Followers

Thursday, December 31, 2009

Key Ell

Salam,


Hari ni memang sangat penat. Kaki melecet, betis perit, lengan lenguh, kepale otak serabut, peluh mencurah-curah macam air terjun. Ni semua kesan dari pergi berjalan ke Key Ell atau nama penuhnya Kuala Lumpur.


Seperti yang korang tau, aku pergi KL bukannya apa pun tapi sebab:
  1. Aku nak pergi tengok movies (either Sherlock Holmes atau Avatar)
  2. Nak beli speedlight
  3. Jalan-jalan cuci mata.
Nombor 2 dengan 3 tu memang tercapai la hajatnya cuma yang nombor 1 tu aku terpaksa lupakan sebab tiket full dekat GSC Times. Yang available pukul 3, dan tak boleh nak tengok sebab aku nak balik dah around that time. Ada member suruh check out dekat Pavillion tapi memandangkan kaki aku pun dah lenguh dan aku agak dengan lautan manusia yang bersesak-sesak (nak pergi sambut NY kot?). Dari situ aku gerakkan langkah ke misi ke 2 ku iaitu mencari speedlight.


Dekat Times tu ada la juga kedai-kedai jual barangan kamera cuma yang 1st kedai aku tanya, SB600 dekat RM1k. Wah!!!!! Gila mahal duhh!! Agak-agak la pun nak jual kan. So aku just tersengih je la, dan terus ke destinasi lain, terjumpa la Nikon Service Centre, masuk la kejap around 10 minit lepas tu aku blah sebab tu tak jual apa-apa.


Next destination, LY Plaza. Selalu diorang ada buat sales, so aku pun pergi la menjengah. Round punya round, pergi tanya kedai ke kedai belum dapat harga yang memuaskan hati aku. So LY Plaza aku tinggalkan dan menuju ke Sg. Wang Plaza. Dekat sini, ade satu kedai yang menawarkan harga dalam lingkungan baget, tapi still aku tak puas hati dan cari lagi sampai ke BB Plaza. Masuk la satu kedai ni, agak usang dengan barang-barang yang kebanyakannya untuk kamera filem. Tanya la uncle tu dan harga dia adalah yang paling rendah aku survey hari ini cuma dia takde stok je. 


Dengan rasa kecewanya aku pun beli tiket monorel dan terus berhimpit di dalam monorel yang comel lagi tak padan langsung dengan kuantiti penumpang menuju ke Medan Tuanku. Sebab next destination aku adalah Pertama Complex. Aku ingatkan dekat je stesen monorel dengan Pertama Complex rupanya jauh la juga. Sempat la aku beli air mineral nak hilangkan dahaga. 


Sampai dekat Foto Selangor, aku pun belek-belek la barangan yang ada. Wah banyak gila stok. Tapi sekali aku tanye SB600, harga dia mak aih lagi mahal. Tapi satu je la yang seronok dekat kedai ni, bila dia tengok ko tak jadi beli sebab mahal sangat, harga barang akan cepat turun. Dari harga over bajet terus dalam bajet, and aku sambar sekali bateri Nikon ori dengan harga yang murah. 


Ok habis beli barang, perut menyanyi-nyanyi. Masuk SOGO kejap nak ambil duit, terkejut punya la ramai manusia membeli belah. Dah ambil duit, aku pun jalan-jalan la dekat Jalan Masjid India pastu pergi makan. Kena la RM12 yang berlaukkan ayam goreng, kari kambing dengan acar mentah dan air limau ais. Dah makan, teringat pulak bateri cas tak beli lagi, pergi Pertama balik beli. Siap beli bergegas nak balik ke perhentian bas Pekeliling. Tup tap jalan tengok eh mana bas??? Tengok jam belum pukul 3 pun lagi. Rupanya bas rosak. Pergi tengok bas ekspres pun takde tiket dah. Ada sorang apek promote naik teksi rm15 pergi Bentong. 


Dalam hati bising-bising, mana la aku nak melepak? Nampak gerai makanan, terus bergegas ke sana. Tengah tengok pekedai dok promote kedai masing-masing, aku disapa dengan suara yang agak dikenali. Tengok-tengok la member sekolah. Dia dengan member tengah wat bancian bas, so diorang memang nak blah time tu, so aku minum sorang tunggu bas pukul 4. Lepas habis sedut sirap limau + ais kosong dan bekal air mineral aku menuju ke stesen bas. Punyala ramai orang sebab bas pukul 3 tadi dah kong. Dapat je bas buka pintu, macam budak-budak tak sekolah semua serbu nak naik. Mujurlah aku dapat seat tu pun yang paling depan, belakang abang driver.


