Followers

Wednesday, October 6, 2010

The Book



Beberapa hari lepas aku dah meroyan pasal gitar sampai habis semua tempat aku dok tulis pasal gitar je. Ok la abaikan, nanti ada yang muntah hijau menyampah tengok aku asyik cerita pasal gitar je. Macam la orang lain takde gitar, hehe.

Apa yang aku nak cerita kali ni adalah untuk mewujudkan sebuah buku nota yang di dalamnya akan dipenuhi dengan segala idea, cadangan, what to do list, wish list, senarai kira baget dan lain-lain.

Biasanya aku ni jenis tak tulis dalam buku sebab malas nak tulis, dan hanya dok pikir dalam kepala otak dan sebut di bibir. Tapi sebab otak manusia ni ada temporary punya ingatan, so aku rasa benda-benda camni baik kita tuliskan kasi ingat. 

Buku idea, di dalamnya penuh dengan segala macam idea untuk diketengahkan, dan akan dianalisa tiap-tiap minggu dari segi SWOT analysis untuk pastikan yang one day ianya boleh dilaksanakan. What to do or event book, benda-benda yang aku nak buat or anjurkan yang perlukan perancangan rapi dari segi tarikh dan masa, tempat dan kemudahan bagai.

Wish list macam biasa la, target kita untuk dapat apa. Benda ni aku dah prektis dah dulu masa aku degree tapi dalam bentuk paste note yang aku tampal ke dinding. Aku bahagikan kepada tiga section iaitu dari segi priority: Must, recommended, dan optional. So far berjaya la juga untuk dapatkan apa yang aku nak macam beli DSLR.

Dulu aku pernah pergi satu seminar pasal Law of Attraction dalam Book of Secrets. Dalam ni pun dia ajar kalau nak kan sesuatu, ie; wish list, dia suruh senaraikan dan tampal gambar-gambar benda yang kita nak. Ianya seperti satu dorongan sebab kita akan lihat hari-hari benda ni sehinggalah kita berjaya capai benda tu.


contoh buku bajet, gambar sumber; Google


Dan yang terakhir adalah buku baget. Yang ni penting jika korang nak kahwen, nak berniaga, nak kembangkan bisnes, or nak beli sesuatu. Pandai-pandailah buat sifir sendiri macam mana nak beli barangan yang kita nak, lambat atau cepat kena sentiasa ingat, equilibrium mesti ada. Contoh, kalau korang berhajat nak beli this particular shoes dan gaji tak masuk lagi, macam mana nak beli? Buatlah sifir korang, samada nak ikat perut, kumpul duit, pinjam from someone, or guna duit simpanan yang tak boleh diusik or apa-apa je la. Setiap satunya pasti ada kesannya sendiri. So rancang baik-baik supaya baget bulanan tidak lari, dan korang masih boleh melayari hidup dengan aman tanpa perlu bergelap kes tak bayar elektrik, or tak mandi sebab air kena potong, atau kena naik bas sebab kereta kena tarik tak bayar or duit minyak tak cukup.


Tuesday, October 5, 2010

Demam gitar melantun-lantun

Demam gitar aku dah makin kuat...

Custom Acoustic FG701 (RM 289)
keh keh keh, tiap-tiap hari dok surfing internet sebab nak cari kedai gitar yang jual gitar akustik pada harga yang boleh la. Aku tak kejar brand sangat, cuma mengikut nasihat kawan aku, kalau boleh carilah yang at least trusted branded supaya tidak ada masalah di kemudian hari.

So aku terpaksa kuburkan hasrat aku untuk beli gitar jenama Tom since aku cari info takde langsung petunjuk manufacturer gitar ni. Same macam gitar made in china lain kot. Bukanlah aku nak berlagak ke hapa, tapi untuk long term investment bak kata member aku.

Sebab dari aku beli set gitar yang harganya RM150, better aku rembat gitar RM250 yang manufacturernya boleh dipercayai. Paling tidak sebuah syarikat yang mengeluarkan gitar berjenama takkan nak buat gitar paling cikai tu tersangat hina hasilnya. Pastilah ada kekurangan lain seperti body, neck, bridge, pickup, head dan lain-lain yang digunakan adalah yang paling basic.

Ada satu blog yang aku baca perihal gitar ni, brader tu nasihat check betul-betul kemasan gitar ni. And macam member aku cakap, brand biasa-biasa or dipanggey cap ayam ni selalu bunyi tak berapa best (abaikan, aku nak belajar je dulu, bukan nak masuk competition) dan berisiko untuk patah. Patah tang mana aku tak tahu la, tapi zaman aku sekolah dulu, member aku ni pernah la gak try wat body sendiri since body yang sedia ada (gitar kapok) dia pecah.

