Followers

Wednesday, April 21, 2010

Kasih si anak emak

"Mak...kalau tak keberatan, saya nak pinjam kereta boleh? Nak ambil barang sikit di rumah sewa" berat mulut Feez ingin berkata. "Oh boleh je, guna la tapi bawa kereta elok-elok" balas sang ibu dengan wajah yang ceria. "Mak kerja apa esok?" tanya Fareez kepada ibunya.

"Mak kerja malam tapi takpelah, mak boleh pergi kerja naik teksi" balas ibunya lagi. Terkedu mendengar jawapan ibunya, Feez serba salah. Diluah mati mak, ditelan mati bapa. Kekasihnya meminta supaya menghantarnya ke airport keesokan harinya. Tapi Feez jadi berat hati bila mengenangkan yang ibunya terpaksa menaiki teksi untuk pergi kerja. 

Malam itu seperti satu batu yang menghimpit dadanya. Situasi yang cukup membelenggukan dirinya apabila memikirkan perihal kereta itu.

Keesokan paginya, sebelum bertolak, ibu Fareez bertanyakan kepada dia "Bawa kereta elok-elok, duit ada?". Sekali lagi Feez berat hati nak menjawap tapi dia memang kekeringan. "Ni mak bagi RM100, jangan membazir pula. Minyak mak dah isi full tank tu" balas ibunya sambil menghulurkan dua keping not RM50 kepada Feez. Bertambah sayu Feez untuk menerima duit pemberian ibunya itu tetapi dia pun terpaksa.

Sesampainya di kolej, kekasihnya bersungut "kenapa lambat? Tau tak dah lama tunggu ni. Mana sempat nak pergi jalan-jalan dan shopping macam ni". 

"Yelah, takkan la saya nak blah awal-awal, sian la dekat mak saya masak breakfast, tak makan kecik hati orang tua tu. Awak tak boleh bersabar sedikit?" kesal Feez akan sikap kekasihnya itu.

Lyena memuncungkan diri dan seolah-olah tidak peduli akan penerangan Feez, makin Feez berkata makin dia membuat perangai. Feez hanya menggeleng-gelengkan kepalanya pening dengan sikap kekasihnya yang telah dikenali lebih dari 2 tahun itu.

Sampainya di pusat membeli belah, Lyena hanya diam dan berjalan menonong sahaja keluar dari kereta tanpa sedikit pun menunggu Feez. Bukan baru sekali tapi dah acap kali diberitahu kepadanya, tolong jangan tinggalkan dia begitu sahaja, perbuatan itu seperti biadap namun tidak pernah diendahkan kekasihnya.

Last-last Feez terpaksa mengalah setelah banyak bersabar "Ok look, Im sorry ok, but please jangan buat macam ni boleh tak?". 

"Baru nak say sorry? Tadi tak cakap pun, asyik membebel je. Nak pujuk orang bagilah bunga" Lyena berkata tapi tidak memandang Feez. "Ok, Ok I'll buy you a flower" balas Feez. "A flower? A rosette would do!".

"Ok, fine" keluh Feez. Lantas dia pergi ke kedai bunga untuk mencari sejambak bunga. "Berapa harga ni miss?" tanya Feez. "RM45 je encik". Hampir nak pengsan tengok harga bunga 4-5 kuntum dengan wrapping semahal itu. Dibelek-belek walletnya, hanya ada RM110 sahaja. Puas dicongak-congak matematik mudah, akhirnya dia akur untuk mengeluaran note RM50 untuk membeli 'sorry' yang akhirnya layu dan dibuang ke tong sampah jua.

"For you my princess, are you happy now?" sindir Feez. "Macam ni la baru la orang sayang, tak merajuk dah" balas kekasihnya itu.

"Jom makan, saya lapar la" kata Lyena sambil menarik tangan Feez.

"Awak nak makan apa?" tanya Feez sambil tersenyum. "Kita makan pizza hut nak?" Lyena membalas senyuman Feez. "Pizza hut? Erkk..." Feez agak risau kerana duitnya tidaklah berapa sangat. "Jomla, kita kongsi duit ok?" Lyena terus menarik tangan Feez tanpa sempat dia membalas.

