Followers

Tuesday, September 14, 2010

Raya Aidilfitri 2010

Raya dah lopeh, Sabtu ni ada invitation dari member ke open house. So far aku memang ingin pergi tak kisahlah ada geng ke tak. Orang ajak, pergi je la kan, pergi makan-makan ambil gambar, ada geng boleh lepak lama sikit.

Neway, Khamis ni aku jangkakan akan turun ke KL lagi, selepas dah sebulan lebih aku tak turun Chow Kit nak pekena sup. Haha, makan sekali sekala apa salahnya. Ingat nak tengok wayang sekali, tapi lepas ke haa kalau aku bawa kamera?

Well, tak nak panjang-panjang cerita, aku persembahkanlah beberapa keping gambar sempena Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

Sambal tumis ikan bilis petai
Ketupat ori dan ketupat plastik B&W
Rendang daging mak aku
Baju raya aku untuk hari ke 2 dan seterusnya, dari KB's clothing dan PK's.
my little monster in baju melayu mode for the 1st time
with his father (my brother in law)
family portrait, takde head tripod, aku tak dapat masuk sekali
naik scooter di rumah nek Da
lil monster with his mom (my sister)
lil monster with Ayah Da (my cousin)

The End... Next time aku buh lagi hehe

Sunday, September 12, 2010

Panas: Kes bunuh, bakar dan buang bukti

Salam,

Mungkin ramai yang dah tahu berita paling hangat dan sensasi sekarang ni, pasal pembunuhan si usahawanita mekap, Datuk Sosilawati. 

Aku tau pun malam tadi, tapi sekadar tengok macam tu je la. Pagi ni bila abang ipar aku beli paper, barulah dapat tahu kisah selanjutnya.

Tapi banyak kemusykilan sebenarnya kalau dibaca dari laporan akhbar. Kalau korang nak yang lebih lanjut sila baca paper yeh.

Aku just nak highlightkan beberapa kesangsian.

1. Suspek begitu mudah mengaku membunuh empat orang ini dan memberitahu yang mereka berempat telah dibakar dan abu mayat dilepaskan di Pantai Morib.

2. Tiada pengecaman DNA lagi kerana dikatakan telah habis dibakar.

3. Kalo betol mangse telah dibakar, ini bermakna kes ni lagi hebat dari kes Altantuya yang mati dibom. 

4. Kalo betol mangse telah dibakar, ini bermakna ianya dibakar di dalam incinerator yakni tempat pembakaran mayat. So, orang yang terlibat sama pastilah tokei or pekerja di situ. Mereka takkan bakar di tempat sewenang-wenangnya kerana membakar sesuatu pasti menimbulkan asap dan bau.

5. Kalau betol la abu mayat ditabur or dilepaskan di Pantai Morib, bagaimana polis tahu ianya adalah milik si mangsa? Tiada laporan pasal barang-barang hak milik mereka ditemui sekali. Siapa yang pernah pergi Pantai Morib? Aku pernah pergi sana untuk tujuan field trip ke untuk kaji hidupan bakau. Tahu ada apa di sana selain pokok bakau? Dekat sana bersepah dengan bekas abu mayat yang baunya uhhhh busuk gila. So tindakan mereka menabur di sana, agak mengelirukan semua pihak tapi ada pula yang mengaku dengan senang-senang? Pelik?

Pembunuhan dirancang dengan rapi tapi tiba-tiba ada orang yang bersuara? Bukankah lebih senang kalau saksi-saksi ni dibunuh sama?

Tu je la yang aku sangsi sebab tu je yang so far laporan akhbar. Apa-apa pun sama-samalah ikuti perkembangan benda ni, agak menarik pada aku sebab kes Altantuya dulu pun melibatkan polis special ops pun punye lama nak selesai, yang ni senang-senang je dapat kisahnya. 
Entah la, dunia makin kejam... ish ish ish

Thursday, September 9, 2010

Baju raya oh baju raya


"Beb, cuba ko tengok baju aku? Lawa tak?" Sue menggayakan baju kebayanya yang berwarna garang.
"Walaweh, lawanya. Mana ko beli?"
"Eh, tak main la beli, kain je aku beli RM20 semeter. Ni aku tempah khas dekat Hatta Dolmat".
"Wau, gila ah ko, aku tak mampu la nak tempah. Takat beli je dekat Jalan TAR sudah. Eh berapa pasang baju raya ko tahun ni?" Siti bertanya sambil membelek-belek majalah.
"5 pasang, semuanya aku tempah. Jatuhlah standard aku kalau pakai baju beli siap ni" katanya sombong.
"Amboi ko, ayat tak hengat...".
"Yelah, raya setahun sekali je kan. Mestilah aku nak nampak anggun, ayu dan glemer di pagi raya. Lagipun family aku ada peruntukan untuk persiapan raya masing-masing".
"Yelah...".