STAGG ACOUSTIC DREADNOUGHT GUITAR - BLACK

Mungkin aku agak rugi sebab nak beli gitar jenama Stagg tu tak dapat bag or strap seperti mana pekej Tom tu buat. Tapi aku dapat strap dan bag pun aku nak bawa pergi mana selagi main chord pun tak lepas? Nampak sangat kepoyoan melantun-lantun.

Bag Stagg, beli coming soon je la time ada duit extra (RM150)

Rm250 tu pada aku dah agak mahal la juga. Tapi bila tengok ada gitar akustik sampai riban-riban, aku pun hanya mengeluh, oh jauh beza rupanya. Ada gak la pekej promosi Ibanez akustik siap bag, strap dan pick, harga dalam RM600. Tergugat gak tengok, tapi takpela dah masuk level intermediate baru aku beli gitar lain-lain.


Pelikkan, kenapa tiba-tiba aku macam meroyan nak belajar main gitar? Ni la akibat dari jadi single, untuk melupakan sesuatu aku kena obses sikit pada benda baru. Yang aku perasan, bila aku dah mula menggila nak beli gitar ni, sedikit sebanyak aku dapat lupakan dia mana yang tak berkenaan.


Tah lah, tiba-tiba aku terasa banyak benda aku nak try, banyak benda aku nak mahirkan diri aku. Paling tidak, ada sesuatu yang bermakna untuk aku boleh banggakan kelak.


Salah satu benda yang teringin nak try, main ice skating. Ni start dari zaman belajar degree hari tu, tak terlaksana pun. Ada sesiapa temankan aku? Nak main sorang-sorang nampak sangat macam baru lepas kecewa haha.


p.s: sayangnya aku terpaksa lupakan sebentar hasrat nak belajar main gitar lefty since gitar lefty agak costly...takpelah kayuh slow-slow...

Monday, October 4, 2010

Walimatul urus


Nak kawen? Duit dah cukup? Calon dah ada? So dah boleh kawen?

Ikut hukum memang dah wajib pun. Tapi kalau ikut realiti kehidupan meh check korang dah ready belum nak berkahwen.

1. Bersedia untuk kongsi barang? Kalau tak ready susah tu. Almaklumlah kebanyakan benda akan share, ye la sharing is caring kan.

2. Bersedia ke nak kongsi rahsia diri? Dah ready nak beritahu rahsia besar? Kok ngompol ke, ngorok ke hahaha. Jangan buat hal malam pertama sudah.

3. Dah ready ke malam pertama (lebih kepada wanita). Yelah, selama hari ni masuk bilik tidur sengsorang, tiba-tiba dah ada suami. Takkan nak suruh suami tidur luar lak kan.

4. Dah ready nak melihat sikap sebenar pasangan? Apa yang korang nampak dan lihat adalah 50% je dari kehidupan sebenar mereka. Korang takkan tahu macamna diorang tidur, makan, pakaian di rumah, tengok tv ke apa ke.

5. Ready untuk family planning? Yang ni kena betul-betul berbincang dan bersedia. Jangan dah dapat anak nanti, sia-siakan lak sebab nak kejar cita-cita la, peluang kerjaya apa la. Sudahnya anak terabai.


6. Dah ready nak jadi imam? (khusus untuk lelaki). Alim ulama kata, sebaik-baiknya suami isteri solat berjemaah bersama-sama. Imam ye bukan makmum.

7. Dah ready nak buang sikap orang bujang? Orang bujang ni maybe ada sikap pemalas dan sikit tidak bertanggungjawab. So bila dah kawen, tanggungjawab tu berganda, apatah lagi dah dapat cahayamata. 

8. Dah ready nak berjimat? Sistem kewangan orang bujang dan yang dah kawen lain ye. Bila dah ada anak, kewangan lebih penting untuk bayi yang baru lahir.


9. Dah rajinkan diri memasak? (dua-dua gender kena ambil kisah) Jangan asyik makan kedai je. Nanti suami gilakan janda kedai, anak-anak macam orang kebulur bila pergi rumah saudara mara. Bila sedara tanya "Mama mana pernah masak, hari-hari beli kedai je Mak Su".

10. Ready untuk mendengar leteran? Yang ni aku tak khususkan pada mana-mana gender. Sebab aku percaya dalam parenting, pasti salah seorang akan jadi kuat membebel. Kadang-kadang maknya jenis cool, diam tapi ayahnya lak jenis kuat berleter. Tapi yang selalu kita dengar mak la yang kuat berleter kan. So para suami, pastikan telinga korang tahan panas dan jenis absorb or bak kata pepatah "masuk telinga kanan keluar telinga kiri".