"Ish awak order macam-macam ni, habis ke? Nanti saya juga yang kena habiskan" ujar Feez. "Sebab tu la gunanya ada BF macam awak, saya tak habis, awak boleh habiskan kan sayang" kata Lyena sambil mencubit lengan Feez. "Pandailah awak, awak makin slim, saya juga makin berisi" Feez mencubit geram hidung mancung Lyena. "Saya memang pandai pun hehe" balas Lyena sambil memeluk erat lengan Feez.

"Saya dah cakap dah tadi kan, tak habis punya. Awak mana makan banyak pun. Saya juga jadi mangsa kena habiskan" rungut Feez. "Ala, awak makankan untuk saya hehe" balas Lyena. Selepas membayar, mereka berdua bertolak ke airport.

"Bye awak, jumpa lagi next sem. Jangan nakal-nakal tau saya takde ni. Saya dapat tau nahas awak!" kata Lyena. "Saya manalah nak nakal, risau awak je. Awakkan banyak sangat kawan lelaki. Tiap-tiap hari ada je lelaki sms awak dan awak pun rajin melayan" nada Feez sedikit tersinggung.

"Awak, mereka tu kawan je ok?" jawap Lyena. "Haah, kawan je, nak take over tugas saya la eh hantar sms tiap-tiap hari tiap-tiap masa, Hi buat apa? Hi dah makan ke? Hi dah mandi ke? Saya pun takdelah nak SMS awak macam tu sekali, saya pun bagi awak ruang dan masa untuk awak buat benda lain" terang Feez. "Kawan je, awak ni. Don't worry ok?" balas Lyena.

Dan dua insan ini terpisah oleh pintu gerbang pelepasan yang membawa diri masing-masing bersama perasaan yang bercampur baur. Terutamanya Feez, dia kini membelek walletnya yang hanya tinggal RM5. Terfikir di fikirannya, "Cukup ke duit ni aku nak bayar tol nanti?"

F.A.S.E.O


F.A.S.E.O?

WTF does that means?

F - Friends
A - Always
S - Support
E - Each
O - Other

Taknak bebel panjang-panjang, korang tengok pun korang pun tahu dan faham, tapi tanya diri korang, korang apply tak FASEO ni dalam daily life korang?

Renung-renungkan kalau korang mempunyai istilah 'friends' atau dalam bahasa melayu rumitnya sahabat, kawan, teman, member, geng dan macam-macam lagi.

Jangan hanya manis di bibir, tidak di hati =)

Monday, April 19, 2010

Change is good

Salam,


Agaknya mesti ada yang pening dengan template aku yang asyik bertukar-tukar aje. Well aku pun bukan nak tukar selalu sangat cuma bila aku rasa dah bosan tengok template yang sama, so kena ubah la sikit (aku pun bukan reti sangat wat template lawa-lawa macam rakan-rakan bloggers yang lain). 

Macam makan juga la, hari-hari makan ayam, bosan jugak kan. Terasa nak muntah satu hari nanti, so kena tukar la makan benda lain juga. 

Kalau dekat rumah mak, dia mesti tukar susunan perabut setiap beberapa bulan untuk beri satu refreshing kepada mata. Its good sebenarnya sebab beri satu nikmat dan aman bila tengok susunan baru. Tak caya, korang boleh try 4 bulan sekali tukar susunan perabut ke tempat lain, ianya memberi kepuasan dan rasa macam duk rumah baru.

Tapi jangan la kerap sangat, bukan tak boleh cuma kadang-kadang tak sempat nak menghayati dah ditukar terlalu kerap, pening lak jadinya.

Sunday, April 18, 2010

Asap?

Salam,


Aku ingin bertanya rakan-rakan sekalian, apa persamaan antara rokok filter dengan rokok daun dengan curut dengan pipe dengan shisha?

Samanya adalah sedut asap.

Yang bezanya? Mungkin dari segi penampilan, saiz, dan tahap merbahaya terhadap kesihatan. Yang pasti menyedut asap adakah sesuatu yang disuruh atau kehendak manusia supaya lebih nampak cool dan hebat?

Tidak lama dulu, seorang sahabat menulis perihal wanita yang smoking. Dan malam ni ada seorang senior photog bertanyakan soalan yang sama di FB cuma yang bezanya dia bertanyakan pendapat tentang wanita menghisap Shisha. Apa yang bezanya? Shisha atau hookah di sesetengah tempat yang originated dari India ini menggunakan arang kayu yang disejukkan melalui cecair berperisa. Short termnya adalah a smoking device!