Tiba-tiba pintu bilik dikuak, seorang budak lelaki masuk ke dalam bilik.
"Along, mama panggil turun" kata budak lelaki tu.
"Timi, lain kali nak masuk bilik along ni ketuk la dulu. Mana tau along tengah berkemban ke, hey budak ni!!" balas Sue.

"Timi, meh sini duduk dekat Kak Siti, nak tanya something la".
"Nak tanya apa kak?" Timi menghampiri Siti.
"Tahun ni Timi ada berapa pasang baju raya?".
Timi hanya menggeleng.
"Berapa pasang? Akak tak dengar?" Siti mengulang kembali kerana tadi matanya melekap dekat majalah tu.
"Takde, Timi pakai baju tahun lepas je" balas Timi.
"Eh? Takde? Timi taknak raya ke?" Siti kehairanan.
"Raya. Ustaz cakap raya bukan bermakna baju perlu bertukar saban tahun. Seandainya baju tahun lepas masih elok, tidak lah sepatutnya kita membazir" kata-kata itu mengejutkan Siti dan Sue.
"Tapi Timi kan dapat bajet dari abah untuk beli baju?" Sue pula bertanya.
"Oh, Timi sedekah dekat makcik yang jual nasi lemak pagi-pagi depan sekolah tu. Kesian lak Timi tengok makcik tu, rumah dah la kecik, anak-anak pun ramai. Timi rasa tak adil jika Timi berbaju baru sedangkan ada insan lain yang tidak pernah merasa pun hari raya apatah lagi nak pakai baju raya".
"Errr... berapa Timi bagi dekat makcik tu?" Siti bertanya pula.
"RM700 semuanya sekali, bajet yang abah kasi tu. Ustaz kata setiap rezeki yang kita dapat, sebahagian daripadanya adalah untuk orang yang susah" balas Timi sambil tersenyum dan berlalu pergi.

Dengan serta merta Sue merasakan bajunya kini seperti kain buruk sahaja. Dia malu dengan adiknya yang lebih memahami dan mengenal erti apa itu Hari Raya Aidilfitri lebih dari sekadar berapa pasang baju untuk tontonan dan kemegahan.

Lebaran itu bukanlah sekadar berapa pasang baju, berapa banyak duit raya, apa juadah raya, balik mana, tapi lebih kepada jika kita gembira, adakah saudara seislam kita yang lain pun turut bergembira bersama? dan jika kita makan makanan lazat-lazat, adakah mereka mampu untuk makan sesuap nasi pun? Bersamalah kita menyambut ianya dengan penuh rasa syukur kepada-Nya.

p.s: Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin, cerita ini sebagai pengajaran dan renungan bersama

Monday, September 6, 2010

Editing time malas part 2

Seperti yang aku dah pernah beritahu dulu, aku ada satu lagi cara editing malas menggunakan Adobe Lightroom. Yang ni memang super simple, lebih senang digunakan dan cepat untuk difahami fungsi-fungsi di dalam software ni.

Adobe Lightroom Vr. 2.4


Ok, sila perhatikan kotak merah yang aku highlightkan tu. Ni adalah kawasan dimana korang boleh bermain dengan tona warna, exposure (boleh gelap dan terangkan gambar), kontras, clarity, sharpening dan macam-macam lagi. Perhatikan juga lambang mata, berus dan lain-lain, juga untuk editing warna, crop dan red eye correction. Ni juga adalah tempatnya kalau korang rajin untuk menghasil presets sendiri yang menarik. Presets? Apa tu?


Haa ni lah presets. Presets adalah koleksi editing warna dan style yang telah disavekan untuk kegunaan kemudian yang lebih cepat tanpa perlu melalui proses editing seperti di atas. Apa yang korang perhatikan ni adalah hasil presets seorang guru fotografi, dan aku membeli melaluinya (orang hebat, jual apa pun laku). Harus diingatkan, presets ni boleh didownload percuma tetapi hasilnya tidaklah seperti sesuatu yang kita beli.

Gambar sebelum diedit



Gambar selepas diedit. Perubahan ketara dari segi warna dan menonjolkan lagi awan dan langit yang sedikit kusam dan pudar sebelum diedit. Apa-apa pun editing style adalah mengikut citarasa masing-masing. So terpulanglah nak menggunakan apa-apa software pun. Tapi pada aku, software ni dah cukup untuk mengedit tona warna dan menyelamatkan gambar yang overexposed atau underexposed. Dan seperti biasa, kalau mahu lebih kena pakar guna photoshop je la. Ni hanya editing malas saje, hehe.