Bas padat macam sardin, dengan air cond yang tak rasa apa-apa pun (aku lebih rasa angin pintu dengan tingkap) bas berlalu meninggalkan kota metropolitan, KL. Dalam bas sempat terlelap kejap, terjaga sebab aku nak terjatuh dari seat. Terpandang ada sorang awek tengah duduk (aku rasa dia tak sihat sebab asalnya berdiri). Tengok dia dok pulun 100 plus, nak juga offer seat aku, tapi memandangkan aku pun asyik nak terjatuh je, aku fikir takpelah kot??? lagipun sebelah aku lelaki dan awek ni tadi jenis tudung labuh, maybe die pun tak nak.


Sampai Bentong, naik motor yang aku tinggalkan dekat stesen bas. Tiba-tiba teringat nak beli bateri sebab nak cas bateri makan masa 26hr. So singgah jap Vegamall, beli bateri. Nak bayar, terjumpa lak lagi sorang member sekolah. Aku tengok dia kurus macam tu juga, die tegur aku makin berisi hahaha. Jalan gila jam, macam orang nak balik kampung cuma yang peliknya jam menghala ke KL, bukan ke Raub. Aku sampai rumah tengok-tengok mak dah sampai. Aku solat, lepas tu terus menodai SB600 yang baru beli tadi. Macam kera dapat barang, belek sana belek sini, mujur aku tak gigit je haha. Dan aku kepenatan sampai la post ni selamat di publishkan...


Dapat kekasih baru...hahahaha oh SB600 ku~!!!

Next post, nape aku tak boleh berjalan sehari suntuk di KL...

Wednesday, December 30, 2009

Vacation - a must activity in a year

Salam,


Untuk post kali ini aku akan sambung dengan cerita vacation. Vacation atau cuti-cuti Malaysia (nyanyi ikut rentak) ni pada aku is a must. Tak kisah la korang nak bercuti seorang diri, dengan kawan-kawan, dengan awek/bf, dengan keluarga atau dengan employer/employee. Ianya WAJIB! Sebab apa wajib? Sebab dalam masa ni lah waktu yang terbaik untuk lebih rapat dengan siapa sahaja yang kita luangkan masa dan juga cara yang terbaik untuk santai. Santai minda dan badan.


Dulu-dulu time aku masih bersekolah, aku tak kisah sangat sebab dalam keluarga aku, vacation itu amatlah jarang berlaku. So sebab dah terbiasa, aku dah tak kisah sangat. Sampai lah aku masuk degree, bila tension study membelenggu kepala hotak, memang sangat terasa hendak pergi berjalan-jalan. Paling kurang setahun sekali.


Vacation tak perlulah kompleks sangat sebab tujuan sebenarnya adalah untuk bersantai dan bukan nak peningkan kepala dengan bajet sebab bajet paling kurang pun dalam RM300 seorang. Dan perancangan perlulah dibuat lebih awal samada nak tidur di sebuah apartmen atau hanya menyewa hotel bajet yang pada hemat aku lebih kurang sama (tak jauh beza sangat, sebab kalau ambil apartmen boleh muat ramai orang). Dan yang paling penting, transportation. Kalau boleh, sewalah kereta or kalau nak jimat boleh naik bas cuma penat sikitlah. Dan pastikan dalam bajet tu duit makan sentiasa cukup, sebab takkan nak tengok orang makan je.


Ok settle bab tu, next adalah menentukan tarikh bila nak pergi. Awal tahun? Tengah tahun? Hujung tahun? Nasihat aku pergilah pertengahan tahun sebab time macam ni cuaca lebih friendly berbanding awal dan hujung tahun (ekstrem panas or hujan).


Macam yang aku pergi sudah, pergi hujung tahun ni kena bertarung dengan cuaca yang tidak menentu. Selalu kalau hujung tahun orang kaitkan dengan pantai timur, tapi aku pergi Melaka pun boleh hujan sepanjang hari. Memang sangat mencabar jiwa. Planning nak pergi banyak tempat terbengkalai macam tu je. Lupakan Eye On Malaysia, lupakan Menara Taming Sari, lupekan Melaka Megamall dan macam-macam lagi. Petang hari dihabiskan dalam apartmen je. Dalam pukul 6 baru hujan berhenti dan dapatlah pergi Jonker Street. Seperti pasar malam atau Petaling Street tapi lebih banyak menjual barangan kepada Chinese dan kedai-kedai makanan pun takde yang nampak logo halalnya. Keroncong perut hanya terlepas di Umbai, tempat yang famous dengan gerai-gerai ikan bakar. Tapi sangat mengecewakan. Bayangkan ikan bakar kosong makan dengan sambal kicap ala-ala sambal jawa cuma tak rasa sambal jawanya? Balik ke apartmen hanya untuk tidur dan berdoa esok harinya cuaca cerah. Aku? Upload gambar Masjid Pulau Melaka.



