Salam Ahad,
Kali ni aku nak cerita sikit pasal isu racun-meracun dalam komuniti photog. Mungkin ada yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi pon turut terkena tempias racun ni dari member-member, tokei kedai dan juga orang-orang yang baru kenal seperti di forum dan di mana-mana.
Pada aku sendiri, isu meracun kawan adalah lebih kepada kemampuan mereka untuk memiliki DSLR atas kerelaan bukan secara paksa rela seperti di kedai. Orang minta pandangan dan nasihat, aku hanya menghulurkan sahaja. Sebab tu kalo orang tanya aku "Bro DSLR apa yang bagus untuk orang baru nak belajar". Jawapan aku senang je, "kena ada bajet, kena try rasa dan kena banyak buat survey dan sedikit stadi".
Bajet, ni yang paling penting. Andai bajet korang ada di tahap-tahap tertentu fixkan, jangan melangkau walaupun korang ada duit lebih. Simpan duit lebih untuk benda-benda lain since DSLR bukan one thing only tapi jenis beranak pinak. Aku bagi contoh, andai korang bajet untuk beli Nikon D3100. Fixkan bajet dengan melihat harga RRP Nikon yang paling latest di website, di magazine. Jangan straight tanya kedai sebab kedai ni banyak muslihat lebih-lebih kalo bukan authorized dealer. Biasanya Nikon akan letak harga paling tinggi sesebuah model itu boleh dijual di Malaysia, so any price higher than that forget it. Then, korang perlu lebihkan sedikit dari jumlah bajet yang korang fixkan tadi, misalnya lebih RM200. So kalo harga D3100 adalah RM2.1k, total bajet korang adalah RM2.3k. Fixkan di situ.
Next thing adalah rasa dan pegang. Adakah ianya serasi dan sejiwa dengan korang? Ni bukan isu memain pada aku sebab sebuah kamera yang bagus adalah ianya akan serasi dan get well along dengan pemiliknya. Sebab aku perhatikan ramai yang jual balik body kamera dengan alasan tak sesuai, kecik, jari tak muat, berat sangat, ringan sangat bla bla bla. So kalo boleh pergi kedai try rasa, silakan. Rasa di sini bukan dengan lidah, tapi pegang betul-betul as if korang nak ambil gambar. Cuba pegang sebelah tangan dengan berat body tu, adakah ok? Adakah jari korang just nice? Atau tak cukup panjang? Atau terlalu padat? Benda ni yang mainkan peranan untuk ubah pendirian korang sebenarnya sebelum proses jual beli berlaku.
Bila dah rasa dan tetapkan pendirian, boleh start survey kedai yang ok. Macam biasa seruan aku, kalo tak nak banyak masalah beli dari authorized dealer or paling tidak tanya warranty apa yang dapat. Kalo kedai? Cuba tanya ada tak warranty Malaysia? Sebab kadang-kadang kedai ni banyak sangat muslihatnya. Dan sila pastikan yang warranty Malaysia adalah untuk body kamera. Sila ambil tahu, body dan kit lens ada 2 warranty yang berbeza.
Buat yang nak beli impot, aku tak sarankan melainkan korang ada kawan-kawan yang pakar dalam hal-hal begini. Lagipon hak korang. Cuma satu jela, adakah berbaloi membeli barangan murah RM300 tetapi bila ada problem kamera korang akan kena hantar balik ke negara asal yang issuekan warranty tu? Dan kalo lagi malang, kedai tu sendiri yang buat servis. Dapat yang memang pakar servis takpelah, yang tak?
Survey bukan setakat di kedai. Survey perlu dilakukan dan seiiring dengan stadi perihal model DSLR, apa itu DSLR dan ilmu basic yang perlu tahu. Nak yang paling berkesan baca review pakar-pakar DSLR mengenai sesebuah model. Adakah berbaloi untuk beli dan kenapa?
Jika korang dah khatam benda-benda di atas, konfem korang boleh tepis racun-racun yang akan menghinggap dekat korang later. Satu benda yang pasti, kalo korang nak beli entry level silakan kalo itu yang korang mampu dan rasa serasi, dan beli sekadar hobbyist untuk ambil gambar lawa. Mesti ada yang akan meracun kenapa tidak ambil intermediate level? D90? D7000? D300s?
Sebab racun-meracun akan berterusan selagi korang tak beli Full frame kamera. So tak guna pon kalo korang tak mampu nak beli D90 or D7000 tapi orang racun suruh beli, then korang termakan racun dan beli, still korang kena racun untuk upgrade lagi. Yang nak guna, yang keluar duit adalah korang bukan manusia-manusia ni. So ukur baju di badan sendiri. Sesebuah gambar lawa atau tidak bukanlah disebabkan canggihnya body kamera itu tetapi lebih kepada apa yang korang dah belajar iaitu ilmu dalam fotografi.
Agak kelakar bila aku membaca posting di sebuah forum mengenai mode auto. Memang tak salah guna cuma pada aku kalo body canggih dan hebat tapi still guna mode auto, lebih baik guna kamera kompak aje. Apa bezanya pun kan?
Aku harap one day aku dapat buktikan tak salah pun menggunakan entry level dan entry level pon boleh menghasilkan gambar yang setanding dengan level yang lain. Apa yang diperlukan adalah ilmu dan teknik yang betul.
p.s: geleng kepala bila tengok dekat forum orang menjual kamera macam jual pisang goreng. Baru 2 bulan guna jual. Reason? UPGRADE? Ni semua mangsa racun la nih