Followers

Monday, November 8, 2010

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima


Pernah dengarkan ayat di atas?

"...tangan yang  memberi lebih baik dari yang menerima..." sebuah lagu klasik yang aku tak ingat nama penyanyinya.

Tapi itulah realitinya, walau nampak pahit nampak macam pelik, tapi itulah yang sebaik-baiknya.

Bagi aku, ayat tersebut ada macam-macam makna, tapi yang jelas maksudnya adalah satu, once kita membei sesuatu, jangan diungkit atau disesali atas pemberian itu. Tak kisahlah kita beri apa pun, wang ringgit? barang kesayangan? masa? tenaga? mahupun kasih sayang...

Konsep diri aku mudah je, aku jarang nak kedekut apa-apa yang aku miliki. Tapi dalam banyak-banyak benda, yang aku agak kedekut adalah makanan dan kekasih. 2 ni je yang pada aku, aku susah nak kongsi dengan orang ramai hatta member-member.

Makanan, tak suka kongsi dari segi, aku tak berapa berkenan sangat bila orang nak tumpang makan sekali dengan makanan aku. Kalau yang jenis paham bahasa tu mungkin lah setakat ambil rasa je, tapi buat yang shilake sikit memang akan makan lak bahagian orang lain. So,biasanya kalau aku beli makanan lepak rumah member, aku beli lebih. Dengan tu, takdelah istilah pau-pau orang lain sebab dapat makan dengan asyiknya.

Kekasih? Of coz la kan, siapa yang boleh kongsi-kongsi kasih tu agak tak normal la ikut dari segi apa yang dia kongsikan.

Sebut pasal kekasih ni, tiba-tiba terkenang dolu-dolu punya kisah. Bukan nak mengungkit, tapi sekadar bercerita. 

Aku ni jenis yang orang nak pinjam, "ok no hal je". Tak kisahla apa barang pun. So nak dijadikan cerita si X ni bukanlah tidak mampu, mampu cuma ada sedikit masalah dari satu segi. Aku faham keadaanya so bila-bila dia nak pinjam any barang, biasanya aku akan bagi pinjam. Sebab dah berkasih kan, kadang-kadang janji pinjam 3-4 hari je, tapi last-last 2-3 minggu. Takkan nak berkira ye tak?

Walaupun orang kata aku sombong dan nampak macam kedekut, tapi realitinya siapa yang jadi kekasih or rapat dengan aku memang akan merasa la pinjam barang-barang yang aku ada. Bukan nak berlagak tapi nature aku begitu. Tak salah bagi pinjam kalau orang tu pandai jaga barang. Dia dapat guna, aku dapat pahala. 

So by time, dari sekecik-kecik barang sampailah sebesar-besar barang yang aku ada hampir semuanya dia dah merasa pinjam. Kadang-kadang dia tak minta pun tapi aku yang offer sebab kesian. Sebut jelah apa benda yang korang ada, kadang-kadang aku bagi terus dan aku lupa nak minta balik. Menyesal? Tahlah, aku redha je. Kalau dia ingat dia nak pulang aku ambil, tapi nak minta tidaklah. Aku takdelah desperate sangat hanya kerana putus kasih semua barang aku, aku nak balik.

Kadang-kadang orang pelik gak sebab masa first aku guna, dengan aku lepas tu tiba-tiba benda tu takde dah.   Aku pun kadang-kadang tak tahu nak jawap apa. So aku harap, paling tidak dia tidaklah buang benda tu kalau barang tu masih elok. Kot ye pon dah ada teman tapi mesra yang baru, guna je lah barang tu selagi elok. Aku tak harap dapat balik, dan aku tak harap ianya dibuang hanya kerana pemilik asalnya adalah aku. Kalau rasa-rasa taknak, bagi la dekat insan yang lebih memerlukan.

Aku tahu barang aku bagi tu takdelah sehebat barang yang dia boleh miliki sekarang, sebab dia dah bekerja dah ada duit sendiri. Tapi paling tidak hargailah pemberian orang walaupun ianya hanya sebatang pengacau minuman je pun. Kenanglah ianya kerana jasanya paling tidak kalau tidak mahu kenang jasa tuannya. Sebab dulu-dulu barang tu jugalah yang membantu meringankan hidup dia sepanjang bergelut menghadapi zaman yang digelar 'mahasiswa/mahasiswi'.


