Followers

Monday, July 12, 2010

Empire Subang

Aku tak berhajat pun nak pergi sini buat waktu yang terdekat (semalam), tapi dek kerana semangat akakku yang membuak-buak nak pergi sangat, so semalam ditakdirkan lah aku pergi dengan dia dengan monster kecil tu.

Lebih kurang pukul 4 lebih aku sampai rumah, badan penat sebab merempit dari putrajaya ke shah alam. Well since aku just rider moped, memusingkan throttle ke 120km/j tu agak memeritkan buat aku dan Lagenda aku tu. Satu benda yang aku tak suka bila meter dah mencecah 100km/j. Bunyi enjin yang sangat kuat dan motor akan start bergoyang. Kalau rider lain aku rasa mesti dah agak terbang tapi disebabkan BLM (berat lebih muatan) aku berjaya stabilkan motor. 





















ROL (jaluran cahaya, selalu dapat tengok dalam hutan di celah rimbunan pokok)

On the way balik ke s.alam, aku terjumpa la suatu fenomena yang sangat didambakan oleh photog-photog di luar sana. ROL atau bahasa panjangnya (ray of light). Benda ni kalau nak cari yang ori memang payah, tapi kalau ada memang suatu benda yang perlu diambil gambarnya. Since aku dah nampak benda ni secara tiba-tiba, aku parking motor dan ambil gambarnya walaupun time tu aku lebih memerlukan baju hujan.

monster kecil 

Sambung balik cerita pasal shopping complex baru si Empire gallery ni. Untuk yang tak tahu dan tak pernah tahu, ianya merupakan shopping complex yang terbaru di daerah Subang Jaya. Lokasinya betul-betul bertentangan dengan Subang Parade dan tepi je dengan landasan komuter. Untuk yang selalu lalu Federal Highway, benda ni memang akan nampak. Tak nampak tak tahulah nak cakap apa.

Untuk ke sini, korang just perlu ikut jalan nak Subang Parade since benda ni setentang je dengan belakang Subang Parade. Tiket so far masih free sebab nak promosikan benda alah ni. Tapi jangan risau sebab parking bertingkatnya aku rasa banyak lebih. 

1st impression aku tempat ni adalah ianya lebih kurang macam Pavillion cuma tak segila Pavillion la. Apa yang aku dapat lihat dari observation aku, NO FASTFOOD punya kedai. Booth ada la jual fasfood macam 1901, aiskrim, coklat. Tapi NO FASTFOODS macam McD, KFC, Pizza, bla bla bla. Makanan lebih kepada kedai-kedai yang jual nasi, pasta, steak, bla bla bla.

Dan management memang dah organizekan setiap floor tu untuk apa je, lebih kurang macam Jusco. So agak tersusun dan senang nak mencari. Tapi macam aku cakapkan, ianya seperti Pavillion di mana banyak butik-butik dan bukan kedai-kedai 'cokia' (istilah aku untuk biasa-biasa) ni. Kalau ada pun satu dua je, dan lebih banyak butik dan kedai-kedai makan yang agak unfamilliar la. 

Senang cerita tempat ni untuk orang berduit je la jalan-jalan dan bukan destinasi fofuler untuk para remaja yang perlukan hiburan. No wayang, no boling, no karok. Toys R Us  adalah yang agak besar dan banyak pilihan mainan.

Surau pun agak menarik dengan tempat wudu' dan tandas diletakkan sekali di tempat yang sama di dalam surau masing-masing.

Buat yang tak pernah pergi, bolehlah jalan-jalan cuci mata je. Aku kalau pergi sini pun just nak lepak Toys R Us je la nak beli set LEGO (ada future planning).

Sekian laporan, maaflah takde gambar since bangunan ni still new, semua gambar adalah milik blogger itu sendiri. So gambar-gambar umum ni takde, dan since aku tak bawak kamera nak ambil, tak dapat la letak haha.

Saturday, July 10, 2010

Floria 2010 bahagian 1


Hari ni aku pergi ke Festival Bunga dan Taman di Waterfront Presinct 2, Putrajaya. Best la jugak walaupun aku bukan kaki bunga, tapi sebab bunganya lawa lama la juga aku melepak dekat sana.

Tapi sayangnya, cuaca Malaysia ni panas bila dah pukul 10 tambah pula dengan pemanasan global ni. So bila aku memanjat menara apa tah, tu pun dah berpeluh sakan. Tapi best la dapat ambil gambar pemandangan.


Korang tengok je la gambar, okeh?























miniature effect la kononnya ni haha























pemandangan putrajaya 

tiang rukun negara























tilt shift effect























bonsai yang gagah perkasa























bunga merah menyala























bunga oranje haha























orked yang lagi menawan























penyu gergasi























bunga yang menawan, bunga mana satu?