11. Ready untuk menghadapi konflik? Konflik time bujang takkan sama dengan konflik dah kawen. Time bujang, kalau berkonflik duduknya asing-asing. So janganlah terbawa-bawa pulak bila dah kawen. Nanti gaduh sikit, nak balik rumah mak la, nak lari dari rumahlah.

12. Ready untuk menghadapi stress? Stress time bujang bolehlah pergi melepak minum kopi ke, tengok bola ke, pergi CC ke, pergi main games ke, pergi racing ke. Tapi dah kawen, kalau stress dengan kerja, takkan nak tinggalkan pasangan di rumah? Dan stress bukan alasan untuk tangan atau kaki hinggap dekat badan pasangan masing-masing. Cari jalan yang terbaik.


13. Ready untuk diduga dengan pelbagai dugaan orang berkawen? Orang kata perkawenan itu ibarat satu perjudian hidup. Sepanjang melayari bahtera, pelbagai dugaan akan kita tempuh. Hanya yang kuat akan selamat.

14. Ready untuk menerima baik buruk pasangan kita? Lelaki sebelum kawen dan selepas kawen banyak berubah, so berhati-hati dan kena selalu peka, bukan PEKAK.

15. Ready untuk menerima segala-galanya adalah ketentuan Ilahi. Andai ditakdirkan berpisah (hidup or mati) itu adalah takdir.

Andainya di antara perkara di atas korang dah pass dan ready, so kawen lah tanpa banyak ragu-ragu. 
Ianya dibuat bukan tak nak orang kawen, tapi nak mengingatkan kawen ni bukan suka-suka, ianya penuh tanggungjawab dan sebab itu ianya merupakan sunnah nabi yang digalakkan.

Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:


"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)


Rokok lagi...aduhai...


Hah, rokok naik harga lagi. So apa kata korang yang masih lagi makan asap ni?

Apa lagi alasan untuk tidak berhenti merokok or paling tidak kurang merokok dan akhirnya belajar berhenti isap rokok.

Dulu mungkin orang kata... 

"Tak boleh la bro, gian beb, sehari tak merokok tak kena dunia"

Tapi tu dulu, sebab dulu orang sibuk jual rokok. Sekarang ni orang sibuk nak berhentikan orang merokok. Dan dengan itu, makin berlambak-lambak la ubat dan cara yang ada.

Selalu aku dok lalu dalam Tesco, nampak la satu booth ni ada la sorang brader ni dok promosi.


"Mari mari jenguk bang, rokok bukan rokok"
Haaa? Aku pelik, berhenti dan dengar kejap la dia nak celoteh apa.
"Ni rokok elekterik bang, bukan rokok biasa. Rupa dan rasa macam rokok biase. Abang isap rokok?"
Aku menggeleng dan tersenyum.

Tu satu hal. Yang baru-baru ni aku tengok iklan pasal satu ubat untuk mengurangkan ketagihan nikotin (bahan yang terkandung dalam rokok). Kata iklan tu, makan ubat tu memang dapat kurangkan ketagihan, tak tahulah betul ke tidak, tapi yang pasti ubatnya dah ada.

Yang tradisional pun ada. Yang tu aku tak pasti sangatlah tapi pokoknya pelbagai cara dah wujud, still kenapa nak merokok?

Merokok tu dah dikatakan haram hukumnya bagi kebanyakan negeri dalam Malaysia. Malah, merokok ni takde benefit berbanding sakit dan pembaziran. So kenapa still mahu merokok?

Arwah ayah aku dulu, penghisap rokok tegar. Sehari boleh hisap 2-3 kotak 25 batang. Tapi lepas kena serangan sakit jantung, terus stop. Takde lak istilah ketagih ke apa ke. Kenapa?

Ketagihan adalah berpunca dari mentaliti. Kalau lemah mentaliti, ketagihan memang tak dapat nak dielakkan. Samalah macam dadah or apa-apa jenis ketagihan yang lain. Ubat? Kena kuatkan mental lah, cekalkan hati. 

Beza orang yang berjaya dengan orang yang gagal adalah mentalitinya. Dengan mentaliti lah orang boleh bermeditasi, makan kaca, lalu atas api, piercing dan macam-macam lagi.

Sudahlah merokoknya, RM10 tu boleh simpan beli benda yang lebih berharga atau buat savings untuk masa depan.

p.s: padanlah gaji rm2k untuk perokok tak pernah cukup, ada extra liability rupanya.

Sunday, October 3, 2010

32-29-28

Gitar...