Biarlah hati aku yang hancur tapi tidak barang-barang yang aku pernah beri itu. Kalau dah tiba masanya, buanglah tapi kalau masih berfungsi gunalah sebaik-baiknya.

Aku tak pernah mengharapkan apa-apa dah dari dia, tidak sekalipun balasan semula. Walaupun kadang-kadang aku berharap dapat terima sedikit sumbangan kasih seorang kawan, tapi aku tak rasa itu pun sampai, maka aku tak berharap apa-apa dah. Janji hanya janji manusia, manis dimulut dihati tidak.

Kadang-kadang aku naik segan nak meminta simpati begitu, terasa sangat teruk, tapi itulah realitinya suara lelaki bukanlah di mulut tapi di hati, rintihan mereka orang tak nak dengar pun. Kalau mereka merintih pun, orang meluat so lebih baik senyap. Dan hanya hati yang berbicara tapi tiada siapa yang mahu faham.

p.s: malam ni hati aku terasa seperti dicarik-carik bila layan kenangan yang lalu. hati mula membenci bila janji tidak ditepati...

Sunday, November 7, 2010

Kanta lekap melekat?

Ramai yang tanya aku, kenapa ko tak pakai kanta lekap atau nama englishnya contact lens?


Jawapan aku senang. Aku nak hidup sempoi, aku bukanlah rajin sangat dan aku tak suka benda yang melecehkan.

Sebab bila pakai contact lens ni nak kena cuci tangan dulu lah sebelum pakai, nak kena selalu cuci lah. And sebut pasal bahaya, kalau benda tu pecah? Silap-silap haribulan boleh buta mata. Yelah dah tepek dalam mata. Pernah terbayang tak worst case senario yang kita tak jangka? Malang tidak berbau.

Tengah-tengah jalan, orang tumbuk tang mata tepat je, dan lens tu pecah kena mata. Mata pun bocor, lambat repair habis terus buta. Tu contoh je la, tapi benda-benda cani tak perlu tunggu orang datang tumbuk pun. Cuma nak korang pikir bila benda tu dah letak betul-betul depan mata tanpa sebarang medium perantara, risikonya tinggi.

Beberapa minggu yang sudah akak aku complain mata dia sakit sebab kes terlupa nak tukar yang baru. Dan benda alah ni kena selalu beli, kena ada stock paling kurang time emergency lupa nak beli. Mata akan start merah-merah. So far tak kena lagi la dekat aku yang pakai spek old skool ni. Biarlah nampak nerd atau skema, tapi paling aku suka hidup aku sempoi. Bangun tidur aku capai spek pakai, buat tu buat ni, aku mandi tanggal jap, siap mandi aku pakai balik dan aku terus blah gi memana. 

Pada aku pemakai contact lens ni haruslah di kalangan orang-orang yang sangat cermat dan rajin. Kalau rasa diri tu pemalas dan sangat kurang hemat, tak payahlah pakai setakat nak bergaya or tak nak nampak skema. One day korang akan skip juga dari kontek ke spek. Dan kalau dah nama pun melayu toksah la berangan-angan nak mata kelabu ke ijo ke biru ke, sebab Allah dah memang buat kaler anak mata tu sesuai ikut negara-negara tertentu yang mungkin juga dipengaruhi oleh cuaca dan genetik.

One thing je la, kalo dah tua jaranglah tengok diorang still pakai contact lens. Semua akan kembali kepada spek old skool masing-masing. Biar skema tapi hidup sempoi dan senang, dari nak glemer tapi menyusahkan hidup je.

p.s: pencipta lagu Jesnita tu kan asalnya pakai contact lens, last-last buta, so buat pedoman untuk korang-korang la. Ubah sekarang sebelum 'diubah kemudian'. Apa yang nak diubah terpulanglah, tapi jangan menyesal di kemudian hari sudeyy~!

formspring.me

Tanya je apa-apa yang dibenarkan syarak haha http://formspring.me/shukjessa

mcm mana nak jadi manusia yg baik ?

tanya diri, kita nak ke neraka ke, ke syurga? kalau kita nak ke syurga, pasti kita cari jalan nak menjadi ahlinya (orang baik-baik dan beriman kepada Allah)

Tanya je apa-apa yang dibenarkan syarak haha

Cherating oh! part 1

Hari ni baru ada kesempatan nak update blog beserta dengan gambar-gambar cuti aku. Takdelah banyak sangat sebab aku pergi 2 hari semalam je. Dan hanya pergi tepi pantai dengan tempat jual keropok je. Memang kena ada tour dan vacation di kalangan muda-muda belia la one day.