Thursday, September 2, 2010

Kampung oh kampung


Ho Ho Ho balik kampungg~~

Sekarang ni aku rasa kebanyakan bloggers tengah demam nak balik raya. Buat yang nak balik tu aku wish selamat berangkat, pastikan anda sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Buat yang tak balik lagi, ada masa lagi tu. Buat yang tak dapat balik...err...sambut je lah hari raya walau di mana kita berada. Kalau rindu call la omak kek kampung.

Ok la sempena musim nak raya ni, aku nak tulis sikit la pasal persediaan balik kampung.

Udah ready ke nak balik kampung? 

Meh tengok peringatan dari den ni aaa..

Oklah untuk yang balik kampung menaiki public transport seperti bas, lrt ke, kapal terbang ke, keretapi ke or apa-apa je lah yang melibatkan tiket, pastikan bebetul tarikh tiket korang tu, pastikan bebetul masanya. Jangan jadi macam aku dulu salah beli tiket.

Barang-barang biarlah kemas awal-awal, pastikan bawak benda yang patut je, ie; baju raya, kerepek, kuih raya sikit ke. Janganlah sampai 2 atau lebih bag bawak balik kampung. Bukan tak boleh, nanti berat kan susah je. 

Yang ni paling penting, duit. Duit kalau boleh jangan letak setempat la. Especially jangan letak semuanya dalam wallet. Ni kalau hilang wallet naya. Lagi satu wallet jangan letak di bontot anda ye (khas untuk lelaki). Kalo letak di bontot pastikan ada safety macam zip seluar, klip ke ape kejadah lagi. Kalau tak alihakan wallet di tempat yang lebih selamat. Macam aku, wallet sentiasa di poket kiri di tepi kepala lutut. Tak paham? Aku suka pakai cargo pants (seluar poket tepi) so wallet dan handphone aku semua aku letak di tepi. Ini boleh menyukarkan orang nak mencopet wallet korang la. Bagi perempuan, tas tangan tu jaga-jaga la sikit, jangan la berlenggang sangat. Time nak raya macam-macam boleh jadi, duitlah paling penting.

Masa itu emas, so kalau dah tahu emas, janganlah lambat-lambat sampai ke tempat yang korang nak naik macam bas. Biarlah awal sejam ke setengah jam ke, anything happend korang tahu.

Bestnye kampung ada sawah padi

Lagi satu pakaian. Nak balik kampung toksah la pakai pakaian yang menyukarkan untuk berjalan ke berlari ke hapa ke. NI khas untuk wanita. Kalau tahu nak balik kampung, toksah la pakai baju kebaya nyonya. Buatnya kena kejar bas, tak ke naya? Pakai la seluar yang tak ketat dan selesa untuk perjalanan jauh. Seelok-eloknya pakai kasut yang comfort bukan heels bukan yeh.

Yang ni untuk yang memandu. Tak kira la kereta ke, motor ke, bas ke, van ke, kapal terbang ke. Benda paling penting adalah rancang perjalanan. Bila korang start cuti? Bila korang nak bertolak? Larat ke tak? Selalu tengok berita untuk lalulintas punya trafik. Pilih jalan yang sesuai. Elakkan guna jalan lama. Berkorban la sikit guna highway tu. Pilih waktu yang sesuai untuk pulang ke kampung.

Ok next adalah persediaan kenderaan. Dah pergi hantar servis ke belum? Tayar dah check? Minyak hitam? Radiator? Air bateri? Semua jadah tu la. Paling elok hantar servis la. Biar kopak duit asal selamat dan tidak tersadai di tepi jalanan. Pastikan tayar anda ok, check pressure angin, buat yang tak tahu sila buka manual kenderaan. Jangan lupa bawak la kaset ke CD ke apa ke or buka la radio untuk tidak mengganggu mood korang ketika memandu.

Yang seterusnya adalah persediaan badan. Pastikan korang benar-benar segar ketika memandu. Memandu dalam keadaan penat or mengantuk memang amat merbahaya, sebab aku sendiri pernah eksiden pasal mengantuk. Untuk yang memandu malam, pastikan ada co pilot yang boleh diajak berbual or tolong ketika diperlukan. Tapi kalo sorang-sorang tu nasibla. 

Ok yang ni pun antara yang terpenting yang patut korang ambil kira jika memandu. TOLONG LAH! Aku minta TOLONG! TOLONG jangan bawa laju-laju jika korang bawak orang lain sama dalam kenderaan tu. Aku cukup tak paham bila suami bawa laju dimana isteri dan anak-anak ada di dalam kereta. Ni bukan soal siapa pakar, siapa hebat dan pengalaman lebih. Ini soal malang tidak berbau, nak race or bawa laju sila pergi Sepang. Or kalau nak bawa laju sangat, jangan bawa orang. 

