Followers

Wednesday, June 23, 2010

Nor @


"Siapa nama?" seorang guru perempuan bertanyakan namaku.
"Nor, cikgu".
"Nor? Kamu jangan main-main, kamu lelaki kan?" guru itu merenungku dalam-dalam.
"Iye cikgu, tapi nama saya memang Nor. Nor Alias Bin Kamaludin.
"Ooo, kenapa mak dengan ayah kamu letak nama Nor di depan? Bukankah itu nama perempuan?" guru itu menggaru-garukan kepalanya.
"Entahlah cikgu. Tapi ayah saya kata, Nor tu nama yang bagus, maksudnya cahaya. Dia berharap saya akan sentiasa diterangi cahaya sepanjang perjalanan saya nanti." terangku.

Pelik? Tapi itulah hakikatnya. Sejak aku lahir sampai lah aku mengerti apa yang orang bicarakan, kebanyakan orang akan terkejut apabila mendengar nama awalanku. Ramai juga yang bertanya kepada ibu bapaku, kenapa letak nama awalan anak lelaki itu Nor? Kenapa bukan Ahmad? Muhammad? Ali? Abu?

Jawap ayahku pendek sahaja. Nor itu kan maksudnya baik, tidak terikat kepada perempuan sahaja. Hanya kerana masyarakat lebih menggunakan kepada nama anak perempuan tidaklah bermakna ianya tidak boleh digunakan untuk anak lelaki.

Nur Alias Bin Kamaludin. Umur 5 tahun, ketinggian 0.8m, berat badan 16kg. Tinggal di sebuah perumahan lembaga kemajuan negeri Pahang. Anak bongsu dari 3 adik beradik. Merupakan the only son di dalam family. Itu adalah serba sedikit biodata milikku yang diguna pakai ketika aku didaftarkan masuk ke Taska Abu Bakar As-Siddiq.

Aku masih ingat, 1st day aku di sana, mati-mati aku tak mahu masuk ke dalam masjid yang dijadikan kelas pembelajaran itu. Menangis melalak lah aku di pertengahan jalan antara pintu pagar dan pintu kelas. Setelah puas dipujuk, barulah aku mahu duduk di dalam. Tapi walaupun aku duduk di dalam, otak dan perasaan aku masih mahu balik.

Pembelajaran lebih berteraskan agama Islam dan yang sewaktu dengannya. Aku lebih mengenal abjad-abjad arab dari rumi. Aku lebih diajar menghafaz surah-surah lazim, diajarkan mengenal Iqra'. Tapi dunia kanak-kanak, apa yang aku mengerti?

Satu benda baru yang aku belajar, cara permakanan di sini tidak seperti di rumahku. Di rumah, aku makan di dalam pinggan sendiri. Tetapi di sini, makannya di dalam talam. Makanan di tengah-tengah, dan ustazah tolong mengasingkan mengikut sukatan yang adil. Namun begitu, ada yang tidak mahu makan sangat, jadinya yang tidak habis itu perlu lah dikongsi antara yang lain kerana pembaziran itu saudaranya Syaitan.

Selang setahun lepas itu, aku ditukarkan ke kelas yang lain. Kali ini kelasnya 2 tingkat. Suatu benda yang baru juga padaku since rumahku hanya setingkat sahaja. Di sini, aku berkenalan dengan lebih ramai kawan. Bila ramai kawan, macam-macam ragam lah terjadi.

Zaman tu, antara permainan yang popular adalah tepuk kad. Selalunya kad dijual by keping-keping seperti size A4 dan kita perlu ceraikan ianya menjadi kad-kad kecil. Aku tak pernah tahu pun permainan itu berkonsepkan judi since, kita bertaruh kad. Siapa yang menang, dia dapat banyak kad termasuk yang si kalah. Pernah juga lah aku menangis kerana kalah kesemua kad yang ada.

Perkara yang tak boleh aku lupa apabila aku terberak di dalam seluar tapi aku senyap je. Sampai lah balik rumah, barulah mak aku tahu.
"Ish apa berak dalam seluar ni Nor, pengotor betul."
"Tak sengaja la mak, sakit perut tak berani nak pergi tandas, ada hantu" balasku.
Mak hanya tersenyum sebelum aku dimandikannya sekali. Peh sejuk... hari nak hujan ni.

Satu benda yang pasti, aku sangat takutkan guruh dan petir. Kerana dua benda ini yang selalu buatkan aku menyorok di dalam gulungan tilam atau di bawah bantal sambil menarik selimut. Tapi yelah, time ni aku ada geng dengan angah. Selalu kami memang akan menyuruk cepat-cepat bila ada guruh.

Kerana cahaya itu bergerak lebih laju dari bunyi, maka petir terlebih dahulu akan sampai ke deria rasa kita iaitu mata. Dan sepantas kilat tu jugalah kita akan tutup telinga kerana kebiasaanya guruh akan berdentum sekali. Tidaklah bermakna ianya harus, sebab kadang-kadang kita ingat sudah, tapi belum. 

