang benar...