A common belief among users is that the smoke is significantly less dangerous than that from cigarettes. Doctors at institutions including the Mayo Clinic have stated that use of hookah is equally detrimental to a person's health as smoking cigarettes, and a study by the World Health Organization also confirmed these findings. The water moisture induced by the hookah makes the smoke less irritating and may give a false sense of security and reduce concerns about true health effects.
Each hookah session typically lasts more than 40 minutes, and consists of 50 to 200 inhalations that each range from 0.15 to 0.50 liters of smoke. Reports by the World Health Organization and the American Cancer Society have shown that, in a one-hour hookah session, users consume about 100 to 200 times the smoke and about 70 times the nicotine as they do in one cigarette.
A 2005 study found that water pipe smokers were five times more likely than non-smokers to show signs of gum disease. People who smoked water pipes had five times the risk of lung cancer as non-smokers.
The water used to filter the smoke does not work efficiently to remove all the harmful chemicals.
A study on hookah smoking and cancer in Pakistan was published in 2008. Its objective was "to find serum CEAbidis, etc.), prepared between 1 and 4 times a day with a quantity of up to 120 g of a tobacco-molasses mixture each (i.e. the tobacco weight equivalent of up to 60 cigarettes of 1 g each) and consumed in 1 to 8 sessions". Carcinoembryonic antigen (CEA) is a marker found in several forms of cancer. Levels in exclusive hookah smokers were lower compared to cigarette smokers although the difference was not statistically significant between a hookah smoker and a non-smoker. Also the study concluded that heavy hookah smoking (2–4 daily preparations; 3–8 sessions a day ; 2 hrs to 6 hours) substantially raises CEA levels. levels in ever/exclusive hookah smokers, i.e. those who smoked only hookah (no cigarettes,
sedikit petikan dari wikipedia tentang shisha atau hookah.

Apa yang bezanya menghisap Shisha dan menghisap rokok dari segi attitude?

Hisap Shisha mungkin tidak sesombong penghisap rokok dan sebangang mereka TETAPI motif mereka tetap sama, sedut asap. Dan jangan tak tahu dalam Shisha pun boleh letak tembakau.

Well pada yang nak mencuba Shisha, aku syorkan tak payahlah. Baik duit tu pergi simpan makan makanan yang best-best.

Sakit hati baca posting aku? Sedikit nasihat dari seorang hamba Allah, kalau ada masa cuba renungkan kenapa Allah jadikan kita supaya makan benda yang zahir fizikalnya, dan kita bernafas dengan menyedut sesuatu yang tidak zahir fizikalnya?

Satu sebab, kita adalah manusia yang diciptakan sebaik-baik kejadian. Adakah kita mahu menukar istilah manusia itu kepada Jin, Syaitan atau Iblis?

Ada seribu satu cara untuk kelihatan lebih cool dan menarik tanpa menyedut apa-apa asap pun ke dalam badan kita ni. Dalam sistem biology nya, paru-paru tidak diciptakan untuk meneutralkan gas-gas selain dari CO2 dengan O2. Tapi bila kita sumbat paru-paru dengan CO, maka kita dengan sendirinya ingin merosakkan ciptaan Allah itu sendiri.

p.s: aku ada kawan-kawan yang non smoker yang cool dan jauh lebih hebat dari kawan-kawan yang smokers. Apa rahsianya? Cari kehebatan diri, tak perlu bergantung kepada sesuatu!

Friday, April 16, 2010

Aishiteru sayang Sizuka

Salam,

Hahaha maybe ada yang dah tahu topik di atas adalah petikan dari lirik lagu Oh Sizuka yang dinyanyikan oleh Pop Shuvit. Well apa boleh buat, aku ni laggard sikit haha, dulu ada pernah dengar title ni tapi buat-buat tak tahu je.


Sebut tentang Pop Shuvit, aku mula dengar lagu band yang boleh dikategorikan sebagai rapcore/hiphop ni masa diorang dah popular dengan Skaters Anthem. Time tu pun aku baru je beli 1st MP3 aku, dan lagu pertama diorang yang aku masukkan adalah Old Skool Rocka. Lepas tu cari lagu Journey, diorang kolaborasi dengan Vandal.