Malam tadi agak angin sebab line tenet buat hal. Dari pukul 10 aku try sampai la dekat pukul 1 still tak dapat-dapat. Memandangkan aku sampai Bentong pun tengahari semalam, so lepas makan tu memang edisi membuta je la sebab aku drive dari kemaman ke Bentong nearly 3 jam. Tu pun banyak stop takut ngantuk.

Kalau direwindkan balik, aku tak pernah lagi drive sejauh ni ikut LPT (lebuhraya pantai timur) sampai ke Cherating. In fact, dah 10 tahun lebih dah aku tak ke Kuantan. 

Sesampai di stop 1 di rumah ibuku di Bentong. 
"Adik, awak lead la sebab abang Wan dia tak pernah lalu jalan tu" akakku bersuara.
"Saya pun tak pernah. Tapi kalau ikut google maps, jalan ni nanti straight je"
Dan nak dipendekkan cerita, aku lead jugalah dengan muka konfiden. Mak aku yang terkejut kitorang bawa 2 kereta pun buat muka-muka yakin je la.

Untuk travel kali ni aku dah ready dengan segala macam persiapan. Pagi-pagi lagi aku dah telan sandwich dengan Neslo. Kereta bergerak je aku pun start makan gula-gula Halls yang warna hitam dan tertulis "Extra Strong". Memang kuat gila la kesan menthol dia, dan memang itu yang aku nak pun.

Dan perjalanan kami dah nak masuk ke jangka masa 2 jam, tiba-tiba akak aku call
"Adik kata betul la ikut jalan ni" suara ibuku kedengaran.

Akak aku agak keliru dengan jalan signboard yang ada, tapi aku konfiden je. Alah kalo sesat pun paling teruk selatan Terengganu je pun. Nak ke Cherating memang akan hanya satu jalan je.

gambar google. ni gambar lama, sebab yang latest garden ni dah takde

Jam dah nak pukul 12, signboard Cherating pun dah makin jelas nampak. Yeas dah sampai. Tapi sekarang ni tugas baru lak, iaitu mencari signboard hotel. Satu yang aku tak berapa berkenan, signboardnya sangat-sangat kurang. Tiada sangat signboard mengatakan hotel ini berapa meter lagi. Hasilnya? Kami terlajak sedikit dan terpaksa buat U turn. Kereta yang aku bawa hampir-hampir kena langgar dek lori kurang ajar nak mampus. 


Time dah sampai hotel, jam baru pukul 12.15 tengah hari. Akak aku gi setelkan booking, dan kitorang pun pergi makan tengahari tepi pantai Cherating sebab nak tunggu pukul 2 nak check in. Punya lah best, sebab hotel ni ada sediakan meja dan kerusi untuk makan-makan. Dan tengahari agak seronok makan ramai-ramai sambil menikmati deruan angin dan bunyi ombak. Cuma waktu tu matahari atas kepala, so faham-faham je la.


Pukul 2, check in masuk bilik. Lagi best sebab air cond dah on. Cuma agak kesal peti aisnya rosak, so tak dapat la nak enjoy sangat. Dah siap kemas-kemas, mandi dan solat. Buka laptop nak edit gambar kejap and update status FB since handphone aku dah expired kredit.


Tup tap aku dah tertidur depan laptop. Sedar-sedar akak aku ajak mandi kolam depan bilik. Bangun tukar baju, bawa kamera baru nak keluar, hujan! Baring semula atas katil. Dan 10 minit lepas tu hujan dah reda. Aku terus keluar, nak ambil gambar je, bukan nak mandi pun. Air paras dada untuk orang dewasa. Ramai bebudak yang mandi. Aweks-aweks tak banyak yang turun. Sempat la aku skodeng-skodeng mana-mana aweks lawa nak mandi, tapi hampa. Time nak masuk tu baru la ada aweks sekolah menengah nak mandi, memula pakai tudung tapi lepas tu tanggal sebab nak mandi...aik???

