Followers

Friday, January 28, 2011

I will follow you... ye ke?

* ini hanyalah pandangan peribadi. Sila baca kalo mahu, jangan baca kalo tak mahu. 

"...sila follow..."
"...mesti menjadi follower..."
"...wajib menjadi follower..."


Kadang-kadang kita terlupa niat asal kita untuk berblog. Adakah hanya untuk bilangan follower? Adakah untuk earning semata-mata? Atau untuk berkongsi cerita bersama orang lain dari seluruh pelusuk dunia ni?

Sebelum apa-apa aku harus akui blog aku bukanlah femes, hebat dan terbaik. Dan aku akui blog aku followernya tak ramai, yang tukang komen pon berapa kerat je, malah yang visit blog aku pon tak pernah lebih dari 100 orang sehari. 

TAPI...

Satu yang aku bangga, aku tak pernah nak paksa orang follow aku. Nak follow, silakan. Taknak? Terpulang, aku tak paksa. Kalo rasa nak follow sebab aku follow then tak follow dah pun terpulang, aku tak ambil hati. Sebab kita duduk dunia yang bebas, takkan sebab adanya blog kita, kita harus memaksa seseorang untuk follow kita balik melalui psikologi. (No offence) Thru constest, dan jenis yang nak follow balik lepas tu.

Mungkin ada kebenarannya di suatu masa dulu ketika blogging adalah suatu benda yang sangat baru dan mereka perlukan jaringan dan perhubungan terus. Tapi dalam dunia yang makin mencabar, situasi tu aku tak rasa perlu dikekalkan. Kenapa?

Cuba kita lihat sesuatu, bila ada pioneer or pemula yang membuat sesuatu, hasil mereka pasti agak memberangsangkan. Ini boleh dilihat thru blogger yang dah lama built up names. Erti kata lain, hasil penulisan mereka bagus. Sekarang ni, tak semua orang adalah penulis yang bagus. Even aku sendiri bukanlah penulis yang bagus. Mostly dari kita akan cerita perihal orang lain, betol? Cerita pasal kedai, pasal kawan, pasal makan, pasal life kita, gosip artis bla bla bla. Tapi dalam ramai-ramai mana yang orang akan tuju? Sudah pasti blog yang user friendly, jenis cool, kemas, cantek dan sedap mata memandang.

Tapi kalo blog macam ribut, (no offence) susah sikitla nak tarik perhatian. Tapi ada juga yang memang follow sebab otak sejenis.

Aku tertarik dengan sebuah blog member aku. Dia menulis takdelah panjang macam karangan yang biasa aku tulis. Penulisannya simple, ayat mudah tapi mendalam, kadang-kadang ada double meaning. Bagi aku blog dia ni lain dari yang lain. Dan aku respek dia dari segi itu, follower dia biarpun masih belum beribu tapi aku pasti tukang komennya sangat jenuh untuk dibilang. So formulanya lain, ada kartun, ada teka-teki, dan banyak info yang kita tak tahu. Orang yang biasa lawat blog dia, pasti tahu siapa dia. Buat yang tak tahu, boleh cari thru listing blog aku.

Berbalik kepada tujuan asal entry ni ditulis.


Tidaklah salah kalo hendak wajibkan orang follow kita thru apa cara pun, TETAPI kita harus nilai dan cermin hasil penulisan kita. Is it worth it to be followed? Kalo blog pon jarang update, penulisan pun takat biasa-biasa, then one day kita buat sesuatu contest or something, kita letak syarat "...wajib follow..." for what reason? Mungkin angka itu bertambah, tapi kalo orang tu rasa blog kita tak menarik, sekali tu je la dia akan singgah, hanya untuk contest.

Takde salahnya kalo kita buat contest letak syarat "...boleh follow jika rasa blog ni menarik..." at least kita jujur. So far yang aku lihat takde lagi kot. Kalo ada, aku respek gila la blogger tu.

Jangan jadikan tradisi benda yang tak berapa membina. Its not about the quantity, but the quality itself

Dan aku masih berterima kasih buat yang sudi menjadi pembaca setia blog aku. Ada yang tak follow tapi simpan url blog aku. Its ok, aku lebih gembira jika ada pembaca setia dari angka yang berlambak tapi blog sepi.

p.s: blog yang aku rajin komen tu memang pada aku blog yang menarik. Tapi tak komen, tidaklah bermakna tidak menarik, cuma kadang-kadang entrynya tak menarik sangat. Adatlah, aku pun ada entry tidak berkomen pon.

Thursday, January 27, 2011

Seluar dalam punya cerita (bukan 18SX)


Ni bukan cerita lucah, bukan cerita dalam kain (walaupun benda ni memang orang pakai dalam kain pun), dan bukan kisah yang ada apa-apa kaitan dengan benda-benda tak elok. Benda ni elok sebab aku rasa MOSTLY orang akan pakai. Ada ke orang yang tak pakai seluar dalam a.k.a seluar kecik tak kisahlah design apa pun, G string ke, boxer ke, macam Mr Bean punya ke? Ada, jangan tak tahu. Aku sendiri pun dah banyak jumpa orang yang jenis tak pakai seluar dalam ni. 

Kadang-kadang aku terpikir, ish selesa ke tak pakai walaupun boxer? Mungkinlah ada yang kata pakai seluar dalam tak elok untuk lelaki, nanti sperma mati sebab kepanasan. Hahaha yo yo ooo je. Tapi sungguh, seluar dalam ni banyak jenis, yang jenis seksi, yang jenis skema, yang jenis sporty, yang jenis relax dan berangin dan lain-lain.

Aku sendiri tak ingat bila last time aku membeli belah seluar kecik ni. Tapi bila melihat koleksi yang aku ada, terasa "Eh sengkek gila aku, kamera boleh beli mahal-mahal, seluar dalam nak beli baru pun susah. Dah koyak rabak baru nak beli" gila malu pada diri sendiri. 

Eleh jangan cakap orang la, korang pun cane? Adakah senasib dengan aku? Kalo ye, better beli baru la. Bukan apa, buatnya sekali seluar or kain terkoyak? At least kalo malu sekalipun ada gak la seluar untuk cover something [tutttttttttttttttttt]. Bayangkan aje seluar / kain koyak, nampak lak seluar dalam macam dalam cerita Bujang Lapok, aduhaiii tak ke lagi malu???