Esoknya, hari yang dinanti-nanti. Yeah, cuaca cerah. Alhamdulillah, paling tidak hari semalam dapat ditebus balik dengan aktiviti berjalan-jalan. Dalam pukul 10 kami check out dan terus ke Bandar Hilir untuk cari parking. Gila memang gila, dengan one wayriver cruise tapi ramai nya manusia. So cancel dan tempat pertama pergi adalah Muzium Samudera. Bukan nak tengok apa sangat pun, yang penting GAMBAR!. Beralih ke next stop adalah... medan selera depan muzium aje. Adoyai, ni maklumat penting untuk lelaki. Sila kalau boleh elakkan dari duduk lama di sini kalau anda bersama teman wanita. Kalau tak, mahu sejam duduk situ je tunggu diorang beli barang hehe. NextA' Famosa, ambil gambar je dekat bawah dan terus pergi ke Muzium Sultan Melaka. Cuaca amat terik dan aku berpeluh sakan, mujur ada air cond dalam muzium. nya dan parking yang memang penuh. Kami dapat parking dekat tu pun sebab nasib je. Hajat nak naik adalah



Habis jalan-jalan, perut berbunyi-bunyi. Ingat nak makan dekat R&R tapi last-last makan dekat medan selera depan muzium tu. Bagus juga, dapat pekena Asam pedas Melaka yang sangat popular tu. Tapi serius memang syok makan! Rugi sikit sebab family aku tak ambil ikan pari. Kalau tak, uish... Walau apa pun, aku tambah 2 kali nasi, sedap punya pasal. On the way ke kereta, aku pergi beli Candy kelapa tapi silap beli sebungkus je. Dalam kereta makan ramai-ramai semuanya puji sedap, dan aku rasa nak nangis sebab tak beli sepuluh bungkus (haha) je buat stock. Dan dalam kereta tu la aku melabuhkan tirai... ZzzZZzZ...


So far, aku rasa percutian kali ini best walaupun tak dapat jalan banyak lagi tempat menarik. Cuma dekat sini aku nak beritahu kalau boleh elakkan benda-benda ni:
  1. Jangan plan last-last minit, selalunya macam-macam benda akan jadi masalah.
  2. Kalau boleh, carilah orang yang tahu jalan (at least nak ke bandar utama destinasi dituju).
  3. Kalau boleh carilah ahli-ahli yang tidak negative thinking or jenis yang nak duduk dekat bilik je.
  4. Jangan cepat marah kalau tersesat or ada masalah (cuaca, duit, makanan dan lain-lain).
  5. Bawak bekal makanan dari rumah. Paling tidak sandwich, sebab saat-saat kritikal amat memerlukan makanan.
  6. Jangan bawak cukup-cukup je, sebab kita pergi ramai-ramai.
  7. Jangan sombong tak tentu pasal dan buat hal sendiri.
  8. Jangan pergi mana-mana seorang diri, at least ade orang teman.
Tu je la, so selamat ber vacation, jangan lupa solat...

Tuesday, December 29, 2009

Wish list


Salam,

Sebelum aku tulis panjang-panjang dalam post kali ni, aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat kawan-kawan yang sudi baca blog aku (walaupun aku yang dok edar iklan hehe) tapi terima kasih la. Sekurang-kurangnya aku dapat maklum balas. Seorang kawan memberitahu ayat-ayat aku agak skematik, haha maafla aku terpaksa guna ke'skema'an itu sebab blog terdahulu aku pernah menggunakan ayat biasa tapi terlalu santai dan sarat dengan ayat-ayat yang kadang-kadang tidak menyentuh perasaan dan maksud yang ingin aku sampaikan. Dan aku tidaklah guna ayat sastera sangat sampai susah orang nak faham.

Dan terima kasih juga pada seorang teman lama yang nun jauh dari sini yang memberi sokongan supaya aku terus menghidupkan blog ini. Katanya mungkin setiap bait kata dalam post-post aku boleh mengubah dunia. Mungkin ya mungkin tidak. Tapi apa yang akan aku lontarkan untuk setiap post pasti ada mesej hendak disampaikan bukan sekadar cerita sahaja.

