Salam,
Hari ni memang sangat penat. Kaki melecet, betis perit, lengan lenguh, kepale otak serabut, peluh mencurah-curah macam air terjun. Ni semua kesan dari pergi berjalan ke Key Ell atau nama penuhnya Kuala Lumpur.
Seperti yang korang tau, aku pergi KL bukannya apa pun tapi sebab:
- Aku nak pergi tengok movies (either Sherlock Holmes atau Avatar)
- Nak beli speedlight
- Jalan-jalan cuci mata.
Nombor 2 dengan 3 tu memang tercapai la hajatnya cuma yang nombor 1 tu aku terpaksa lupakan sebab tiket full dekat GSC Times. Yang available pukul 3, dan tak boleh nak tengok sebab aku nak balik dah around that time. Ada member suruh check out dekat Pavillion tapi memandangkan kaki aku pun dah lenguh dan aku agak dengan lautan manusia yang bersesak-sesak (nak pergi sambut NY kot?). Dari situ aku gerakkan langkah ke misi ke 2 ku iaitu mencari speedlight.
Dekat Times tu ada la juga kedai-kedai jual barangan kamera cuma yang 1st kedai aku tanya, SB600 dekat RM1k. Wah!!!!! Gila mahal duhh!! Agak-agak la pun nak jual kan. So aku just tersengih je la, dan terus ke destinasi lain, terjumpa la Nikon Service Centre, masuk la kejap around 10 minit lepas tu aku blah sebab tu tak jual apa-apa.
Next destination, LY Plaza. Selalu diorang ada buat sales, so aku pun pergi la menjengah. Round punya round, pergi tanya kedai ke kedai belum dapat harga yang memuaskan hati aku. So LY Plaza aku tinggalkan dan menuju ke Sg. Wang Plaza. Dekat sini, ade satu kedai yang menawarkan harga dalam lingkungan baget, tapi still aku tak puas hati dan cari lagi sampai ke BB Plaza. Masuk la satu kedai ni, agak usang dengan barang-barang yang kebanyakannya untuk kamera filem. Tanya la uncle tu dan harga dia adalah yang paling rendah aku survey hari ini cuma dia takde stok je.
Dengan rasa kecewanya aku pun beli tiket monorel dan terus berhimpit di dalam monorel yang comel lagi tak padan langsung dengan kuantiti penumpang menuju ke Medan Tuanku. Sebab next destination aku adalah Pertama Complex. Aku ingatkan dekat je stesen monorel dengan Pertama Complex rupanya jauh la juga. Sempat la aku beli air mineral nak hilangkan dahaga.
Sampai dekat Foto Selangor, aku pun belek-belek la barangan yang ada. Wah banyak gila stok. Tapi sekali aku tanye SB600, harga dia mak aih lagi mahal. Tapi satu je la yang seronok dekat kedai ni, bila dia tengok ko tak jadi beli sebab mahal sangat, harga barang akan cepat turun. Dari harga over bajet terus dalam bajet, and aku sambar sekali bateri Nikon ori dengan harga yang murah.
Ok habis beli barang, perut menyanyi-nyanyi. Masuk SOGO kejap nak ambil duit, terkejut punya la ramai manusia membeli belah. Dah ambil duit, aku pun jalan-jalan la dekat Jalan Masjid India pastu pergi makan. Kena la RM12 yang berlaukkan ayam goreng, kari kambing dengan acar mentah dan air limau ais. Dah makan, teringat pulak bateri cas tak beli lagi, pergi Pertama balik beli. Siap beli bergegas nak balik ke perhentian bas Pekeliling. Tup tap jalan tengok eh mana bas??? Tengok jam belum pukul 3 pun lagi. Rupanya bas rosak. Pergi tengok bas ekspres pun takde tiket dah. Ada sorang apek promote naik teksi rm15 pergi Bentong.
Dalam hati bising-bising, mana la aku nak melepak? Nampak gerai makanan, terus bergegas ke sana. Tengah tengok pekedai dok promote kedai masing-masing, aku disapa dengan suara yang agak dikenali. Tengok-tengok la member sekolah. Dia dengan member tengah wat bancian bas, so diorang memang nak blah time tu, so aku minum sorang tunggu bas pukul 4. Lepas habis sedut sirap limau + ais kosong dan bekal air mineral aku menuju ke stesen bas. Punyala ramai orang sebab bas pukul 3 tadi dah kong. Dapat je bas buka pintu, macam budak-budak tak sekolah semua serbu nak naik. Mujurlah aku dapat seat tu pun yang paling depan, belakang abang driver.
Bas padat macam sardin, dengan air cond yang tak rasa apa-apa pun (aku lebih rasa angin pintu dengan tingkap) bas berlalu meninggalkan kota metropolitan, KL. Dalam bas sempat terlelap kejap, terjaga sebab aku nak terjatuh dari seat. Terpandang ada sorang awek tengah duduk (aku rasa dia tak sihat sebab asalnya berdiri). Tengok dia dok pulun 100 plus, nak juga offer seat aku, tapi memandangkan aku pun asyik nak terjatuh je, aku fikir takpelah kot??? lagipun sebelah aku lelaki dan awek ni tadi jenis tudung labuh, maybe die pun tak nak.
Sampai Bentong, naik motor yang aku tinggalkan dekat stesen bas. Tiba-tiba teringat nak beli bateri sebab nak cas bateri makan masa 26hr. So singgah jap Vegamall, beli bateri. Nak bayar, terjumpa lak lagi sorang member sekolah. Aku tengok dia kurus macam tu juga, die tegur aku makin berisi hahaha. Jalan gila jam, macam orang nak balik kampung cuma yang peliknya jam menghala ke KL, bukan ke Raub. Aku sampai rumah tengok-tengok mak dah sampai. Aku solat, lepas tu terus menodai SB600 yang baru beli tadi. Macam kera dapat barang, belek sana belek sini, mujur aku tak gigit je haha. Dan aku kepenatan sampai la post ni selamat di publishkan...
Dapat kekasih baru...hahahaha oh SB600 ku~!!!
Next post, nape aku tak boleh berjalan sehari suntuk di KL...