Followers

Tuesday, March 1, 2011

Review: The Mechanic

The Mechanic,


Aku tak rasa ramai yang pergi tengok filem ni. Sebab kehadiran filem-filem lain yang dikatakan hebat cukup menenggelamkan filem aksi pembunuh upahan ini.


Tapi itulah aku, mencari kelainan. Walau orang dok sebut-sebut filem I am number 4 dan filem lain, aku tetap nak tengok jugak filem ni. Satu je sebab, Jason Statham. 

Jangan salah paham, aku bukan gay, dan aku tidak berminat apa-apa mengenai mamat ni kecuali, martial artsnya, cara dia bawa kereta dan juga stuntnya. Boleh dikatakan hampir semua aksi itu dibuat sendiri. Sejak dari kes tertengok Transporter 2 (nama lame giler) terus aku ternanti-nantikan filem mamat ni. Sebab kita biasa disajikan dengan tipikal hero mesti muka hensem dengan rambut yang macho, tapi muka mamat ni ok lar dengan rambut ala-ala menteri-menteri.

Cuma untuk filem kali ni, agak menghampakan pada aku sebab kurang aksi-aksi seganas filem Transporter. Tapi masih lagi mengekalkan sifat cool dia yang sukakan smart dan ketelitian dalam membunuh. Sempat gak la aku tertidur dalam beberapa part sebab banyak sangat bermain dengan cakap-cakap dan mood gelap. Tambah lak 15 minit terakhir tu ada mamat bangang mane tah kacau aku punya konsentrasi. Boleh lak tiba-tiba nak duduk depan aku padahal seat kosong punya la banyak. Nak duduk tu aku tak kisah, ni nak henyak-henyak lak konon nak selesa sedangkan kaki aku betul-betul tengah tekan kusyen tu (sebelum takde orang duduk, so aku tekan ler). Dia lak wat camtu, mujor aku tak lututkan je kepala hotak dia tu. Kalo tak mau kepala dia aku tuil dengan kaki aku yang berbandage tadi.

Overall filem ni aku bagi 3/5 je la. Jalan cerita tak berapa menarik sangat. Ada beberapa part yang aku sendiri tak paham. Tapi tengok je la sebab mamat tu berlakon. 


Oh ye, nanti filem Fast Five nak keluar, tak tahu la bila. Fast five, filem ke 5 untuk Fast and Furious. Kali ni dia kumpul balik pelakon-pelakon dari 2 fast 2 furious dan polisnya lak? Dwayne The Rock Johnson. Hahaha mesti kaw-kaw punya lah.

Akhir kata, bulan March dah bermula, filem bulan ni pun banyak yang best. Huuuuuuuuuuu mana yang tak sempat, alamatnya ke kedai lanun je la kan. Tipikal rakyat malaysia heh!


Sunday, February 27, 2011

Kamera oh kamera Part 12 (Racun)

Salam Ahad,


Kali ni aku nak cerita sikit pasal isu racun-meracun dalam komuniti photog. Mungkin ada yang  baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi pon turut terkena tempias racun ni dari member-member, tokei kedai dan juga orang-orang yang baru kenal seperti di forum dan di mana-mana.

Pada aku sendiri, isu meracun kawan adalah lebih kepada kemampuan mereka untuk memiliki DSLR atas kerelaan bukan secara paksa rela seperti di kedai. Orang minta pandangan dan nasihat, aku hanya menghulurkan sahaja. Sebab tu kalo orang tanya aku "Bro DSLR apa yang bagus untuk orang baru nak belajar". Jawapan aku senang je, "kena ada bajet, kena try rasa dan kena banyak buat survey dan sedikit stadi".

Bajet, ni yang paling penting. Andai bajet korang ada di tahap-tahap tertentu fixkan, jangan melangkau walaupun korang ada duit lebih. Simpan duit lebih untuk benda-benda lain since DSLR bukan one thing only tapi jenis beranak pinak. Aku bagi contoh, andai korang bajet untuk beli Nikon D3100. Fixkan bajet dengan melihat harga RRP Nikon yang paling latest di website, di magazine. Jangan straight tanya kedai sebab kedai ni banyak muslihat lebih-lebih kalo bukan authorized dealer. Biasanya Nikon akan letak harga paling tinggi sesebuah model itu boleh dijual di Malaysia, so any price higher than that forget it. Then, korang perlu lebihkan sedikit dari jumlah bajet yang korang fixkan tadi, misalnya lebih RM200. So kalo harga D3100 adalah RM2.1k, total bajet korang adalah RM2.3k. Fixkan di situ.