Untuk posting kali ini, hendak aku kongsi bersama wish list atau senarai yang ingin dihajati. Dalam hidup kita pasti ada wish list yang kita hendak tunaikan. Tapi memandangkan ada sekatan atau halangan yang membantutkan hajat kita untuk mendapatkan sesuatu, jadi ianya dimasukkan ke dalam senarai yang kita hendak tunaikan nanti.

Aku tak terkecuali. Banyak betul benda yang aku nak dapat dan banyak perkara yang aku nak selesaikan later on. Tapi untuk waktu terdekat ni, yakni insyaAllah khamis ni aku akan pergi membeli speedlight untuk kamera D60 aku.

Speedlight ni kalau bahasa ringkasnya external flash yang selalu korang nampak dipakai atas kamera wedding. Dah lama pun aku survey dan baca review, tanya pendapat orang tapi still tengah blur dengan 2 pilihan yang pada aku sama kuat dan hebat. Pilihan pertama Nissin Di622 dan kedua Nikon SB600. Ramai yang suruh aku beli SB600 memandangkan aku pengguna Nikon. Masalah dengan SB600 ni harganya yang agak mahal berbanding Di622. Apa yang baiknya saiznya lebih kecil which is ringan, dan banyak function sebab barang Nikon. Apa yang baiknya tentang Di622 pula, harganya lebih murah, kurang aduan tentang rosak power yang lebih dari SB600. So pening nak pilih, tapi yang pasti khamis ni muktamad dan tidak akan regret walaupun aku beli salah satu daripadanya. Choose wisely!

Aku perasan wish list aku kali ini agak berbeza selepas berseorangan. Maaf bukanlah aku nak kata time aku berdua dulu aku tak seronok meng list kan wish list aku cuma ianya berbeza tika bersama dan tidak. Walau apa pun, apa yang pilih kene wise dan jangan regret apa yang kita pilih walaupun teruk dan tak seindah khabarnya. Orang luar boleh kata apa saja tapi kita lebih mengerti dan mengenali apa yang kita hendakkan, dan mungkin pandangan itu dapat diubah. Citarasa manusia berbeza-beza betul?

Oh ya, hari semalam aku pergi buat spectacle baru since yang lama ni patah time aku pergi vacation dekat Melaka. Mujur jugak aku bawak spectacle yang lama, at least berjalan juga la aku. Melaka, bandaraya yang best untuk berjalan tapi nasihat aku pergi hari minggu biasa. Kurang orang dan lebih peluang untuk parking. Well next post aku cerita pasal vacation untuk manusia-manusia yang terlalu sibuk dengan kerja. Ok, tu je la dulu post untuk kali ini, panjang sangat nanti muntah pula nak baca, hehe.

Selamat menulis wish list anda...

Monday, December 28, 2009

Dua lapan dua belas dua ribu sembilan

Salam,

Hari ni dah nak masuk hari ke 28 dalam bulan Disember. Baru aku tahu rupa-rupanya ramai kawan-kawan aku lahir bulan nih. Seingat aku, dulu-dulu aku sangat tidak suka menjadi anak hujung tahun. Yelah orang lain lahir awal tahun, kami ni dah hujung baru lahir. So kire gap dengan anak tahun hadapan tidak jauh sangat tapi pengkelasan umur kami tua setahun.

Dulu-dulu orang selalu kata anak-anak hujung tahun ni manje, mengada-ngada yelah sebab lahirnye hujung tahun. Tapi dewasa ni, bila aku tahu ramai orang berjaya dan pemimpin-pemimpin dunia adalah anak hujung tahun. Jadi, kira hebat jugaklah kami (bukan aku yang pasti, sebab cita-cita aku sederhana, tak pernah tinggi menggunung). Aku pun tak pasti kenapa, tapi aku tak nampak jalan yang harus diikuti selagi aku tak bertapak di situ. Pendek kata, aku ni slow sikit bab-bab cita-cita ni. Paling tinggi pun aku pernah bercita-cita menjadi arkitek noktah.

Tapi lama-lama, terasa seronok dengan cabangan ilmu yang telah aku pelajari di merata tempat termasuk lah zaman persekolahan dan universiti. Tapi, walau dah masuk universiti, cita-cita aku masih di tempat yang sama cuma kembangannya elok sedikit. Aku tahu apa itu bisnes, ekonomi, pemasaran, dan lain-lain. Yang peningnya, aku lebih memandang kerjaya-kerjaya yang bukan graduan impikan seperti menjadi petani, peladang, penternak dan macam-macam kerjaya lain.

Cuma jika ingin menjadi petani, janganlah hanya petani biasa, jadilah petani moden, tanam pelbagai, buat kajian, tambah ladang, besarkan ladang, join venture benda lain seperti jualan di pasar-pasar borong dan lain-lain.