Dulu-dulu time masih remaja, aku beli seluar kecik ni dengan mak aku je. Time shopping baju, kalo dah tak muat tu main amek je la sekali sauk. Laa ni dah besar gila la nak tunggu shopping dengan mak aku gak kot? Pehtu takkan nak main sauk je, kang buatnya ketat gila, tak ke mati benda [tutttttttttttttt] hahaha tak ke naya? Tak dapat sambut hari bapa bak kata member aku.

So tadi pas tengok cerita Khurafat, aku pun merayau la dekat JJ Bukit Raja tu. Sebab dah lama tak beli, brand yang aku beli dulu (cap Untaaaa) dah tak jual. Yang ada beberapa brand lain macam Renoma, B.U.M. Tapi tu la bila dok tengok gambar kotak tu terasa macam Gay lak dok memandang designnya. Huahaha, last-last aku amek je la sekotak dan terus bayar.

Dan salah satu benda untuk tahun 2011 dah beli iaitu seluar dalam. Wakakak apa punya list daaa!

Neway tadi aku tengok Khurafat. Oklah not bad cuma pada aku cerita tu agak confuse sikit. Takdelah seram gila pon, cuma banyak buat elemen terkejut. Tapi macam biasa, elemen terkejut tu boleh dijangka. So takdelah seram. Panggung yang aku tengok tadi takde sorang pun menjerit walaupun dari perempuan. Sunyi sepi je. Si Syamsul Yusof tu lak kali ni berlakon agak kayu la muka, takde ekspresi sangat. Aku nak tunggu cerita "Karak, Jalan Puaka" dari KRU keluar. Tengok trailer macam seram.

p.s: Lelaki tak pakai seluar kecik ok lagi kot, tapi kalo perempuan....??? Pilihlah yang selesa bukan yang sexy tapi seksa (nak sexy beli untuk suami / isteri)

Wednesday, January 26, 2011

Kamera oh kamera Part 7


Dulu-dulu time aku baru kenal dunia kamera, ramai yang dok racun "kenapa tak angkat D90?", "rugi la ko beli entry level, bukan semua jenis lens ko boleh mount nanti". 


Then bila aku dah tahu serba sedikit dan teknologi makin canggih, baru lah aku tahu apa beza pon kalo aku beli D90 dengan entry level? D5000 aku pun kalo ikut quality lebih kurang je macam D90, yang menjadi bezanya hanya pengkelasan, size body, dan built in motor. Yang lain, ada sesetengah tu aku rasa D5000 aku lagi hebat. Yelah teknologi makin hebat, kamera lama akan jadi semakin lama, so sampai bila pon ia akan jadi hebat?


Mujurlah juga ada geng-geng otai yang masih guna entry level sebab kira nak tolong newbie macam aku ni dulu dari terkena racun kuat orang lain. Body tak kisah sangat, yang penting teknik, knowledge dan juga jenis lens. Aku akui semua tu, semakin mahal kamera tu bukanlah gambar semakin cantik cuma kelecehan untuk menyempurnakan gambar tu makin sikit. Sebab tu photographer professional akan memilih untuk menggunakan full frame camera sebab later diorang tak perlu nak touch up beria-ia untuk melawakan gambar. Ini berbeza kalo guna entry level punya camera. Masalah noise, masalah aberration, masalah ghosting, color lari dan lain-lain tu hanya menambahkan kerja editing je lepas tu. Dan mengedit gambar untuk jadi lawa dari sebuah kamera entry level agak jerih kecuali pakai perisian biasa, hasilnya tak seberapa.


Kembali balik kepada persoalan kamera tadi. Insan A membeli D90 iaitu sebuah prosumer atau intermediate level bagi kamera jenis Nikon. Insan B membeli D3100 sebab under bajet. Insan A meracun B, cakap rugi beli. Then diorang compare teknologi, ternyatalah D3100 akan menang kecuali pada built in motor. "Eleh D90 aku boleh pakai lens takde motor". 

Then one day mereka terjumpa dekat sebuah tempat orang menembak, si B kagum dengan lens yang dipakai A. Lantas bertanya, "eh ko pakai lens apa aaa? Nampak menarik je". "Ooo, aku pakai AF-S bla bla bla, AF-S bla bla bla, dan AF-S bla bla bla". Si B hanya senyap sebab pada pengetahuan si B, AF-S merujuk kepada serie lens Nikon yang bermotor. So apa gunanya pun beli D90 kalo last-last dalam simpanan lens semuanya lens bermotor kecuali satu lens 50mm sebab ianya paling murah, better beli entry level dan duit belen boleh beli lens yang lebih bermutu. Hasilnya akan sama jika knowledge dan teknik mereka on par. Jadi tiada istilah pakai entry level hanya untuk newbie sebab ada juga pro yang still pakai entry level camera sebab mereka sukakan kamera yang ringan dan bukan untuk berlagak dan menunjuk-nunjuk.



Buat yang tak tahu, Nikon dah tak keluarkan sebarang jenis lens yang tidak bermotor. Ini kerana, satu untuk untung lebih since lens bermotor ni mahal sikit. Tetapi kebaikan lens bermotor ni bila fokus dia senyap, sangat senyap. Hari tu aku try D7000 + AFS 18-105, tau-tau je dah fokus. Sangat-sangat best pada aku. Kalo ada pun lens yang tidak bermotor itu hanyalah lens 2nd hand sahaja.  Tu pun aku rasa jarang orang nak guna dah sangat sebab dari segi bentuk dan teknologinya agak usang, yelah lens lamalah katakan. Kang pakai yang non AFS orang tak nampaklah hebatnya (buat si poyo) sebab cat gold yang tertulis pada body lens tu. Apa-apa pun pastikan beli kamera ikut kemampuan dan pendirian diri bukan kerana diracun dek orang. 

Kalo aku ikut racun orang, aku dah angkat D7000 dah haritu, tapi takde lens la (kes tak cukup bajet)  =)

Sunday, January 23, 2011

Al kisah kaca mata, toyyiibbbbb....

Sebut je spek, mesti orang dah tahu. Benda alah yang orang letak depan mata untuk aid vision atau sekadar melawa. Melawa?


Aku sendiri dah pakai spek sejak aku darjah 3 lagi. Mula-mula aku tak tahu menahu langsung pasal istilah rabun yang sewaktu dengannya. Manalah nak tahu, sampailah pada satu tahap pelajaran aku sangat merosot. Bukanlah sebab aku malas or bebal sangat, tapi sebab aku tak nampak apa yang cikgu tulis dekat depan. 

