Followers

Thursday, May 19, 2011

Review: Pirates Of Caribbean, Stranger Tides (PG13)

Salam,


Lama gila aku tak tengok wayang, ada tu filem tah apa-apa, malas nak membazir duit. Tapi sebab dek kerana Captain Jack Sparrow, musti kena tengok.

Filem ni ada dua versi iaitu biasa dengan yang 3D. Buat yang ada duit lebih dan tak kisah harga tiket yang mahal, boleh lah tengok 3D. Tapi buat yang tak nak membazir, tengok je la yang biasa. Buat yang bakhil, entahlah apa nak jadi dengan korang ni (sendiri mau ingatlah).

Cerita ni tak seperti yang aku harapkan. Seronok dilihat tapi pada pengamatan aku kurang umphhnya atau titik ghairahnya. Mungkin sebab kurang aksi-aksi seperti filem-filem yang terdahulu. Atau pun mungkin disebabkan watak yang tinggal hanya 3 orang, iaitu Jack Sparrow, Hector Barbossa dan juga Gibbs. 

Lanunnya pula hanyalah geng Blackbeard yang mempunyai kuasa mistik di pedang dan kapalnya. Untuk menjadikan ianya lebih menarik, ditambah sedikit golongan zombie beserta mermaid.

Dan 3D nya pada aku agak mengecewakan sebab tiada efek istimewa sangat yang boleh membuatkan orang resah di atas kerusi, kecuali sebab tak tahan sejuk atau bontot kebas. 3D nya sekadar biasa-biasa, depth of field dan resolution menjadi lebih terang itu sahaja. Tapi jika adakah  berbaloi dengan RM21 yang aku keluarkan tadi, aku tak berapa setuju. Tak tahu kenapa mahal sangat sedangkan di GSC, 3D baru RM17.

Aku keluar panggung tadi tanpa ada rasa keterujaan sangat tapi tetap nak cari DVD nya sebab 20 minit pertama tu aku banyak sangat terlelap (kes malam tak cukup tidur, batuk).

Harap 3D lepas ni seperti Transformers dengan Harry Potter tak mengecewakan. Filem Pirates of Caribbean ni aku bagi 3.5 bintang dari 5. Seronok untuk ditonton tapi tak sehebat yang sebelumnya. Sekian, selamat menonton.


3 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpyh bazir nk tgk yg 3d...

bg sy smae je..dahla spek besar..aish,ke muka ak kecik ni??hehe..

Shukjessa said...

ade orang rasekan kepuasan itu penting, sebab kalo di IMAX GSC, 2D skrinnya sangat cun, so berbaloi la keluar duit lebih, tapi kalo 3D yang nampak hanyalah depth of field saja, agak tak bestlah.

Anonymous said...

Kalau 3D ada subtitles x?
GSC mana yang ada imax?