Next thing adalah rasa dan pegang. Adakah ianya serasi dan sejiwa dengan korang? Ni bukan isu memain pada aku sebab sebuah kamera yang bagus adalah ianya akan serasi dan get well along dengan pemiliknya. Sebab aku perhatikan ramai yang jual balik body kamera dengan alasan tak sesuai, kecik, jari tak muat, berat sangat, ringan sangat bla bla bla. So kalo boleh pergi kedai try rasa, silakan. Rasa di sini bukan dengan lidah, tapi pegang betul-betul as if korang nak ambil gambar. Cuba pegang sebelah tangan dengan berat body tu, adakah ok? Adakah jari korang just nice? Atau tak cukup panjang? Atau terlalu padat? Benda ni yang mainkan peranan untuk ubah pendirian korang sebenarnya sebelum proses jual beli berlaku.

Bila dah rasa dan tetapkan pendirian, boleh start survey kedai yang ok. Macam biasa seruan aku, kalo tak nak banyak masalah beli dari authorized dealer or paling tidak tanya warranty apa yang dapat. Kalo kedai? Cuba tanya ada tak warranty Malaysia? Sebab kadang-kadang kedai ni banyak sangat muslihatnya. Dan sila pastikan yang warranty Malaysia adalah untuk body kamera. Sila ambil tahu, body dan kit lens ada 2 warranty yang berbeza. 

Buat yang nak beli impot, aku tak sarankan melainkan korang ada kawan-kawan yang pakar dalam hal-hal begini. Lagipon hak korang. Cuma satu jela, adakah berbaloi membeli barangan murah RM300 tetapi bila ada problem kamera korang akan kena hantar balik ke negara asal yang issuekan warranty tu? Dan kalo lagi malang, kedai tu sendiri yang buat servis. Dapat yang memang pakar servis takpelah, yang tak?

Survey bukan setakat di kedai. Survey perlu dilakukan dan seiiring dengan stadi perihal model DSLR, apa itu DSLR dan ilmu basic yang perlu tahu. Nak yang paling berkesan baca review pakar-pakar DSLR mengenai sesebuah model. Adakah berbaloi untuk beli dan kenapa? 

Jika korang dah khatam benda-benda di atas, konfem korang boleh tepis racun-racun yang akan menghinggap dekat korang later. Satu benda yang pasti, kalo korang nak beli entry level silakan kalo itu yang korang mampu dan rasa serasi, dan beli sekadar hobbyist untuk ambil gambar lawa. Mesti ada yang akan meracun kenapa tidak ambil intermediate level? D90? D7000? D300s?

Sebab racun-meracun akan berterusan selagi korang tak beli Full frame kamera. So tak guna pon kalo korang tak mampu nak beli D90 or D7000 tapi orang racun suruh beli, then korang termakan racun dan beli, still korang kena racun untuk upgrade lagi. Yang nak guna, yang keluar duit adalah korang bukan manusia-manusia ni. So ukur baju di badan sendiri. Sesebuah gambar lawa atau tidak bukanlah disebabkan canggihnya body kamera itu tetapi lebih kepada apa yang korang dah belajar iaitu ilmu dalam fotografi.

Agak kelakar bila aku membaca posting di sebuah forum mengenai mode auto. Memang tak salah guna cuma pada aku kalo body canggih dan hebat tapi still guna mode auto, lebih baik guna kamera kompak aje. Apa bezanya pun kan?

Aku harap one day aku dapat buktikan tak salah pun menggunakan entry level dan entry level pon boleh menghasilkan gambar yang setanding dengan level yang lain. Apa yang diperlukan adalah ilmu dan teknik yang betul.

p.s: geleng kepala bila tengok dekat forum orang menjual kamera macam jual pisang goreng. Baru 2 bulan guna jual. Reason? UPGRADE? Ni semua mangsa racun la nih

Friday, February 25, 2011

Kamera oh kamera Part 11 (Video DSLR)

Haaa sementara aku masih ingat ni baik aku tulis hehe.

steady cam macm ni mahal, ada duit boleh je

Tadi tengah aku jeling-jeling beg kamera aku yang tersadai sejak balik dari Bentong, aku keluarkanlah D5000 aku tu. At the same time aku cari balik video yang aku pernah try ambil guna pakai DSLR aku tu. 