Since die sekolah waktu tu, sistem duduk atur meja berdasarkan nombor yang kita dapat, so kadang-kadang kalau nasib aku baik, dapatlah duduk depan, so kalo cikgu tulis dapatlah aku salin. Tapi kalo malang nasib aku, dapat di belakang sekali, so aku akan hanya menyalin apa yang kawan aku salin.

Darjah 3, bukan sekali 2 aku kena berdiri atas kerusi sebab aku tak boleh nak jawap cikgu tanya apa. Bukan aku tak tahu, masalahnya aku tak nampak apa benda yang cikgu tulis, cane nak jawap? Nak beritahu parents? Aku sendiri tak paham istilah rabun tu sendiri. Sehinggalah one day semua rahsia terjawap, dan aku ke kedai cermin mata buat pertama kalinya.

Korang bayangkan budak darjah 3 pakai spek? Jangan bayangkan spek sekarang yang sangat cool design, bayangkan spek atok nenek or paling tidak spek ayah dan mak korang pakai, tu la yang aku pakai dulu. Serius! Dulu mana ada design untuk remaja sebab rata-riti penggunannya orang dah berumur or paling tidak dewasa. Dan bila spek pertama aku siap, sangat tak selesa pakai, yelah ada benda sangkut atas telinga dan depan idung.


Aku ingat lagi, masa di sekolah, member-member semua gelakkan aku since im the only one yang pakai spek. Sampai ada sorang teacher ni marah kata, siapa gelak kena rotan sebab kesian tengok aku. Aku? Hai apalaha nasib, tebalkan je la muka. Time tu aku pakai on off, time stadi je pakai, time lain aku try tak pakai kot-kot boleh baik (minda budak darjah 3). 

Tapi sebab puncanya banyak dan yang paling common adalah tengok TV yang dekat, baca buku takde lampu dan bla bla bla. Sampailah sekarang aku still pakai spek, bersilih ganti bingkai dan kanta, tapi lately power aku dah stabil, turun taklah cuma naik sikit-sikit je. And tambah satu lagi silau belah kiri dengan Astigmatism. Menatang apa astigmatism ni? Korang carilah sendiri hahaha.


Pernah satu kali owner tempat aku biasa beli spek nak jodohkan aku dengan kanta lekap or contact lens tapi tak berjaya. Aku berjaya pakai dan 1 jam je then buka balik sebab tak selesa dan asyik lari-lari je lens tu. Last-last fikir sebab aku ni jenis bukan orang yang agak rajin dan pembersih sangat, better not to wear la, biarlah jadi skema, aku taknak jadi buta oitttt!!!!

Tapi kalo korang perasan, trend ni dah agak lama, spek biasa diwujudkan dan dipakai oleh sesetengah golongan sebab nak nampak seperti orang terpelajar. Pakai for fesyen (bukan kaca mata hitam) supaya nampak cool. WTF kan??? Aku kalo boleh diberi pilihan antaranya tak nak pakai spek. Satu aku rimas, kedua sakit mata, ketiga kalo la spek tu patah or hilang, memang naya la sebab aku jenis rabun yang agak kronik. Still boleh cam orang, tapi kalo nak bawak motor or kereta, konfem hancur aku langgar je semua benda yang aku tak nampak.

Tu satu la. Ni satu hal lagi jenis berkaca mata hitam jenis main sapu je tak kira tempat. Hujan, panas, siang ke malam ke spek hitam pakai je. Alasan, sebab nak melawa? Kot time panas tu aku faham la kan, tetapi malam hari??? Ko biar betik dol, silap-silap haribulan longkang mari.


Dan akhir sekali, kalo ye pun la nak beli spek hitam, cari la yang sesuai dengan muka. Buat yang tak pernah pakai spek mungkin tak berapa tahu mengenai keserasian bingkai dengan bentuk muka. Ada orang tak sesuai bingkainya begitu, nampak pelik dan janggal. Kot dah bulat muka nak pakai yang bulat gak aduhai... Make an effort la kalo btol nak berfesyen biarlah betul-betul, study la sikit kesesuaian tu. Jangan dek kerana Brad Pitt or Angelina Jolie pakai spek camtu korang pon nak pakai yang macamtu. Kalo pelanduk dua serupa takpelah juga kan, tapi ni tapir jadian, aduhai. Tapi itulah, once again semuanya adalah hak masing-masing, so apa ko nak sibuk? Heheh aku hanya mengatakan dan nasihat aje, jangan terlebih perasan sudah lah nanti orang dok perli "machiam Bred Kepitt" pun kita nak kembang hidung. Sekian


Friday, January 21, 2011

Hipokrit dan kita


Sebut pasal hipokrasi atau hipokrit, insan yang paling lantang menyebutnya adalah... perempuan. Boleh tanya sesiapa saja, rata riti diorang memang tak suka orang hipokrit. Kata mereka, mereka sukakan orang yang cakapnya jujur, no umpat belakang-belakang nih. 

Lelaki? Mereka jarang nak sebut, sebab dalam diri lelaki ada sejenis penyakit di mana mereka pasti akan berbohong. Bak kata P. Ramlee, bohong sunat. Tapi jangan salah faham, tak semua lelaki bohong untuk kepentingan diorang. Kadang-kadang pembohongan itu terpaksa untuk menjaga hati yang tak berpuas hati. Jadinya, sikap hipokrit tu memang akan ada pada lelaki dan mereka terpaksa akui walaupun bohongnya tidaklah sebesar mana pun.

Adakah itu bermaksud perempuan tak hipokrit?

Silap tu, manusia ni sama saja. Cuma bila ianya dilontarkan oleh orang yang konon-kononnya tak sukakan hipokrasi, orang tulah yang paling banyak menipu.

Contoh paling senang dalam dunia perempuan a.k.a wanita, seperti yang sedia maklum ada sesetengah golongan yang terlalu sukakan pujian melangit dari si teman rapat lelaki. Persoalan yang sering diutarakan adalah "Cantik ke I?" "I kurus tak?" dan lain-lain. 

Kalau lelaki tu si jujur gila, mau la komennya pedas-pedas kalo tak kena dengan ciri-ciri yang sepatutnya. Yelah, kata tak cantik kang, marah. Siap merajuk kata tak reti langsung nak romantik, nak puji la benda la. Tu belum yang golongan yang tak boleh langsung kena tegur. So agak-agak macamne nak jujur eh?


