Followers

Monday, December 13, 2010

Review; Hantu Kak Limah balik ke rumah


Cerita ni telah mengejutkan banyak pihak. Masakan tidak, 2 hari tayangan dah RM1 juta lebih? Tapi sumorg tahu kalau Mamat Khalid punya cerita, komedinya agak luar biasa. Bukanlah terlalu lawak, tapi banyak benda yang menarik di dalam filem-filem komedinya.

Untuk filem kali ni, kisah diteruskan di Kampung Pisang dan watak utama masih lagi Awie sebagai Hussin. Cuma ketiadaan AC Mizal dan Que agak mengurangkan keseronokan filem ini. Filem masih lagi bergenrekan komedi seram cuma ditukar dari zombie kepada hantu.

TAPI... AWAS!

Untuk yang mengjangkakan ianya seperti Zombie Kampung Pisang, korang silap besar la. Sebab pada pendapat aku walaupun filem ni komedi, tapi elemen seram itu dah dipertingkatkan lagi ke satu tahap jika tidak dimasukkan unsur komedi, ianya berkebolehan menjadi kisah seram yang bakal menghantui tidur malam korang.

Kenapa aku kata demikian?

Untuk pertama kalinya aku agak berpuas hati dari segi pencahayaan filem yang pada aku agak masuk dek akal tanpa kecerahan melampau. Walaupun ini filem komedi, unsur gelap, bayang-bayang, silhouette dan efek cahaya yang menaikkan mood seram itu berjaya ditonjolkan dengan jayanya. Sampai satu ketika aku pun naik bulu roma tengok hantu kak limah di jendela dan kemudian hilang dalam kegelapan malam. Tahniah untuk Mamat Khalid!

Sarkastik, tanpa benda ni takkan sah dalam filem Mamat Khalid. Dan macam biasa ianya dalam nada bersahaja. Jalan cerita agak kelam kabut gak tapi bagi filem komedi ianya boleh dimaafkan. Cuma yang tak berapa best sebab kehilangan banyak pelakon dari filem terdahulu, tu je la yang aku agak kesalkan sikit. Pelakon baru macam Johan Raja Lawak, Pekin, dan beberapa pelakon tambahan lain kira ok je la mutunya.

Nak tau jalan ceritanya? Silalah tengok, tak rugi pon beli tiketnya. Aku tadi agak terganggu dengan keletah sorang mamat ni yang dok beromen dengan awek dia sebelah aku. Nak je aku siku. Bongok betol, nak beromen beli la couple seat dekat belakang tu, nak buat projek pon orang tak kisah. Ni asyik nak meraba-raba, nak cium la itu ini la melentok-lentok dekat awek yang nak tengok filem tu. Gedik la plak!

Filem ni aku bagi 4 bintang dari 5. Sekian review dari aku

Ku pendam sebuah duka


Bulan Disember nak berganti Januari, 2010 bakal melabuhkan tirainya. 2011 bakal merubah segala-galanya.

Dah setahun pun aku break, still hati ni masih keras hendak berpengganti. Walaupun naluri selalu mendesak supaya mencari awek a.k.a kekasih tapi hati tak mahu. Tak sanggup lagi disakiti dan dikecewakan. Biarlah dulu, masa akan merubah segalanya.

Tapi masih... walau setahun pun berlalu sayang aku pada si dia tetap begitu, tak pernah berubah. Cuma keadaan tidak mengizinkan, aku sendiri tidak mengizinkannya. Cinta tak semestinya bersatu kan? Kalau ini yang dinamakan pengorbanan, aku rela berkorban.

Aku cuma berharap ianya dapat diakhiri dengan cepat secara aman, dan aku doakan dia akan lebih cepat naik pelamin dari aku, so itu maknanya dia akan kawen dulu lah. Bila segalanya dah sah, barulah aku akan lepaskan segala-galanya dari hati ini. Tapi tidak bermakna yang selama hari ni aku tak moved on, aku dah move on cuma ada benda yang masih menjadi kenangan yang susah nak padam.