Esok bahagian dua pula menyusul, hehe jom la pergi =)

Friday, July 9, 2010

Kecewa lagi hahaha

Dan last day untuk minggu ni aku dikecewakan lagi. Hahaha terima kasih la banyak-banyak wahai kawan-kawan.

Dulu masa aku tanya tarikh, tempat semua tu haram takde pun nak memberi dan melontarkan idea-idea bernas. Dan-dan je la bila dah dekat tarikh, hal itu hal ini la, aduhai. Dan last-last minit ni la macam-macam idea nak bagi. Hoih, kalau macam tu korang la buatkan. Macam la aku ni free sangat walaupun aku ni penganggur. AKU NAK CARI KERJA GAK WEI!!! 

Dah kalau nak tangguh plak, aku juga yang handle, celah mana dan bila aku nak kerja. Kalau aku masuk kerja sekarang pun takkan dan-dan tu je nak minta cuti terus.

Aduh...sakit jiwa melayan karenah manusia. Baik aku layan karenah kucing je. Lagi bagus!

Tapi aku tetap akan ke Melaka next week, tapi sorang-sorang je la. Lantak la, apa nak jadi pun. Kalau ada sesiapa yang terasa hari minggu next week korang bosan tak tahu nak buat apa, nak join aku silakan, tapi aku naik bas je la. Kalau takde, aku still sorang-sorang je jalan-jalan, okey. Aku tak gentar la kalau kena jalan sorang-sorang pun, aku dah biasa kena tinggal macam ni.

Thursday, July 8, 2010

RSVP


Aku rasa ramai yang pernah jumpa perkataan ni, dan ramai yang dah guna dan mewujudkan satu event ni kan?

Event?

Satu benda yang aku agak fobia lately.

Bukan sebab ada benda dah terjadi. Tapi lebih kepada sikap dan gelagat orang yang kita ajak ke sesuatu event atau hendak mewujudkan sesebuah event.

Aku tak kisah kalau orang nak ajak aku ke mana-mana event. Kalau aku boleh pergi, aku akan pergi, tak tahu aku akan pilih maybe, dan kalau yakin memang tak dapat pergi, tekan saja tidak. Susah ke? Senang je kan? Tapi tulah yang aku dok hadap untuk 2 bulan lebih ketika aku menjadi organizer suatu event.

Sekarang event ni dah macam nyawa-nyawa ikan, sebab makin ramai ahli yang tarik diri tapi tak nak langsung  nak ambil inisiatif nak beritahu aku or teman aku ni. Diorang buat bodoh je sampailah aku yang bangang ni pun pergilah hantar Private Message dekat Facebook, dan siap hantar notifier melalui SMS lagi.

Adakah ianya berjaya? Dapatlah 2-3 orang reply, tapi semua tak dapat pergi sebab ada hal masing-masing yang tidak diceritakan. Dan aku hanya dapat membalas "Ok, thanx".

Ok lah apa itu RSVP? RSVP bukanlah jemputan, tapi lebih kepada ingin tahu respond si penerima. Sebab RSVP ni adalah short form kepada sebuah perkataan French iaitu Répondez S'il Vous Plait. Makna nya TOLONGLAHHHHHHHHHHH BERI RESPONNND!!

Tapi tulah yang aku tak faham sesetengah insan yang menggelarkan diri mereka ni kawan? Namanya kawan, bising-bising nak kan reunion la kejadah haram semua tu, tapi bila dah ada orang nak tolong buatkan, siap hantar RSVP, kebanyakannya buat taik je, balas pun tak. Aduhai, sikap apalah manusia yang sangat selfish ni?

Bukan untuk satu event, untuk event yang lain pun sama. Aduhai... Nak kata diorang ni tak bz dan tak aktif facebook? Aku rasa selalu je nampak nama diorang ni main game dalam facebook tapi RSVP tak pernah nak usik pun.

Untuk manusia-manusia begini, aku minta la janganlah selfish sangat. Orang lain tu beria-ria nak tolong buatkan event tapi korang buat-buat tak kisah je, malah buat bodoh je. Tapi lepas tu bising-bising "Wei reunion bila? Takde orang nak handle ke?". Serius aku jumpa aku bagi penampar jepun biar berbekas sikit mulut tu. 

Review: Despicable me

Hari ni bad day sambung dari malam tadi, aku hanya dapat berita-berita kurang menyenangkan...

Nampak gaya macam kena cancel je la trip ke Melaka tu. Makin ramai yang tak dapat pergi. Entahlah, aku malas nak fikir, kusut. Susah-susah aku pergi sorang je next week.

orang suruhan yang kelakar dan comel

Ok, tadi aku baru je lepas tengok cerita animasi Despicable Me.

Agak teruja malam tadi sebab tahu ia akan keluar hari ni.

