Followers

Saturday, May 28, 2011

Review: Karak (PG 13)

Salam,


Hari tu aku ingat nak review filem Kongsi, tapi sebab tak sampai expectation yang aku nak, so malas ah. Tapi sebab dah lama tak update blog so aku update la sikit tapi bukan fasal filem tu la, ni filem Karak.

Sebut pasal Karak, yang orang tahu adalah Karak Highway yang bermula dari Gombak sampailah ke bandar Karak. Tapi tu dulu la, sebab sekarang ni kalo nak ke Kuantan, orang biasa ikut LPT aje lebih cepat dan selamat. Tapi ngeri tu tetap samalah pada aku.

Oklah seperti biasa aku takkan buat sinopsis seperti dalam akhbar ke apa ke sebab pada aku tu korang boleh baca sendiri. Yang aku nak sampaikan adalah apa yang aku lihat dan apa pandangan aku mengenai filem ni.

Pertama sekali, filem ni agak lain sikit dari yang biasa sebab mungkin the only horror movies yet in Malaysia yang guna CGI untuk hantu. Ada perkembangan positif la dekat situ, baguslah. Takde lah hantu tu tipikal sangat gerak tarinya. Sound effect pon memang seram, banyak elemen terkejut dibuat agak membantu menaikkan mood menonton.

TAPI...

Keseluruhannya pada aku lah, jalan ceritanya agak samar. Dia tak padat sangat dengan info yang berguna untuk kita faham. Tapi itu bermakna ianya sebuah filem yang sukar difahami, kerana sepanjang perjalanan cerita ni kita boleh agak apa yang akan berlaku, even pengakhiran ceritanya pun pada aku agak biasa.

Dan seperti sebelum-sebelum ni aku akan kritik bahagian details dari segi pencahayaan, logik, lakonan dan juga lain-lain. Pencahayaan pada aku ok lar, not bad cuma ada certain part tu pada aku cahaya terlalu terang yang kalo kita tengok pon jadi tak seram.

Dari segi lakonan, tak berapa sangat sebab banyak sangat aksi menjerit, takut-takut cam tu je la. Lakonan si heroin baru Kilafairy pon pada aku agak over. Adegan mandi berkemban tu je la kot yang lelaki tunggu-tunggu since minah ni ada 'aset' baikk punya. Tapi yang lain pada aku biasa je la, even Shahir pon so so aje. Macam tengok akademi fantasia cuma bezanya outdoor.

Bab ni yang aku suka sentuh, logik. Sebab kadang-kadang banyak sangat benda tak logik or merepek-merepek diselitkan. Bab tak logik yang pertama sekali adalah, adegan nak kencing. Logik akal, ada ke orang nak cari tandas pukul 12 tengah malam di tempat yang tak diketahui, jalannnnnnnnn then jumpa tandas yang tak serupa tandas boleh melepas? Kalo aku la, kencing tepi jalan je.

Bab tak logik yang kedua, nampak budak lelaki pakai baju sekolah pukul 12 tengah malam tapi anggap tu budak biasa? Later on baru sedar tu hantu. Ish slow betul mamat tu. Then pukul 12 tengah malam, dekat pekan Karak orang tak jual dah burger beb. Karak bukan KL or Shah Alam orang nak jual burger sampai pukul 1-2 pagi.

Banyak gak la yang lain-lain aku rasa macam tak berapa nak masuk since filem ni samar sikit penerangannya. Orang yang dah tak berapa ingat ayat Kursi tiba-tiba boleh ingat dan faham makna ayat? Eksiden dekat Karak, tapi bila polis datang, polis dari Selangor? 

Akhir sekali, aku rasa filem ni akan lagi best kalo diorang betul-betul cari cerita dari orang yang pernah jumpa or dengar kisah hantu dekat highway Karak ni. Yang dipaparkan benar dari mulut ke mulut satu je, iaitu kereta Volkswagen tanpa pemandu, tapi tu pon suppose kena dekat terowong Genting Sempah. Ni banyak sangat adegan dekat one place aje, so imej Karak tu dah hilang. Anyway part hantu dekat kawasan angin lintang tu khabarnya memang betul, cuma yang tak betulnya angin lintang takde dekat jalan lama, hanya ada dekat highway LPT aje. Satu lagi kawasan keras adalah dekat R&R lanchang or dekat Temerloh kalo tak silap.