Isnin, 13 Disember 2010, setahun berlalu, aku masih sendiri, bertemankan gitar, kamera, anak buah, family, dan rakan-rakan yang aku harapkan sedikit sebanyak dapat menceriakan hidup aku pada 2011. Lagu Ignorance dari Paramore tetap main theme aku, sebab ia sedikit sebanyak menguatkan aku untuk terus maju ke hadapan tanpa perlu bergantung kepada seseorang lebih-lebih perihal hati dan perasaan.




If i'm a bad person, you don't like me
I guess i'll make my own way
It's a circle
A mean cycle
I can't excite you anymore
Where's your gavel? your jury?
What's my offense this time?
You're not a judge but if you're gonna judge me
Well sentence me to another life.

Don't wanna hear your sad songs
I don't wanna feel your pain
When you swear it's all my fault
Cause you know we're not the same
Oh we're not the same
The friends who stuck together
We wrote our names in blood
But I guess you can't accept that the change is good
It's good
It's good

You treat me just like another stranger
Well it's nice to meet you sir
I guess i'll go
I best be on my way out

Ignorance is your new best friend
Ignorance is your new best friend

This is the best thing that could've happened
Any longer and I wouldn't have made it
It's not a war no, it's not a rapture
I'm just a person but you can't take it
The same tricks that once fooled me
They won't get you anywhere
I'm not the same kid from your memory
Now I can fend for myself

p.s: lagu Katty Ibrahim, ku pendam sebuah duka sangat menyayat hati, jangan nyanyi kalau hati tak kuat, sure meleleh air mata punya~!


Saturday, December 11, 2010

Cara mana nak pilih?

Posting aku kali ni simple aja,

Just nak tanya pendapat korang, kalau korang kembali ke zaman kecil, mana yang lebih korang tak nak:


a) parents yang kalau kita buat salah kena marah, kena pukul...


b) parents yang kalau kita buat salah kena kurung, kena pulau, dibiarkan seorang diri menangis melalak, pendek kata buat tak peduli je.


Dan kalau korang jadi parents, yang mana lebih baik, rotan anak tujuan mengajar atau memulaukan anak itu untuk tujuan yang sama?


Kalau tanya aku, kesan dipulaukan lebih dasyat dari kena pukul or rotan. At least sakit rotan parutnya di badan, sakit dipulaukan parutnya di hati.

Friday, December 10, 2010

Mangsa fesyen


Cuba korang rewind balik ke zaman dahulu, dan kaji balik. Adakah korang salah sorang dari mangsa fesyen?

Cane nak tau? Tengok lah gaya korang, adakah bila sesuatu zaman kegemilangan itu naik, korang pun just main bedal je ikut sebab nak nampak up to date dan tak nak nampak lame atau nerd?

Mungkin 99% dari kita begitu, tipulah kan kalau korang tak pernah jadi mangsa fesyen. Aku pun pernah jadi mangsa fesyen, tapi sebab aku ni jenis prinsip lain sikit, so boleh dikatakan even aku jadi mangsa fesyen pun, style aku lain dari yang lain.

aku pernah ada seluar US ARMY punya cargo pants, beli bundle, warna gold hijau macam seluar sekolah

Zaman baju kemeja panjang petak-petak? Zaman seluar baggy? Zaman rantai, gelang, bracelet semua tu dah pernah rasa. Zaman skateboard pun aku dah rasa walaupun tak pernah rasa main deck papan selaju. Semua tu hanyalah ikutan fesyen sahaja. Sampai satu tahap bila dah masuk usia dewasa, korang akan stop dengan sendirinya dari terlalu menjadi mangsa fesyen dan lebih mencari identiti sendiri.