Kena paham, kadang-kadang lelaki ni walaupun dia dah termakan tadi dengan kawan-kawan then tetibe awek ajak pergi makan, rasanya apa jawapan si lelaki ni? Dah makan? Memang 3-4 hari la nak kena pujuk balik dengan ayat sindiran pedas tu. So lelaki lebih rela jadi hipokrit untuk jaga hati orang tersayang.

Entry ni ditulis bukan nak tuduh perempuan hipokrit, cuma kadang-kadang aku agak menyampah bila orang yang selalu menyebutnya tak serupa bikin. Cakap kencang macam ribut, tapi last-last dia sendiri pun sama. Dan harus faham, tak semua perempuan begitu, cuma buat yang terasa tu nasiblah ye. Harap boleh berubah sikaplah, face the fact dalam dunia yang serba canggih dan maju ni ada masanya kita perlu jadi hipokrit untuk menjaga hati orang. Atau paling tidak, bahasa senangnya, cakap biarlah berlapis. Hipokrasi bukan alasan untuk kita mengutuk orang secara kasar dan mengaibkan diorang sama sekali. 

p.s: "I benci orang hipokrit". "Eh eh mana ada, I takde bercinta pun dengan si polan si polan", lumrah artis yang sangat hipokrit dan plastik, cakap je lebih!!

Tuesday, January 18, 2011

Luahan hati seorang jejaka sepi (cewah ayat tak boleh blah)

Agak lama blog aku menyepi dari sebarang posting. Ada idea tapi kemalasan nak menulis tu cukup menebal. Nak tulis cerpen, tapi idea asyik terlekat-lekat since aku bukanlah insan yang hebat dalam mengolah dari segi susunan idea dan jalan cerita. Huraian boleh berjela-jela namun mungkin nampak kosong banyak. Kalo lah cikgu BM aku baca blog aku nih, konfem dapat C je haha.

Tapi abaikanlah, posting kali ni aku nak cerita sikit pasal fenomena yang orang dok pandang sepi je, hanya kerana aku berstatus penganggur dan bukan terlibat di dalam sektor pekerjaan profesional. 

Rata riti mana-mana aku pergi mesti orang dok tanya kerja apa. Kalo yang jarang jumpa aku fahamlah, tapi yang boleh dikatakan selalu gak jumpa pon still tanya kerja apa? Aduhai kadang-kadang aku dah naik fedup nak jawap. Orang melayu ni tipikal sangat ke nak tanya kerja orang apa kan? Dah takde soalan lain ke nak ditanya?

Dan tu belum termasuk beberapa orang kawan-kawan yang agak iri hati tengok aku macam bersenang lenang aje ke sana sini bergumbira. Ingin aku jelaskan di sini, ramai yang tak tahu tugasan aku harian bagaimana. Tapi buat yang tahu, mungkin akan faham. 

Pernah dengar nama pekerjaan pembantu rumah? Kalo pernah dengar, aku berada di situasi yang sedemikian la, since aku dok dengan family akak aku, so kerja rumah mostly aku akan tolongkan untuk meringankan beban diorang yang bekerja. So apa yang menyebabkan ianya tidak disebut sebagai pekerjaan? Kerana aku tak dibayar sebarang gaji, tapi lebih atas dasar tolong sebab duduk rumah sekali. Aku pun tak kesah sebab tiap-tiap bulan aku still dapat sedikit duit poket dari mak aku untuk survive dekat bandar besar ni. Bukan mewah cukup sekadar makan minum, duit minyak, dan juga sedikit untuk membeli barang keperluan. Nak berkereta? Ada set TV sendiri? Oh tidaklah, aku tidak semanja itu.

Dan since korang dah tahu kamera D5000 aku yang baru tu pon aku loan dari mak aku, so aku tak anggap ianya sebagai satu kemewahan tetapi mungkin nasib aku agak baik sahaja, tu saja. Aku still kena bayar balik sebab aku dah niat itu loan bukan mintak. Sama la dengan D60 yang lepas tu, aku loan dengan akak aku. So aku tidaklah kaya or berharta, cuma nasib aku agak baik sebab berada dalam keluarga yang mampu.

Sementara nak menunggu mendapat pekerjaan yang lebih terjamin, ni je la yang aku mampu sumbangkan balik dalam bentuk tenaga pada family. Buat yang tak tahu, dalam sebulan aku akan balik jenguk mak aku 2-3 kali. Memanglah buat sesetengah orang benda tu tak bermakna, tapi buat insan yang dok sensorang macam mak aku, kehadiran anak-anak amatlah diperlukan. Aku tanya korang, boleh ke duduk rumah besar sorang diri sebulan tanpa orang teman? Mesti ada rasa rindu kan? Paling tidak, makan ada orang teman, ada orang nak diajak berborak, ada orang nak ajak bergaduh ke. Ni sensorang? Aku pun tak sehebat tu lagi, setakat sorang diri seminggu dua oklah, sebulan? Mau gila dok rumah.

So rutin bulanan aku itu jelah, jadi pembantu rumah, jadi babysitter, kadang-kadang jadi tukang masak, hujung minggu balik jenguk mak aku, kalo tak balik baru lah aku pergi jalan-jalan tengok suasana kota sambil bawa kamera, kot-kot ada benda menarik untuk dirakamkan. Nampak seronok, tapi dengan duit yang cukup-cukup untuk hidup, lama-lama insan macam aku ni akan keluar jugak mencari sesuatu yang lebih. Sape yang tak nak ada kereta? Paling tidak bila berjumpa kawan-kawan boleh belanja makan, dan yang paling penting berbangga duit tu hasil titik peluh sendiri. Sape yang tak bangga? Tipulah kalo aku nak jadi macamni selama-lamanya.

Aku masih mencari rentak untuk aku hayunkan langkah meniti perjalanan yang setapak aku di hadapan, ada berjuta langkah lagi untuk aku sampai ke destinasi. Jika kita fikir kita dah tahu segalanya, once kita tempuh dunia, kita akan rasa bagaikan tidak tahu apa-apa pun.

p.s: sorrylah buat yang sudi baca luahan dan coretan aku kali ni, tak kena dengan tema travel and living langsung, tapi takpelah, hidup ni kena kongsi gak dengan orang lain kan? Barulah ceria jadinya!

