Followers

Monday, May 16, 2011

Journey to the Haramain Part 1

Assalamualaikum,

Hai ape khabo semuanya?

Setelah lebih kurang 2 minggu aku menyepi, kini tibalah masanya aku update balik blog aku yang tak seberapa ni. Tak kisahlah kalo takde orang nak komen ke apa ke, janji apa yang aku tulis ni diibaratkan seperti diari yang boleh dibaca dan pengalamannya aku share kan dengan semuorang.


Buat yang tahu ke mana aku menghilang 2 minggu lebih ni, apa yang aku bakal coretkan di sini agak panjang dan mungkin akan ada beberapa siri. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Sama-samalah kita berfikir sejenak apa yang kita dah lakukan di atas bumi sementara Allah ni.

Peluang

Bagi aku, benda camni adalah peluang yang diberikan jika kita memasang niat dan betul-betul nak pergi ke tanah haram. Ianya bukanlah soal duit semata-mata kerana kalo hanya yang kaya mampu pergi, makanya orang yang miskin tidak akan menjejakkan kaki ke sana. Tapi realitinya bukan begitu, yang kurang berkemampuan pada aku lebih ramai yang menjejakkan kaki ke sana berbanding orang berharta. Maka, jika ada peluang masa dan kemampuan dari segi belanja, pergilah jangan ditangguh lagi.

Perjalanan

Perjalanan kami kali ini menggunakan Saudi Airlines di mana ianya adalah direct flight dari KLIA ke Jeddah Airport. Mak kata, kalo ambil MAS mahal sangat, dan kalo ambil flight lain mostly akan transit dahulu. Bermakna akan buang masa dan lebih penat sebab duduk saja sementara nak tunggu flight lain.


Hari Jumaat, 29hb April tu tengahari lagi kami dah lepak dekat KLIA sebab nak tunggu daftar beg, briefing, pengagihan pasport dengan tiket flight. Jemaah kami dianggarkan dekat 80 orang dan dibahagikan kepada 2 group. 2 group ini akan duduk di hotel yang berasingan di Mekah dan Madinah.

Selepas briefing, masing-masing akan membawa haluan masing-masing menuju ke tempat boarding in. Ini kali pertama aku pergi umrah, tiada ketua rombongan mahupun mutawif yang mengiringi kami sampai ke Jeddah. Disebabkan waktu yang makin singkat, aku terpaksa menukar kain ihram di dalam tandas. Plan asalnya nak tukar ihram dalam surau, tapi dek tak cukup masa, tandas pon kira ok la. Mujurlah juga tandasnya luas dan bersih.

2.40 petang, kami diminta untuk memasuki perut pesawat. Since ini bukan umrahku yang pertama, so perasaan kekok berihram tu takde la sangat, tapi dek kerana ni first time aku berihram dalam flight, agak kurang selesa la juga. 


Saudi Airlines pada aku agak besar compare to Royal Brunei. Cuma stewardess nya tak secantik Royal Brunei sebab stewardess Saudi ni agak chubby dan less smile. Astaghfirullah, saje je, normal things sebab aku lelaki dan bukan gay.

Makanan dalam flight arab ni memang la agak unik sedikit sebab taste diorang takkan sama dengan kita. Buat jemaah yang agak berusia, mereka tak makan sangat sebab dah terbiasa makan nasi. Aku? Sebat je janji perut kenyang nak melepasi 8 jam punya perjalanan, kalo tak lapar siot!

Setelah lebih 8 jam menahan bontot yang kematu dek seat flight, akhirnya kami tiba di airport Jeddah. Masuk je kawasan airport, aku terus cari tandas. Bayangkan 8 jam punya lama aku tak terasa nak buang, tiba-tiba cecah tanah je terus terasa nak membuang.


Settle pasport dengan ambil beg, kitorang tunggu bas lak nak ke Mekah. Sementara tunggu bas nak bertolak, solat dulu. Waktu pon dah around pukul 10 malam. Mata dah agak berat tapi sebab masih dalam ihram, so kena settle kan juga umrah kalo tak lagi ler lama nak jaga pantang larang ihram.

2 group tadi dipisahkan dengan 2 buah bas. Aku, mak aku dan makcik jiran dan jemaah lain akan menginap di hotel Manazel Al- Waleed. Aku mula dok bayangkan macamna la rupanya hotel ni. Katil ok ke, ada aircond ke, makanan, bla bla bla bla. Sedar tak sedar mutawif kitorang dah memulakan kata-kata memperkenalkan diri. Seorang anak muda Indonesia yang dari pertuturannya agak lemah lembut, pandai berbicara tapi kurang fasih berbahasa Malaysia memperkenalkan dirinya sebagai Indra, Ustaz Indra Darman. Ustaz ni bagus gak sebab sepanjang perjalanan tu dia banyak beri info-info, cerita, doa dan siap nyanyi nasyid lagi supaya kami lena tidur. 

Aku yang mula-mulanya ego nak stay up last-last terlentok gak akhirnya tah bila. Aku tersedar tengok-tengok kawasan sekeliling dah berubah, cahaya banyak, kereta banyak dan ustaz mengejut kami bangun "Ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian, kita sudah sampai ke kota suci Mekah al- Mukarramah". 


Benda pertama yang aku terus kagum... kewujudan menara jam berwarna hijau berkalimah Allah. Bas terus bergerak menyelusuri jalan dan terowong sana sini sehingga akhirnya bas kami betul-betul di hadapan Masjidil Haram. Mulut aku spontan mengucapkan "subhanallah" melihatkan betapa indah dan cantiknya masjid itu disinari lampu seterang-terangnya.

to be bersambung...


3 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

alhmdulillah,berjaya gak menjejakkan kaki ke sane..

ai sya said...

eh..eh..kite same flight..same tarikh..sme ustaz..n same hotel lah..huhu =)

Cik N said...

teringin nak g..tp xtau la bile dpt..