Terdapat banyak problem sebenarnya mengunakan video DSLR ni jika tak tahu cara dan peralatan yang betul. Salah satu yang paling senang nampak adalah stabilization. Mana-mana video yang aku ambil mesti agak kucar-kacir movementnya. Since DSLR macam aku tu takde stabilizer sendiri dekat bodynya, so bila handheld agak ribut.

Masalah kedua adalah fokus. Yang ni tak semualah akan alami since kamera old skool macam aku ni memang tak didatangkan dengan Autofokus time video recording. So agak mengecewakan bila ada sesetengah subjek jadi blur sebab takde autofokus.

Tapi benda ni boleh diatasi sebenarnya.


Stabilization tu boleh diatasi dengan guna monopod/tripod. Aku prefer monopod since ia lebih ringan, kalo dapat beli yang CF lagi la ringan. So aku syorkan buat yang berminat dengan video DSLR untuk membeli monopod CF (carbon fibre). Nak guna tripod pon boleh cuma untuk portability tu agak mengganggu sebab mostly tripod berat dan besar untuk diangkat. Ia lebih sesuai untuk diletak di atas tanah aje.

Bila dah mount monopod/tripod, body kamera akan less shaky dan dapatlah korang ambil video dengan bestnya. Tapi janganlah comparekan dengan stabilizer lain yang harganya ada sampai RM30K. Tu kalo dapat memang bestlah, boleh buat movie dah.


Yang perihal autofokus tu kalo korang ada kamera latest macam Nikon D3100 ke D7000 ke, Canon 550D ke, 7D ke, 5D ke memang bestlah sebab dia autofokus. Cuma pada aku kalo kita sendiri yang kontrol fokus lagi seronok sebab boleh buat depth of field yang menarik.

Ada yang berpendapat untuk ambil video DSLR ni sebaik-baiknya gunakan prime lens sebab satu dia fix, so takkan ada istilah ter zoom in ter zoom out. Yang hanya dijaga adalah fokus ring sahaja. So untuk zoom in ke zoom out ke gunalah kaki. Pemilihan prime lens lak terpulanglah kepada duit poket korang. Tapi untuk yang baru nak berjinak ni aku sarankan kalo nak beli pon untuk Nikon entry level sila cari lens AFS 35mm F1.8. Buat Canon lak aku rasa boleh lah guna lens EF 50mm F1.8 tu sebab ni je lens yang paling bajet nak beli tapi effect agak best. Kalo ada yang mampu beli lens prime yang lain macam 85 ke, 24 ke, fisheye ke silakan. Hasilnya mesti lagi best.



Dan yang lain-lain hanyalah stamina, dan kuatkan tangan je la. Lepas tu just cari software editing video yang best macam Video Spin dari Pinnacle. Diorang ada bagi free software untuk di download. Aplikasi lebih kurang macam Windows Movie Maker cuma lebih banyak option je kot. 

Oklah selamat mencuba, syok wooo ambil video guna DSLR. Buat yang nak tengok hasil video dari DSLR boleh try cari dekat Youtube dan cari nama Saiful Nang. Kalo tak silap diorang guna DSLR cuma yang mantoppp je la peralatannya.

p.s: pucuk pangkalnya, ianya semua bergantung kepada bagaimana korang melihat sesuatu dan usahakannya. Nantikan video dari aku lagi 2 minggu kuikuikui.

Please...don't leave me

"Boleh saya tahu kenapa awak hantar saya lagu tu...?"
"Saje, tak boleh ke?"
"Ya... tapi kenapa lagu tu?"
"Sebab saya tak nak kehilangan awak, salah ke?"

Fikirannya kusut. Balik dari kerja yang memenatkan, dia berehat seketika melayari Facebook dan ketika itu terdapat sebuah video clip telah dihantarkan kepadanya oleh insan yang dikenali. Insan yang pernah suatu ketika bertahta di hatinya. Dia menekan butang play.

