Followers

Wednesday, December 22, 2010

Realiti legging VS pantyhose (18+ SC)

Apa beza legging dengan pantyhose?



Kalau ikut sifat ianya adalah dari benda alah yang sama. Tujuannya pun agak sama, cuma yang berbeza mungkin dari segi material tekstilnya, ketebalan dan designnya.

Tujuannya untuk apa? Untuk membolehkan mata sang lelaki yang tengah berjalan kaki terlanggar tiang lampu. Membolehkan tok aji yang tengah tunggu bas terpaksa beristighfar sambil memejam mata. Membolehkan si lelaki tua berambut 2 urat di tengah-tengah mengurut-ngurut kumis mereka yang semakin putih dimakan waktu. Dan juga membolehkan sang perogol meneguk air liur sambil membayangkan apa akan terjadi kalau mereka dapat.

Tak betol? 

Tapi pada aku, kalau ikut etika pakai pantyhose lagi berhemat, sebab selalu orang pakai pantyhose ni nak tutup sesuatu parut di kaki, mungkin ada yang ingin menggoda dengan mengatakan "tengoklah kaki ku yang runcing licin ni, sexy kann kann~", dan di Malaysia ni jaranglah tengok orang pakai pantyhose semata-mata nak berjalan-jalan kecuali kupu-kupu malam mungkin (tu pun mereka still pakai skirt).

Kisah ni lain sikit kalau si perempuan ni pakai legging semata-mata. Dapat lak yang jenis tak reti nak paham bahasa tubuh. Bukan dari segi pergerakan saja tapi dari segi figure, keanjalan, kemontokan dan lain-lain. Then ada lak jenis yang pakai legging dan di dalamnya hilang, so berlakulah gempa bumi di 2 buah kawasan yang mendapat liputan meluas. Ada yang jadi geram pon ada.


Tambah lak legging dengan kasut tumit tinggi. Ohh tidak~~! Tahukah engkorang wahai si lelaki, apakah tujuan sebenarnya perempuan pakai high heels ni? Satu mungkin lah nak nampak tinggi. Dua mungkin untuk tampil bergaya menawan. Ketiga dengan high heels ni, lelaki selalu memuji perempuan nampak sexy, dapat lak perempuan jenis kaki lawa, mana-mana mamat foot fetish memang cair la, AWAS!. Tujuan yang lain antaranya adalah untuk membentuk pinggul yang menawan, ini menurut satu sumber dulu la yang diceritakan pada aku. Mungkin juga, sebab jalan ketat terjengket-jengket banyak guna otot-otot sekitar betis, peha dan pinggul, so kalau amalkan mungkin la dapat bentuk yang agak menarik.

So bila digabungkan dua ni heels dengan legging, apa akan terjadi? Satu letusan gempa bumi yang membuak-buakkan dada si lelaki sampai satu tahap "masuk air" kalau terlampau lama menahan geram.

Kadang-kadang benda cenggini bagi lelaki seronok untuk dilihat. Cuma bila dah terlampau kerap dan banyak, ianya merupakan satu gangguan seksual di mana kalau orang senang-senang kata "alah pandang lah tempat lain" or "janganlah tengok", easier said than done. Cakap kencang la kan, sebab dunia korang takde kena ganggu sangat dek fesyen-fesyen melampau lelaki yang merengsakan mata. Cuba kalau diterbalikkan, apakah korang (perempuan) akan buat benda yang sama? Atau just join the fun cuci mata je la kan. Ada bran???

Beeeppp!! Beeeppp!! Fakta dunia, perempuan lebih ramai dari lelaki. Dalam satu kawasan lalu lalang, kalau 7 perempuan seksi lalu setiap minit depan mata lelaki, agak-agak lelaki tu nak tengok celah mana? Senang cakapkan =)

Jangan hanya tau menyalahkan lelaki andai ada benda yang buruk terjadi. Bukanlah aku kata lelaki tak bersalah, mereka tetap bersalah, tetapi kalau selidik punca pon, korang (perempuan) pun turut menyumbang benda yang sama. Tak nak kena ganggu kenapa nak pakai begitu? Pokok takkan bergoyang kalau tiada angin, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, ye dok?

p.s: say no to legging if u r a muslimah, wear proper clothes (bukan aku kata, benda ni dah tertulis dalam Al-Quran)

Monday, December 20, 2010

Guitar Guru

Salam Isnin,


Buat yang nak belajar gitar tapi korang rasa takde sapa nak ajar? Meh aku introduce guru internet aku. So far banyak lagu dah dia ajar secara non direct way, tapi senang faham dan kalau nak praktis, korang download je dari youtube downloader.