Saturday, January 15, 2011

Bahasa jiwa bangsa

Beberapa hari yang berlalu, aku telah di add seseorang melalui FB. Insan ni merupakan kawan kepada insan yang aku baru kenal juga lah sebab nak bertanyakan hal-hal berkaitan dengan hobi nih.

Bukanlah niat aku nak kondem budak ni (aku panggil budak sebab muda lagi), tapi attitude yang pada aku susah nak dibawa ke tengah. Yang sorang tu baik sangat lah pulak, tapi sebab polisi aku nada kena keras tapi lembut, dan since diorang masih muda so tak salah nak ber kau aku pun.

Isunya bukan besar sangat pun tapi pada aku agak annoying sebab nak bertanya or nak cakap dengan orang yang kita tak kenal, at least cakap elok-elok la kan. Ni cakap bahasa paling aku menyampah ada tambah-tambah lak. Kot sikit-sikit takpelah juga, ni hampir semua ayatnya dok tambah sampai satu masa aku jadi bengong nak paham apelah budak ni nak cakap sebenarnya?

Tolonglah, ko dah la lelaki, nak cakap konon cakap manje berstylo, cukup menggelikan dan naik menyampah aku tengok. And one more thing, attitude bro kalo ko nak tanya orang lagi tua dari ko, behave la sikit janganlah macam something je aku tengok. Aku bukanlah jenis cepat tersentap, aku boleh diajak bergurau, jenis rilex cool, chill tapi tengok bendalah. Cakap pon jenis ayat memain, rasa nak tumbuk pun ada. Sori yeh, cakap jujur ni. Ubah ah style ko cakap ke tulis ke, tak payah la nak tambah-tambah perkataan yang dah sedia panjang. Its FUCKING irritating!!

p.s: buat sesiapa yang terasa sorry, sebab serojak bahasa-bahasa aku, aku tulis bukan dalam cara yang buat orang lain akan menyampah dan bukan orang tengok sebagai sampah.

Tuesday, January 11, 2011

Kamera oh kamera Part 6

Salam, 

Untuk entry yang ke 6 ni aku utarakan masalah seorang kawan baik aku yang agak confuse untuk membeli sebua kamera. Digital compact atau DSLR?


Ingin aku jelaskan di sini, kamera tetap kamera, ia takkan jadi instant terus lawa tanpa kita pelajari sesuatu daripadanya. Ia hanya sebuah gajet yang membolehkan kita menyimpan kenangan, so kalo korang ada Nikon D3 sekalipun tapi tak pernah nak khatam paling tidak basic Aperture, Shutter speed dengan ISO, jangan mimpilah nak dapat gambar lawa. Or maybe worst, gambar banyak blur seperti sesetengah orang yang ada DSLR tapi tidak mahu mencari ilmunya.


So mana satu yang patut dibeli? Compact atau DSLR?

Mungkin ada yang kata, beli kompak je murah, gambar lawa gak. Aku tak nafikan gambar kompak memang lawa, tapi yang berkata tu pernah tengok tak hasil DSLR macamna? Pernah pegang DSLR? Pernah try ambil gambar? Kalo belum, just tutup mulut je dan boleh baca apa yang aku nak tulis ni untuk menambah ilmu.

Memang betul, kompak jauh lebih murah dari DSLR yang makan duit sampai riban-riban. Tapi kena paham kenapa DSLR tu mahal? Kenapa kompak tu murah? Benda paling senang nak beza tengok saiz je la kan. Agak-agak dari segi saiz mana lagi besar? Oklah mungkin saiz body tak perlu diambil kira. Kita tengok saiz lens lak. Rasanya saiz lens kompak tu lagi panjang ke dari lens DSLR yang prime lens si 50mm tu? Sepanjang mana je yang si cencurut tu boleh keluar dari bodynya? Dan seberapa besar je saiz bukaan lens tu?


Kalo ikut logik, semakin luas bukaan semakin banyak cahaya boleh masuk, means shutter akan makin laju dan mengurangkan risiko gambar blur. Pernah tak korang try amek gamba waktu malam di tempat yang agak kurang cahaya, agak-agak gambar ok ke guna kompak? Sedangkan guna DSLR pun belum tentu gambar akan sharp, ini pula kompak.

Buat yang pernah rasa pegang DSLR, mesti tau macamna grip dia berbanding grip kompak. Even kompak tu ringan, tapi cara pemegangannya agak berbahaya sebab tiada cengkaman yang kuat boleh menyokong. Misal kata la tangan berminyak tergelincir, jatuh kan rosak. At least cara pegang DSLR diyakini kukuh dan ditambah dengan strap diletak di leher.

APS tu standard for DSLR's and yang 3 comel tu untuk compact, see the difference?

Ini perihal sensor, aku just nak rumus sikit je, nak tau lebih sila google. Secara kesimpulannya dari segi sensor, kompak memiliki sensor yang jauh lebih kecil dari DSLR, dan ini mempengaruhi kualiti gambar walaupun kompak tu mempunyai MP (Megapixel) yang tinggi dari DSLR. MP tak pengaruh banyak melainkan gambar tu nak print besar, baru memerlukan MP yang tinggi.

Tu belum cerita pasal lens yang boleh ditukar, ISO yang lebih tinggi, range jarak yang boleh sampai dan jatuh harga pasaran DSLR yang tidak terlalu jauh beza kecuali model itu sendiri bermasalah.

Instead of beli kompak harga RM800, why not kumpul duit lagi dan beli basic DSLR yang dalam RM1.6k or kalo nak murah lagi boleh cuba 2nd DSLR. Ianya tak seburuk yang disangka, cuma perlu tahu apa yang perlu dilihat dan dinilai barulah beli.

First time korang guna DSLR memang tak nampak bezanya. Tunggu dan lihat selepas beberapa bulan guna or  belajar sedikit sebanyak pasal photography, korang akan nampak hasil dan bezanya kompak dari DSLR. Mungkin ada juga yang berkata, alah gambar je, asal terang cukuplah. Ye memang betul tapi kalo gambar itu lagi lawa, kita takkan segan nak gantung dekat dinding mahupun bagi dekat orang lain. Dan kalaulah kamera kompak dah cukup lawa, aku rasa photog wedding takkan habiskan duit beratus ribu beli DSLR pro, better diorang beli kompak je kan senang? Tak gitu??

