Salam,
Hari ni dah nak masuk hari ke 28 dalam bulan Disember. Baru aku tahu rupa-rupanya ramai kawan-kawan aku lahir bulan nih. Seingat aku, dulu-dulu aku sangat tidak suka menjadi anak hujung tahun. Yelah orang lain lahir awal tahun, kami ni dah hujung baru lahir. So kire gap dengan anak tahun hadapan tidak jauh sangat tapi pengkelasan umur kami tua setahun.
Dulu-dulu orang selalu kata anak-anak hujung tahun ni manje, mengada-ngada yelah sebab lahirnye hujung tahun. Tapi dewasa ni, bila aku tahu ramai orang berjaya dan pemimpin-pemimpin dunia adalah anak hujung tahun. Jadi, kira hebat jugaklah kami (bukan aku yang pasti, sebab cita-cita aku sederhana, tak pernah tinggi menggunung). Aku pun tak pasti kenapa, tapi aku tak nampak jalan yang harus diikuti selagi aku tak bertapak di situ. Pendek kata, aku ni slow sikit bab-bab cita-cita ni. Paling tinggi pun aku pernah bercita-cita menjadi arkitek noktah.
Tapi lama-lama, terasa seronok dengan cabangan ilmu yang telah aku pelajari di merata tempat termasuk lah zaman persekolahan dan universiti. Tapi, walau dah masuk universiti, cita-cita aku masih di tempat yang sama cuma kembangannya elok sedikit. Aku tahu apa itu bisnes, ekonomi, pemasaran, dan lain-lain. Yang peningnya, aku lebih memandang kerjaya-kerjaya yang bukan graduan impikan seperti menjadi petani, peladang, penternak dan macam-macam kerjaya lain.
Cuma jika ingin menjadi petani, janganlah hanya petani biasa, jadilah petani moden, tanam pelbagai, buat kajian, tambah ladang, besarkan ladang, join venture benda lain seperti jualan di pasar-pasar borong dan lain-lain.
Aku bukan apa, melihatkan tubuhku yang besar ini adalah amat rugi kiranya tidak berbakti dan mencurahkan keringat kepada benda yang lebih memerlukan dari duduk selesa di dalam pejabat yang dikelilingi penghawa dingin.
Mungkin jiwa aku tidak sesuai dengan kerjaya yang lebih banyak menggunakan organ dan pancaindera yang lain tapi lebih kepada kerjaya yang berbentuk tenaga dan fizikal.
Entahlah, kenapa niatku sering disalah erti. Padaku, kerjaya adalah hak masing-masing selagi mana rezekinya halal, tidak mengganggu orang lain, tidak menyusahkan orang lain, ianya tetap mulia di mataku. Cuma mungkin bagi sesetengah pihak yang lebih memandang kedudukan, pangkat dan gelaran, cara pemikiran aku dilabel ortodoks dan tidak mahu maju.
Cukup setakat ini dahulu sebagai coretan. Lagi tiga hari hendak menyambut tahun baru, azam? cukuplah untuk jadi lebih baik dari hari semalam.
No comments:
Post a Comment