Okeh la, nama guru ni Marty Schwartz, korang boleh taip dekat youtube dan nanti akan keluar banyak video pasal lesson lagu dari mamat ni. Orangnya pada aku sempoi, berbakat, sangat best mengajar, siap ada ulangan, slow mo untuk yang baru belajar dan paling best chords yang dia ajar adalah chord basic tapi sound dan bunyinya memang 99% sama walaupun chordnya agak berbeza.

Cuma yang dia ajar ni adalah untuk gitar rhythm, so mostly lagu yang di upload dekat youtube adalah menggunakan strumming. Ada jugak yang guna finger picking dan yang lebih advance ni biasanya korang kena beli DVD dialah. Tapi serius senang belajar dengan mamat ni, antara nak or tak nak je la kan. So far lagu paling baru yang aku belajar main adalah The Only Exception by Paramore. Best gila~!


Ayuh angkat gitar dan start belajar, seronok wooo belajar main gitar nih =) 

Sunday, December 19, 2010

Beg kamera part 1

Idea banyak nak tulis benda kontroversi yang agak radikal bahasanya, tapi biarlah dulu. Selalu sangat tulis kang orang menyampah gak nak baca. Lagipun blog aku ni bukan lah pasal kondem or anti perempuan, tapi lebih mesra alam dengan konsep travel and living. Ala-ala channel TLC dekat astro tu hehe. Benda yang pada aku, ramai orang suka, paling tidak dalam hidup korang mesti ada yang suka pasal makanan, jalan-jalan dan apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan.


Kali ni aku nak membebel sikit pasal beg kamera. Yang aku perasan ramai photog tak ambil berat sangat pasal beg kamera diorang. Ada yang terlebih-lebih sampai saban bulan asyik tukar baru je. Tak boleh nak cakap apa lah kan kalau walletnya kembong or ada Visa di dalamnya.

Benda ni selalunya terjadi untuk yang baru berjinak-jinak dalam photography. Tak dapat disangkal la kekangan duit merupakan alasan utama untuk diorang ni tukar beg baru, tapi once ada duit ada baiknya tukar dulu sebab beg ni merupakan satu safe deposit yang bergerak. Kalau ianya terlalu mudah ditembusi oleh air dan hentakan, isi dalamnya pasti rugi.


Pernah sekali tu aku pergi Low Yat nak cari beg kamera feveret aku brand Kata. Agak malang time tu model tu dah habis stock. Then boraklah dengan brader tukang jual tu yang memperkenalkan namanya Ady. Terus terang dia kata, model tu sebenarnya tak berapa nak elok sebab susun letaknya kamera adalah di bahagian bawah. Dan sizenya agak ketat telah menyebabkan masalah ruang dalaman yang boleh merosakkan barangan kamera. Aku pun berfikir sejenak, ada betulnya. Then dia perkenalkan satu model beg pack yang agak besar dan direkomenkan pada aku. Memang bagus sebab protection sangat mantap.

nampak menarikkan? tapi percayalah berat nak mampus!!!

Cuma yang aku belajar dari kesilapan, beg itu sangat bulky ibarat beg camping, photog takkan bawa beg sebesar tu pergi outing melainkan memang terpaksa. Last-last beg tu jadi beg aku balik kampung sebab boleh isi banyak barang, boleh isi laptop gak, mantop!


Brader Ady ni kongsi cerita, adalah sorang insan ni katanya kamera dah pro, lens dah pro tapi beg? Taruh dalam plastik bag. Hampir nak mencarut je dia "@#$%, kamera dah hebat belilah beg hebat @#$% betol". Ada gak orang camni, tak sayang barang apa?

Buat yang still nak guna bag free yang korang dapat tu, aku syorkan janganlah. Ada duit lebih belilah beg kamera baru yang lebih berkualiti ketahanannya luar dan dalam. Ada sebab kenapa dia bagi free je pun kan?

Nanti aku sambung pasal jenis-jenis beg kamera yang pada aku agak berguna jika korang minat layan street, jalan-jalan, beg pack, sling bag, shoulder bag, dan lain-lain lah.

p.s: tak perlu beli bag sampai lima enam ratus, cukup kalau beg tu banyak protection plus selesa dipakai.

Thursday, December 16, 2010

Realiti fesyen wanita (18+)

Fesyen wanita kadang-kadang buat aku confuse. Mereka marah kalau kita (lelaki) dok jeling-jeling tengok diorang, diorang marah kita bila mata terpaku nan satu, diorang marah bila kita kata diorang sexy, apatah lagi jenis yang meminta dan tanpa meminta malah memaksa.