Tu je la review aku. Overall aku bagi 3 bintang dari 5. Ok lar untuk ditonton cuma takdela seram sangat, dan takde lah best gila. Orang yang kata best gila tu mesti ada something wrong!

p.s: guna jalan lama KL lagi seram buat yang pernah lalu la malam-malam hari.

Thursday, May 19, 2011

Review: Pirates Of Caribbean, Stranger Tides (PG13)

Salam,


Lama gila aku tak tengok wayang, ada tu filem tah apa-apa, malas nak membazir duit. Tapi sebab dek kerana Captain Jack Sparrow, musti kena tengok.

Filem ni ada dua versi iaitu biasa dengan yang 3D. Buat yang ada duit lebih dan tak kisah harga tiket yang mahal, boleh lah tengok 3D. Tapi buat yang tak nak membazir, tengok je la yang biasa. Buat yang bakhil, entahlah apa nak jadi dengan korang ni (sendiri mau ingatlah).

Cerita ni tak seperti yang aku harapkan. Seronok dilihat tapi pada pengamatan aku kurang umphhnya atau titik ghairahnya. Mungkin sebab kurang aksi-aksi seperti filem-filem yang terdahulu. Atau pun mungkin disebabkan watak yang tinggal hanya 3 orang, iaitu Jack Sparrow, Hector Barbossa dan juga Gibbs. 

Lanunnya pula hanyalah geng Blackbeard yang mempunyai kuasa mistik di pedang dan kapalnya. Untuk menjadikan ianya lebih menarik, ditambah sedikit golongan zombie beserta mermaid.

Dan 3D nya pada aku agak mengecewakan sebab tiada efek istimewa sangat yang boleh membuatkan orang resah di atas kerusi, kecuali sebab tak tahan sejuk atau bontot kebas. 3D nya sekadar biasa-biasa, depth of field dan resolution menjadi lebih terang itu sahaja. Tapi jika adakah  berbaloi dengan RM21 yang aku keluarkan tadi, aku tak berapa setuju. Tak tahu kenapa mahal sangat sedangkan di GSC, 3D baru RM17.

Aku keluar panggung tadi tanpa ada rasa keterujaan sangat tapi tetap nak cari DVD nya sebab 20 minit pertama tu aku banyak sangat terlelap (kes malam tak cukup tidur, batuk).

Harap 3D lepas ni seperti Transformers dengan Harry Potter tak mengecewakan. Filem Pirates of Caribbean ni aku bagi 3.5 bintang dari 5. Seronok untuk ditonton tapi tak sehebat yang sebelumnya. Sekian, selamat menonton.


Monday, May 16, 2011

Journey to the Haramain Part 1

Assalamualaikum,

Hai ape khabo semuanya?

Setelah lebih kurang 2 minggu aku menyepi, kini tibalah masanya aku update balik blog aku yang tak seberapa ni. Tak kisahlah kalo takde orang nak komen ke apa ke, janji apa yang aku tulis ni diibaratkan seperti diari yang boleh dibaca dan pengalamannya aku share kan dengan semuorang.


Buat yang tahu ke mana aku menghilang 2 minggu lebih ni, apa yang aku bakal coretkan di sini agak panjang dan mungkin akan ada beberapa siri. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Sama-samalah kita berfikir sejenak apa yang kita dah lakukan di atas bumi sementara Allah ni.

Peluang

Bagi aku, benda camni adalah peluang yang diberikan jika kita memasang niat dan betul-betul nak pergi ke tanah haram. Ianya bukanlah soal duit semata-mata kerana kalo hanya yang kaya mampu pergi, makanya orang yang miskin tidak akan menjejakkan kaki ke sana. Tapi realitinya bukan begitu, yang kurang berkemampuan pada aku lebih ramai yang menjejakkan kaki ke sana berbanding orang berharta. Maka, jika ada peluang masa dan kemampuan dari segi belanja, pergilah jangan ditangguh lagi.

