Dulu time beliau 1st-1st keluarkan statement, aku agak terkejut juga lah tapi aku takdelah negatif sangat. Sebab untuk angka 20 juta tu mungkin la tidak terlalu mustahil.
Tapi...
Bila tiba-tiba beliau mengangkatnya menjadikan angka tersebut kepada 40 juta... aku rasa, "eh dia ni kena cucuk or kena cabar ke?".
Ya, buat yang tahu hint-hint di atas, ianya adalah mengenai filem 2 Alam yang bakal berada di seluruh pawagam serentak pada tarikh keramat 18 November 2010.
Stop! Ada apa dengan 18 November 2010?
Buat yang tak tahu, sila tengok trailer dan kaji mana-mana site filem-filem yang bakal keluar di Malaysia. 18 November 2010 juga adalah tarikh keramat Harry Potter bahagian akhir part 1 keluar.
So apa maknanya?
Ini bermakna, perang yang hebat bakal berlangsung antara filem beliau dan filem hasil novel ni. Antara cerita femes dan cerita yang hanya meraih simpati sebagai filem melayu malaysia?
Secara jujurnya, kita tengok filem sebab apa? Sebab nilai-nilai patriotisme? Atau sebab nilai kesian? Atau sebab nilai ingin bantu bangsa maju?
Banyak yang memperkatakan tentang sokonglah filem ini kerana bantulah ia menjadi satu sejarah perfileman negara di mana nilai kutipan menjadi rm40 juta. Tapi realitinya orang tengok filem sebab inginkan satu kepuasan. Kalau filem itu berkualiti, tak perlukan hebahan beria-ria pun boleh naik seperti filem Adnan Sempit. Tapi still masih di bawah 7 angka bukan 8.
Ambil contoh, filem yang berkualiti seperti arahan allahyarham Yasmin Ahmad, tidaklah terlalu mengejar nilai kutipan tetapi lebih kepada garapan dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Filem Sumolah, filem ni dianggap gagal walaupun mempunyai nafas baru yang tak pernah digunapakai oleh mana-mana direktor dalam Malaysia. Nilai kutipannya tidaklah box office pun tapi dapat penghargaan kerana berani tampil dengan pembaharuan.
So apa matlamat filem 2 Alam yang hanya ingin kejarkan kutipan? Apakah yang ada pada nilai kutipan? Hanya ingin berbangga dapat nilai tinggi tapi isinya kosong?
Semalam aku menonton filem. Dalam perjalanan ke hall tersebut, aku ternampaklah poster filem 2 Alam ni, guess what? Gambar beliau lebih besar dari mana-mana gambar pelakon lain.
Persoalannya, dalam sejarah perfileman, pernah ke korang tengok poster filem ada muka penerbit besau-besau? Nak promo filem ke nak promo diri?
Ambil contoh satu filem lagi, iaitu Lagenda Budak Setan. Yang ni pada aku agak success pada nilai kutipan tapi gagal memberikan kepuasan kepada banyak pihak. Kecuali pihak-pihak yang membutakan mata dan menelan hidup-hidup segala kepahitan dan kegagalan ianya dihasilkan.
Cuba tanya fanatik-fanatik filem tersebut, berapa kali diorang tengok? Dan adakah ianya mencapai 8 angka? Kalau ya pun aku rasa paling jauh boleh pergi takat belas-belas. Puluh juta?
Sebab apa?
Mana menghilangnya lagi puluh juta yang lain? Di sini la peranan strategi membuat filem tu perlu digunakan. Bukan takat main canang je, minta belas ihsan orang tolong saport. Tu macam merendahkan martabat filem sendiri. Patutnya jika filem itu adalah dari kelas yang terbaik, kita patut serahkan saja pada penonton untuk menilai. Jika bagus, ianya akan tersebar cepat. Jika tak, sendiri mau ingat lah.
So mana hilangnya lagi puluh juta? Since filem tu filem Melayu, rata-rata yang pergi tengok adalah orang Melayu. Bangsa lain nak tengok? Mungkin ada tapi tidaklah seramai dan sefanatik seperti mereka akan tonton filem antarabangsa seperti Harry Potter. Pernah jumpa ramai bangsa lain tengok cerita hantu melayu? David Teo maybe la kot.
Pada aku, lebih baik fokus pada kualiti filem tersebut. Pastikan mesejnya sampai, ada makna tersendiri dan sesuai untuk tontonan orang ramai. Kalau rating 18+, bukan ke ianya lebih mengecilkan sasaran penonton? Entahlah, jika mahu naik ke bulan, belajar dulu bawak roket. Bukan terus bina roket dan terbang pergi ke bulan. Nanti orang sampai sana, kita jatuh balik dengan roket dengan berita yang kita canangkan setiap masa.
Apa kata korang?
p.s: Ada apa dengan nilai kutipan?