Tapi itulah realitinya fesyen wanita sekarang....or tak berapa sekarang pun sejak aku membesar sampai la sekarang ni.

Satu yang aku tak faham...


Fungsi sweater diorang atau lebih femes dikenali sebagai cardigan. Nak kata untuk tahan sejuk??? Takdela tebal mana pun. Kualiti kain pun standard kain biasa je, bukan jenis buat berpeluh pon. Compare dengan sweater lelaki yang kalau pakai berkuwap, sweater jenis ni lebih kepada ikut shape badan. Means kalau baju asal diorang tu jenis yang agak loose, bila pakai cardigan tu ia akan lebih nampak fit atau solid molid. Lebih dasyat bila kenakan pula dengan jeans ketat low waist aduhai....sakit mata.... Yang free hair ok la, tak boleh nak cakap apa, tapi untuk yang bertudung???? Korang paham ke konsep aurat tu??? (Maaf sedikit kasar)

Lepas tu, ada lak cardigan jenis half. Nak tau half dekat mana? Dekat-dekat area boobs or payudara dalam bahasa melayunya. Yang ni lagi aku tak faham. Pernah seseorang dia tanya pendapat aku, serius aku cakap nak buat apa, cuba tengok cutting dia dekat mana? So kalau sampai takat tu, agak-agak mata lelaki pandang tang mana? Nak salahkan lelaki sebab banyak sangat tengok blue filem? Yang tak tengok pun sendiri paham ler, nafsu lahiriah tak perlukan blue filem pun, itu hanya perangsang aje. Tapi kalau dalam keadaan sekarang ni, tak tengok blue filem pun air liur lelaki asyik meleleh je. Ever wonder why the models look nice wearing that and the boyz not jerking off? Coz their models were thin, nasi lemak 20sen, what's the attraction in that?


Then seperti yang aku dah sebutkan di atas, jeans ketat low waist lagi tu. Peh apa lurah dendam nak tunjuk pun aku tak paham la. First sekali aku nak tanya, selesa ke pakai low waist? Aku pakai seluar baggy jatuh sikit je pun tak selesa, ni pula seluar ketat pinggangnya dah nak tunjuk dua lurah. Dan buat korang yang rajin explore internet pernah la ada gambar tersebar one gurl wearing tudung with such example bila duduk nampaklah her G string undies. Errrr...takyah la tunjuk buat malu je...


Yang ni lagi pening. Aku pun tak paham kombinasi white plain baby tee dengan bra yang berwarna garang atau kontra yang amat. Helo??? Lelaki bukan buta warna ok, so kalau orang dok tenung takyah la marah sebab memang obvious kontra gila. Kalau taknak orang tenung or jadi mangsa sexual harassment dont wear such things la. Banyak lagi option tapi kenapa itu yang dipilih? Then nak salahkan juga si lelaki la kan...

Tudung, yang ni pon pening gak. Kalau nak bincang sampai bila-bila pon takkan habis. Tapi yang pening bila ada yang pakai just taknak nampak rambut, tapi can show other things such as neck, boobs, bra and so on. Biasa kita tengok kan, tudung tu dilipat-lipat ke celah-celah mana pun tak tahu lah. So dah jadi trend lelaki tak kesah pun dapat awek bertudung sebab ada dari mereka yang berpakaian lagi dasyat dari yang free hair (realiti bukan fantasi). Yang just tutup rambut then leher boleh nampak pun satu hal. Tidakkan korang tahu nafsu lelaki tak semuanya pada benda yang sama. Ada yang suka kaki, ada yang suka bibir, ada yang suka rambut, dan tak mustahil ada yang suka leher. Jadi bila pemakaian tudung tidak proper, means menampakkan leher jinjang membuatkan sesetengah lelaki geram nak singgah dan bertapak sedas dua di situ.

Wangian, mungkin bukan sebahagian dari clothing tapi dari segi fesyen ia adalah benda wajib. Kalau ikutkan perfume adalah haram hukumnya jika memakai bukan untuk suami sehingga dapat merangsang lelaki lain yang bukan muhrim. Persoalannya, berapa ramai yang pakai perfume sekali pakai setengah botol nak habis? Berapa ramai yang pakai jarak 2 km dah bau perfume? Dan berapa ramai yang aware setiap bau wangian perfume tu ada aroma menggodanya tersendiri. Aku sendiri pernah terbau satu wangian wanita yang cukup sensual, serius memang merangsang. Terkena dekat aku masa naik Putra, time tu tengah padat so aku berdiri. Then masuk one group of foreign ladies with perfume yang sangat sensual, terpejam mata aku terbau. Serius rasa nak pusing dan cium je siapa yang pakai that perfume kalau iman tak kuat. Itu foreigner, tapi anak gadis melayu kita pun lebih kurang je kan. 