"Da da da da, da da da da... da da da da da" lagu bermula.

Sabtu seperti yang dijanjikan mereka keluar bersama. Hari yang cukup indah cuacanya membuatkan persekitaran agak ceria. Seceria insan yang memegang sebuah DSLR di tangan kirinya. Masih tersenyum menyerlahkan lesung pipit yang dahulunya menjadi pengubat hatinya ketika lara. Dia masih rindukan senyuman itu. Senyuman yang mampu memberi satu kehangatan tika bersama.

"Awak? Hello awak? Jauh mengelamun?"
"Aaa... Eh! Takdelah. Mana ada"
"Masih memikirkan kenapa saya menghantarkan lagu tu pada awak?"
"Emmm..." menjeling berharap akan mendapat jawapannya.
"Saje" kata jejaka yang tersenyum itu sambil menekan shutter kameranya.
"Ngade!"

Sampai di rumah, satu SMS telah diterima dari jejaka tersebut.
"Pleaseee... don't leave me... =) "
"Kenapa ye, adakah...? Tapi tak mungkinlah..." getus hatinya. Dia kembali mencari lagu tersebut beserta liriknya.


Da da da da, da da da da

Da da da, da da
Da da da, da da



I don't know if I can yell any louder
How many time I've kicked you outta here?
Or said something insulting?
Da da da, da da



I can be so mean when I wanna be
I am capable of really anything
I can cut you into pieces
But my heart is...
Broken...
Da da da, da da



Please don't leave me
Please don't leave me
I always say how I don't need you
But it's always gonna come right back to this
Please, don't leave me



How did I become so obnoxious?
What is it with you that makes me act like this?
I've never been this nasty
Da da da, da da



Can't you tell that this is all just a contest?
The one that wins will be the one that hits the hardest
But baby I don't mean it
I mean it, I promise
Da da da, da da

Please don't leave me
Oh please don't leave me
I always say how I don't need you
But it's always gonna come right back to this
Please, don't leave me



I forgot to say out loud how beautiful you really are to me
I cannot be without, you're my perfect little punching bag
And I need you, I'm sorry
Da da da, da da



Da da da da, da da da da
Da da da, da da
Please, please don't leave me
(Da da da, da da)



Baby please don't leave me
(Da da da, da da)
No, don't leave me
Please don't leave me no no no



You say I don't need you
But it's always gonna come right back
It's gonna come right back to this
Please, don't leave me



Please don't leave me, oh no no no.
I always say how I don't need you
But it's always gonna come right back to this



Please don't leave me
Baby, please, please don't leave me


Selesai lagu dimainkan, dia mengulagi lagi lagu tersebut, dihayati setiap bait kata-kata sehingga ke penghabisan di mana suara penyanyi tu seakan-akan merayu "Baby please, please... don't leave me". Air matanya bergenang, kenangan berputar seperti roda, setitis demi setitis ianya gugur. 

Dalam kegelapan malam, di atas katil air matanya masih mengalir. Dia rindukan saat itu, dia rindukan segala-galanya. Andai masa boleh berputar kembali. Dan kini insan itu hadir bersama teka-teki berlagu. Satu SMS diterima.

"Awak tak tidur lagi?"
" =( " hanya emoticons yang dihantar.
"Kenapa?"
"Awak jahat. Suka buat saya menangis"
"Oh... sorry... bukan nak buat awak menangis pon cuma..."
"Cuma apa?"
"Saya tak nak kehilangan awak..."
"Apa maksud awak?"
"Saya dah pernah kehilangan awak sekali... dan saya tak nak kehilangan awak lagi"
"Awak bercakap soal jodoh?"
"Terpulang bagaimana awak menafsirkan cuma 2 topeng yang diberi, paling tidak satu diterima...".
"....".

"Tahniah kerana bakal menjadi hak kepada seseorang yang sah hak miliknya. Saya tumpang gembira. Nampaknya jodoh kita berakhir di sini ya" jejaka itu berkata.

Air matanya bergenang, kenapa lelaki ini kelihatan sangat ceria dan tabah sedangkan hatinya... hatinya sebak melihatkan si lelaki ini. "Please don't leave me" ayat itu masih lagi terngiang-ngiang di telinganya mencari jawapan sebenar teka-teki lelaki kidal ini. 