Entah kenapa tiba-tiba aku bersemangat untuk memiliki sebuah gitar akustik atau lebih femes dikenali di kalangan muda mudi dengan gitar kapok. Dah lama aku berminat nak main gitar, tapi disebabkan aku lefty, susah nak cari gitar lefty, mencari tok guru yang boleh ajar lefty dan lain-lain membuatkan hasrat tu berkubur.

Tapi sejak aku main games Guitar Hero, perasaan tu makin membuak-buak. Biarlah apa nak jadi pun, aku nak belajar gak main gitar. Bukan nak jadi artis tapi sekadar mengisi ruang bakat dan seni. Sekadar ingin mengubati luka hati, paling tidak single aku ada teman bersyahdu.

Semalam, anak sedara aku dapat sebuah gitar mainan dari ayahnya. Aku teruja gak la nak main, tapi bila aku tengok strings ada 4 je, dan strings ni bersambung dua, so ia takkan mungkin akan menjadi kod gitar.


Tengoklah bulan depan aku nak kumpul duit beli la satu gitar kapok ke sakura ke apa-apa brand la yang tak mahal sangat. Tapi, aku nak kekalkan imej lefty. Sebab sayang jika hapuskan keunikan lefty bermain gitar. Biarlah agak susah sikit untuk belajar dan cari gitar, tapi keunikan tu perlu dikekalkan.

Bila dah pandai main lagu, baru boleh angkat gitar akustik yang lebih berkualiti or beli gitar elektrik. Tapi gitar elektrik, celah mana aku nak jamming? Main dalam bilik? Mampus kena halau, kuat tu.

Takpelah, slow-slow belajar. Biarpun usia dah 25 tahun ni, aku nak belajar gitar gak.

Saturday, October 2, 2010

Wanita api


Suatu masa dulu, aku pernah jadi seseorang yang sangat protective. Mungkin terlalu over sampai ada insan yang rimas dengan sikap aku. Kegagalan bermula, dan aku belajar dari kesilapan aku sendiri. Aku cuba untuk kurangkan sikap overprotective aku. Tapi api tetap api, manakan bisa kita tukar menjadi air. Apa yang boleh kita lakukan adalah samada nak kecilkan api, padamkan ia atau membuatkannya makin marak.

Dan aku perlahankan api kemarahan serta baran aku. Dari seseorang yang over protective aku mula belajar menerima realiti kehidupan ianya memang begitu, tapi tidak bermakna aku tidak peduli. Aku masih peduli, aku masih kisah dan aku masih lagi ingin memperingatkan dia tentang realiti yang dia takkan pernah faham, lelaki.

Kalau aku diberi masa sampai mati pun aku takkan faham perangai perempuan 100%. Samalah bagi dia. Sejauh mana dan selama mana dia pernah kenal insan bernama lelaki, dia takkan pernah faham niat sebenar mereka kerana umum tahu lelaki punya 7 akal. Ya 7 akal tu kalau untuk menipu memang sangat-sangat genius.

Tapi biasalah, manusia ni tak suka ditegur, tak suka dilarang. Bila berkata secara baik, jarang nak diendahkan. Sampailah satu tahap apabila kemarahan sudah tak dapat dibendung dan pertelingkahan pun terjadi. Bertegang urat hendak menegakkan benang yang dah basah. Masing-masing mahu menang perdebatan.

Marah apabila tidak dikawal secara total, yang akan menguasainya adalah syaitan. Dan time macam ni, macam-macam boleh terjadi. Perasaan hormat dan sayang sudah tidak wujud lagi. Ianya akan berakhir dengan perasaan benci membuak-buak dan ada air mata yang gugur ke bumi.

Pernah aku menggunakan reverse psikologi, di mana selalu aku menjadi orang paling ambil berat, then aku ubah menjadi orang yang tak ambil kesah pun. Dan sekali lagi sikap aku dipersoalkan. Jawapku ringkas "Nilah apa yang saya rasa masa awak abaikan saya dulu sebab sibuk sangat dengan kawan-kawan lelaki awak yang lain". 

Dan manusia ni tak pernah serik sampailah dia merasai sendiri deritanya. Aku hanya mampu mendengar dan bersedih sebab nasihat aku tak didengari, aku diabaikan dan bila dah jadi barulah nak cari aku sebagai bahu untuk menangis???