Legging? A no no to muslimah. Tak kira la korang pakai baju tutup bontot sekalipon, ianya tetap ketat di kaki. So apa gunanya? Baik pakai stoken panjang je kan, apa bezanya???


And ada lagi la others yang aku rasakan kebanyakan fesyen banyak mangsanya adalah wanita muslimah yang tak aware pasal tarikan dan godaan terhadap lelaki. Tapi yang pasti, kalau korang tak percaya kebanyakan details atau sesuatu yang unik pastinya akan berada pada kedudukan unik iaitu di kawasan payudara, or kawasan sulit atau pinggang atau leher. Di mana titik sensual atau titik godaan di situ lebih kuat. Tak percaya sila check balik baju-baju or seluar yang korang nak beli, dekat mana details nya berkedudukan. 

p.s: baby tee yang bertulisan "I love" atau seangkatan dengannya selalunya posisi dekat mana?

Wednesday, December 15, 2010

Transformers 3


Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa filem Transformers sangat berjaya?

Di sebalik kehebatan directornya yang bervisi tinggi, dan kecanggihan CGI yang menjadikan filem ni mind blowing, ada sesuatu yang membuatkannya satu elemen fanatism.

Tanyalah mana-mana lelaki yang lahirnya sekitar tahun 80-90 an, kalau sebut pasal permainan idaman, salah satu daripadanya mesti Transformers. Even aku dulu-dulu sangat menginginkan action figure benda alah ni. Kenapa?

Sebab dalam variasi permainan, Tranfsormers merupakan permainan terawal yang membolehkan kanak-kanak mengubahnya dari mode bertarung yakni robot kepada mode kenderaan seperti treler, kereta, motor dan lain-lain. Sound effect "Autobots tranform tettettetttt" tu dah lama bersarang pada mulut kanak-kanak sezaman dengan aku dulu.

Tapi makin aku dewasa makin kurangnya demam Tranformers walaupun sirinya dah bertukar menjadi Beast Machine. Sehinggalah pada satu tahap, pengunguman ianya akan difilemkan menjadi suatu tanda tanya. Dan hasilnya? Fenomena yang sama 20 tahun dahulu kembali semula. Action figurenya kembali menjadi rebutan kanak-kanak zaman kini yang satu masa dulu ayahnya teruja memilikinya.

Dan pada tahun depan, Transformers bakal keluar filem ketiganya iaitu Transformers; Dark of the Moon pada bulan Julai 2011. Gabungan director Michael Bay dan Executive Producer Steven Spielberg, ianya akan lebih hebat dalam 3D!!!!



Tuesday, December 14, 2010

Facial hair dan lelaki

Ok jangan ceramah dekat aku pasal patutnya ikut sunnah nabi. Aku memang ikut, dan dalam masa yang sama aku jadikan ianya satu benda yang kemas supaya orang tak boleh kutuk orang macam aku.

Tapi dalam zaman yang makin banyak fesyen, kita kena akui banyak yang kita ambil jadi ikutan tu dari barat. So far, aku tak ikut pun cuma aku kagum dengan style mereka, dan pada aku ianya sangat cool, macho, maskulin dan lain-lain.

Aku tak tahu lah untuk yang tak minat, tapi untuk insan seperti aku yang mula tumbuh pada usia 13 tahun, aku anggap ianya sebagai satu hadiah untuk aku banggakan. Aku tak perlu nak isap rokok supaya nampak cool or macho, aku tak perlu nak set rambut or kalerkan rambut supaya nampak hebat, dan aku tak perlu lakukan apa jua perkara bodoh untuk kelihatan gagah. Aku hanya perlukan facial hair atau dalam bahasa melayunya janggut.

Di saat orang lain baru nak tumbuh bulu di sekitar kawasan sulit mahupun di lengan, aku dah ada janggut pada usia 13 tahun. Pada usia 15 tahun aku dah boleh kelihatan macam form 5 atau form 6. Dan bila aku masuk uni, aku dah boleh jadi bapak orang pon. Semuanya kerana janggut.

Tapi janggut aku pon janggut biasa je. Mewarisi genetik ayah aku yang berjambang, aku kini berjambang juga. Cukup seminggu untuk dari kosong ke berjambang siap bermisai lagi. Kalau tak shave for sure macam lelaki mati bini.