Perjalanan

Perjalanan kami kali ini menggunakan Saudi Airlines di mana ianya adalah direct flight dari KLIA ke Jeddah Airport. Mak kata, kalo ambil MAS mahal sangat, dan kalo ambil flight lain mostly akan transit dahulu. Bermakna akan buang masa dan lebih penat sebab duduk saja sementara nak tunggu flight lain.


Hari Jumaat, 29hb April tu tengahari lagi kami dah lepak dekat KLIA sebab nak tunggu daftar beg, briefing, pengagihan pasport dengan tiket flight. Jemaah kami dianggarkan dekat 80 orang dan dibahagikan kepada 2 group. 2 group ini akan duduk di hotel yang berasingan di Mekah dan Madinah.

Selepas briefing, masing-masing akan membawa haluan masing-masing menuju ke tempat boarding in. Ini kali pertama aku pergi umrah, tiada ketua rombongan mahupun mutawif yang mengiringi kami sampai ke Jeddah. Disebabkan waktu yang makin singkat, aku terpaksa menukar kain ihram di dalam tandas. Plan asalnya nak tukar ihram dalam surau, tapi dek tak cukup masa, tandas pon kira ok la. Mujurlah juga tandasnya luas dan bersih.

2.40 petang, kami diminta untuk memasuki perut pesawat. Since ini bukan umrahku yang pertama, so perasaan kekok berihram tu takde la sangat, tapi dek kerana ni first time aku berihram dalam flight, agak kurang selesa la juga. 


Saudi Airlines pada aku agak besar compare to Royal Brunei. Cuma stewardess nya tak secantik Royal Brunei sebab stewardess Saudi ni agak chubby dan less smile. Astaghfirullah, saje je, normal things sebab aku lelaki dan bukan gay.

Makanan dalam flight arab ni memang la agak unik sedikit sebab taste diorang takkan sama dengan kita. Buat jemaah yang agak berusia, mereka tak makan sangat sebab dah terbiasa makan nasi. Aku? Sebat je janji perut kenyang nak melepasi 8 jam punya perjalanan, kalo tak lapar siot!

Setelah lebih 8 jam menahan bontot yang kematu dek seat flight, akhirnya kami tiba di airport Jeddah. Masuk je kawasan airport, aku terus cari tandas. Bayangkan 8 jam punya lama aku tak terasa nak buang, tiba-tiba cecah tanah je terus terasa nak membuang.


Settle pasport dengan ambil beg, kitorang tunggu bas lak nak ke Mekah. Sementara tunggu bas nak bertolak, solat dulu. Waktu pon dah around pukul 10 malam. Mata dah agak berat tapi sebab masih dalam ihram, so kena settle kan juga umrah kalo tak lagi ler lama nak jaga pantang larang ihram.

2 group tadi dipisahkan dengan 2 buah bas. Aku, mak aku dan makcik jiran dan jemaah lain akan menginap di hotel Manazel Al- Waleed. Aku mula dok bayangkan macamna la rupanya hotel ni. Katil ok ke, ada aircond ke, makanan, bla bla bla bla. Sedar tak sedar mutawif kitorang dah memulakan kata-kata memperkenalkan diri. Seorang anak muda Indonesia yang dari pertuturannya agak lemah lembut, pandai berbicara tapi kurang fasih berbahasa Malaysia memperkenalkan dirinya sebagai Indra, Ustaz Indra Darman. Ustaz ni bagus gak sebab sepanjang perjalanan tu dia banyak beri info-info, cerita, doa dan siap nyanyi nasyid lagi supaya kami lena tidur. 

Aku yang mula-mulanya ego nak stay up last-last terlentok gak akhirnya tah bila. Aku tersedar tengok-tengok kawasan sekeliling dah berubah, cahaya banyak, kereta banyak dan ustaz mengejut kami bangun "Ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian, kita sudah sampai ke kota suci Mekah al- Mukarramah". 


Benda pertama yang aku terus kagum... kewujudan menara jam berwarna hijau berkalimah Allah. Bas terus bergerak menyelusuri jalan dan terowong sana sini sehingga akhirnya bas kami betul-betul di hadapan Masjidil Haram. Mulut aku spontan mengucapkan "subhanallah" melihatkan betapa indah dan cantiknya masjid itu disinari lampu seterang-terangnya.

to be bersambung...