Sk8 shoes merupakan satu kegilaan aku satu masa dulu
1st t-shirt dan 1st font yang aku labelkan sebagai "Baju hantu". Beli time tu RM20 je

Tapi style yang tetap kekal dengan aku adalah t-shirt biasa, seluar cargo, full cap kalau perlu, sneaker / boot / sandle. Tak perlu melebih-lebih nak pakai bling-bling ke, tak perlu nak berantai, bergelang bagai, tak perlu nak isap rokok, nak bersubang, nak bertindik ke apa ke, dan paling penting jadi diri sendiri.

nak tergelak aku tengok manusia pakai macam ni, hahaha!!

Al kisahnya ada la sekali tu aku baru lepas menikmati sup international di Chow Kit. Best gila! Naik la stesen monorail situ. Masuk-masuk terserempak la dengan group-group remaja ni. Satu group ni tengok fesyen dapat agak fesyen Punk. Tengok boot hitam ada tali merah, rambut punk moden, dan paling tak boleh blah pakai rantai ikat motor dengan mangga paling murah buat rantai. Aduhai anak melayu!

Satu group lagi kalau dari apa yang aku tau, Gothic sebab si perempuan tu pada mulanya aku sangkakan Punk tapi aku teringat fesyen dia ala-ala gothic jenis pakai skirt mini kembang dan korset. Nampak bergaya sikit la dari si group Punk yang macam seminggu tak mandi. Bukan nak kondem, tapi kesian gak la bebudak ni terlalu obses hanya dengan gaya je. Seteruk-teruk aku pun, aku tak cuba untuk jadi over dalam fashion. Pernah aku cuba over, tapi bila tengok depan cermin rasa nak muntah. Last-last style aku biar simple dan sempoi, tak perlu nak over.

p.s: korang pon, nak berfesyen tak salah. tapi janganlah over sangat sampai terlalu obvious menjadi mangsa fesyen. apa salahnya cuba buat identiti tersendiri korang. benda yang simple selalu akan jadi ikutan orang.

Monday, December 6, 2010

Event; KLIMS 2010 the review

Semalam PWTC dibanjiri manusia.

budak ni takde kaitan dengan group kitorang haha

Bilangannya? Tak terkira ramai, dari yang sekecil-kecilnya sampailah yang tua pun ada. Semua nak tengok event ni. Ada yang tak sabar nak tengok Bumblebee, ada yang tak sabar nak tengok model-model kereta dan ada juga yang tak sabar-sabar dengan model seksinya termasuklah aku.


Harga tiket RM20 untuk dewasa pada hari minggu tidak melemahkan semangat orang ramai. Malah time kitorang blah pukul 2 lebih, keadaan makin hingar bingar, makin padat makin ooooh, mujurlah ada air cond. Tambah lak dengan lucky draw dengan hadiah pertama Toyota Prius, membuatkan orang ramai bagai nak gila.


Secara keseluruhan event ni menarik untuk kaki-kaki kereta dan motor (even motor sikit je). Juga heaven untuk kaki menembak (photgrapher) sebab kalau kereta tu ada model cun dan seksi, kompem penuh booth tu dengan lensa pelbagai jenis kamera dan segala macam flash.



Proton Emas
Perodua punya incoming car

Dalam banyak-banyak model kereta, aku agak tertarik dengan Proton yang memperkenalkan konsep kereta lagenda 5 hulubalang bersaudara iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Setiap nama mempunyai designnya tersendiri dan seperti namanya, Tuah jauh mendahului design yang lebih cantik dan elegan. Cuma yang menjadi sedikit kehampaan adalah sport rim keluaran Proton pada aku agak kureengg~!! Designnya agak pelik dan nampak janggal dengan imej kereta yang elegan. Seperti plastik pun ada.



Perodua juga menujukkan hasil rekaan barunya, tapi hanya sebuah. Yang agak mencuri tumpuan adalah Lotus apabila rekaan barunya seakan-akan Ferrari + Lamborghini dan hilang imej Lotusnya. Aku agak terpaku pada sport rimnya yang cukup menyerlah.