Sebut pasal style, aku tak reti sangat dan janggut aku bukanlah boleh buat style sangat pon. Paling hebat pun buat line ikut tulang dagu, sambung sideburn dan bela janggut panjang. Agak susah nak bela janggut kalau tak rajin nak trim, nanti kelihatan serabut. Style paling aku suka jambang dimesin satu untuk nampak bulu-bulu yang sedikit sahaja.

Arghh dari dengar aku membebel korang bukan percaya pon kan janggut or jambang boleh kelihatan cool, macho dan hensem kalau reti gayakan dan rajin. Meh tengok antara model-model facial hair yang aku suka style diorang.

antara semua, ni paling otai Shavo Odadjian, bassist SOAD (bubar)
Jeremy Davis, bassist Paramore, antara yang cool even style old skool sikit
David Silveria, ex drummer Korn. Goatie paling sempoi
Jason Newsted, ex bassist Metallica
Serj Tankian, vocalist SOAD (bubar)
Craig David
Johnny Depp a.k.a Captain Jack Sparrow, janggut paling aku adore (boleh tocang dua)
Brad Pitt, antara yg versatile, can be with or without facial hair
Robert Downey Jr a.k.a Tony Stark a.k.a Iron Man

Dan ramai lagi, kalau nak list semua, tak cukup satu entry. Apa-apa pun, aku tak berapa sangat dengan misai yang tebal, nipis nampak sikit-sikit oklah, sebab pada aku janggut itu lebih menawan sebab bentuk nya seperti  mulut yang sedang tersenyum, so apabila lelaki tu tersenyum, ia akan kelihatan 2 kali menawan. Dan orang kata, janggut tu pemanis wajah, banyak malaikat gantung dekat situ. Ye ke? Wallahualam, yang aku tahu berjanggut ni salah satu dari sunnah Rasulullah, tak salah ikut pun kan, cuma jangalah serabai, kasi kemas dan smart la, baru orang tak pandang slack.


p.s: tak ramai perempuan suka lelaki ada facial hair, apatah lagi yang berjambang macam aku ni. Aku dulu pernah kena suruh shave janggut just kerana ex tak suka, hai ape la nasib badan =|

Cincin dan lelaki

Sebut pasal perhiasan diri, aku rasa jadi perempuan ni beruntung sikit. Sebabnya diorang ni banyak dapat aksesori yang nampak cool dan cantik. Malah ada yang boleh buatkan mereka jadi comel. 

Jadi lelaki, aksesori apa sangat pun yang boleh? Cincin boleh la, tu pun cincin bukan dari emas. Gelang? Haram. Rantai? Haram. Gelang kaki? Pon sama. So lupakan je la wahai jejaka kalau korang nak bergaya ala-ala hip hop atas dasar fesyen. Benda dah haram, buat apa nak tambah dosa kan.


Tapi sebut pasal cincin, lelaki agak bertuah sebab cincin ikat batu agak serasi dengan jari lelaki, lebih-lebih kalau designnya corak nusantara melayu. Terserlah manis si jejaka. Tapi manis tu kalau batu cincinnya sedang-sedang la, kalau yang besar tu tak lawa la juga pada aku la, mata si belia. 

Dulu-dulu aku tak minat gak cincin ikat batu ni, sebab pada aku nampak tua dan kolot. Tapi once aku tengok lelaki-lelaki muda pakai batu cincin yang agak smart pemilihan batu, warna dan size, ia bagai menyerlahkan sesuatu dari jari jemari si jejaka. Apatah lagi disarungkan ke jari manis.

Ia diibaratkan seperti membawa sentuhan feminin ke dalam jiwa sang gagah perkasa. Kasar tapi ada kelembutan di situ dan tersergamnya satu titik punca "saya anak melayu". Yelah, orang melayu je kot yang pakai cincin ikat batu ni, jarang sangatlah dilihat bangsa lain memakainya.

Dan bila ia dimodenkan, makin banyak design yang keluar. Tapi still pada aku, yang lawa adalah kerawang-kerawang dan sentuhan magis si tukang buat cincin tradisional warisan melayu. Dari situ dapat beza si pemakainya berjiwa bagaimana.

Kalau orang barat bangga dengan cincin tengkorak or cincin pelbagai lambang, kenapa tidak kita anak melayu berbangga dengan cincin ikat batu dengan corak kerawang dan pengikat jenis kuku, nampak klasik tetapi elegan. 

Dari sibuk memakai rantai dan gelang yang konfem haram, ada baiknya pakai cincin yang dibenarkan syarak sebagai perhiasan diri. Still boleh berfesyen dan tidak melanggar hukum agama.