Followers

Sunday, February 6, 2011

Kamera oh kamera Part 8 (Entry level yang dihina)


Bila seorang photog bertemu dengan photog lain, persembangan mereka 80% akan berkisar pasal kamera dan photography.

Al kisahnya beberapa hari yang lalu aku pulang ke kampung, ada kenduri aqiqah. Macam biasa aku akan bawa kamera ke hulu ke hilir, kot-kot ada moment nak diambil gambarnya.

Time aku sampai, kenduri dah nak habis dah, tapi saudara mara masih ramai dekat rumah. Ada yang tidur, ada yang makan, ada yang borak-borak. Budak-budak macam anak sedara aku tukang terbalikkan rumah, biasalah tu.

Then terjumpa la sorang brader ni yang merupakan suami kepada kazen aku. Dia antara insan yang berjaya memperkenalkan aku kepada dunia DSLR. Sebab time akak aku kawen, dia tukang ambil gambar sambil mengutuk-ngutuk mak andam yang juga menjadi OP time tu. Sebabnya? Mak andam tu takdela terer mana ambil gambar, plus dia takde speedlight.  Ya aku akui, gambar mak andam tu flat aje sebab guna built in flash aje, tapi gambar brader tu pon takdelah sehebat mana. 


Mula-mula dia tak perasan agaknya aku bawak kamera, sampailah lepas makan aku pegang beg Nikon aku tu naik atas ke ruang tamu. 

"Haih, meh la sini beg tu" 
Aku hanya tersenyum dan tersengih, aku tau die lebih arif dalam benda-benda macamni.
"Pakai kamera apa?"
"D5000 je bang"
Sambil membuka beg nikon aku, dia terkejut melihat lens Sigma 70-300 aku.
"Kenapa tak amek Tammy 70-200?" tanyanya.
"Bukan Tammy ada masalah sikit ke?" aku bertanya kembali.
"Tak, Tammy ok, yang 2.8".
Aku hanya diam dan mengangguk. Bagi aku mana boleh compare lens F2.8 dengan lens F4-5.6 kan?

Tapi lepas tu dia try ambil gambar dengan lens Sigma tu. Dia hanya diam, tak tahulah, mungkin mengutuk lens aku sebab silap beli or dia tak jangka seperti tu?


Kemudian perbualan kami disertai oleh kazen-kazen aku yang lain merangkap adik iparnya. Mereka berbual pasal D90. Aku hanya senyap aje. Aku tahu rata-rata orang akan cari D90. Orang baru pun nak cari D90. Aku je yang tak berapa nak ikut trend orang sebab dan alasan aku sendiri yang telah aku kupas dalam siri-siri Kamera oh kamera yang lepas.


Tiba-tiba sorang kazen aku tanya
"Kamera abang Shukran ni berapa Megapixel?"
"12 MP aje"
"DSLR orang mana tanya soal MP ni" brader tu menyampuk. Aku hanya tersenyum, ya betul MP tak berapa main peranan.
"Ce tanya Full frame ke FX ke barulah soalan orang pro" balasnya lagi.
Aku sedikit terkejut dengan jawapan dia. Full frame dengan FX bukankah sama? Dan apakah nilai pro photographer itu dinilai melalui kamera Full frame?
"Awak selalu guna mode apa? Auto?" tanyanya.
"Tak, saya selalu guna Aperture mode"
Dan dia memusingkan dial mode ke P dari Auto, aku hanya memerhati diam.

Perbualan kami diteruskan lagi dengan perihal photography dan kamera. Aku cakap hanya bila perlu dan aku lebih suka mendengar brader tu bercakap perihal benda-benda cani. Melainkan benda tu aku sedikit tak paham or ragu-ragu then aku questionkan balik.


Dia memulakan semula dengan
"Abang sekarang ni tengah cari DSLR jenis Lumix, senang nak bawa travel"
"Ooo, Lumix yang sejenis dengan PEN?" fahamlah maksudnya yang dia mencari hybrid bukanlah DSLR.
"Haah, kecik senang nak bawa travel. Orang dah tak bawa dah DSLR besar-besar pergi travel sekarang ni"
Aku hanya berkata dalam hati, sebab tu ada orang still simpan DSLR body kecik dan all rounder lens macam 18-200. Nak bawak travel body full frame memangla sedikit berat. Tapi kalo sanggup macam member aku, apa salahnya?