Yang lain-lain hanyalah model kereta biasa dengan aksi manja dan seksi si gadis-gadis model ni. Buat yang ada cik abang, jangan jeles lak kalau cik abang nak ambil gambar dengan model seksi tu, sekadar ambil gambar je, bukannya nak buat apa pun.



Yang menariknya, Bumblebee yang pada aku mengikut skala sebenar berjaya menarik crowd. Sayang sekali sebab ada lak kawasan untuk ambil gambar berbayar. So yang aku ambil ni just curi-curi dari sudut yang tak berapa best sangat la. Dan di tempat lain, juga menarik crowd adalah model kereta Chevrolet Camaro Bumblebee punya. Serius lawa, siap ada logo autobots di tepi dan dekat tengah-tengah rim. Smart habis!



Kalau itu masih tak cukup menarik, korang boleh ke Hall 3, dekat sini yang menariknya ada show model motosikal kuasa tinggi macam Ducati, Harley, Blade, Aprillia dan juga Vespa. Tertarik dengan jaket Ducati, tetapi bila tengok harganya RM2.5K, tak jadi terus. Di sudut Harley Davidson, ada dipaparkan model terbaru Harley yang jenis easy rider tetapi sporty sikit, serius lawa. Cuma harga memang tak hengat la. Yang lain-lain best dekat Hall 3 ni adalah Ferrari, Maserati dan Rolls Royce.


Hall 4 lebih kepada kenderaan futuristik sikit. So banyak design yang agak pelik. Sedikit menghampakan apabila Batmobile yang aku sangkakan betul-betul punya hanyalah rekaan saja. So yang bab ni aku boleh katakan diorang (penganjur) ni menipu la. Kot ye pun nak buat replika ke, buatlah yang betul-betul. Ni tengok dari jauh tayar pun dah tau bukan ori punya. Buruk gila!!!! 


So far pergi sini memang best. Best tengok model kereta yang hebat-hebat dalam dan luar negara. Ada gak yang jual peralatan kereta seperti alarm, lampu, jual aksesori kereta, sport rim, tinted dan lain-lain. Tak rugi la pun kalau bayar RM20 seorang nak pergi tengok dan bergambar. Cuma untuk yang berkeluarga dan beranak kecil aku tak syorkan sangat. Sebab tempat ni sgt crowded dengan orang yang jenis agak selfish bila berjalan.

Buat yang tak pergi lagi, still boleh pergi sebab benda ni sampai hujung minggu ni. Hari biasa pukul 11 pagi, RM15 dan kalau hujung minggu RM20 buka pukul 10 pagi. Tak rugi pun pergi sini kalau nak compare dengan RM20 tu dengan apa yang korang bakal dapat, pada aku ia lebih bermakna. 

Friday, December 3, 2010

Uncle seekers kena saman? Tamatlah riwayat blog ko


Sedutan dari Utusan Online

Bekas Permaisuri Agong saman Syed Abdullah, Syed Hussein

03/12/2010 7:47pm

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.
Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.
Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan


I'll be back~


Blog aku akan rehat sementara waktu, maybe ahad malam tu baru aku sambung cerita pasal 2 event yang akan aku pergi Sabtu dan Ahad ni. Serius shit, bulan ni sangat banyak event menarik untuk dilawati dan diambil gambarnya. 

Rakan-rakan bloggers yang juga photog, jom buat outing tak kisah lah sorang ke, dengan member ke, jangan simpan je kamera tu, membazir nilai duit yang digunapakai tika membelinya.

Aku sangat gembira! Walaupun aku outing sorang-sorang, tapi inilah dunia aku. Gerak tanpa perlu tunggu orang, berjalan tanpa tunggu orang ajak, bertindak tanpa tunggu orang tegur.