Kenangan manis patut diabadikan dengan cara yang lebih baik iaitu dengan gambar yang sempurna.

p.s: hanya saranan, bukan paksaan. Cuma pada aku tak rugi memiliki DSLR, yang penting tanya hati adakah ianya akan berbaloi setiap sen duit yang keluar itu, jika ya jangan menoleh lagi.

Monday, January 10, 2011

Cantik di mata lelaki

Cuba korang tanya cantik dekat perempuan dengan cantik dekat lelaki. Adakah jawapannya akan jadi sama meaning? Cuba korang tanya lak dekat wanita yang bukan muslim, apa pengertian cantik bagi mereka? Sama tak pengertian cantik bagi seorang wanita muslim?

Yang pasti, ianya takkan sama. Cantik pada seorang wanita mestilah ada mekap, perfume, baju yang vogue, tas tangan, body yang umphh dan lenggang lenggok yang menarik perhatian. Tapi tu ke definisi dari mata seorang lelaki? Perlu ke korang habiskan duit riban-riban semata-mata nak nampak cantik pada definisi korang tetapi tidak pada lelaki?

Sebut pasal rambut, pasti ada yang kata itulah mahkota seorang wanita. Ye ke? Bukan mahkota tu dara ke? So lebih rela berkorban segala-galanya demi rambut dari kedaraan itu sendiri?  Hehehe, rambut itu memang cantik, tipulah kalau lelaki tak minat pada style dan gaya rambut seorang wanita. Panjang? Pendek? Rebonding? Ikal? Kerinting? Semuanya ada tarikan tersendiri.

Tapi, andai korang kata rambut itu sebahagian dari mahkota, bukankah orang yang lebih layak melihatnya adalah mahram korang sendiri atau insan yang lebih berhak iaitu suami korang? So kenapa perlu dipertontonkan kepada khalayak ramai? Kenapa perlu ditogelkan ianya tanpa pakaian, ibarat badan tanpa baju dan seluar. Cantik free hair, cantik lagi bila menutup aurat (bertudung yang betul). Tak percaya, tengok artis bila diorang pakai tudung, pada aku lagi lawa compare bila buka tudung.

Muka ni lazim la kan orang akan kata cantik. Seperti kata pensyarah aku dulu, istilah kacak atau cantik atau menawan dalam dunia haiwan adalah apabila kedua-dua belahnya adalah simetri. Tapi tu dunia haiwan, kita manusia muka mestilah simetri kan, kalo tak simetri tu ada masalah urat saraf tu.

Muka wanita ni sebenarnya dah ok tanpa mekap, lebih natural look mungkin kurang saturation warna aje. So kalau diwarnakan sedikit (mekap) akan naik serinya. Tapi bila over mekap, ia akan jadi sesuatu yang agak menjengkelkan dan menakutkan. Kalo tanya lelaki, diorang lebih suka wanita mekap yang biasa aje, gincu, pemerah pipi dan sedikit eye shadow, mugkin bedak sedikit sudah memadai. Tak perlulah nak letak eye shadow sampai kaler pelangi, takut lari lelaki nanti.

Biasa tengok wajah ibu kita yang tanpa mekap, tapi kita rasa sejuk je hati dan suka menatap wajah mereka. Kalo tanya mesti rahsianya adalah???? Wudu' itu sendiri.

Baju atau pakaian. Part ni yang agak penting bagi wanita. Sebab definisi korang sangat berbeza dengan lelaki. Pakaian bagi lelaki, asalkan tak koyak, muat, selesa, bersih itulah yang akan jadi pakaian harian diorang. Beli pakaian, siapa lagi cerewet? Lelaki atau wanita? Aku pernah ikut kaum wanita mencari tudung je sampai nak terbakar kaki aku berjalan sepanjang Jalan TAR tu. Tu baru tudung, baju? seluar? kain? bla bla bla even undies pun sangat cerewet. Kadang-kadang nak cari yang terlalu vogue, padahal si lelaki ni lebih selesa dengan pakaian biasa aje. Tak perlu nak beria-ria sangat dress up kalo setakat nak pergi pasar malam. Tak perlulah nak pakai heels kalo takat nak pergi lepak mamak or mapley je. Be reasonable, unless ada candle light dinner ke or function yang memang kena pakai vogue, barulah pleasant di mata lelaki.

Kadang-kadang aku nak tergelak tengok fesyen wanita ni yang pada aku terlalu over. Kadang-kadang buat si lelaki ni naik takut sebab diorang just pakai jeans, t-shirt round neck dan sandle aje, tapi awek macam nak pergi ambil anugerah bintang populer.

Al kisahnya lagi, pakaian ala-ala barat seperti skirt, spageti, baby tee, skinny jeans dan lain-lain memang lah menarik dan cantik. Tapi itu definisi kalau kita tanpa Islam. Kalau kita seorang muslim or muslimah, agak-agak cantik ke pakai camtu? Aku faham ada yang kata boleh oter kasi tutup tapi kalau still tak ikut syarak, apa gunanya kan? Nak pakai skirt tapi pakai legging? Maaf buat yang tak paham, aurat wanita bukan takat menutupi aje, sebab ada dinyatakan supaya tidak berpakaian ketat seperti orang yang telanjang, so kalo pakai legging still ketat, dan seperti yang aku telah nyatakan pada entry yang lepas, nafsu lelaki bukan pada satu bahagian je.

Ada yang kata pakai jubah tak lawa, pakai jubah macam kolot, kampung. Tak try mana tau? Mak aku pakai jubah ok je, pada aku dia lawa walaupun dia dah tua. Kenapa aku kata jubah dan bukan baju kurung or yang sewaktu dengannya. Sebab jubah designnya memang loose. Tak pernah lagi orang buat jubah fit ikut body. Baju kurung, maaf cakap memang sopan, menutup aurat tapi sikap manusia ni yang suka sangat menunjuk-nunjuk buatkan ianya menjadi salah satu mangsa nafsu serakah. Baju kurung sopan kalo kena gaya, tapi kurang sopan kalau dibuat kain belah nampakkan betis. Tak sopan kalo sengaja diketatkan di bahagian pinggang, dada dan pinggul. Kebaya apatah lagi. Sebab tu dulu pernah ada kes orang kata "pakai baju kurung lagi senang kena rogol, sebab perogol just selak je kain then terus...". Satu lagi sebab adalah material kain itu sendiri yang cukup lembut sehinggakan bila angin bertiup, segala bentuk mukabumi akan kelihatan.

stop dulu, panjang sangat nanti ada yang muntah... sambung nanti...