Tu lah yang kita tak tahu masa kecil-kecil dahulu. Apa yang aku tahu adalah kalau petir, malaikat tengah panah syaitan. Syaitan? Syaitan tu apa? Yang aku tahu hantu adalah. Sejenis makhluk yang mukanya hodoh, dan suka kacau kanak-kanak macam aku.

Tapi aku jenis pendiam so hantu tak kacau sangat. Selalu hantu ni suka kacau budak-budak nakal, ye ke? Entahlah tapi selalu orang-orang tua akan berkata begitu terutama kalau budak-budak yang susah sangat nak balik rumah time senja.

"Hah, main la dekat luar tu. Disoroknya hantu kopek nanti, tau lah kamu!".
"Hantu kopek tu apa pula?" tanyaku bodoh.
"Hantu tu tetek dia panjangggggg... nak tau sebab apa panjang? Sebab dia sorok budak-budak dalam tu la" balas angahku, aku percaya separuh mati.

Pernah ada sekali, aku lihat angah memangkah kesemua patung-patung miliknya. Bila aku tanya.
"Kenapa pangkah patung?".
"Sebab nanti takut patung ni bergerak pada malam hari" ooo aku mengangguk bodoh.

Ada sekali tu pula, aku lihat sudah tiada tanda pangkah tapi huruf arab yang aku kenal Alif, lam, lam, ha.
"Eh bukan ke ni... kenapa pula nak tanda dekat patung?"
"Kita orang Islam kena guna cara kita, pangkah tu bukan cara kita" dan sekali lagi aku masih mengangguk bodoh.

Hari ni di Taska ada sesuatu yang menarik. Taman permainan yang kami dok tengok abang-abang tu bina, dah siap dah. Punyalah seronok semua budak-budak dekat situ. Aku pun seronok sebab kalau dekat rumah, selalu petang-petang aku join geng akak-akakku bermain di taman permainan.

"Wow, ada gelongsor" aku berkata di dalam hati.

"Prappp!" eh aku rasa ada benda yang berbunyi dan sesuatu yang tak selesa pada bontotku. Alamak! Seluar aku koyak. Macam mana boleh koyak ni? Aku pergi balik dekat gelongsor tu, tengok tempat slide tu, eh ada batu batu kecik. Tapi tak boleh nak buang, sebab benda tu bersimen sekali. Tu la last time aku main gelongsor dekat Taska tu. Siapa la yang pergi simen sekali dengan batu, kan sakit bontot orang nak main.

Pada suatu hari, kelas habis awal. Sementara nak menunggu abah datang jemput, aku habiskan masa dengan member-member di tingkat bawah bangunan.

"Tepi...tepi aku punya turn lak" jerit seorang budak yang berbadan agak gempal.
Berpusing tetapi tidak menegak dan akhirnya jatuh. Yang melihat ramai-ramai dok gelak.
"Ok aku lak" aku pun nak cuba juga.
Zuupp! Berjaya landing. Cubaan aku untuk membuat bintang menjadi. Muka dah gembira tahap ke 10.

Kali ni ada pula yang buat pusing dua tangan. Seorang budak yang rambutnya agak flat top, Rizal mencuba. Zupp~! Berjaya!. Aku pun teringin nak cuba. Ambil lajak dulu, lari sepenuh hati dan...

Zuup~!! Klepek~ jatuh tertiarap, tak sempat nak letak kaki. Sakitnya bukan kepalang, mujur lah ada karpet hijau yang sama teksturnya di kebanyakan surau-surau dan masjid-masjid.

Ustazah ada memberitahu, hari Sabtu nanti kita akan pergi ke hutan lipur. Hutan lipur? Apa tu?
"Hutan yang ada sungai yang selalu orang berkelah".
Ooo, bestnya hatiku girang.

"Awak pergi ke nanti?" tanya seorang budak perempuan yang namanya Maisarah.
"Pergilah, awak?" tanyaku pula.
"Pergi tapi saya naik dengan ayah saya kot" balasnya sambil mengemas buku dan dimasukkan ke dalam beg.
"Oh, kenapa tak naik trak?" aku sedang sibuk mengira kad terup.
"Ayah saya tak bagi, risau...".
"Oh...kalau macam tu jumpa di sana saja lah" balasku.

Sabtu, bestnya!!! Naik trak tentera pula tu!!! Wohoooo!!!

to be continue...

2 comments:

Puteri Farah said...

nice :)

btw~ serious ade jual card siza A4 kene ceraikan sendiri?

fuiyohh!!

Shukjessa said...

not exact la size A4 but still card tu contain many pictures from superheroes that time.

rase dah tak wujud dah pun kad tu zaman cyber nih