"Tapikan bang, hybrid tu grip dia kurengg ahhh" aku menyatakan pendapat.
"Memang ah, tu kan body kompak tapi senang nak bawa travel".
"Dulu pernah try guna D60 ofis punya, aduhaiii macam hampeh" dia sambung lagi.
Dia tak tahu aku dulu owner D60. Pada aku D60 takdelah teruk sangat, cuma kena guna dengan bersabar.
"Saya punya D60 dulu jual dapatlah RM1.2k" balasku.
Dia hanya diam dan mengangguk.

Perbualan kami diteruskan dengan kedai-kedai yang ok. Aku meneruskan mengambil beberapa lagi gambar-gambar yang sempat aku snap. Tak banyak sangat cuma oklah untuk kenangan.

Cuma agak terkilan sedikit apabila DSLR user yang dah lama macam dia agak menilai DSLR based on level? Apakah tiada pro dalam dunia ni yang guna entry level sebagai kamera port folio diorang? Silap tu. Adakah orang itu dikatakan pro bila ada sebuah full frame kamera di tangannya tapi nak buat bokeh pun tak tahu?

"Don't judge the book by its cover!"

p.s: sampaikan kazen aku sendiri beria-ria nak cari D90. "Perlukah"? Hairan ye, kenapa orang fobia sangat dengan term "entry level"?

6 comments:

Cik N said...

Byk x aku jumpe bokeh. Bokeh tu ape shuk?

Nem0 o0h Nem0 said...

gmbr berkualiti bergntung pada camera yg mahal ke? klo sesorg tu pakai camera cnggh pun tp amik gmbr tk reti dan tk tahu function camera.tetap buruk gak gmbar nti.tk fhm ngn sesetgh org yg bg dorg bila beli camera mahal,br nampk cool..

Shukjessa said...

N: bokeh ni fokus pada satu subjek then background akan jadi blur.

Nemo: ada org pemikirannya begitu. sebab tu ada yang beli intermediate level DSLR tapi ilmu takde, magz tak nak beli, manual tak nak baca, bertahun2 asyik guna auto mode aje, buat ape?

Kaymama said...

selamat berkenalan... baru ni ingat nk beli dslr, tp adik cakap kalau budget x sampai 2k, x pyhlah... hmmm last2 beli ixus 1000 si... rasa cam nyesal lak x beli canon dslr Eos 1000D tu (harga bwh 2k).. hu hu...

Shukjessa said...

kaymama: canon ixus 1000 pon dah ok. any P & S camera above rm800 is ok for me.

cuma satu masalah dengan P & S adalah semuanya auto, tiada kebebasan untuk mengawal sendiri mode yang kita inginkan. ini yang membezakan antara P & S dengan DSLR. Tapi tak bermakna gambar dari camera P & S tak cantik. Sebab seorang photog pro macam ne pon, dalam koleksi diorang mesti ada satu kamera P & S gak.

p.s: 1000D dah agak lame modelnya, mungkin boleh cari model yang lebih baru. And camera tak semestinya perlu brand new, kadang2 2nd hand DSLR pun ok kalo pandai cari.

Syamimi Azmi said...

assalamualaikum. maaf sebab banyak mengomen.

pada pandangan saya yang tulus ikhlas, untuk newbie diorang memang akan tercari-cari which camera suit them the best. sebabnya, nak beli dslr nie bukan murahhhh. mahal kot. so, banyak otai2 cadangakn it's good for them if they buy intermdiate level rather than entry level. but why? because, after some time, manusia x pernah puaskan? they will change for something goods. such as, i'm good enough for entry level dslr why not if i changed to intermediate level. :) membazirkan kat situ? terus beli yg intrmediate. (but manusia x pernah puas, they will keep changing) :)

and some more, i'm asking people if u get a chance to buy a dslr which type of dslr will u buy. i got an intresting answer:

i think i'm good enough for entry level and too noob for pro level. so maybe i'll choose intermediate level.

and ni pandangan saya yang agak jahat. pandangan manusia semua org tahukan. setengah org fikir semua yang ada dslr right know, maybe they are pro photoghrapher. so they assume like entry level camera must be entry level photographer. my opinion only. a very good photog must use a very high end cam. something like that

for me still, org yg kat belakang kamera tu yang penting. bukannya badan kamera tu.so no worries bro,they will learn after some time about that. (^_^)v