Lepas tu dengar-dengar nama diorang dah top gila sampai jadi artis pertama yang meletup dekat luar Malaysia terutama Jepun.

Then dengar lagi lagu diorang naik, Marabahaya yang jadi OST untuk filem Impak Maksima. Time ni aku dah start cari lagu-lagu diorang pakai youtube, then jumpa lagu paling aku suka Freak Show, haha layan vids diorang memang tak pernah mengecewakan. Kali ni kolaborasi dgn Dandee.

Then senyap balik, aku pun takde la nak cari sangat lagu diorang sampai la beberapa hari yang lepas terfikir nak follow balik diorang on FB, haha jumpe dan tengok ramai orang komen Oh Sizuka best. Aku pun cari la youtube dan donwload vids diorang, memang kelakar, smart dan lagu pun best!

Oh ya, lagu Marabahaya dah diremix kan di bawah P.E.A.R (Project East Asian Revolution) di mana menggabungkan artis-artis seperti Slapshock (Philippines), Saint Loco (Indonesia), Ahli Fiqir (SIngapore), Thaitanium (Thailand), and Silksounds (Thailand).

Dan sekarang diorang ada lagu baru yang dinamakan Liar Lara (another BM songs, yeay!).
Well kenapa aku promot diorang? Sebab aku rasa ni antara band yang berpengaruh dan fofuler dan dalam masa yang sama mempunyai ahli yang satu malaysia di mana Moots (Indian), JD (Chineese) dan the rest Malay. Sangat muhibah dan mereka represent Malaysia, so Im proud to promote them to all you guys! (hehehe korang pun dah tau, saje je)

ni aku bagi link myspace untuk sesiapa yang nak dengar lagu Liar Lara

ni link youtube untuk vids Marabahaya remix

ni lak link youtube untuk vids Oh Sizuka

akhir kata aishiteruuu sayang sizukaaaa~!! (demm I love this song!)

Thursday, April 15, 2010

Eat more and lose weight

Salam

Tengok topik pun macam tak betul je kan? Ada ke logik makan banyak tapi berat makin kurang?
Well in proper terms ianya bermaksud makan sekerap yang mungkin tapi dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal.


Masih tidak percaya?

Pernah dengar tak orang bagi ceramah agama or ustaz-ustaz selalu sebut "Rasulullah berpesan supaya makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang"? Ianya satu kalimah yang sangat general tetapi jika dihayati betul-betul, kekerapan makan itu perlu untuk mengelakkan perut dari terlalu lapar dan mencegah kita dari makan terlalu banyak untuk satu-satu sesi makan. Contoh kita skip BF dan terus jamak dengan lunch atau dipanggil brunch.

Actually habit ini tidaklah elok sangat sebab kita skip satu sesi makan dan terus gabungkannya dengan sesi yang lain menyebabkan sesi makan malam terlalu lapar dan cenderung untuk makan lebih atau mengambil makanan yang tinggi kalori dan lemak.

Untuk bukti dan maklumat lanjut aku sertakan bersama sebuah blog seorang brader ni yang mempunyai masalah berat badan (macam aku) dan berjaya menurunkan berat badannya 10kg dalam masa beberapa bulan dengan mengubah tabiat makan.


The Waistline
So untuk insan yang bergelar wanita yang sangat obses untuk kurus tu, aku nasihatkan baca blog brader ni, sangat informatif dan sangat berguna. Yang penting bukanlah nak kurus tapi supaya kita sihat. So jangan nak skip-skip BF ke lunch ke dinner ke, yang penting apa yang kita makan dan kuantitinya.

The Waistline
Dan dalam blog tu juga ada vids pasal rahsia tersembunyi McD, makanan yang patut dihindari dan macam-macam lagi, aku syorkan kawan-kawan membaca blog beliau. Aku pun dalam proses nak kuruskan badan, kene avoid fast foods, avoid makan tgh mlm, bykkan sayur dan buah-buahan dan kena start balik bersenam.

p.s: bila badan dah naik, ada sesetengah orang dah segan nak pandang dan mengaku kenal diri ini... biasalah manusia, hanya tertarik tatkala ianya indah saja =)

The Waistline

Wednesday, April 14, 2010

No...no... im not a gay~~ im just tired...