Wanita mungkin hanya ada niat untuk kikis harta lelaki, tetapi lelaki punya seribu macam niat jika dari awal perkenalan bukan niat berkawan semata-mata. So janganlah terkejut sangat jika ramai lelaki nak berkawan dengan korang selepas tengok gambar korang yang agak kontroversi. Lebih-lebih jika yang berkawan tak sampai sebulan dah nak minta kapel? WTF... fikir sendiri lah...yang menanggung derita dan air mata pun korang gak nanti...

p.s: lelaki takkan boleh mengandung anak manusia. Lelaki hanya boleh mengandung lemak yang makin banyak je

Friday, October 1, 2010

Equation rumah tangga


Satu hari seorang kawan Facebook menegur aku.

"Rajinnya syuk memasak dan basuh kain, petanda nak kawen dah le ni".
Aku pelik, dan aku balas.
"Biasalah, nak hidup, kawen lambat lagi kot, tunggu korang le dulu".
"Ish dah rajin memasak, kemas-kemas dan basuh kain, dah boleh tu".
"Memasak dan basuh kain ni rasanya patut ada dalam setiap diri manusia. Yelah, takkan kita nak selalu bergantung harap orang buatkan untuk kita je kan".
Terus senyap wall aku.

Tahlah, aku agak pelik bila seseorang tu belajar memasak, or rajin memasak, rajin mengemas, pandai jaga budak dikaitkan dengan perkahwinan. Apa, kalau nak kahwin je ke perlu tahu benda tu. So kalau hidup bujang, tak perlu tahu memasak, mengemas, basuh kain dan buat kerja rumah?

Jangan dangkalkan fikiran. Kita bukan di zaman tok nenek kita lagi di mana isteri di dapur, suami di serambi hisap rokok tunggu nasi terhidang atas tikar mengkuang. No! Zaman dah berubah, masing-masing ada kerjaya. Aku still merasakan setiap orang perlu tahu memasak paling tidak masak nasi, goreng telur, ikan, ayam bla bla bla dan masak sesuatu yang berkuah paling tidak sup. Bayangkan kalau isteri sibuk, tak sempat memasak. Adakah korang sebagai suami still nak tunggu isteri balik then suruh dia memasak untuk keluarga? Think! Ini zaman bukan zaman gender lagi. Baik lelaki mahupun wanita perlu multitasking.

Jangan ingat dekat kerja je perlu multitasking. Dekat rumah juga begitu. Wanita juga perlu tahu paling tidak cara nak tukar lampu kalimantang. Tahu kalau paip bocor nak buat apa. Kalau sinki tersumbat tahu nak buat apa.

Aku tak suka sangat konsep lelaki goyang kaki tunggu makanan sambil tengok tv, dan yang perempuan je yang kena masak, kena hidang, kena angkat pinggan dan then kena basuh pinggan. There is no such thing lelaki is king in the house. Lelaki yes ketua keluarga, tetapi seorang ketua yang bagus patut tahu cara untuk memudahkan kerja dan membahagiakan penghuninya.

Apalah salahnya kalau hujung minggu, buat aktiviti memasak bersama satu family. Then basuh pinggan pun sama. Kalau isteri basuh pinggan, suami kemas kan meja, isikan air ke apa ke. Didik anak-anak supaya tidak malas, bukan tahu makan dan tinggal. 

Jika bukan generasi kita yang akan pecahkan tradisi ini, bila lagi? Tiada istilah kuli dalam keluarga. Semuanya patut rasa membuat kerja rumah yang dibahagikan tugasan secara adil. Ada benda yang perlu kita kekalkan dalam tradisi masyarakat, ada benda yang perlu kita perhalusi dan rombak kerana agak tidak praktikal dalam zaman yang makin canggih ni.

Pesanan untuk wanita, hanya kerana kamu berpelajaran sehingga Master atau PhD, adakah itu membolehkan kamu diletakkan dengan hantaran sehingga RM10k? Apa yang penting dalam rumahtangga? Adakah sijil-sijil tu? Tak guna belajar sampai PhD tapi tak nak belajar pun menguruskan rumah tangga. Apa yang nak dibanggakan dengan anak-anak jika yang memasaknya bibik, yang menjaga anak-anak pun bibik, habis siapa yang patut dipuji? Si ibu atau si bibik?

Pesanan untuk lelaki. Menjadi ketua tak semestinya mesti memerintah secara diktator. Hanya korang je yang betul. Segala nasihat dan pandangan korang tolak mentah-mentah kerana ego. Tak guna pun jadi lelaki tapi tak boleh menjadi seorang ketua yang bagus paling tidak dalam family. Ingatlah sebab kenapa Allah menjadikan tugas seorang ketua kepada lelaki. Kuatkan bahu korang untuk memikul segala tanggungjawab dan cabaran dunia akhirat untuk dijawab kelak di neraca Allah. Wallahualam...