Followers

Saturday, February 5, 2011

Margarita HALAL segelas?

"Halal ke restoran ni Mael? Asal aku tengok ada logo arak je dalam kedai ni?"
"Biasalah, dah nama pun Grill and bar. Bar mesti jual arak"
"Habis tu halal ke?"
"Halal la, ce ko tengok sana tu haa, tu bukan orang melayu? Bukan orang pakai tudung tu?"
"Ermmm..." hati masih was-was.
"Ala mestilah halal, kalau tak takkan pernah keluar dalam rancangan makan-makan dekat tv"

ada ke Margarita yang HALAL?
"May I take your order sir?" seorang gadis melayu manis berbicara.
"Haa ni pekerja pun melayu, mestilah halal" Mael berbisik kepada Jai.
"Errm ye la kot???" hati masih was-was namun ditekadkan hatinya.
"Dah la, ko nak makan apa? Steak diorang dekat sini best woooo"
"Entahlah aku pun bukan tahu sangat, ko pilihkan la" balas Jai.

"Ermm two rib eye steak with BBQ sauce yah?"
"Ok, drinks?"
"Two wild berry margaritas"
"Mar..marga... ape tu?" Jai kebingungan.
"Ala dia macam punch, air buah-buahan tu" Mael berkata.
"Ooooo..." melopong tak tahu apa cerita.
"That's all sir?"
"Yes"

"Ko pilih steak apa tadi Mael? Pelik bebenor bunyinya?"
"Rib eye steak, sedap tuuu"
"Oooo... steak with rum... apa kejadahnya rum ni Mael?"
"Entah, macam kicap kot, ke nama sos ke"
Dan apabila hidangan sampai, mereka makan dengan bestnya sampai licin.

Suatu petang di kedai kopi di Kampung Termenung.

"Peh haritu Mael belanja aku makan steak, best gila"
"Ko makan dekat mana?
"Ala, dekat ######### tu la, Mael kata restoran tu pemes".
"Eh ko biar betul, restoran tu mana halal pun"
"Manaaa, Mael kata halal. Aku sendiri pun nampak ramai orang melayu masuk makan. Yang bertudung pun ada"

"Yang bertudung tak bererti kedai tu halal. Buatnya dia pun tak tahu macam ko, adakah ko nak kata restoran tu halal hanya dengan tu je? Ko tau tak kedai tu jual arak?"
"Tau, tapi Mael kata diorang asing yang arak and non arak"
"Konfem? Orang manalah yang rajin sangat nak asingkan pinggang mangkuk, periuk belanga arak and non arak? Dan makanan ko tu konfem bebas arak?"
"Eh manada, steak aku tu bubuh BBQ sauce dengan rum je, manada wine ke beer ke" tegas Jai.
"Astaghfirullah... Jai, ko tau tak rum tu sejenis arak?"
"Hah?!!! Tapi Mael kata rum tu sejenis kicap or sos" muka dah lain macam.
"Hai ko ni, percayala sangat cakap Mael"
"Mujurlah air aku minum tu air buah-buahan aje" 
"Air apa ko minum?"
"Margarita"
"Jai...Jai... mati-mati ko kena tipu dengan Mael"
"Arak jugak? Astaghfirullah..." terasa tekaknya mencucuk-cucuk ingin muntah.

p.s: moralnya, kalo kedai makanan tu dah ada jual liquor takyah masuk je. Bukan mati pun kalo tak makan dekat kedai macam tu. Dari makan benda haram, baiklah makan nasi je dekat kedai orang Islam yang bersih. Halal sebuah kedai bukan berdasarkan siapa pengunjungnya, tapi sejauh mana HALALnya makanan itu sendiri. Curi barang boleh pulang balik or bayar ganti rugi, makan benda haram akan jadi darah daging. Kesannya? Pada anak-anak kita nanti.


2 comments:

SyafiQ Bleszynski said...

betul, buat ape nk bayar mahal2 dan makan kat tempat yang tak patot, yang tak wajar kita pergi.. baik makan kedai atau gerai tepi jalan yang bersih lagi halal, murah pun murah, kenyang pun kenyang, selamat lagi suci murni..hehe

Anonymous said...

betul.. tapi aku dah 'minum' margarita tu.. jahil nye aku!! thanks for ur story and info..