"Bro, lu sampai bila nak jadi single camni? Wa tengok lu pun wa kesian la bro..." Jai memulakan bicaranya. "Asal? Wa single wa kacau orang ke? Wa single wa ada sakitkan orang ke der?" aku keliru dengan pertanyaan Jai.

"Takdelah wa cakap macamtu, tapi takkan lu nak stay single je bro? Maksud wa, Haris dah tunang, Miki dah kawen, Guli dah start dating, Cot dah ada 2 anak!, wa pun dah start mengayat sorang awek ni bro! Come on la bro, kita dah makin tua, takkan lu nak stay alone sorang-sorang? Ni dah time kita settle down, ada anak-anak, ada waris bro. Takkan lu nak tolak sume benda tu?" mulut Jai penuh dengan kata-kata yang mampu aku jawap dengan senyuman.

"Jai, kalo lu paham hati wa, kalo lu mengerti apa yang wa lalui, lu pun wa bet akan stay single. Ianya bukan sebab wa lelaki yang tidak inginkan keluarga, bukan. Dan bukan sebab wa tak percaya perkahwinan, bukan beb! Wa bukan anti perempuan. Wa bukan love haters, dan definitely wa bukan gay!" kata ku sambil mengeluarkan sekeping gambar.

"Habis tu nape bro?" Jai menggaru-garu dagunya yang tak gatal.

"Lu tengok gambar ni, apa yang lu nampak?" aku bertanya kepada Jai.

"Wa nampak akak lu, abang ipar lu, mak lu dan anak sedara lu....so?" Jai mengerut dahinya.

"Dalam gambar nilah masa depan aku, kebahgiaan aku dan segala-galanya yang aku akan lindungi habis-habisan" terangku kepadanya.

"Wa tak paham la bro..." Jai masih menggaru-garu dagunya.

"Dulu wa impikan sebuah keluarga, anak-anak dan kasih sayang. Namun setelah itu semua pergi, apa yang wa boleh impikan melihat akak wa bahagia. Dia dah ada suami tersayang, dia dah bagi kami seorang waris untuk diteruskan legasi keluarga kami, dan dia dah buat mak wa rasa hepi. Apa lagi yang wa nak minta?" aku pandang kepada Jai.

"Tapi mesti mak lu nak lu kawen bro...nak zuriat lu, waris lu gak" kata Jai.

"Betul kata lu tu, sebab tu wa kata wa bukan tak percaya perkahwinan cuma wa rasa, buat masa sekarang 'orang tak pandang wa dengan mata' yang mereka ada. Mereka akan pandang wa setelah wa jadi seseorang. So in the time being, wa terpaksa tolak dan tutup hati wa untuk menyebarkan benih-benih kasih sayang ni. Wa hanya harap kasih sayang kawan-kawan yang wa anggap kawan, tak kisahlah diorang nak tikam wa dari belakang ke apa ke. Kalau tak, wa jalan sorang-sorang, hidup kena terus" aku hanya mampu berkata sedemikian.

"Tapi bro, mesti ada perempuan yang boleh buka pintu hati lu kan?" Jai cuba memberikan keyakinan.

"Kalau ada pun wa anggap dia kawan je la, wa dah letih. Penat bermain emosi, sakit bermain perasaan, jelak bermain teka-teki dan bosan bermain tarik tali. Wa penat berharap lebih, last-last wa perasan sorang-sorang, berharap sorang-sorang, menantikan sesuatu yang tak kunjung tiba dan takkan jatuh ke riba. Dan wa berjanji pun atas kerana dia, not untill she get married. Only time shows" sedikit kabur mataku merenung lantai yang kian pudar serinya.

"Wa doakan lu akan jumpa jodoh suatu hari nanti bro, wa selalu sokong lu" katanya lagi sambil menghulurkan aku sekeping tisu.

"Thanx bro, wa pun doakan lu agar dapat tekel awek tu, it's rather trying than dying for nothing at least for you, not for me. Wa lain sikit kesnya hehehe" gelakku sambil mengajak Jai lepak dengan bebudak lain.

p.s: its hard to forget something, its hard to discard something that stays within you more than years. And its totally hard to ignore someone or some face that been around you and leaves you with such memories, scars and yes something that I wont called it anymore (for the time being) LOVE... but I dont understand why is it such a pleasure for that person to just simply ignore me? am I that bad? or am I that LOW? or I'll jut be forgotten thru time?