"Kenapa bersedih? Patut awak bergembira"
"Tapi saya akan meninggalkan awak..." suaranya tersekat-sekat.
"Oh... takpe, selagi mana kita berkawan, selagi tu awak takkan tinggalkan saya. So please... don't leave me ok?" sejambak bunga ros kuning dihadiahkan kepadanya.
Dia hanya mampu tersenyum mengesat air mata yang tumpah.

Dia tak mengharapkan apa-apa melainkan nilai persahabatan yang telah lama terjalin sebelum perasaan cinta itu wujud. Kerana setiap yang bercinta bukan hanya menjadi kekasih tetapi juga kawan rapatnya dan apabila putus hatinya, persahabatan itu tetap tidak akan putus melainkan si empunya badan yang menginginkannya.


p.s: nukilan ketika hati tengah kacau =P


Wednesday, February 23, 2011

Kamera oh kamera Part 10 (Canon main tipu)

Salam,


Buat Canonian jangan marah ye, topik tu saje je kasi panas hahaha. Tapi pada aku Canon agak cheating la dalam memasarkan DSLR siri EOS diorang yang terbaru iaitu 1100D. Seperti yang dah aku ceritakan serba sedikit dalam episod kamera oh kamera siri lepas, Canon bakal keluar pada bulan April? Itu yang apa aku dapat di Internet, tapi tadi masa tengah tengok berita TV3 ternampaklah cerita 1100D dengan 600D dah officially ada di Malaysia. Wah nampaknya memang nak bersaing betul dengan Nikon D3100 nih.

Aku tak nak cerita balik pasal spec Canon EOS 1100D cuma dengan topik seperti di atas izinkan aku menghuraikan sesuatu. Pada awalannya aku menyangkakan 1100D agak kureeeng sebab dari segi mekap body agak kosong dari segi rubber grip.

TETAPI...

Canon revealkan satu benda yang agak unsual dari segi koleksi DSLRnya iaitu warna.


Seperti yang korang tahu DSLR Canon dan Nikon ni hanya ada satu warna untuk body iaitu hitam. Paling rare pon kaler diorang adalah warna silver dan putih. Silver untuk Nikon D50 dan putih untuk Nikon D3 (limited edition). 



Tetiba untuk entry level baru Canon 1100D ada lak warna maroon, brown dan hitam. Wah, ni tiru taktik Pentax ke apa nih?


Pentax terlebih dahulu guna formula DSLR warna warni ni

Tak dinafikan benda ni dibuat untuk menarik perhatian sesetengah golongan termasuk wanita supaya nampak lebih trendy, CUMA apa yang dikhuatiri oleh para photog termasuk yang otai...

DSLR nanti hanya sebagai gajet perhiasan gantungan di leher sebab trend warna dah mula digunapakai kembali oleh pengeluar besar seperti Canon. 

Bagi aku? Terpulanglah, duit masing-masing cuma kalau rasa hanya nak bergaya, lebih baik pinjam aje kan dari membazir duit beli just untuk show off tetapi later on bosan, jual balik.

p.s: dalam komuniti photog pon banyak sangat politik dan perbezaan pendapat mengenai pemilikan DSLR, lebih-lebih bila DSLR diletakkan sebagai salah satu gajet muda-mudi sekarang ni.


Monday, February 21, 2011

Kamera oh kamera Part 9 (WB dan editing)

Lame betol aku tak hapdet blog. Malas dan takde idea nak tulis apa dah. Hehehe padahal idea cerpen banyak je, dari mimpi-mimpi tidur malam boleh je aku olah jadikan cerpen tapi sebab aku ni jenis laju di mulut then bila nak tulis dia akan jadi sekat-sekat dan bahasa sudah bertukar gaya, membuatkan aku jadi semput nak menulis.

Aku masih di Bentong, ingat nak balik cuti hujung minggu je, tapi last-last hari Ahad punya penangan, kaki dah start sakit balik. Dan malam tadi aku berjuang habis-habisan nak lelapkan mata dek kaki kena muscle krem, uhuh lepas subuh baru heaven tidur. Akibatnya? Pukul 11.30 pagi baru celik dan menjamu nasi lemak.