Lepas tu hujan makin lebat dan lebat. Dari ada orang mandi kolam terus takde. Hujan sampai ke senja. Hasrat aku nak tengok sunset pun berkecai. Agak kecewa tapi aku pasang hasrat nak tengok sunrise lak esok paginya. Siap-siap nak mandi sebab lepas maghrib nak pergi makan dekat luar. Makan dalam hotel? Nasi goreng bodoh je dekat RM19 sepinggan.

bersambung...

Friday, November 5, 2010

Cuti cuti Mat Jawa~~


Yeah, aku akan pergi vacation ke Cherating. Lama tak pergi vacation. Kamera pun lama tak on, hehe dah ada peluang ni moga-moga dapat ambil gambar yang best di tepi pantai =)

Nanti lah aku updatekan gambar-gambar dari sana =)

Wednesday, November 3, 2010

Kalau ilmu tidak penuh di dada


Kadang-kadang aku tak faham sesetengah orang ni. Nak kawen awal sangat, konon la nak elak maksiat dan benda baik, so apa salahnya. Yelah bab tu aku memang setuju.

Tapi, nak kawen muda tapi konsep tak faham. Faham nan satu, benda dah rasmi dan halal. Tapi jiwa dan minda masih budak-budak. Malam-malam hari masih lagi nak melepak kedai mamak mengeteh sampai 2-3 pagi. Berborak sakan walhal si anak bini ada dekat rumah dibiarkan aje.

Ada lak, dah ada suami tapi still nak berteman tapi mesra dengan lelaki lain. Alasan? Alah hidup I ni kena ada kawan, bosanlah takde kawan. Yela cik kak, nak berkawan tapi agak-agakla ko tu dah jadi bini orang, takkan still nak berkawan dengan spesis yang makin nak pupus dekat dunia ni. Apa dah takde perempuan dah ke dalam dunia ni nak jadikan teman tapi mesra?

Yang ni pelik sikit. Kami tak kisah kalau dapat zuriat, bukankah zuriat tu rezeki dan amanah dari Allah? Itu kata dulu, sebelum lahirnya generasi baru di dunia ni. Tapi bila zuriat tu makin besar dan banyak karenah. Awak la jaga dia, saya nak surf internet ni. Awak la jaga dia, saya nak pergi main golf ni. Last-last, bibik la jaga sebab mak dan bapak masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. So si bibik tu la jadi ibu kedua, yang last-last bawa lari pun budak tu tak kesah, tak nangis pun.

Kalau sebelum kawen, Kita sama-sama akan bina mahligai indah dan kita akan hiasi ianya dengan kasih sayang sepanjang waktu. Tolak ansur dan bekerjasama tu penting. Tapi bila dah kawen, semuanya tak menjadi. Sorang tukang buat sepah, sorang tukang homeh campur banyak mengeluh dan sorang lagi tukang buat tak tahu, buat tak kisah. Biar je lah, nanti ada la tu orang tukas kemaskan. Tengok tv lagi baik, ke jalan-jalan keluar ke kan.

Dan bila kawen takde ilmu yang cukup, bila ada konflik je jalan penyelesaian adalah? CERAI. Campur tangan pihak ketiga yang juga jahil tentang bab-bab rumahtangga walhal dah lebih suku abad mendirikan masjid pun hanya banyak mendatangkan masalah je. Tu pun belum masuk campur teman tapi mesra dan skandal yang baru nak berputik. Alasan? Nak seseorang mendengar masalah rumah tangga, tapi silap orang, yang dapat buaya darat sama pisau cukur. So habislah kesemua tiang masjid itu patah dan runtuh, sebab dan memang target, lepas cerai nak kawen dengan that person. Konon si dia memahami walhal banyak yang dah terlajak perahu, dah takde gear gostan dah.

Kawen muda tu bagus kalau kita betul-betul paham dan cukup ilmu di dada. Bukan takat penuh nafsu dekat hati je. Apa ertinya kawen kalau setakat memuaskan nafsu je tapi yang lain tak pernah nak ambil port pun? Dan apalah ertinya cinta tu kalau setakat kawen inginkan title, takut keseorangan dan takut digelar ANDARTU atau bujang lapok?

SENDIRI MAU INGAT LA...kata dah matang kan =)