Tapi entah kenapa, aku raskan filem ni macam tak berapa menarik. Ia kelakar, ada moral, ada unsur comel tapi entahlah, mungkin emosi agak terganggu. Aku banyak tertidur time filem ni ditayangkan. Satu petanda cerita itu tidaklah hebat, just ok je la.

Pada pendapat aku, filem ni agak slow untuk sebuah animasi. Jalan ceritanya biasa, kelakar pun biasa je la, bukan jenis pecah perut. Watak pun tak berapa banyak, so macam sekitar situ je la cerita ini berpusing pun. Ok la untuk release tensen walaupun aku keluar tadi tak release tensen pun, tapi takpelah.

Aku bagi 3 bintang dari 5 untuk filem ni. Ramai gila bebudak UiTM tadi dekat Bukit Raja, aku rasa kebanyakannnya nak tengok cerita twilight (perempuan oh perempuan). Sebab yang tengok Despicable me tadi semua lelaki dan ada la 2 row je.


Kalau ada duit extra, aku nak pergi tengok Predators, macam menarik? Entahlah... 
Oh ya~ Next Week Ong Bak 3 nak keluar...


Wednesday, July 7, 2010

Kamera tanpa cermin

Selalu kita dengar orang selalu sebut camera compact, ada yang sebut P&S (point and shoot), dan yang paling besar ada yang orang sebut DSLR. 

Tapi tahukah korang sekarang ni dah ada generasi baru yang menggabungkan kamera kompak dan DSLR menjadi suatu kamera baru yang dinamakan mirrorless camera. Aku lebih suka panggil kamera generasi baru.
Benda ni dah lama dah pun cuma lately ni makin banyak mirrorless camera dihasilkan.

Masih blur dengan mirrorless camera?

Beza DSLR dgn mirrorless camera

Seperti yang korang boleh lihat, sistem mirrorless tidak menggunakan pentamirror lagi seperti abangnya DSLR. Dengan itu, sizenya dapat dikecilkan dan menjadi seperti kamera kompak. Walaubagaimanapun, beratnya tidaklah seringan kompak sebab kamera jenis ni bila mount dengan lens, beratnya lebih kurang DSLR aje. Mungkin ringan dalam 60g je. Cuma sizenya yang kecil sudah banyak menambat hati kebanyakan pengguna kamera termasuk pengguna DSLR.

Contoh mirrorless camera

Samsung NX10, rupa masih DSLR cuma dikecilkan

Sony NEX-5, lihat lens yang pelbagai (the latest)


Olympus PEN (Paling hot)

Panasonic Lumix GF1 (Pencabar terdekat PEN)

Ricoh GXR (the only one yang guna konsep slide in macam katridge)

Untuk yang berminat nak beli DSLR, mungkin boleh dipertimbangkan sekali kamera jenis di atas. Kerana dari segi kualitinya sama dengan DSLR, kecil macam kompak dan mudah disimpan dan dibawa.

Cuma kekurangan kamera ni adalah dari segi aksesori yang masih terhad, lens yang limited, grip yang tidak berapa mesra alam berbanding DSLR dan kalau korang perasan Canon dengan Nikon takde pun dalam list rivalry untuk membuat mirrorless camera. Ini kerana mereka masih percaya dengan model sedia ada yang masih mendapat tempat di hati jurugambar-jurugambar tegar.

Pada pendapat aku, bagi yang gemar ambil gambar dan hendakkan kualiti setanding DSLR, patut beli kamera jenis ni. Tapi bersedialah dengan bajetnya yang bawah RM3K. Tepuk wallet tanya selera haha! Olympus PEN atau LUMIX GF1 tu menarik untuk dibeli =)


FELDA dan LKW

Sebut pasal FELDA, aku teringat dulu pernah diberitahu anak-anak FELDA digalakkan masuk ke LKW Uni di Cyberjaya.

Aku terkejut dan berfikir...

Banyak-banyak universiti dalam Malaysia, kenapa lah FELDA nak suruh anak-anak mereka masuk ke LKW?

Adakah mereka sedar LKW tu apa?

Adakah mereka tahu environment LWK tu macam mana?

Dan apakah mereka tahu kos apa yang LKW tawarkan?

Sedikit cerita untuk pedoman,

Jiran aku di Bentong pernah dapat offer kerja di LKW, tetapi dia menolak setelah dia ke sana. Sebab?

Sebab katanya, tak sanggup, student 'ganas-ganas' dari segi dressing dengan mentaliti.

Yang tahu LKW macamna for sure akan geleng juga kalau anak-anak FELDA ke sana.

Kata aku, makin hancurlah anak-anak melayu di sana...

Sedikit nada kekesalan dari pelajar-pelajar mereka sendiri...

Persoalannya kenapa FELDA dan LKW?