Sunday, January 9, 2011

Alah emak kawenkan aku

Harap maaf buat yg tunggu entry pasal "Cantik di mata lelaki", akan aku tulis selepas entry ni.

Entry kali ni aku nak tulis pendek je, sempena musim kawen yang tak putus-putus lagi dan menampakkan surutnya walaupun sekarang tengah musim banjir.

Kenapa ye, time kecik-kecik macam aku dulu susah sangat nak ikut parents pergi rumah orang kawen? Aku ingat lagi dulu, akak aku siap kena paksa pergi kalo tak nak kena tinggal rumah sorang-sorang. Then benda tu merebak kepada aku. So kalo ada kenduri kawen selalu yang perginya mak aku je la. 

Tapi lately semenjak aku dah baligh nih (baligh rumah tangga) asal ada aje kenduri kawen, bolehlah pergi makan. And paling menarik kadang-kadang tu craving gila dengan satu menu yang pada aku sangat legend la untuk mana-mana majlis orang kawen. Buat aku la, kalo menu ni takde bukan lauk orang kawen la. Lauk apa lagi kalo bukan ayam masak merah.

Kawen akak aku dulu, sebab aku tuan rumah so makan tengahari tu dah memang takde dalam kamus pon, so habis majlis baru nak mengadap nasi. Time tu la aku rasa aku dok telan ayam masak merah dengan bestnya since kontrak masak tu mak angkat aku. Lauk-lauk dia memang power punya. 

Tapi sayang ah sekarang ni lauk orang kawen dah terlalu versatile sampai aku tak nampak ni lauk orang kawen ke lauk kedai? 

Tak kesahlah tu, persoalan utama dalam entry ni kenapa bila umur makin meningkat, makin rajin nak pergi kenduri kawen? Haaa siapa boleh tolong jawabkan? 

p.s: ada 2 orang member kawen bulan ni je, upcoming ada lagi, aku yang terlebih excited apahal?

Thursday, January 6, 2011

Cantik di mata lelaki (khas untuk wanita)

Apa definisi sebenar cantik di mata seorang jejaka? Sexy itu cantikkah? Bertudung itu cantikkah? Make up itu cantikkah? Free hair itu cantikkah?

Nantilah aku kupas dalam entry akan datang (esok je hehe, malas nak tulis dah pukul 1 pagi).

p.s: ianya hanyalah pendapat dari mata seorang lelaki, tak semestinya betul dan tak semuanya salah.

Monday, January 3, 2011

Kamera oh kamera Part 5 (Edisi Tahun 2011)

Salam,

Kembali lagi dalam entry kamera oh kamera. Biasanya aku akan tulis review jika ada kamera or aksesori baru masuk melalui kata-kata yang muda faham. Kot aku tulis spec gempak-gempak pun bukan semuorang akan faham ye dok?


Untuk entry kali ni, aku nak sentuh sikit isu kamera selepas ditegur secara non direct oleh otai yang aku kagumi iaitu incik KB. Bukanlah dia tegur aku cuma dia memberi pesanan dalam videonya melalui KukuBesi TV. Menarik, bila ada otai sudi berbicara serba sedikit perihal fotografi dan fotografik, ianya agak membantu dalam sesetengah perkara, pada aku lah, orang lain? No komen.

Isu yang diketengahkan oleh KB adalah mengenai trend DSLR masakini. Aku malas nak cerita balik, kalau korang nak dengar apa beliau kata, tengok sendiri dalam Kukubesi TV.

Cuma aku nak ulas sedikitlah mengenai trend DSLR nih. Aku akui benda ni tak murah, dan tak juga mahal. Sebab mahal atau tidak adalah subjektif ikut mana yang kita faham. Kalau kita kata DSLR ni mahal, kenapa laptop kita tak kata mahal? Kenapa HP macam Iphone or Blackberry tu kita tak labelkan mahal? Dan sanggup lak kita beli tapi beli sebut DSLR, "oh aku tak mampu, aku tak kaya macam ko".

Ada orang beli DSLR ni sebab member-member ramai dah pakai. Salah ke? Tak salah kalau manfaatkan betul-betul. Salahnya bila beli hanya kerana teracun dek kawan-kawan then guna setahun dua, dah tak nak dah. Alasan? Nak berhenti dari dunia fotografi.

Aku sendiri beli sebab aku sukakan kamera sejak kecil. Tapi sebab dulu-dulu kamera hanyalah barangan abah aku, so untuk memiliki sebuah kamera sendiri masa tu agak impossible. Dan aku membeli DSLR kerana kecewa dengan mutu kamera kompak yang telah aku beli sebanyak 2 unit. 2-2 nya ada masalah tersendiri sehingga aku terpaksa mencari jalan penyelesaian yang terakhir DSLR.

Tapi kalau korang sangka ada DSLR gambar akan terus lawa, korang silap. Ada DSLR tapi takde ilmu dan tak cari ilmu pun tak guna. Gambar still akan blur, akan shaky, akan out of fokus dan lain-lain. Ada sekali aku terlihat seorang teman menggunakan DSLR tapi gambarnya? Blur ibarat kompak, so apa gunanya ada DSLR tapi tak tahu guna? Sampai bila nak bergantung harap kepada mode Auto? Baru belajar ok la, tapi kalau dah setahun dua masih guna Auto mode, baik guna kompak aje.

Ada lak member aku nak beli DSLR tapi nak yang murah, sebab harga. Biar aku jelaskan di sini, ada sebab kenapa harga DSLR tu mahal. Dan ada sebab kenapa orang jual terlalu murah. Set lengkap DSLR takkan dapat bawah RM1k, kalau ada mesti ada sesuatu yang tak kena macam body dah nak lunyai, lens penuh fungus.

Kalau dah kumpul RM1k, berkorban la masa lagi kumpul lagi 3-4 bulan dah boleh angkat entry level punya DSLR. Tak perlu nak terus beli ke prosumer atau intermediate punya DSLR sebab perkara utama yang perlu korang tahu adalah asas DSLR itu sendiri.

Paling penting, beli sebab korang minat bukan sebab nak ikut orang or nak nampak cool or hebat. Aku masa first beli segan nak tunjuk dekat orang. Orang dok sorak "wuuu kamera hebat" tapi aku ilmu baru nak merangkak. Lain lah kalau aku dah pro.