Untuk siri kamera oh kamera buat kali ni, aku nak sentuh sikit pasal WB or nama panjangnya White balance. Satu benda yang dulu aku jarang amek kesah tapi recently lepas outing Putrajaya baru aku tahu sebab this and that kenapa ianya penting.

Dulu-dulu bila amek gambar pakai DSLR aku tertanya-tanya kenapalah warna gambar-gambar aku nampak sedikit flat? Nak saturatekan warna banyak sangat kang sakit mata lak.

WB ni dah lama dah aku perasan cuma aku jarang nak amek port sangat even time aku edit gambar. Tapi bila sorang member aku ni sangat concern pasal Kelvin dalam kameranya, aku pun cuba-cubalah tukar WB aku time editing since kamera aku takde WB Kelvin.

WB Kelvin ni ramai photog guna untuk naikkan seri warna dan juga warm feeling so kalau warna hijau tu akan lebih berseri. Dan bila photog ni edit gambar later on, diorang just akan main dengan cahaya, kontras dan sedikit warna, tu sahaja.

Mungkin ada yang kata tak banyak beza, tapi pada aku banyak bezanya dari segi mood, warna dan feel.

Auto WB non edit

Daylight WB + edit
Tapi jangan lak indoor guna WB outdoor, memanglah naik seri cuma dari segi warna pada aku agak menipu. Macam langit yang selalu aku edit, memang warna asal tak sebiru yang itu cuma cukup sekadar untuk mencantikkan gambar sahaja. So tak perlu tweak warna langit sampai biru orang tengok pon kata tipu sangat tu.

Kenapa editing tu perlu? Sebab kamera entry level hasil warnanya takkan secantik dan sesenang kamera yang harganya atas dari RM5k. Kalo warnanya lawa aku rasa orang ambil gambar model pakai entry level je la kot? Teorinya mudah aje, makin canggih kamera makin kurang kerja post processing (editing) lepas tu. 

So adakah editing tu salah? Tak salah asalkan tak terlalu over. Editing yang over akan nampak sangat obvious orang akan kata ni sah edit kaw-kaw ni. Yang manipulasikan gambar? Tu lain lak klasifikasinya, cabang yang agak lain tapi masih memerlukan stock photo yang baik.


Tuesday, February 15, 2011

V day, tak sambut? Tapi nak red roses, nak chocolate.


Tarikh semalam agak kelakar sebenarnya kalau kita dapat lihat. Ada yang begitu lantang mengatakan haram menyambut Valentine's Day, ada yang malu-malu, dan ada juga yang tak kisah je, selamba badak mengucapkan Valentine's Day.

Apa pun aku rasa tak ramai yang masih faham akan pengertian "tidak menyambutnya". 

Sebab ada yang tak menyambutnya as Valentine's Day tapi as a day of anniversary, hari peringatan, hari tanda kasih sayang dan lain-lain perkataan yang tidak menggunakan the V word. Pusing-pusing perkataan pun, the reason is still the same rite? Kalau betul nak buat anniversary or tarikh peringatan kenapa that day (tarikh 14 FEB) and why not choose other way around? Kenapa bukan hari ni? Sendiri mau ingatlah kan, intention awal mesti dah sebab semalam hari kekasih.

Setahun terdapat 360 hari tambah tolak, dan manusia meraikan anniversary untuk sesuatu benda setahun je sekali. Agak lame la alasan kalau mengatakan 14 FEB tu just dipilih hanya kerana kebetulan. Ye ke? Kebetulan bagi aku andai tarikh lahir jatuh on that day, tapi still its a birthday celebration, not lovers day. So niat kena betul la kan. There's should be no resemblance with lovers day such as red roses, chocolate with heart cases and so on. 

Buat yang masih mengucapkan Valentine's Day yakni seorang muslim, tolonglah ubah minda anda. Janganlah nampak jahil sangat. Agak jahil apabila seseorang yang mengaku muslim mengucapkan Valentine' Day pada seseorang yang agamanya berbeza namun di pengakhirannya insan itu juga tidak menyambutnya? Kan malu sendiri aje.

Tarikh 14 Feb patutnya dibuang jauh-jauh dalam kalendar muslimin KECUALI dari hari itu adalah hari yang penting seperti hari kelahiran.