Aku sendiri akui aku suka bawa laju motor sampai kadang-kadang 130kmj. Tapi itu aku sorang je la. Bila aku bawa orang or ada pembonceng, kebiasaannya aku akan bawa bawah 100kmj, kadang-kadang 60kmj je. Satu sebab, kalau aku mati, ada satu keluarga yang akan menangisi. Tapi kalau kedua-dua nya mati, akan ada dua pihak keluarga yang menangisi. So jangan susahkan orang lain. Nak mati, mati sorang-sorang!

Dan yang tak kurang pentingnya, sebelum bertolak call or SMS la orang di kampung. Beritahu mereka pukul berapa bertolak dan anggaran pukul berapa sampai. 

Salam lebaran dari Shukjessa sekeluarga

Jangan dilupakan sebelum melangkah keluar bacalah doa "Bismillahi tawakkal tu a`lallah", surah 4 qul dan ayatul Qursi, semoga perjalanan dilindungi dari segala macam bala dan bencana.

Semoga raya kali ni lebih bermakna dengan rakan-rakan bloggersku selamat pulang dan selamat kembali menulis blog masing-masing. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Jangan lupa ambil gambar dan update blog, raya-raya gak blog tetap kena udpate!
Sekian...

Kad raya obsolete

Di zaman teknologi yang semakin canggih ni, apa saja benda yang dah agak tak praktikal sudah makin lama makin pupus.

Contoh paling senang, kad raya.

Sorilah, aku takde pose kontrol macho, sume sengal je gambar haha

Korang ada lagi ke beli dan hantar kad raya? Untuk yang ada kekasih konfirm kena beli punya, yang paling besar, ada music dan yang paling romantik dan bla bla bla.

Tapi untuk kawan-kawan yang lain? Untuk yang single tu?

Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku dapat dan aku hantar kad raya dekat orang. Dulu time sekolah rajin la juga, walaupun isinya tetap sama.

"Dah buat baju raya?"
"Baju raya berapa pasang?"
"Puasa penuh?"
"Jemputla ke rumah"

Lepas tu pantun yang tak asing lagi...

"Pecah kaca pecah gelas, 
Sudah baca harap balas."


Tapi lately or sejak dah masuk zaman canngih ni, bila orang dah tahu apa itu editing, boleh upload gambar lak tu, so orang just buat kad raye sendiri je. Yelah jimat kos, boleh letak gambar macam-macam termasuk diri dan boleh tag untuk ramai-ramai kawan, jimat dan efektif. Nak ucap selamat hari raya dan maaf zahir batin je pun. 

Sekarang dah facebook pun dah tengah perang kad raya muka sendiri-sendiri hahah termasuk la aku.

p.s: Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin dari blog Shukjessa @ Shukran, mohon ampun dan maaf andai ada artikel di sini yang mengguris mana-mana pihak, 0-0 ok. Nak buat rumah terbuka beritahu la, boleh aku datang hehe.


Wednesday, September 1, 2010

Review: Grown Ups

Muahahaha...sat..bagi aku gelak dulu...

muahahahaha...

Ni la akibatnya kalau dok tengok cerita yang diarahkan oleh Adam Sandler. Cerita apa? Cerita Grown Ups la apa lagi.



Aku malas nak perkenalkan pelakonnya sebab aku rasa korang dah tahu. Semuanya antara otai-otai filem komedi. Mula-mula aku tengok, permulaan cerita agak slow dan sedikit biasa seperti filem-filem lain. Tapi apabila mereka dah berkumpul bersama, segala-galanya berubah menjadi gila dan unpredictable.

Aku ingatkan filem ni filem keluarga yelah sebab cerita pun pasal keluarga, ada isteri, ada anak-anak, ragam keluarga bla bla bla. Tapi bila di twistkan jadi ghope gila, maka hancurlah segala-galanya. Yang kedengaran adalah gelak penonton yang terbahak-bahak walaupun berapa kerat je (sebab aku tengok awal, orang tak ramai, best).

Gelak dalam filem ni macam klimaks, mula-mula korg ketawa 'haha', then 'hahaaha', then 'hahahahahaha' and then 'muahahaahahahaha' and then then LOLROTF (paham ke? haha). Seriusly aku tak tahu berapa banyak aku gelak tak hengat sampai nak nanges. Bagu la cerita ni, ada pengajaran untuk family, ada lawak orang dewasa, semangat setiakawan dan lain-lain. Tak rugi la aku bayor RM6 hahaha (terlupa sebentar pasal skrin 3D yang HD tu). Best! Aku syorkan untuk orang yang stress dengan masalah cinta, belajar ke, family ke, kerja apa-apa je la. 4 bintang dari 5, terbaekkkk wokk!!

Tadi ada trailer filem The other guys. Cerita pasal polis, 2 yang teragung dan 2 the loser. Macam menarik sebab pelakonnya Dwayne The Rock, Samuel L. Jackson, Will Ferrell dan Mark Wahlberg (serius shit mamat ni belakon komedi aksi?). Nak tengok trailernya? Sila tengok di bawah.