Followers

Friday, September 2, 2011

Kamera oh kamera Part 17

As salam,

Lama rasanya aku tak hapdet blog. Dah macam biskut, kejap ada kejap takde. Dan ayat yang paling femes mesti "lama tak hapdet", apa boleh buat... idea dan mood datang sekali sekala. Lagipun blog aku ni blog picisan je, hapdet atau tak, pengunjungnya tak ramai. Ratus-ratus pun susah, apa lagi nak riban-riban.


Tapi tak kesah, aku tulis blog bukan sebab nak dapatkan earnings duit tu, bukan sebab nak pemes, tapi aku tulis untuk kongsi pengalaman, untuk kongsi cerita untuk luahkan something. Orang baca atau tak terpulang.

Melalut lak...

So hari raya apa cerita? Best? Tak best? Banyak dapat duit raya? Banyak lebur duit raya? Ada yang cedera main mercun? Ada yang hancur diet sebab makan je?


Tak kisahlah janji korang hepi, bulan Syawal ni pun untuk bergembira (tapi ada had la). Yang aku nak sambung celoteh ni apa lagi kalo bukan perihal kamera.

Beberapa bulan yang sudah aku ada join satu group jual beli barangan kamera DSLR ni. Bila dah ramai-ramai, kadang-kadang kita baca status diorang pon nak tergelak. Yelah nampak sangat baru pegang kamera. Ada yang nak beli kamera atau aksesori tapi harga buat si penjual sesak nafas. Nak beli kamera bawah RM400? DSLR bawah RM400? Ada tu nak beli external flash bawah RM100? 


Tak lupa juga yang masih bertanyakan perihal brand war, antara Canon dengan Nikon mana yang lebih bagus. Persoalan yang pada aku wajib la untuk newbie tanya. Even aku sendiri dulu pernah tertanya-tanya, tapi selepas dah pegang kamera pada aku beli je la mana yang ok. As long tak lebih bajet dan DSLR tu dalam function yang terbaik.


Yang ni pelik sikit, sebab pada aku orang jenis ni bukan lah kaki photog sejati tetapi lebih kepada kaki gajet. Mereka ni jenis suka merasa. Bila dah bosan, diorang akan jual balik gear walaupun baru guna sebulan dua je. Rugi! Sebab beli harga tinggi, then jual terpaksa turun harga sebab saingan ramai. Seeloknya tanya dulu orang berpengalaman atau paling tidak baca review di Internet pandangan pakar tentang sesebuah model DSLR itu sendiri. Then pergi kedai dan try rasa ok ke tak di genggaman jari. Kalo rasa tak ok, survey model lain. DSLR ni lain sebab ada grip, tak semuanya muat untuk grip yang sama sebab jari kita lain-lain saiznya.


Ada juga jenis-jenis manusia yang semborono beli lens. Janji ada lens selain kit. Ni pon satu benda yang bahaya pada aku lah. Lens merupakan nyawa kedua selepas body. Tapi kalo salah beli, pon rugi. Biasa kalo photog mereka tahu racun 50mm amat kuat. Selalunya orang akan racun newbie beli lens cenggini, tapi bila diorang guna dan tak dapat hasil yang memuaskan hati diorang akan jual balik. Rugi! Aku sendiri sayang nak jual 35mm aku tu selagi tak dapat pengganti (35mm f1.4 atau 50mm f1.4). Tak kurang juga yang dok racun terus beli lens mahal, sedangkan orang tu bajetnya semput. Tak patutla, ibarat ayam cakap dengan itik, tak paham soalan, jawap lain.


Oklah, tu je la untuk kali ini. Next time aku celoteh lagi pasal dan perihal politikus photography ni. Enjoy the pictures (projek mini raya). Harap-harap dapat jadi panduan dan pengajaran untuk semua. Yang salah tolonglah tunjukkan ye.

p.s: orang selalu tanya aku, lens apa aku guna. Aku ada 3 lens je, kit lens, 35mm f1.8 dengan Sigma 70-300 DG Makro.

2 comments:

Hamudimimi said...

assalamualaikum. tumpang tanya guna nikon kan? setting gambar kat atas guna vigneete setting (set picture control) ke? just want to know. :) x edit kan?

Shukjessa said...

waalaikumsalam, sori lambat reply. agak lame gak tak jenguk blog sendiri huehehe. yup im using d5k for the moment, but still envy the usage of d7k...

tu just gune vivid je dekat picture control. then masok lightroom utk sedikit enhancement dari segi sharpness, kontras dan lain-lain.

cume lately nih, menggunakan software Nikon sendiri iaitu ViewNx2 yang lebih menarik pada satu segi. Will be upload the results of it insyaAllah.

Thanx for viewing and commenting =)