Aku bukan apa, melihatkan tubuhku yang besar ini adalah amat rugi kiranya tidak berbakti dan mencurahkan keringat kepada benda yang lebih memerlukan dari duduk selesa di dalam pejabat yang dikelilingi penghawa dingin.

Mungkin jiwa aku tidak sesuai dengan kerjaya yang lebih banyak menggunakan organ dan pancaindera yang lain tapi lebih kepada kerjaya yang berbentuk tenaga dan fizikal.

Entahlah, kenapa niatku sering disalah erti. Padaku, kerjaya adalah hak masing-masing selagi mana rezekinya halal, tidak mengganggu orang lain, tidak menyusahkan orang lain, ianya tetap mulia di mataku. Cuma mungkin bagi sesetengah pihak yang lebih memandang kedudukan, pangkat dan gelaran, cara pemikiran aku dilabel ortodoks dan tidak mahu maju.

Cukup setakat ini dahulu sebagai coretan. Lagi tiga hari hendak menyambut tahun baru, azam? cukuplah untuk jadi lebih baik dari hari semalam.

Kosong

Salam,
Ini adalah post yang ke - 4 sebenarnye. Tapi memandangkan lagi 3 post tu aku asyik tulis dan padam. [Tulis dan padam], so akhirnya aku nekadkan diri, blog ini perlukan nyawaku. Mungkin ilham tidak mencurah awal-awal tadi tapi lebih berani keluar di pagi hari, mungkin.

Blog ini secara tidak langsung adalah nyawaku sekarang memandangkan aku kini sendirian. Tiada lagi teman bual bicara, teman suka dan duka, teman berhibur dan teman hidup. Kosong memang kosong, tapi apakan daya, telah tertulis begitu takdir nasibku. Biarlah masa saja menentukan segalanya.

Aku cuba mencari-cari apa erti kekosongan itu. Ku belek kiri dan kanan, atas bawah di setiap pelusuk ruangan di Facebook aku masih tidak menjumpai kekosongan itu.


Cuma...

Ayat-ayat madah dan puitis di selangi oleh lirik-lirik lagu Paramore yang pada hematku bukan bertinta jiwang atau puitis namun maksud dan rentaknya masih boleh digunakan dalam situasiku ini.

Mungkin ramai yang tak perasan, ada yang mula perasan, dan tak lama lagi ramai yang akan syak dan berita tahun ini akan kecoh dan tersebar luas untuk tatapan pembukaan tahun 2010.

Seiringan dengan itu, azam tahun baru aku bermula dengan kosong. Segalanya masih samar-samar di dalam kepalaku, cuma apa yang pasti perancangan tahun-tahun yang sudah tidak boleh digunapakai lagi.

Sedih? Aku lebih suka menggunakan istilah, aku keliru. Tatkala mindaku menyuruh untuk tabah, hati ini menjadi sentimental dan syahdu dibait kenangan-kenangan lalu. Dan dengan itu, air mata tanpa dijemput telah melabuhkan kakinya di kawasan mata yang hanya perlu dititiskan sahaja ke bumi. Air mata yang sudah tidak berguna lagi. Untuk siapa? Untuk apa?

Dan tidak terlupa juga untuk aku katakan bahawa kosong = [hp ku sudah mati]. Mati sebab tiada lagi deringan dan bunyi mesej masuk. Kalau ada pun hanyalah mesej-mesej Facebook via SMS.



Kosong, aku bersendiri lagi untuk tempoh yang agak panjang selepas ini, tunggu dan lihat wahai kawan-kawan...

p.s: aku x salahkan sesiapa dan takdir... lebih baik begini dari menyimpan sesuatu yang tak pasti bukan hak milik kita...

Sunday, December 27, 2009

Kata pengantar


Salam,

Ini merupakan blog kedua penulis setelah blog pertama penulis menemui jalan buntu (buntu di mana tidak tahu mengedit segala-galanya). Blog kedua ini dihidupkan sebagai teman si penulis yang di kala ini dilanda kesunyian setelah hilangnya tempat mengadu, berduka dan tempat berkongsi masalah.

Ini bukan kali pertama si penulis meluahkan kata-kata melalui saluran-saluran seperti ini cuma kali ini mungkin kesan dan tempoh masanya akan lebih lama. Sekian saja dulu kata-kata pengantar dari si penulis. Usah risau dengan struktur kata dalam blog si penulis ini kerana hanya post yang ini kedengaran agak skema.

Dan si penulis harap, anda-anda semua pasti faham apa makna blog ini berdasarkan kata-kata di bawah title besar di atas, sekian