Kalau korang jalan-jalan sekitar KL, nampak terlalu ketara ianya menjadi satu trend. Tapi dalam banyak-banyak tu korang boleh tahu lah yang mana fotografer dan yang mana poyo. Biasanya si poyo ni bawak kamera keluar nak menunjuk, ada tu tanpa beg (gila!!!). Dan yang biasa aku tengok, diorang akan pegang di tangan tanpa sorok dan di dalam group tu dia sorang or sorang lagi je yang ada. Means bukan group fotografer pon tapi lebih kepada group untuk tampak macho dan hebat.

Kalau nak kenal die hard fotografer nih, beg dia mesti beg kamera tahan lasak (bukan jenis stok free gift), lens pelbagai jenis dan biasanya diorang gerak dalam satu group. Ada gak lone ranger macam aku tapi mostly dalam grouping, diorang rajin wat outing.

Nak beli tu tak salah, duit masing-masing punya hak. Cuma pada aku kalau tak minat tak payahlah beli DSLR kalau pengakhirannya korang jual balik bila dah bosan. Hanya orang yang minat je akan rasa DSLR ni berbaloi sepanjang hayat.


Sunday, January 2, 2011

Travel: Berjaya Hills @ Bukit Tinggi, Pahang

Salam tahun baru,

Ni adalah entry aku yang pertama sempena tahun 2011. Agak membanggakan sebab 1st entry aku adalah perihal travel, selari dengan objektif blog ini diwujudkan pon.


1hb 1 2011 merupakan tarikh di mana aku dan beberapa orang kawan membuat mini gathering dekat Bukit Tinggi or nama komersialnya Berjaya Hills Resort. Dan dalam kumpulan tu, aku je yang tak pernah pergi walaupun dah duduk di Bentong dekat 26 tahun dah. 

So ia merupakan satu sejarah la buat aku. Walupun aku tahu ramai yang beri feedback "Takde apa pon sana, bandar France je dengan taman Jepun" tapi sebab dah takde arah nak pergi, baik lepak situ je la.

Pagi new year tu, aku agak resah sebab hujan yang turun slow memberi petanda ianya akan lama. Kerap gak la aku dok bersms dengan member aku sorang lagi yang lebih arif pasal Bukit Tinggi tu sebab hujan yang asyik turun dan berhenti.

Last-last nekad je la, setakat hujan gerimis tu redah aje janji tak lebat. 



Ditemani 4 orang lagi member sekolah menengah yang telah aku kenali lebih dari 10 tahun sudah, bukan perkara asing dah kalau kami berjumpa walaupun berlima sahaja. Usik mengusik, gelak tawa dan cerita kenangan sering meniti bibir masing-masing. Rindu zaman sekolah!

Sedar tak sedar dah sampai ke parking zone di Bukit Tinggi. Oh ye buat yang tak tahu, fee entrance ke Bukit Tinggi adalah RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Tapi hari tu kitorang masuk free aje sebab ayah member aku tu kerja sana. 

Agak ramai juga la time kitorang ke sana maybe sebab cuti new year. Siapa yang nak kerja kalau kena bayar triple pay? Since hari hujan, so pemandangan seperti di luar negara dengan kabus dan awan. Cuma jalan agak licin sebab mostly jalan adalah batu yang ada mold, bila kena air agak licin berjalan.


Aku dan member aku sorang ni, Sam adalah dua DSLR user so memang satu benda yang agak teruja nak ambil gambar. Dari gambar bangunan, mostly gambar kawan-kawan la dan ada juga gambar candid tak juga gambar awek. 


Satu je la yang agak membingungkan adalah harga benda dekat situ agak mahal. Bayangkan satu token RM2. Satu game untuk main paling sikit 2 token. Kitorang makan pizza untuk RM38 size besar tapi pada aku kecik dan crust dia nipis so takdelah berbaloi sangat cuma kalau terdesak telan aje lah.


Lepas makan round sikit lagi bandar Colmare dan turun ke shooting range paintball. Aku bila disamping kawan-kawan yang agak gila-gila kepala, mode akan bertukar dari budak pendiam kepada budak gila-gila. Even time makan pizza tu pon aku rasa table kitorang paling kecoh gelak. Serius! Siapa yang tengah berangan nak makan romantik time tu mesti tak jadi dengar kitorang gelak. 


Ada satu moment tu lepas tukar lens tele Sigma, aku carilah mangsa candid. Sekali jumpa la sorang awek ni berdiri nun jauh di sana. Peh macam bidadari siot! Cun gila! Kot tak kerana dia dah ada pakwe, nak juga la aku ngurat wakakak. Tapi aku sedar siapa aku, hanyalah mamat comel yang memakai baju Red Garage keluaran RIB haha.


Sesambil nak tunggu kereta tren naik ke Japanese garden, kitorang ambil gambar lagi. Sampai sana memang heaven la ambil gambar. Cuma keadaan agak kotor, airnya keruh since lepas hujan. Paip buluh tersumbat. Japanese house pun nampak agak kotor, ramai sangat orang kot. 


Di Botanical Garden, kami turun gak sebab nak layan macro. Turun memang la best, jumpa lak dengan group of super tele lens, cukup buat aku dengan Sam tercengang je la. Sanggup diorang usung benda alah berat-berat tu just nak amek gambar burung yang seekor je? Hish takdelah aku, kot nak ambil camtu baik pergi Taman Burung je bak kata member aku.


Time naik semula, part ni yang tak seronok. Semput tahap dewa aku naik tangga non stop, dah la tanah tinggi oksigen tak banyak cukup dada aku macam nak pecah, sikit je nak pengsan. Time tunggu kereta tren, awek yang aku minat tadi depan mata pun aku dah malas nak ambil (sebab aku dah ambil awal tu masa dekat Colmare). 

Balik dari Bukit Tinggi, aku turun bandar ke KFC, perut lapar gila. Telan Zinger dengan whip potato sementara nak tunggu makan malam. Tapi memang layan lah pergi Bukit Tinggi. Tak kesah la kalau aku dah pernah pergi 10 kali pun, pergi seorang diri dengan member-member lain maknanya. Kenangan tu lebih feel dengan senyum dan tawa mereka. Thanx to Sam, Pijul, Alang and Meor sebab sudi menjadikan mini gathering yang orang lain sikit pun tak nak respon or beritahu aku as organizer.